........... Umno Tolong Perjuangkan Hak Orang Melayu ! Serius Cakap Ni .. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Umno Tolong Perjuangkan Hak Orang Melayu ! Serius Cakap Ni ..

Thursday, November 29, 20129comments

Cakap banyak tak nak, straightforward saya tulis - Mohon kepada mana2 perwakilan Umno agar dapat membuat satu usul dalam PAU 2012 yang sedang berlangsung agar kerajaan yang diterajui oleh Umno agar dapat bertindak segera memastikan peniaga2 Melayu dapat diberikan hak untuk bersaing dipremis2 perniagaan ternama dibandar2 besar.




Contohnya BLOK BARU yang sedang dibina bersebelahan Suria KLCC yang bakal menyediakan 80 premis perniagaan baru, kenapa tidak diBORONG saja kerajaan dan kemudiannya BILANGAN itu diREZABkan untuk peniaga Melayu ? ( KLiK )


Ketika ini Suria KLCC mempunyai 384 lot kedai  dan jika siap blok baru, jumlahnya menjadi 464. Jika 80 lot baru itu direzabkan, ia hanya mewakili 17% saja dari jumlah lot yang ada. Apakah langkah ini akan dianggap RASIS ?

Mungkin bagus jika usul turut ditujukan kepada Khairy selaku Pengerusi PUNB .......


Oya, saya juga harap ada sesiapa yang dapat meminta maklumat yang LEBIH LENGKAP dari Muhyiddin yang dalam ucapannya berkata ekuiti Bumiputera pada tahun 2010 adalah 23.09%, Kalau diTOLAK pemilikan oleh GLC-GLC, berapa % kah yang tinggal ?

Soalan ini turut disuarakan oleh Tun Mahathir semasa Kongres Ekonomi Melayu bulan lepas. ( KLiK )

Berterus teranglah dengan orang Melayu. Jangan terus mengulit mimpi indah kepada orang Melayu. Hakmilik oleh GLC BUKAN milik orang Melayu !

Segala dakwaan yang kerajaan Pkr Selangor cuba menjual harta milik GLC membuktikan yang pemilikan harta oleh GLC TIDAK mewakili pemilikan orang Melayu kerana ia boleh saja dijual atau digadai oleh kerajaan yang memerintah. Ditakdirkan PR menjadi kerajaan, apakah harta2 milik GLC masih lagi ditakrifkan sebagai milik Melayu ?

Biar orang Melayu tahu dan sedar berapa % kah hakmilik kita yang sebenarnya !  Baru kita tahu dan sedar SIAPAKAH YANG SEBENARNYA HARUS DIJAGA HAK MEREKA. 

Apakah Umno MALU kalau orang Melayu tahu parti yang mendabik dada sebagai Pejuang Bangsa Melayu sibuk mahu menjaga Hak orang Bukan Melayu yang sudah terlebih hak mereka sedangkan Hak orang Melayu sendiri tidak sampai pun 10%  ? ?


APAKAH ORANG UMNO AKAN TERUS BERSORAK MENYOKONG TRANSFORMASI DALAM KEADAAN ORANG MELAYU MASIH DAIF ?

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Pakcu Rantau Panjang
November 29, 2012 at 7:41 AM

Salam Bro Din..

Nampak nya Bro akhir-akhir ni dok panaskan Umno...bagus jugak sebagai peringatan...Tapi Pakcu juga nak cerita bab Blok Kedai yang disediakan oleh Kerajaan PAS kat kampung Pakcu Rantau Panjang...lagi best..harganya melebihi 1/2 juta= RM 750,000.000 satu. Agak-agak siapa yang mampu beli??????.

Rata-rata peniaga di Rantau Panjang pun dok sewa kedai antara RM 100 - RM 200.Ada bazaar kecil dirobohkan dan didirikan lot kedai semacam itu..ingat-ingat Pakculah inilah kerja yang seakan menghalau peniaga kecil secara halus..jadi inilah yang perlu kita fikir-fikirkan..kata orang ukur baju dibadan sendiri..walahualam...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 29, 2012 at 9:23 AM

orang melayu tak pandai meniaga..niaga kat kampung pun kena dengki,niaga nasi lemak pun 'kena santau'.
Lagipun orang melayu tak pandai menipu dlm bab niaga ni.Ada tak ada sewa lot perniagaan sajalah.Itu pun ramai yg kacau..nampak org dpt bisnes lebih sikit dah tuduh..haa..tu anak beranak dia ajelah yg kaut semua harta negara..walhal mereka pun berniaga jugak...Kalau melayu tak pandai niaga..kenapa TS Syed Muhd Bukhari tu diantara yg terkaya di Malaysia?Org melayu lebih 'layan' bisnes org bukan melayu berbanding bisnes melayu..tak caya??buatlah kajian.Tapi bagus jugak cadangan utk TPM tu..mana tahu..,brhasil.

....................
Reply To This Comment ...................
November 29, 2012 at 10:27 AM

rm750k untuk kedai di Rantau panjang? Dinding kristal kot? Kalau ada gambar dan lebih info boleh juga saya tolong sebar2 kan :-)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 29, 2012 at 10:44 AM

najib pakai baju biru, utk BN, masa persidangan UMNO. camne lagi nak mintak hak melayu?

....................
Reply To This Comment ...................
November 29, 2012 at 11:45 AM

TumbS up, bro. Entri yang bernas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 29, 2012 at 12:09 PM

MANA SUARA DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA..INILAH MASANYA MEREKA BERSUARA.BUKAN NAK TAMBAH EQUITI NAK BERNIAGA KAT KLCC PUN TIDAK DIBENARKAN..SIAPA YANG NAK PERJUANGKAN ISU INI...

....................
Reply To This Comment ...................
November 29, 2012 at 12:21 PM

Sebenarnya orang melayu ada kekuatan iaitu sebagai petani, penternak dan nelayan. Isunya, Kenapa kerajaan tidak membangunkan ke 3 sektor orang melayu ni secara yang luar biasa. Banyak tanah-tanah terbiar yang tidak diusahakan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 29, 2012 at 1:12 PM

mungkin ramai perwakilan kita yg sibuk berfikir nak ke bulan sampaikan isu pokok berpijak ditanah diorg dah tak nampak lagi..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 29, 2012 at 2:47 PM

inilah masalah besar org2 melayu pabila ramai para penyamun,ustaz songsang dan pembodek besar berebut nak jadi pemimpin kelak hancur masa depan generasi melayu dan agama Islam..ini perkara kecil sahaja jika pemimpin2 Umno ikhlas berjuang utk agama bangsa dan bukan demi perut sendiri..

-Doktor Melayu

Post a Comment