........... Umno Payung SEMUA Kaum | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Umno Payung SEMUA Kaum

Thursday, November 15, 20125comments

Saya percaya ramai yang dah baca kenyataan pre-PAU dari Tengku Adnan Mansor ini - Persepsi musuh utama Umno. Sinar 9/11

Beliau menyatakan MASALAH UTAMA Umno dalam berdepan PRU13 nanti adalah PERSEPSI Negatif yang disebarkan oleh pembangkang DAN oleh Bekas Umno yang kecewa.

"Saya tak kata, sebagai kerajaan, kita ini sempurna...memang ada kesilapan-kesilapan yang dibuat tapi kita dapat lihat pemimpin baru kita Datuk Seri Najib sedang dan telah buat perubahan. Kita mahu bergerak ke hadapan, kita tidak mahu kembali ke belakang. Bagi dia peluang,"

Dan beliau juga sempat beri nasihat kepada para perwakilan .....

Tengku Adnan berkata perwakilan perlu menumpukan ucapan mereka mengenai kepentingan mempercayai dasar Umno yang memperjuangkan semua kaum dan bukan hanya menjadi payung kepada orang Melayu.

Benarkah PERSEPSI NEGATIF saja yang menjadi masalah utama Umno ?

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
November 15, 2012 at 8:00 AM

Persepsi atau tanggapan negatif yang disebarkan oleh parti pembangkang mungkin memberi kesan dengan peratusan yang kecil tetapi sikap para pemimpin UMNO itu sendiri yang beranggapan bahawa rakyat Malaysia terutama yang tinggal diluar bandar boleh diperbodohkan dan mengikut saja apa kata mereka, itu yang tidak betul.

....................
Reply To This Comment ...................
November 15, 2012 at 10:18 AM

Ya saya setuju. Malah untuk melawan apapun PERSEPSI negatif, cara TERBAIK adalah bukti melalui tindakan diri sendiri secara konsisten, bukan cara adhoc, atau publisiti stunt .

....................
Reply To This Comment ...................
Pakcu Rantau Panjang
November 15, 2012 at 11:23 AM

Pakcu setuju.....tumbangnya pokok bukan kerana kapak tapi kerana pemegang kayu yang memegang mata kapak dihayung...begitu juga UMno...hilang rasa setia kawan dan libas belakang adalah antara ciri yang merebah keutuhan UMNO..jadi koreksi diri untuk tegakkan kekuatan UMNO semula. Pasti perubahan akan berlaku...walahualm.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 15, 2012 at 11:28 AM

salam,

umno yg di bawah ah jib gor ke menjadi payung untuk semua kaum. bukankah semua kaum dah ada pemimpin sendiri dan setiap masalah dibawa berbincang dalam bn? pemberian dalam perbincangan di dalam bn. parti masing-masing perlu meluaskan pengaruh agar setiap kaum dapat bersatu dalam satu persatuan yg lebih besar. setiap keputusan dibincangkan secara kepentingan negara diutamakan.

sekarang sudah tukar ke? pemimpin umno perlu cari kaum lain agar sokong parti kaum mereka. cakap berbelit-belit adalah cara pemimpin baru umno nak teruskan kuasa mereka agar ahli bawahan terus pening. ikut macam pas pulak.

hari ni baca pulak tajuk, kata dewan ulama pas, jatuhkan bn lebih utama daripada melayu murtad. tak tau la, apa nak jadi kat pemimpin melayu. moga Allah memberi hidayah dan rahmat kepada semua pemimpin melayu untuk mengutamakan ajaran agama agar kita semua sentiasa mendapat rahmat Allah swt.

....................
Reply To This Comment ...................
Antihipokrit
November 15, 2012 at 12:53 PM

Kalau UMNO perjuangkan semua kaum BUBARKAN UMNO. Buat parti baru, tak sesuai langsung nama UMNO tu dan matlamat asal perjuangannya.

Post a Comment