........... Ucapan Dasar Pau 2012 - Najib Umpama Pendekar ! hehehehe .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Ucapan Dasar Pau 2012 - Najib Umpama Pendekar ! hehehehe ....

Friday, November 30, 201212comments

Panjang sangat ucapan Najib tadi, malas rasa nak baca .... kebetulan pula saya agak sibuk sekarang ni. Jadi saya akan komen secara ringkas jer.

Saya akui UCAPAN Najib tadi pagi memang penuh semangat dan saya puji UCAPAN beliau. UCAPAN itu saya kira berjaya menaikkan semangat para perwakilan dan sesiapa yang mendengar. Ada saya copy diartikel sebelum ini - KLiK

Saya tidak akan sentuh bagian Najib hentam pembangkang kerana saya lebih teruja nak dengar pandangan beliau tentang perjuangan orang Melayu. Sebelum itu -

59. Untuk itu, Dasar Transformasi Nasional telah digubal dan dilaksanakan semenjak saya dan rakan-rakan mengambilalih kepimpinan parti dan kerajaan lebih tiga tahun yang lalu. Melalui dasar ini, kita telah memeta transformasi kerajaan, ekonomi dan politik secara rapi bagi mempastikan Wawasan 2020 akan tercapai.

60. Hasil pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi, dan Model Ekonomi Baru misalnya, pendapatan per kapita GNI negara meningkat 30 peratus di antara tahun 2009 hingga 2011 iaitu daripada 6 700 dolar kepada 9 700 dolar.


Satu jer saya nak tanya anda - apakah anda merasa POKET anda mengembang 30% sepanjang 3 tahun kebelakangan ini ?  Jika iya, maka silalah bertepuk tangan !
 
Soal bangsa Melayu bermula dari ayat 116 - 124 dan bukti diberikan oleh Najib tentang sumbangan beliau selaku PM kepada Melayu -

124. Bertapak di atas fasa pertama dan kedua tersebut, kita kini merangka dasar serta program yang lebih terarah serta berfokus antaranya inisiatif penubuhan Model Ekonomi Baru, Teraju, Skim Jejak Jaya dan Pelaburan Hartanah Bumiputera. Alhamdulillah, hasilnya, pemilikan ekuiti Bumiputera telah meningkat daripada 21.9 peratus pada tahun 2008 kepada 23.09 peratus pada tahun 2010
.


Agak menarik bila saya sedar sekarang RAMAI yang dulunya menentang Model Ekonomi Baru MEB kini bertepuk sorak bila Najib berulang kali sebut kejayaan MEB. Malas saya nak ulang sebut hal MEB ini tapi secara ringkasnya yang saya ingat MEB hanya mencairkan apa yang digenggam kemas oleh DEB sebelum itu. Atau ayat favoret Najib dulu - Need based not race based. ( berdasarkan keperluan ) Artikel lama saya mengenai MEB - KLiK

Najib juga sejak setahun ini jarang dah nak sebut MEB..... Perkasa yang dulu punyalah keras menentang MEB juga dah senyap. Entahlah .......

Bincang tentang Konsep atau Slogan atau Teori memang tak akan berkesudahan, jadi kita nilaikan ikut tindakan. Mungkin benar orang Melayu sudah semakin teguh ekonominya, seperti kata Najib ekuiti Melayu dah meningkat kepada 23.09% pada tahun 2010. 

Sekali lagi saya amat berharap kerajaan dapat berikan pecahannya - berapa % yang dimiliki oleh GLC dan berapa % dimiliki oleh orang Melayu secara mutlak.

Yang paling menarik sekali adalah SUMPAH yang diucap Najib -

Justeru, saya selaku Presiden UMNO, bersama-sama Timbalan Presiden serta seluruh saf kepimpinan parti, bersumpah dengan nama Allah dan Rasul-Nya, berikrar dan berjanji, terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam.

Saya malas nak komen lagi .... lebih baik tunggu perkembangan selanjutnya terutama ucapan penutup Najib nanti.

Tapi Najib memang ganazzzzz tadi ! Umpama pahlawan Melayu yang berucap didepan para pendekar, menaikkan semangat semua untuk berdepan musuh yang sedia menanti...... tapi bila musuh dalam bentuk Bersih mengganas, semua pahlawan dan pendekar hilang ! 3 KALI beb .......

Apapun TAHNIAH kepada Najib atas satu UCAPAN yang amat bersemangat ! 

PS - Sebagai peringatan, saya masih berpandangan konservatif ( ! ) dimana saya masih melihat Umno sebagai parti yang asasnya memperjuangkan Melayu dan PAU sebagai Kongres parti Melayu Umno BUKANNYA Kongres BN. 

Yalah, selagi Perlembagaan Umno belum diubah. 

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
November 30, 2012 at 1:58 AM

Selamat pagi,

Rajin update blog awal pagi yer...Just nak inform sempena PAU 2012 ini berjalan saya akan stop baca blog2 yg berkenaan. Ini adalah kerana DULU, KINI dan SELAMANYA janji2 UMNO adalah sama. Dan yg paling wajib disebut dlm setiap ucapan perwakilan adalah "HIDUP UMNO,HIDUP UMNO, HIDUP UMNO". dah mcm rutin tiap2 kali PAU jer. Mesti ada agenda buruk2kan parti pembangkang (ngumpat2??). Tidak ada perbezaan PAU 2012 dgn perhimpunan2 pembangkang sbb mesti ada aktiviti kata mengata,caci mencaci, buruk memburuk. BOSAN!

p/s kalau total pembaca Brader menurun dlm tempoh PAU 2012 ini, penyumbang utama adalah saya :) sekian terima kasih.

p/s 2 - baik pegi picnic kat PD dgn family ada gak faedahnya.....

....................
Reply To This Comment ...................
November 30, 2012 at 3:25 AM

Actually dah 2-3 kali saya dengar komen serupa spt saudari :-) org kata dah very the cliche, benda sama yang memang dah dijangka akan berlaku tiap kali parti politik berkonvensyen.

Sebenarnya spt tahun lepas juga, bilangan pembaca saya akan jatuh tiap kali Pau hehehehe... Kenapa ya?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 30, 2012 at 5:56 AM

PAU 2008=PAU 2012 masalahnya sama shj, harga minyak tinggi, harga barang melambung,BR1M membuat harga barang makin meninggi.kR1M tidak meluas.Tapi bunyinya amat gah.Apa maknanya GNI?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 30, 2012 at 6:21 AM

10 ribu peserta melayu AMTB ternakan ikan keli,hilang wang pelaburan tiada khabar berita dari syarikat tersebut sejak memasuki skim pertauliahan dari kementerian terbabit.Maka hilanglah 10 ribu undi untuk BN.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 30, 2012 at 7:01 AM

saudara mimie
memang la dlm mana mana pertemuan ahli parti, slogan dan inspirasi parti itu disebutkan. tak pernah dengar pulak dia org jerit slogan parti lain semasa parti itu bertemu. cuma ada setengah nya ambik terlampau jauh hingga mendoa kan kemusnahan parti org lain dlm bentuk doa dsb.

....................
Reply To This Comment ...................
Pakcu Rantau Panjang
November 30, 2012 at 12:11 PM

Pakcu orang Kelantan. Peminat setia "Red Warrior". Pakcu dok perhatikan gelagat penyokong Kelantan. Bila menang bukan main mereka puji dan sanjung pasukannya tapi bila kalah sekali..berbagai kata diluahkan dengan panas.."bodo..main tak reti...Sepak bukan lagu tu ..buta tak napak tiang gol ke..."

Bertahun merancang, berlatih bertukus lumus bila ada silap dan kalah dalam bermain penyokong sendiri yang baling botol dan pasang mercun.....ditengah padang. Jadi Pakcu berharap jangan pula Bro Din pun kaki baling botol dan pasang mercun kan "RED BN" tu sandaran orang Melayu yang lebih baik dari parti lain. Begitu juga penyokong BN lain jangan disebabkan tayar bocor maka kereta dibairkan reput dek hujan.......kesihaaaaaaan...baru nak naik weh...demo pula dok cantas alik belakang mana aci.... sorry BRo..cadangan aja....

....................
Reply To This Comment ...................
November 30, 2012 at 12:17 PM

Hmmmm .... bagaimana caranya untuk menegur pemimpin yang dilihat sudah tersasar dari matlamat perjuangan ?

Atau TIDAK PERLU DITEGUR dan terus disokong buta ?

....................
Reply To This Comment ...................
November 30, 2012 at 6:51 PM

Salam,

Masalahnya, rakyat tak adalah pula nak jerit2 inspirasi ker,apa ker. Yg kami tau tiap hari ada benda nak makan,anak2 sihat,kewangan terjamin etc etc yg berkaitan dgn rutin hidup harian. kalau tiap2 tahun anjur PAU & tiap2 tahun mesti nak jerit2 inspirasi semua, what makes you think org yg jerit tu ada kemajuan? Ada KPI ke? Takde la pula saya baca ahli2 perwakilan bentangkan facts & figures berapa org yg berjaya didaftarkan jd ahli UMNO, berapa rakyat miskin tegar yg berjaya mengubah nasib di bahagian masing2, berapa ramai anak Melayu yg berjaya menyambung pelajaran dgn khidmat masyarakat UMNO. Ada ke data2 ini semua dibentang masa PAU or adakah data itu RAHSIA?. Saya rakyat biasa tak minat dgr inspirasi2 yg cliche bang, saya nak tau facts & figures. Jgn ckp semua tu ada kementerian2 yg handle. Kata UMNO utk rakyat, so mesti ada khidmat masyarakat yg tak masuk paper,tak gitu? At least,bila benda2 ni keluar masa PAU,org biasa mcm saya ni boleh la buka mata & percaya yg UMNO mmg sentiasa di sisi :)

Make love NOT war....!

....................
Reply To This Comment ...................
November 30, 2012 at 7:51 PM

saya percaya pandangan saudari mewakili pandangan ramai rakyat biasa lain

....................
Reply To This Comment ...................
November 30, 2012 at 8:18 PM

Most of my friends yg lahir tahun 70an & non-partisan. Really, sebenarnya apa motif PAU ni? mcm tahun lepas gak kan bang, membazir. Ramai yg dtg sbb nak shopping,jln2 etc etc. Cuba tanya ahli2 biasa apa sebab mereka dtg PAU ni? Jgn tanya AJK2 sbb mereka dah diberitahu. Ahli biasa mcm Mak Jemah ke, Wak Jono ke, Pak Ali ke. Saya boleh bet mereka akan ckp benda2 lain. Or mmg tidak ada ahli2 biasa yg dtg PAU ni sbb kuota bagi kat kroni(?). Cubalah cari wakil yg lain dr yg lain supaya suara mereka didengari juga.

....................
Reply To This Comment ...................
November 30, 2012 at 8:28 PM

I beg to differ ..... ramai yang ahli biasa, yang veteran , mereka ini yang ikhlas dalam perjuangan membela nasib bangsa. Mereka masih berpegang pada asas2 Umno ditubuhkan.

Motif PAU ? Sebagai platform untuk pemimpin memaksa sokongan butatuli diberikan oleh ahli.

Selalu dah berlaku, ahli akan sok sek sepanjang tahun tapi bila tiba Pau, semua senyap tak berdecit. Alih2 semua pun sinsing lengan dan menyokong pemimpin yang mereka berbulu tanpa menyuarakan ketidakpuasan hati.

Pembahas kalau tak silap, sudah ditapis terlebih dahulu atau diberi garis panduan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh cakap.

....................
Reply To This Comment ...................
November 30, 2012 at 9:37 PM

Hahahaha I like the part "sebagai platform bla bla bla...." I respect your point of view. But as for myself, I still think this is a waste of time,energy & money. See, baru je td ada npk 1 artikel ckp ahli2 PAU nangis bila dgr wakil nyanyi lagu anak kecil tu. What is this?? Ni la contoh bazir masa. Org kasi platform utk luahkan idea2 yg bernas, bkn suruh nangis2. Ini masa utk bentangkan strategi utk PRU13, bkn masa utk jiwang karat. Lepas PRU13 nanti, nak melalak ke,nak hantuk kepala kat dinding pun tak guna bila ada peluang tp tak guna dgn sepenuhnya. But hey...who am I to judge this eh? A nobody. Sukati uolz la nak buat apa punnn..... So brader, this will be my last comment for PAU, after this I want to keep my mouth shut....C ya when I c ya....

Post a Comment