........... Tasik Kenyir - 20 Tahun Promosi, Orang Masih Tanya - Apa Ada Kat Sana ? Perabih Pitih Jer ... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tasik Kenyir - 20 Tahun Promosi, Orang Masih Tanya - Apa Ada Kat Sana ? Perabih Pitih Jer ...

Saturday, November 17, 201215comments

Nak lari sekejap dari politik malam ni ..... saya nak menulis tentang Pelancongan Tasik Kenyir. Dah lama sebenarnya nak tulis tentang benda ni, jadi sebelum bahang politik semakin hangat dan saya jadi lupa, baik saya nukilkan sekarang.

Saya nak tulis secara direct ya, harap2 mereka yang bertanggungjawab tentang pembangunan dan promosi Tasik Kenyir dapat baca. 

Saya bandingkan Kenyir yang saya kunjungi 20 tahun lalu dengan ketika saya kesana bulan lepas .... dan dari pembacaan saya serta feedback dari rakan2 dalam sektor pelancongan ... komen saya - Korang buat apa selama 20 tahun ni ? Entah berapa ratus Juta RM telah dihabiskan, pelbagai projek dilancarkan dan banyak yang hancur, entah berapa versi brochure dan phamplet telah dicetak , tapi kenapa masih tak maju juga ? Kenapa masih terhegeh2 memikirkan projek nak tarik pelancong ?

Tak payah  haruk nak pergi Oversea nak promosikan Tasik Kenyir kalau orang Malaysia sendiri ramai tak pernah pergi dan tak hingin pun nak pergi ! Sebab soalan utama yang akan ditanya, itupun kalau ada yang nak tanya dan mereka pula sanggup nak jawab adalah - Apa yang ada di Tasik Kenyir ?



Come on la... cubalah fikirkan projek yang betul2 gempak, yang betul2 kena pada target market, yang betul2 boleh buat duit ! Dari dulu sampai sekarang, tak habis2 dengan Pertandingan Memancing ....Teruskanlah, tak per, tapi carilah idea lain juga !

Orang kaki pancing ni mereka bukannya jenis pelancong yang duduk hotel, makan direstoran dan berbelanja sakan. Mereka lebih suka datang dan pergi tanpa dikesan .... tak kacau orang dan tak suka orang kacau.

Cuba tengok PROJEK2 GEMPAK yang sudah dirancang oleh kerajaan negeri bagi mempromosikan Tasik Kenyir sempena Tahun Melawat Terengganu tahun depan -

Bulan lepas dah keluar satu artikel mengenai promosi Tasik Kenyir ni -
Sembilan program warnai Tasik Kenyir tahun depan - yang berkonsepkan sukan, fotografi dan rekreasi antaranya Pertandingan Memancing sebanyak 5 siri, Triathlon, satu lagi Pertandingan Memancing Boat on the Road, Festival Kenyir, Power Boat, Motocross, Pertandingan Raja Serama dan Pertandingan Melukis dan Fotografi.

Hari ni dah jadi 15 program di Tasik Kenyir tahun depan - Yang tak ada dalam list diatas adalah cuma Le Tour De Langkawi tapi macamana jadi 15 program ntah ! Ikut pandai mu ah .....

Kemudian sebuah Kem Gajah akan dibuka bulan Februari nanti dimana gajah2 akan buat persembahan dan pengunjung berpeluang naik gajah.

Satu lagi projek unik - sebuah pulau yang ditanam dengan lebih 2ribu pokok rambutan dari 200 spesis seluruh dunia dan ia dinamakan Pulau Langsat Rambutan .

Satu Pulau Penuh Rambutan beb !
“Kewujudan pulau tersebut sekali gus meletakkan Terengganu sebagai satu-satunya negeri yang mempunyai pulau khusus untuk rambutan dan bakal menjadi salah satu produk pelancongan di Tasik Kenyir,”

Paling gempak sekali adalah menjadikan Tasik Kenyir sebagai Pusat Bebas Cukai .......

                                           ***************************
SERIUS saya nak tanya ni - Korang benar2 YAKIN TANPA WAS-WAS bahawa semua projek2 diatas bakal membawa pelancong yang ramai ke Tasik Kenyir ? Pulau Rambutan ? ? Kenapa tak hasilkan klon durian terbaik dan namakannya Durian Kenyir Best .... gerenti nama Tasik Kenyir akan glamer !

Maaf cakapla, kalau begitulah cara orang kerajaan negeri berfikir, alamat lagi 20 tahun pun orang masih akan tanya - APA ADA KAT TASIK KENYIR ?

Menurut statistik, pada tahun 2011 seramai 275,241 pelancong datang ke Tasik Kenyir manakala bagi tahun ini sehingga Ogos lalu 269,863 orang telah berkunjung ke tasik tersebut.

Saya ingin sangat nak tahu macamana diorang dapat angka statistik itu !

Saya nak beri satu cadangan disini - Taman Tema Air ala Sunway Lagoon. 

Saya baru pergi ke Gambang Waterpark minggu lepas, BERDERU orang teganu gi sana ! Padahal bukannya ada apa pun tapi strategi mereka tepat. 

Targetkan kepada kanak2 sebab mereka punya persuasive power keatas ibubapa, abang kakak dan tuk nenek supaya ikut sama ! Wujudkan banyak aktiviti untuk semua dan pastikan pengunjung perlu menginap semalaman diTasik Kenyir untuk benar2 puas dengan apa yang ada.

Tanah luas, air tak usah ceritalah .... 


Pasti banyak pihak akan dapat manafaat dari projek sebegini. Jadikan ia sebagai anchor project dan dari situ bakal tumbuh lagi pelbagai projek lain yang dapat dikembangkan. Yang kaki pancing boleh teruskan aktiviti memancing cuma kali ni mereka boleh ajak keluarga bersama.

Tak lama lagi Lebuhraya Pantai Timur akan siap dan dengan perjalanan yang hanya makan masa 4-5 jam dari Kuala Lumpur, dan 4-5 jam juga kalau dari Ipoh ( kalau jalan pintas ke Gua Musang-Ipoh dapat diperkemaskan lagi ) , saya percaya Kenyir WaterPark akan jadi GLAMER .

Sekejap jer, tak perlu tunggu 20 tahun pun .. 

PS - Sekadar meluahkan pandangan ... 

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
November 17, 2012 at 11:39 PM

Sape ADUN exco pelancongan Tranung? Seronok juge baca artikel Tasik Kenyir ni. Ye, ada apa kat tasik kenyir yang boleh menyebabkan orang datang setiap masa dan bukannya bermusim.
Kalau pergi di Gawi, tak ada ape kecuali bagi mereka yang sewa boat dan pergi memancing. Pegi berkelah, bawok nasi lauk budu sedap jugak. Inilah aktiviti terakhir aku di Tasik Kenyir ( Gawi) tahun lepas.

Aku pernah cadangkan dalam blog aku supaya kerajaan Tranung upah pakar yang hebat dalam pembangunan pelacongan tasik, untuk merancang pembangunan pelancongan tasik kenyir. Satu kajian dan cadangan yang menyeluruh. Aku percaya ada perkara yang pemimpin kita tak nampak, tetapi pakar nampak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2012 at 3:17 AM

jaga kebersihan air dari hilir ke hulu sungai ganu dh cukup,maka berkembang lah sepanjang sungai ganu.Mestilah ada perundangan,konsep,sistem penyelenggaraan khusus bidang saliran dan rawatan air serta terma2 yg lain utk menyokong industri pelancongan tersebut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2012 at 9:17 AM

Tu belum cerita bab tarikan pelancong di Kedah lagi (selain Langkawi). Cuba minta sapa2 dari Kedah ceritakan bab Taman Laut Pulau Payar, Tasik Pedu, Muzium padi, Gunung Jerai, Pekan Rabu dll. Semuanya kira perabis duit, bagi puak-2 politik bodoh piang ni, asal ada projek dan jalan projek saja dikira buat kerja (masyukkk kot). Pasal natijah selepas projek siap tak pikir dah, nak melingkup ka, nak bungkus ka, nak jadi bahan cemuhan ka, nak jadi apa ka tak pikir dah.
Ni cerita puak politik yang dah termakan auta puak consultant yang buat planning la, dah tu, exco yang kaki bodek, asal apa saja cadangan MB, semua first class... masyukkkkk

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2012 at 11:43 AM

salam,

beberapa tahun yg lepasssss, ada kawan yg pi sana. apabila ditanya, aku tak mau pi dah. cukup la sekali sahaja kerana itu pun kerana dapat percuma. kalu tidak rugi aku. cerita yg buat org lain tak mau pi juga. mungkin pegawai kat sana syok sendiri kerana syok sendiri memang mengagumkan diri sendiri hingga orang lain kata pun tak dapat mengubah apa pun.

....................
Reply To This Comment ...................
November 18, 2012 at 11:56 AM

Cakap banyak pun tak guna sebab alasan pegawai kerajaan pun banyak juga. Bukti dah ada - lebih 20 tahun + Ratusan juta RM = APA HASILNYA ?

Projek2 baru yang ada pun lebih kurang SAMA jer dengan 20 tahun lalu .....

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
November 18, 2012 at 3:00 PM

sayapun nak bg cadangan...dah lama pikir benda ni

1) buatla rantaian jambatan gantung antara pulau-pulau.....baru BEST....jadikan rantaian jambatan gantung terpanjang pertama di Malaysia...biar penat jalan melangkau atas/bawah/tgh pokok

2) bina satu muzium Kenyir yg mana serangga, haiwan & pokok boleh diawet utk dipamerkan & pulau herba.....TAPI jgn bawa tumbuhan dr LUAR sbb akan menganggu ekosistem dlm jandkamasa panjang

3) bina satu pusat kajian flora/fauna/environment di dlm hutan Kenyir(dekat chalet PERHILITAN) dgn menggalakkan universiti tempatan spt UMT/UNISZA & antarabangsa melakukan expedisi kerjasama.....MALATOP beb!

4) bina satu kem jati diri...sbb setahu aku dah ada tpt berkhemah & fasiliti dlm hutan Kenyirpun banyak...cuma TERBIAR....sambil2 tu perbanyakkan rentis alam (mcm jalan yg melalui pelbagai rupa ekosistem) biar diorang jungle tracking

5) buat la birding (tgk burung) peringkat antarabangsa secara lebih kerap....burung2 kita bukannya byk yg berhijrah....berlambak burung2 cantik dlm hutan tu....sian diorang tak popular

6) pusat GAJAH tu mmg bagus.....cuma aku tak pasti tempat mana yg sesuai...& saya sebenarnya tak berapa bersetuju.

7) bina kembali perkampunagn orang asli yg betul2 ASLI....& org luar boleh bermalam sambil menghayati gaya hidup mereka.....jd org asli kat Beruapun dpt la kerja....ada duit & diorang tak bising dgn kerajaan....dah la paksa duduk luar kenyir, kerja x bg....apa da!!

utk projek2 saintifik mintalah bantuan dr UMT/UNISZA.....byk profesional yg ada....gunala pengetahuan & kemahiran mereka sehabis baik

haaaa...amacam idea ni....rasa2nya ok tak?

....................
Reply To This Comment ...................
emma49
November 18, 2012 at 4:16 PM

if kat bali ada water bom bali... best!

http://www.waterbom-bali.com/rides.php

....................
Reply To This Comment ...................
November 18, 2012 at 4:48 PM

Sememangnya TERBAIK ! Saya harap pihak berkuasa dalam soal ini baca komen saudara. TerimaKasih !

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
November 18, 2012 at 4:52 PM

walaweiii mcm seronok...main2 air...bom awekz2...terangkat serban pak lebai no...hehehe....tp idea mmg unik

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
November 18, 2012 at 4:59 PM

sebenarnya ada satu lagi projek PELIK yg bermain dlm minda ni...cuma mungkin belanja terlalu besar...tapi lupa taip da tadi....hohoho

ideanya gini....apa kata buat terowong lutsinar dlm tasik kenyir...bleh la jln2 dlm air...ermmm....kita dlm akuarium...biar binatang yg tgk kita

bukan binatang je...tapi kesan2 hutan yg ditenggelami & peninggalan rumah2 penduduk yg ada kat dasarpun boleh dilihat.

cuma masalahnya tahap tembus cahaya dlm air tasik & byk ke binatang kita boleh nampak....tapi idea nak bg ikan2 nampak pasang la umpan pd dinding2 terowong tu...sbb Kenyir terkenal gak ngan labi2nya....ye ke?

maka dptlah org yg x tau berenang mcm saya ni menyelam ke dasar tasik kenyir.....tapi yg ni nnt dululah...belanja besaq tu.

....................
Reply To This Comment ...................
November 18, 2012 at 5:21 PM

Mungkin saudara terbayang keadaan dasar laut ..... hehehehe, JAUH bezanya ! Takde yang menariknya dasar tasik, berlumpur dan pandangan terhad. Takde warna warni nya macam kat laut :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 4, 2013 at 5:45 PM

kalau mengikut ketinggian tasik kenyir nie,boleh tak buat jalan air dari kawasan pantai barat bercantum ke tasik kenyir.Walaubagaimanapun tasik kenyir perlu ada bandar yg berteraskan pendidikan dan pelancongan.Keutamaan laluan berbasikal dalam bandar ke tasik kenyir.Setakat harapkan laluan simpang pulai ke tasik kenyir setakat nie,ianya tidak membantu.Hanya sibuk utk industri pengangkutan barang dan musim perayaan sahaja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 5, 2013 at 12:20 PM

Aku rasa satu aje syarat utk buat projek yg meleTOP kat Kenyir tu,mesti ade masyuk.Xkan dah puluhan tahun dia orang x boleh fikir benda ni.Soal berjaya @ x no.2,masyuk dulu no.1.Kalau orang tanye, kita dah buat tapi x berjaya.

....................
Reply To This Comment ...................
February 5, 2013 at 4:32 PM

Mentaliti pemimpin yang menjaga sektor pelancongan atau apajua yang mampu mendatangkan hasil harus diubah dulu. Kena berfikiran korporat + sedikit kerajaan.

....................
Reply To This Comment ...................
August 13, 2014 at 1:10 PM

Terbaik. Ada juga orang yang perihatin untuk memajukan kawasan Tasik Kenyir ini. Teruskan usaha. :D


Alhamdullilah. Seronok baca artikel tuan. Hidup ceria dengan melawat tempat-tempat seperti Tasik Kenyir.


Tasik Kenyir

Post a Comment