........... Pemimpin Berterusan KowTow ... Anda ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pemimpin Berterusan KowTow ... Anda ?

Sunday, November 11, 201239comments


Artikel sebelum ni ( KLiK ) saya telah mengkritik Muhyiddin dengan cara yang berhemah sekali bila beliau ikut sama rentak Bapa Vernakular membodek orang cina via sekolah cina. Kenyataan Muhyiddin kalau berdiri sendiri dan tidak dikaitkan dengan kenyataan2 bernada sama yang bertali arus dari Bapa Vernakular, mungkin tidaklah menyakitkan hati sangat.

Berbulu tu berbulu jugalah tapi kalau dikaitkan, dan dilihat secara bersama, apa yang kita nampak ? Masihkah lagi berkenaan isu Sekolah Cina ATAU ia sebenarnya isu BODEK CINA ?

Seriusli saya nak tanya ni - Kalau anda ditempat orang Cina dan berdepan dengan dua orang pemimpin TERTINGGI Melayu yang TIDAK BERHENTI-HENTI bercerita tentang betapa besar sumbangan mereka kepada sekolah Cina, tentang betapa sayangnya mereka kepada isu teras perjuangan orang Cina .... APAKAH REAKSI ANDA ?

Saya ulang ya - TIDAK BERHENTI-HENTI bercakap.... !

Kalau saya orang Cina, saya sendiri NAIK FED-UP ! Yang pasti, saya akan TERUS minta mereka BUKTIKAN kata-kata mereka. 

Najib - Tuan SUDAH TERLALU OVER LA !
dan Muhyiddin - Tuan pula ......... MENYEDIHKAN....

Kalau begitulah cara seorang PEMIMPIN TERTINGGI ORANG MELAYU berkelakuan ....,MANA ORANG MELAYU NAK LETAK MUKA ?

Anda semua pasti ingat masa zaman sekolah Menengah dulu ketika baca Sejarah Tanah Melayu....  tidakkah anda rasa MELUAT ketika mendapat tahu betapa pembesar2 Melayu dulu begitu dambakan harta dan kuasa sehingga sanggup bersekongkol dengan bangsa lain semata-mata mahu memerangi bangsa sendiri ?

Isu sekolah Cina satu hal ..... sekarang dah jadi ISU MARUAH ! Kerana itulah isu yang sebenarnya....

Kita nak bertekak tentang Sekolah Cina, nak bentangkan hujah2 bagai, semuanya buang masa saja. Sebab isu Sekolah Cina itu cuma satu bentuk HABUAN semata-mata. Satu bentuk PEMBERIAN untuk merealisasikan NIAT SEBENAR iaitu MENGEKALKAN KUASA.

Sebab itu kalau kita dapatkan Pakej 3Hari 2Malam untuk berdebat isu Sekolah Cina ini tanpa henti pun, ia tetap tidak akan selesai kerana kita tidak memberikan alternatif lain kepada MATLAMAT UTAMA mereka !


Fine ! Korang tak nak aku cakap tentang sekolah cina .... OK, aku boleh tak cakap. TAPI apa lagi yang boleh dapatkan undi orang Cina ? 

NAMPAK ? MENYEDIHKAN .......SO PATHETIC !

Makanya, apa yang nak dihairankan dengan SURAT AMARAN dari Dong Zhong ini -

KLiK

Mereka menentang Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 .....   Sekarang, pendidikan bahasa etnik menghadapi krisis, dan cara perjuangan yang selama ini tidak berkesan. Dong Zong berpendapat bahawa kita harus menggabungkan semua kuasa daripada pelbagai pihak dan lapisan masyarakat untuk mengambil tindakan yang lebih praktikal ....

Saya copy terjemahan penuh dibawah.. 



ATAU, Kenapa perlu kita marah pada mamat ni -



Sebab mereka NAMPAK apa ISU SEBENARNYA !  Bila lagi ? Masa Pemimpin Tertinggi Melayu MELUTUT merayu belas ihsan sumbangan undi inilah, kita kena buat tuntutan.

Tapi sayang, orang Melayu sendiri tak nampak......Yang nampak pula, IKUT SAMA MERESTUI PERBUATAN MEREKA ..... SAMA-SAMA MELUTUT MENAGIH SIMPATI BANGSA LAIN !

SEMUANYA DEMI UNDI,  DEMI KUASA POLITIK ... MARUAH BANGSA DIGADAIKAN  ....

Semuanya Demi SURVIVAL MELAYU ?


                                                 *********************************

Terjemahan Bebas:

SURAT DARIPADA DONG ZONG KEPADA RAKYAT 

Negara kita ialah sebuah Negara yang mempunyai pelbagai kaum, bahasa, kebudayaan serta agama. Namun, Selama ini kerajaan telah mengabaikan hak yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan kepada semua kaum untuk menggunakan bahasa ibunda. Kerajaan telah melaksanakan dasar pendidikan satu aliran secara jangka masa panjang yang tidak selaras dengan keadaan Negara kita. Sejak yang mengemukakan dasar pendidikan yang berorientasi “satu bahasa, satu jenis sekolah”, dasar-dasar pendidikan Negara yang seterusnya seperti laporan pendidikan, akta pendidikan dan pelan pembangunan pendidikan juga tidak dapat dipisahkan daripada pemikiran untuk mencapai matlamat utama tersebut. Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang baru diumumkan turut mempunyai konsep yang sama dan lebih dipergiatkan.

Pelan tersebut masih terus berpegang kepada dasar pendidikan satu aliran dan meminggirkan sekolah rendah Cina dan sekolah rendah Tamil sebagai matlamat utama. Pelan tersebut mencadangkan sekolah rendah Cina dan Tamil menggunakan sukatan, buku dan cara mengajar subjek Bahasa Melayu yang mempunyai standard sama dengan sekolah rendah kebangsaan, Oleh itu, masa belajar Bahasa Melayu di sekolah telah ditambah secara ketara sehingga 570 minit setiap minggu. Ini akan menyebabkan struktur sukatan pelajaran di sekolah rendah Cina dan Tamil menjadi tidak seimbang dan ini akan menjejaskan matlamat untuk menggunakan  bahasa ibunda dalam pengajaran.

Pelan tersebut bertujuan untuk mempopular dan meningkat kualiti pendidikan, namun tindakan ini adalah tidak adil kepada sekolah agama dan SMPC serta mengabaikan janji kepada sekolah menengah kebangsaan dan sekolah katolik. Tindakan ini juga menafikan sumbangan SMPC terhadap pembangunan Negara dan sengaja mengecualikan ia daripada arus pendidikan Negara.

Pelaksanaan pelan pembangunan pendidikan tersebut mencabuli prinsip pendidikan yang adil, dan ini tidak menguntungkan pembangunan pendidikan pelbagai kaum dan bahasa serta menghalang perpaduan dan masyarakat yang harmoni, dengan ini kita harus tegas untuk membantah pelaksanaannya.

Sekarang, pendidikan bahasa etnik menghadapi krisis, dan cara perjuangan yang selama ini tidak berkesan. Dong Zong berpendapat bahawa kita harus menggabungkan semua kuasa daripada pelbagai pihak dan lapisan masyarakat untuk mengambil tindakan yang lebih praktikal demi menyampaikan hasrat kita untuk melindungi dan membangunkan pendidikan bahasa etnik. Oleh demikian, kami akan menganjurkan “Perhimpunan aman 1125” pada 25 November 2012, jam 11 pagi di Padang Timur, AmCorp Mall, Petaling Jaya untuk bersatu kuasa daripada pelbagai kaum, pelbagai lapisan masyarakat, pelbagai parti politik, persatuan-persatuan dan badan-badan NGO  untuk membantah Pelan Pembangunan Pendidikan yang dapat mengugat pembangunan pendidikan bahasa ibunda dan perpaduan kaum.

Share this article :

+ comments + 39 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2012 at 12:47 PM

Din, apa rasa DZ berani mengugut kerajaan sebab ada 2 buah parti cina yang berada di belakang mereka iaitu DAP dan MCA. Mereka rasa mereka kebal dari dikenakan tindakan undang-undang walaupun telah banyak kali menyentuh isu perkauman. Aku sebagai orang melayu rasa terguris dengan kedegilan mereka.

Macam nilah din, aku simpan dulu rasa geram aku ni sehingga selesai pru13 nanti. DZ hanya suka buat bising sebelum pru je. Lepas pru nanti diaorang senyaplah tu. Aku nak mintak din tolong up-kan balik isu ni lepas pru nanti. Boleh tak, din?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2012 at 2:43 PM

ciri2 pemimpin malayu islam yg baik{beriman dan bertaqwa} selain daripada itu,mesti mengenal budaya kaum melayu,cina, indian dll.Mengenal perkara2 yg tidak di sukai oleh pelbagai kaum.Mesti sensitif atas semua perkara.Daripada perbuatan,gaya,pemakaian,percakapan,pemikiran mesti menjurus kepada kepentngan bersama utk semua kaum.Secara total seorang pmimpin teratas termasuk istrinya, mesti berterampilan secara low profile,kalau mengikut kehendak acuan budaya malaysia.Jangan sekali2 melebihi batasan kuasa dari amanah rakyat dalam mencampur adukkan dalam keluarga,ianya sangat bahaya.Seorang pemimpi,mesti berdiri di dalam kerajaan bersama semua rakyat,bukan bersama2 dgn kawan2 atau sekelompok rakyat.Seorang pemimpin mesti bercakap di peringkat nasional utk kepentingan rakyat shj.Kalau asyik brcakap perihal Felda selalu,isteri sibuk campur urusan negara dan sangat aktif serta tinggalkan persatuan maka tanda2 bncana akan berlaku.Ini terbukti nama isteri seorng Pm banyak tertera di laman2 blog negara.Dua orang pemimpin yg tahu tentang soal ini,ialah Tun Mahdhtir Muhammad dan Datuk Sri Anwar ibrahim.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2012 at 4:38 PM

bagi mencapai kejayaan politik melayu kini telah menjual asas perjuangan masing-masing. Contohnya Pas - mereka kononnya alim dalam bab agama dan sepatutnya berdakwah kepada orang bukan islam bagi mendekatkan diri mereka itu dengan islam. tetapi sebaliknya yang terjadi ... kaum kafirun itu sebaliknya yang memberi tarbiah tentang islam kepada penganut agama pas. hem ... umno ... kononnya memperjuangkan nasib bangsa melayu yang masih ketinggalan dalam banyak aspek ... bukan tiada kemajuan yang telah dicapai oleh bangsa melayu di bawah pimpinan umno ... tetapi apa yang perlu ialah kemajuan yang dicapai itu hendaklah dimantapkan lagi ... tetapi demi kuasa ... bangsa cina dimuliakan ... apa yang hendak dikatakan ... benarlah lirik lagu ... anak kecil main api ... terbakar ... tangannya terbakar ... demi kuasa tanah dipijak milik orang ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2012 at 5:11 PM

salam,

bila bahas bab sekolah cina ni, rasanya dah malas dah. dong zong ni pun bukannya kuat pun, tapi dah rasa lemah, yg lemah pun kita rasa kuat. kita melayu tak dapat bersatu, macam ni la jadinya. ada org melayu, dia langsung tak kisah tang bangsanya. apa yg penting ialah duit yg dia dapat je. nampak baik, tapi hati yg kat dalam tu, susah mau cerita. apa yg ada dalam kapla pun susah juga mau cakap. mungkin ini adalah peringatan Allah swt kepada kita orang melayu. agar bebenar bila berjihad terhadap agama dan bukannya setakat cakap tapi praktikalnya hancus. moga Allah sentiasa memberkati, merahmati dan mengampunkan kita orang melayu di malaysia ni kerana dalam perlembagaan malaysia ni, orang melayu tu beragama Islam. bukannya orang melayu patani, indonesia, filipina yg tak pasti agamanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2012 at 5:18 PM

SATU sekolah untuk semua atau SATU sekolah untuk SATU bangsa? Sudah pun dilayani dan tangga sudah pun didaki maka bangsa Cina mengharapkan untuk ke atas lagi, lebih tinggi dari kaum lain.

Kalau anda ditempat orang Cina.... APAKAH REAKSI ANDA ?

Saya akan terus menerus menuntut apa yang janjikan sehingga mereka dapat membuktikan percakapan mereka itu. Saya kemudian akan meminta lebih banyak lagi sekolah Cina dibina mengikut norm dan university Cina. Saya akan mendidik anak bangsa saya disekolah dan dirumah supaya membenci bangsa Melayu yang begini lama telah menghalang bangsa saya dari terus mara ke hadapan. Disamping itu akan terus saya melalak mengatakan sokongan kepada pimpinan PM dan TPM dan melaga lagakan bangsa Melayu menerusi UMNO/BN dan PAS. Saya akan sebarkan dimedia cetak memuji dan MENGAMPU PM dan TPM walau pun pada hakikatnya adalah saya hendakkan MELAYU hancur.

………… TIDAK BERHENTI-HENTI bercakap.... !

Saya akan menggalakkan PM dan TPM terus menerus bercakap berkenaan issue yang sama dan berulang ulang. Saya faham dan sedar orang orang MELAYU tidak menyukainya dan inilah caranya orang orang MELAYU akan membenci pemimpin dan UMNO khususnya. Dengan itu MELAYU tidak akan keluar mengundi atau pun tidak mengundi UMNO/BN. Mereka akan bertindak memberikan undi PROTES. Ha! Ha! Ha! UMNO/BN akan kalah pada pilihanraya.

....,MANA ORANG MELAYU NAK LETAK MUKA ?

MELAYU sudah tidak berwajah. MELAYU sudah dilelong sebahagian besarnya. MELAYU sudah tidak punyai arah. MELAYU hanya pandai bercakap. MELAYU sebok berpolitik. MELAYU boleh dijual dan dibeli. Kapal orang Melayu sudah hamper karam. Mereka akan terjun ke laut tak lama lagi untuk menyelamatkan kapal. MELAYU tak pandai menjaga harta milik mereka. Bangsa Cina datang dengan sehelai sepinggang tapi sekarang, lihatlah sekeliling anda semua ….. Cina tak buka kedai orang MELAYU tak dapat makan. Hak keistimewaan MELAYU akan dirampas dan dibahagikan sama rata, tapi Cina mesti lebih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2012 at 5:26 PM

kalau dah lepas PRU sudah tidak ada issue lagi bro'. DZ bereani mengugut kerajaan sebab dia ada dua biji telur. orang Melayu, sungguh pun lebih ramai dari bangsa lain, semuanya pondan, tak berani nak bercakap, hormat pemimpinlah konon. bangsa Cina kalau ada satu satu issue, tak mudah disimpan hingga selepas PRU sebab ianya dah sejuk.

fikirkanlah kemana akan perginya UNDI anda?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2012 at 5:30 PM

dek kerana penilaian kita yang silaplah maka rasa bahangnya terpaksa kita tanggung. kita sangkan mereka yang kita pilih adalah terbaik dari kalangan yang baik. apabila mendapat kuasa, setelah yang enak dan sedap dirasa, bangsa sendiri yang terseksa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2012 at 5:35 PM

pada pendapat saya pemimpin kita bersikap if u cannot beat them, join them. kalau Pas tak boleh mentarbiahkan DAP, maka, oleh kerana hendak berkawan dengan mereka, terpaksalah mereka ditarbiahkan. begitu jugalah UMNO, susah sangat hendakkan mereka ikut kita, maka tak apalah kita ikut mereka dan kalau nakkan kawan mesti berkorban untuk kawan, tak kiralah barang barang antik dirumah kalau mereka hendak, berikan asalkan mereka nak jadi kawan. tak apalah kalau disimpankan niat, masakan mereka tak tolong kita bila dah jadi kawan.

....................
Reply To This Comment ...................
November 11, 2012 at 6:11 PM

Sementara nak menunggu selesai PRU13, berapa banyak lagi kita perlu berputih mata dan menelan maruah yang tercalar ? Apakah Najib berani STOP bodek cina dari sekarang ?

Apa yang telah dan bakal diberi.....bolehkah ditarik balik selepas PRU13 ?

Ini BUKAN soal undi tapi soal BERSUARA ,BERI MESEJ yang jelas. Soal undi nak beri pada siapa itu saya tak nak sebut. Itu terpulang masing2.Saya hanya mahu Najib dan Muhyiddin sedar yang mereka TIDAK mewakili kita dalam soal bodek ni.

....................
Reply To This Comment ...................
November 11, 2012 at 6:13 PM

TAPI kalau mereka sedar silap dan mahu berubah mungkin masih boleh diterima. Masalahnya mampukah mereka ?Mahukah mereka ?

....................
Reply To This Comment ...................
November 11, 2012 at 6:15 PM

Bagi saya Pas atau Umno TIDAK pernah mahu join Dap atau Mca, mereka hanya mahu undi. Simple. Kawan ? Hahahaha... dalam hati sendiri tahu semuanya adalah kerana politik. Dan dalam politik tidak ada kawan.

....................
Reply To This Comment ...................
November 11, 2012 at 6:17 PM

Nak marah tapi tak boleh ..... sebab ianya benar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2012 at 6:37 PM

kita tengok nizar ... mantan mb perak ... sikapnya bagaimana ... awalnya dap mahu melantik kaum mereka menjadi mb ... tetapi kebijaksanaan pemimpin melayu terdahulu di dalam negeri perak telah meletakan frasa "bangsa melayu beragama islam mesti dilantik menjadi mb perak" di dalam perlembagaan di negeri perak ... dap tidak puas hati membawa isu itu ke mahkamah ... gagal ... akhirnya terpaksa akur ... mereka meneruskan langkah mencari pemimpin boneka yang layak ... kelulusan srp ... kerja posmen ... sesuai ... dicadangkan kepada sultan perak ... sultan perak bijak mentafsir langkah dap ... cadangkan nizar lulusan universiti dengan harapan tidak menjadi boneka dap ... tetapi apa yang jadi ... nizar menjadi boneka dap ... tuanku nampak bahayanya ... akhirnya kerana kes lompat parti ... pakatan haram tertewas dengan sendirinya ... nizar yang dilantik tuanku sultan perak melakukan sembah derhaka ... dasar manusia tak sedar dek untung ... dap tidak memandangnya pun semasa memberi cadangan kepada tuanku sultan perak ... itulah melayu ... sikap seperti ini bukannya hanya ada pada nizar tetapi ramai pemimpin melayu ... baik dalam pas ... umno dan lain-lain parti ... mudah lupa diri dan mudah dijual ... apa lagi yang hendak dikesalkan ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2012 at 6:52 PM

Dong Zong sememangnya tak kuat sebab ia maknusia biasa dan nama bagi sesaorng. Dong Zong tuh satu orang, tapi bila dijadikan satu BADAN, ianya telah menjadi kuat. Kuat dari segi SEMANGAT dan MENTAL. Bersatu teguh dan bercerai runtuh, itulah yang diamalkan mereka. Melalui Dong Zong orang orang Cina bersatu dan melaungkan SATU suara dan SATU matlamat. Dari Dong Zong orang orang Cina dapat menjadikan undi sebagai tukaran. (Itu pun kalau DAPAT). Orang Melayu berjuang untuk kepentingan, tidak IKHLAS. Orang Melayu berpolitik menggunakan bangsa untuk memenuhi kepentingan diri dan disebabkan itulah MELAYU semakin hanyut ditempat sendiri dan ISLAM hampir tenggelam.

Beragama ISLAM sahaja tidak cukup dan itulah yang dinamakan ISLAM baka. Sebagai seorang ISLAM hendaklah kita ikut PERATURAN ISLAM dan itulah agamamya. ISLAM tak suruh berjuang untuk kepentingan dan ISLAM tidak suruh mengembangkan agama lain.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2012 at 6:53 PM

U kick me, i kick u back BUT please lah don't kick me hard.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2012 at 6:55 PM

dalam berkawan pun ada politik. takkanlah kawan tak boleh kasi undi untuk tolong kawan. dah banyak dah kawan tolong takkanlah tak boleh tolong kawan. kalau nak buah pun kawan sanggup kasi asalkan dapat tolong kasi undi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2012 at 6:58 PM

fikiran mereka sempit dan cara berpolitik pun sempit. asalkan mereka untung sudahlah. orang cina ramai yang kaya raya. "hanya mereka mereka yang mempunyai potensi sahaja yang dilayan". kita hendakkan kualiti dan bukanya quantiti ...........

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2012 at 6:59 PM

inilah pemikiran Melayu, tunggu dan lihat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2012 at 7:16 PM

kkdng rs mcm tk logik plk , bl mjorty tpksa tunduk pd minoryty

....................
Reply To This Comment ...................
Antihipokrit
November 11, 2012 at 8:21 PM

Tak pernah kita dgr pemimpin kaum lain pertahankan hak2 org Melayu mengikut perlembagaan. Yg ada pemimpin Melayu yg asyik pertahan, tambah untuk org2 bukan Melayu. Muka tembok sungguh. Semakin Pemimpin Melayu membodek apek, semakin apek mempertikaikan org Melayu dan Islam. BANGSAT PEMIMPIN UMNO skg ni. Termasuklah PAS.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2012 at 8:24 PM

renungkahlah wahai bangsa melayu ... bagaimana hasrat kaum cina mahu menjadi pemimpin tertinggi negara ... tetapi diselamatkan oleh perlembagaan negeri perak yang bertulis dengan jelas dan nyata ... kerana gagal mereka mahu mempergunakan boneka lulusan srp yang akalnya tentu tidak setaraf dengan lulusan universiti dari kumpulan dap ... gagal lagi ... kebijaksanaan sultan perak amat dipuji ... malangnya di dalam pas tidak ada yang cerdik ... yang ada hanya yang pandai ... mempunyai kelulusan universiti tetapi tidak cerdik melihat hasrat terpendam kaum cina ... akhirnya pilihan sultan pun menjadi boneka dap juga ... nasib baik ada adun pembankang yang lompat ... maka kekuasan melayu dapat dikembalikan ke tampuknya ... bayangkan ... saya ulangi lagi ... bayangkan ... di dalam perlembagaan negara TIDAK ADA FRASA BERTULIS PERDANA MENTERI MESTI ISLAM DAN MELAYU ... islam dan melayu itulah kuncinya ... apakah dap akan bersenang-lenang menerima tampuk pemerentahan dari melayu ... ya ... mereka pasti akan melantik anwar ibrahim yang terkenal sikap rakusnya dan penuh masalah moral untuk menjadi boneka ... ingat maklumat salah laku anwar ada di negara singapura dan dap adalah adik pap ... hem ... maklumat tersebut pastinya akan diedarkan oleh pap kepada dap demi mencapai matlamat memboneka anwar yang rakus itu dan ... bayangkan apa yang akan terjadi kepada nasib bangsa melayu ... belum apa-apa lagi anwar dah mahu buka sekolah mara kepada bangsa cina ... kalau dah perentah pasti akan dituntut dap ... haji adi seorang yang berjiwa islam dan tiada masalah peribadi yang kronik pasti tidak akan dilantik oleh dap untuk menjadi perdana menteri ... renung-renungkanlah ... umno aku tak mahu ulas ... engkau dah ulas dengan panjang dan itulah realitinya ... aku hanya boleh bersetuju dengan engakau din ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2012 at 9:03 PM

itu adalah satu kenyataan. bangkitlah dan tanamkanlah semangat sebelum jadi terlambat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2012 at 9:05 PM

tepuk air didulang terperciki muka sendiri. dah bangsa kita, nak buat macamana? kita yang telah mula sedar nilah yang sepatutnya lakukan sesuatu demi masa depan generasi Melayu akan datang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2012 at 9:10 PM

inilah ceritanya orang orang Melayu yang bak kata pepatah, sudah terhantuk baru nak tengadah. semasa ingat tidak dipedulikan langsung akan perlembagaan, tapi bila dah tersepit barulah cari senjata. semasa dapat senjata ramai sudah orang orang Melayu yang binasa. tanah sudah dihadiahkan kepada kaum Cina dengan ikatan perjanjian 999 tahun. kenapa tidak kita jadikan tauladan dari apa yang sudah berlaku. sekarang ini bukan lagi untuk bercakap, mengingati perkara lampau ok, tapi kita semestinya bertindak dan melakukan sesuatu sebelum padah yang lebih besar menimpa bangsa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2012 at 9:15 PM

AnonymousNovember 11, 2012 6:37 PM

Sudah menjadi tabi’e semula jadi Melayu sememangnya suka bercakap akan sesuatu perkara saperti yang saudara paparkan itu, tetapi sampai bila. Ada kah kita suka perkara sedemikian berulang dan berulang dan berterusan selamanya. Tidak siapa pun yang dapat mengubah nasib bangsa kita melainkan kita sendiri. Segalah apa yang berlaku itu sebagai satu iktibar kepada bangsa kita. Sekarang apa kah mesej yang saudara perlu sampaikan kepada pemimpin Melayu yang sepatutnya menjadi pembela kepada bangsa Melayu itu sendiri?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2012 at 9:43 PM

systm sekolah vernakular ni mcm musuh dlm selimut atau api dlm sekam , jk d urus dgn btl ianya mcm bom jangka yg blh mltup bl2 msa je , sebb rmai orng melayu yg tk bstuju dgn isu ini ttpi tpksa mmndm prasaan. blog dt ni tmpt mreka smua meluahkn apa yg tebuku selama ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 11, 2012 at 9:59 PM

saya kagum dengan komen saudara yang benuh bidalan, tetapi, saya nak tanyalah sikit: kenapa Melayu tidak bersetuju dengan sekolah ini? bukan kah PM dan TPM itu pemimpin Melayu yang mewakili seluruh bangsa Melayu? Mereka berdua begitu bersemangat dan berbangga dengan issue sekolah Cina ini. Saya fikir orang orang Melayu tidak perlu memendam rasa dan terbuku dihati sebab belum lagi kedengaran mesej bangsa Melayu disampaikan kepada pucuk pimpinan. macamlah anak dara dulu, bila dipinang, si emak akan bertanyakan kepada anak daranya. anak daranya pula akan berdiam bila ditanya samada bersetuju atau pun tidak. emaknya pun suka hati dan beritahu kepada rombongan yang anak daranya pun bersetuju. apa yang ingin saya sampaikan ialah, BERDIAM itu bermakna BERSETUJU.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 12, 2012 at 1:02 AM

kesian kat orang india. tak ada pulak pemimpin umno nak jadi pejuang dan pemimpin mereka. mereka dah minta sekolah menengah tu. kalu tak kasi kang dah tak 1mesia. ah jib gor dah ada, bila pulak nak tukar jadi tambi jib atau lembu(tuhan hindu) jib. orang india kena tubuh persatuan macam dong zong juga la kot, baru pemimpin umno, pas dan pkr(melayu) berebut nak jadi pejuang mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 12, 2012 at 5:35 AM

tunggu jer pengumuman hari Deepavalli nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 12, 2012 at 6:46 AM

Wahai melayu ... ingatlah sejarah tidak pernah berbohong ... buktinya ada hingga kini ... hanya akal yang celik yang dapat menilai ... suatu waktu dulu ketika melaka menjadi wilayah yang gah ... tun mahmud raja melaka berkenaan untuk mempunyai isteri dari keturunan raja cina ... lambang kekuatan, pengaruh dan kekuasaan ... maka hang tuah dihantar meminang ... ingatlah pada masa itu maharaja cina ialah dari dinasti ming ... musuh kepada dinasti han. apabila hang tuah menyampaikan hasrat sultan melaka ... maka dengan senang hati maharaja cina menerima pinangan tersebut ... adakah maharaja cina dari dinasti ming itu bodoh ... tidak sama-sekali ... akalnya amat panjang tambahan pulak baginda mempunyai ribuan gundik ... mana satu pun boleh dipilihnya ... siapa yang maharaja itu pilih ... jawapannya ialah dari keturunan han dan ianya dihantar untuk menjadi isteri sultan melaka ... permaisuri han li po dan itulah yang tertera di dalam riwayat melayu ... inilah jawapannya kenapa di dalam sejarah cina tidak ada ditulis urusan hang tuah meminang puteri maharaja cina dari dinasti ing ... kerana yang dihantar oleh maharaja cina itu bukan puterinya dari dinasti ming ... jikalau keturunan maharaja ming pasti ianya akan dicatat dengan jelas nyata dalam sejarah peradaban cina kerana maharaja cina tersebut pasti akan memantau nasib puterinya semasa menjadi permaisuri raja melaka ... itulah kecerdikan berhelah bangsa cina kalau kita faham kerana dalam mentadbir sebuah negara yang luas akal yang tajam dan fikiran yang mendalam diperlukan ... dan inilah yang sedang mereka lakukan ... kepada penganut agama pas ... mereka bersahabat dan berbicara tentang kemulian islam dan membaca ayat dan hadis serta mentarbiahkannya kepada penganut agama pas ... ternganga penganut agama pas ... apabila diajak masuk islam ... hem belum dapat hidayah lagi mereka menjawap penuh hikmah ... kepada puak umno mereka berkongsi berniaga kerana inilah cita-cita puak umno untuk memajukan melayu dengan perniagaan ... tetapi mereka berkata kepada puak umno ... u i lantik jadi pengarah dalam ini syarikat ... gaji u ribu-ribu i bayar ... u nak apa ... i bagi ... ala u tak payah kerja ... u duduk relaks saja duit ribu-ribu masuk bulan ... bulan ... melayu memang terkenal dengan malasnya tetapi mahu kaya apa lagi diterima dengan senang hati cadangan itu ... akhirnya hasrat untuk memajukan bangsa melayu di dalam perniagaan tidak tercapai ... apakah melayu akan terus ditipu ... fikir-fikirkanlah ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 12, 2012 at 6:50 AM

bagi aku pemimpin melayu mesti sedar dan jelas dengan kepentingan survival bangsa melayu dan islam dalam memperjuangkan idiologi politik masing-masing ... janganlah digadaikan kepentingan melayu hanya kerana sedikit keuntungan politik ... janganlah dijual kemuliaan islam hanya kerana mahu sokongan politik ... tidak salah bersahabat dengan bangsa lain ... tetapi asas perjuangan janganlah dimusnahkan ... dan yang paling penting jadikan ia secara bertulis dalam bentuk persetujuan bersama ... kerana melalui secara bertulis inilah ianya akan menyelamatkan banyak perkara pada masa akan datang ...

....................
Reply To This Comment ...................
November 12, 2012 at 11:10 AM

Secara Bertulis ? hehehehe .... ' Kau dengar cakap aku ....!' dah tak boleh pakai zaman sekarang, itu zaman pahlawan2 bermaruah duluuuuuuu... sekarang zaman politikus2 takde maruah !

....................
Reply To This Comment ...................
November 12, 2012 at 11:12 AM

Apakata kita BERSUARA sempena PAU 2012 ini ? Artikel kedua selepas yang ini ...

....................
Reply To This Comment ...................
November 12, 2012 at 11:13 AM

Kita tunggu dan DENGAR apakah akar umbi Umno akan diam atau bersuara semasa PAU 2012 nanti ..

....................
Reply To This Comment ...................
November 12, 2012 at 11:15 AM

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/penang-bn-promises-tamil-school-for-polls-win/

Tapi kalau ikut artikel, janjinya JIKA menang.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 12, 2012 at 11:18 AM

tnpa nm , 9:59 pm , diam tu tk bmkna brsetuju tp kdgngkla
lbh krna tpksa , anda jg thu yg bngsa melayu ni kuat
megalah , tp semua tu ada btsnya

....................
Reply To This Comment ...................
November 12, 2012 at 11:18 AM

versi sejarah yang menarik :) Han Li Po? Bukan Hang Li Po ? versi orang cina pulak, Hang Tu Ah tu kerabat Hang Li Po hahahahaha ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 12, 2012 at 1:33 PM

apa yang hendak aku paparkan kat sini ialah melayu mudah tertipu ... nak lamar puteri maharaja cina pimpinan dinasti ming tetapi apabila maharaja cina itu bagi han li po (hang li po?) puteri musuhnya maka dengan bangganya raja melayu ketika itu telah merasakan bahawa maharaja cina tersebut telah menyatakan taat setia kepadanya ... dan begitulah cina-cina yang dok ada sekarang perbuat kepada pimpinan melayu ... nak islam mereka bercakap bab islam dan boleh bagi tarbiah lagi ... nak berniaga mereka kongsi berniaga ... boleh bagi gaji lagi ... tapi ilmu berniaga ... hem mereka akan simpan sesama mereka ... apa-apa pun lawak gak engkau din ... tetapi itulah juga aku dok nampak yang cuba diwar-warkan sekarang ... dan malangnya ianya seakan diterima oleh bangsa melayu ... mahu menukarkan wajah hang tuah kepada hang tu ah ... kalau sejarah dah nak ditukar ... di mana melayu mahu bertapak ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 12, 2012 at 1:39 PM

so ... perkuatkanlah ngo-ngo melayu ... dan pastikan ngo tersebut kekal relevan mempertahankan survival bangsa melayu ... ingat jika bangsa melayu bersikap senyap dalam semua hal ... maka akan terhakislah keistimewaan yang mereka ada ... kerana kata orang ua-tua ... diam itu maknanya bersetuju ... maka jika kita diamkan tanpa mempertahankan hak kita makin banyak lagilah tuntutan dari kaum lain ... dan jangan berharap kepada kepimpinan parti politik semata untuk mengjaga survival bangsa melayu dan islam ... kerana sekarang ini pimpinan parti politik sibuk "menjual" asas perjuangan masing-masing demi undi dari kaum cina ..

Post a Comment