........... PAU Tidak Ada KUOTA ke ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

PAU Tidak Ada KUOTA ke ?

Friday, November 30, 20129comments

Persidangan Umno ada KUOTA atau tidak ? Kuota apa ?

KUOTA kepada Perbahasan BODEK Presiden dan KUOTA Hentam Pembangkang ! Boring beb, Mula-mula tu OK la juga layan tapi bila masuk 3 hari benda sama jer duk sebut, buka Berita TV3 pun cerita sama jer, terasa juga nak protes.

Apa juga benda, kalau dah TEROVER MELIMPAH-LIMPAH, naik MUAL juga beb ....

Tak ada ke sesiapa yang nak sebut tentang HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU dalam PAU kali ni ?

Sekadar mengingatkan -

FASAL 3 – Asas & Tujuan

UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.

3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.

3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.


3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera
.



Bayanglah bila PAU dah habis, apa HASILnya ? Setakat nak dengar serangan kepada Pembangkang ....... baca blog pun dah lebih dari cukup.

Setakat nak bodek usaha2 Najib membela bangsa lain yang tertindas..... tak sebut pun dia tetap buat juga.

Persoalan yang wajar difikirkan sementara masih ada masa lagi ni - Apa yang orang Melayu dapat hasil Konvensyen Parti Melayu tahun ini ?

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Pakcu Rantau Panjang
November 30, 2012 at 12:39 PM

Maaf Bro Din Pakcu datang mencelah lagi..tadi Pakcu cocoh angin Bro aja. Nak tahu terik ko kepeh...dan sememangnya Blog tuan mempunyai pertimbangan dalam memberi pendapat...dan selari dengan angin Pakcu...yang betul tetap betul..yang korner buang ketepi....baru minda fresh dan tak ikut emosi..mempunyai pandangan , pendapat dan fakta yang terpijak di Bumi......SELAMAT BERJUANG!!!....

....................
Reply To This Comment ...................
November 30, 2012 at 12:55 PM

TerimaKasih :)

Sama-sama kita ya ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 30, 2012 at 2:54 PM

Ye,la...aku masih tertunggu2 lagi ni, mana dia cerita pasal orang melayu? pasal hak orang melayu? Tak letih ke asyik hentam pembangkang je? Bodoh betul.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 30, 2012 at 3:32 PM

Bagi jer pada PR PRU 13,kalau dah begini cara bekerja ketika berkuasa,banyak kes perebutan kuasa di bahagian,kerja tak seindah rupa,duit peruntukan tak sampai2,format peruntukan setiap bulan kekal dgn idea lama dan mudah di bolot oleh satu2 puak oleh sang penguasa.Cerita dah merata.Kesimpulannya berpolitik hanya utk berkuasa dan meraih peluang.Rakyat merajuk,dah mula tersedar dan nak beri habuan wang ringgit.Kos hidup semakin tinggi akibat persaingan BR1M dgn harga barang.Mengaut keuntungan dgn mencipta ruang dan peluang.Hidup rakyat semakin parah,11 bulan perlu di tanggng dgn bebanan harga barang selepas mendapat BR1M.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 30, 2012 at 3:41 PM

Setakat nie PAU 2012 standart pau kaya dgn pau kacang jer.Menang sorak kampung tergadai.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 30, 2012 at 3:55 PM

Bro, kalau dah kalah PRU13, apa guna Hak Istimewa, DEB....bla..bla...!! Prioriti, Bro!!! PAU12 fokus naka menang PRU13!!!

....................
Reply To This Comment ...................
November 30, 2012 at 4:39 PM

Atas sebab nak menang Pru la ni! :-)

Lain orang lain cara pendekatan dan pemahaman

....................
Reply To This Comment ...................
December 1, 2012 at 8:15 AM

Plg MUAL sy dgr ex-MB ganu bekas MB mu deng hahah..bkn main lg dia UP najib..dok citer pasal gelombang biru la merah la..

konon nk bgtahu dia la yg RAMPAS ganu dulu..mcm nk suruh Najib PILIH dia balik jer..mcm ni nk mng PRU..alamat melepas la ganu kite deng..

....................
Reply To This Comment ...................
December 1, 2012 at 11:07 AM

adeh, mu perasang gak ... tahun lepas dia buat rekod sebagai orang PERTAMA nak tarik diri dari pencalonan.... alih2 kata, kalau dicalonkan juga dia terima lah

Post a Comment