........... PAU 2012 Setakat Ini - Boooriiiiiiiiiiig ........ | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

PAU 2012 Setakat Ini - Boooriiiiiiiiiiig ........

Wednesday, November 28, 20125comments

Kenapa ya, PAU 2012 kali ni tidak terasa sengatnya .... ucapan2 oleh para pemimpin dan perwakilan setakat ini bagi saya tidak ada ummmph. Seperti sudah diduga. 

Mungkin bagi mereka yang jarang mengikuti perkembangan politik semasa akan terasa teruja lah juga dengan serangan2 yang dilemparkan terhadap lawan yang banyak disuarakan. Tapi bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan politik, tidak ada perkara baru yang dilemparkan setakat ini oleh para pemimpin dan perwakilan. 

Senang cerita - BIASA-BIASA SAJA ...

SETAKAT INI memang menepati ramalan ramai dimana hanya suara PUJIAN KEPADA DIRI SENDIRI yang kedengaran. Umno lah YANG TERBAIK, Najiblah YANG TERBAIK, Najib dan Umno TIDAK PERNAH buat salah sepanjang 4 tahun ini. SEGALANYA TERBAIK .....

Bila SEGALANYA TERBAIK, maknanya tidak adalah benda yang perlu ditegur. Kan ? Kalau dah SEMUANYA TERBAIK, maka Umno tidaklah perlu risau berdepan PRU13 .... kan ?

Oya, dalam banyak2 PUJIAN yang dilontarkan kepada Najib, kenapa tidak ada seorang pun yang memuji sumbangan beliau kepada Sekolah Cina ? Come on lah Umno ..... Takkan nak biar Najib saja yang duk PUJI DIRI SENDIRI BERULANGKALI betapa ....

"Kita adalah satu-satunya negara di luar China yang mempunyai pendidikan Cina sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Kita telah mengiktiraf pendidikan Cina di Malaysia, dan saya fikir ia adalah besar, mempunyai kepentingan yang besar.



TOLONGLAH orang Umno oi ! Korang tak kesian ke kat Najib yang SENTIASA masuk bakul angkat sendiri setiap kali berucap depan orang cina

Jangan lupa juga untuk sebut satu POINT  menyerang Ketua PR yang amat ampuh yang juga SERING diulang oleh Najib - 

Pada masa itu, sebelum saya ada seorang Menteri Pendidikan yang tidak mahu melakukannya (pindaan akta), tiada keberanian untuk melakukannya.


Satu KELEBIHAN UTAMA Najib keatas Anwar namun tidak ada seorang dari Umno mahu mengiktirafnya ? ? ?


TOLONGLAH mana-mana perwakilan .... tolonglah beri pengiktirafan sewajarnya dan buat usul penganugerahan BAPA VERNAKULAR kepada Najib..... Bukan sindir ni, tapi serius giler !  Najib MESTI SUKA !


Dah alang2 sentuh bab sekolah cina, kenapa tidak ada juga sesiapa yang tumpang berbangga dengan ANUGERAH KECEMERLANGAN SEPANJANG HAYAT yang diberikan kepada Muhyiddin sempena Forum Ekonomi Cina SEDUNIA ke 4 ?

Tidak adakah teguran kepada GLC yang tidak mengendahkan langsung nasib peniaga2 Melayu yang berdepan diskriminasi oleh kaum lain sedangkan mereka punya kuasa melakukan sesuatu ? Maaf, saya lupa benda ni tak boleh sebut...

Takde sesiapa ke nak tegur Menteri Dalam Negeri yang ternyata GAGAL BERULANG ULANG ULANG ULANG KALI dalam tugasnya menjaga keselamatan negara ketahap menjadi SUBJEK LAWAK rakyat ?


Mungkin strategi Umno berdepan dengan PRU13 adalah dengan menyapu kelemahan sendiri dibawah karpet dan buat2 tak tahu ..... OKla, OKla ... tak payah sebut KELEMAHAN2 yang ada. TAPI takkan sumbangan BESAR Najib kepada Sekolah Cina juga dianggap satu kelemahan hingga tak diiktiraf langsung oleh sesiapa pun dalam Umno ?


UMNO TAK TUMPANG BANGGA KE ?

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 29, 2012 at 1:45 AM

Pada aku, lebih elok seperti apa yang ada sekarang dari melakukan kesilapan seperti ditahun lepas. Cakap besar bagai nak runtuh gunung dan tak sedar kita telah menyakitkan hari orang lain terutama bagi mereka yang ingin kembali kepada UMNO. Cakap siang pandang2 cakap malam dengar2. Cakap biarlah berlapik. Orang sekarang bukan macam orang dulu, tak payah diulas pangjang2. Semua dah pandai dan terpelajar. Sokongan dan perpaduan lebih penting ditunjukkan untuk mendapat keyakinan rakyat. Cuba bayangkan, kalau ibu bapa tak sehaluan, walaupun tak tunjuk pada anak2, tapi anak2 tahu yang ibu bapa mereka sedang bergaduh. Itu yang terjadi kepada pakatan sekarang.... orang sudah tahu, dan hanya mangkuk hayun saja yang akan memilih puak pakatan....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 29, 2012 at 6:59 AM

Sekarang dah hampir PRU13, mana berani nak menentang arus, takut nanti terkeluar dari list 'winnable candidates'.








....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 29, 2012 at 10:36 AM

salam,

hampir semua ramalan menjadi kenyataan. pujian akan membuat pemimpin melambung-lambung terbuai dengan mimpi hebat yg tak dapat dikalahkan. semua nak dengar hebat-hebat, kenyataan tak mau dengar.

TDM pernah berkata pujian melampau akan membuat kita lena dan lupa diri. kejatuhan kesultanan melayu dahulu akibat daripada peranan pembesar yg sering memuji sultan dan melupakan rakyat bawahan yg berada dalam kesusahan. akibatnya rakyat memberontak. kritikan akan menguatkan kita kerana kita akan sentiasa membaiki diri danmengelak membuat salah.

saya tak ikut bahas dalam pau ni, sebabnya tak ramai yg berani nak bahas menguatkan parti dengan cara menunjukkan bukti. setakap cakap percuma dapat air liur jer. ada ke yg berani mempertikaikan orang yg diutamakan sering kali melakukan kesalahan undang-undang. yg mana lebih bahaya iaitu langgar undang2 jalan raya atau undang2 berhimpun. tak patuh pada perintah polis. mana yg perlu diutamakan.

agaknya tak ada ahli yg berbahas untuk kepentingan bangsa sendiri kerana kena jaga bangsa yg bayar cukai. hati-hati yg perlu umno jaga kerana pemimpin mengutamakan mereka daripada bangsa ahli umno sendiri.

mungkin cukup dengan ucapan air liur untuk ahli dan penyokong umno. kita bangsa melayu memang suka dengan air liur. orang pas dengan air liur hudud. org pkr dengan air liur keadilan untuk anwar. umno pulak air liur dengan bangga pemimpin menjadi ketua kerajaan.

bangsa lain, pemimpin berusaha mendapatkan hasil untuk bangsa mereka. air liur mereka bernilai kerana setiap kali cakap, memang dapat.

....................
Reply To This Comment ...................
November 29, 2012 at 10:44 AM

Entah banyak mana pujian baru cukup untuk telinga Najib?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 29, 2012 at 12:12 PM

KITA TUNGGU UCAPAN ORG LAMA MASA BAHAS UCAPAN PRESIDEN.HARAP2 ADALAH YANG BERANI BERSUARA..

Post a Comment