........... PAU 2012 - Inilah Masanya Orang Melayu BERSUARA ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

PAU 2012 - Inilah Masanya Orang Melayu BERSUARA !

Monday, November 12, 201212comments

Hisham ni bajet gempak lah bila kata ada 476 usul yang akan dibahaskan masa PAU 27 Nov - 1 Dis nanti.

AGM Umno bahas 476 usul
- Bernama laporkan Hisham jadi Pengerusi Jawatankuasa Usul dan katanya TIADA usul ditolak.


Hishammuddin berkata perhimpunan itu dilihat sebagai cara terbaik untuk mendekatkan parti kepada golongan sasar secara lebih menyeluruh dan persediaan dilakukan lebih awal bagi memastikan perwakilan dapat menyampaikan mesej kerajaan dengan jelas.

Dua point utama saya dapat dari artikel diatas - pertama TIADA usul ditolak - 476 usul ! Banyak tuh .... Jika itu adalah kesemua usul2 dari akar umbi Umno tanpa satu pun ditolak, maka saya kira kita patut beri perhatian kepada ucapan2 perwakilan PAU kali ini.

Apakah yang menjadi keutamaan Umno sekarang ? Kemana halatuju Umno dalam menjaga kepentingan Melayu ? Bagaimana Umno mahu menjaga hak Melayu dalam keadaan Presidennya sibuk nak jaga hati kaum lain ? Apakah akan ada peringatan kepada kepimpinan Umno supaya JANGAN LUPA akan matlamat asal penubuhannya atau matlamat itu juga akan mengalami proses Transformasi ?

Apakah ada ahli yang BERANI menyuarakan ketidakpuasan hati akar umbi bilamana Presidennya begitu TAKSUB memartabatkan pendidikan sekolah Cina ? ATAU akar umbi Umno sememangnya menyokong tindakan2 Najib dalam soal ini ?

Malas nak sebut satu persatu isu yang menjadi perhatian kita ...  senang cerita, saya nak tengok apakah akan ada TEGURAN kepada Najib dan kepimpinan Umno ? Atau SEMUANYA betul belaka dimata ahli Umno ?

Point KEDUA - Golongan Sasar..... Siapakah GOLONGAN SASAR Umno ? Masihkah orang Melayu atau ......... sudah diTransformasi kan juga ?

Bukan saja  harus dipastikan perwakilan dapat menyampaikan mesej kerajaan dengan jelas  tapi juga MENYAMPAIKAN MESEJ ORANG MELAYU KEPADA KERAJAAN DENGAN JELAS ! 

Jangan PERASAN segala tindakan kerajaan Umno selama ini betul belaka ....

Ramai orang Melayu yang merupakan pengundi atas pagar akan memerhati dengan penuh minat perjalanan PAU kali ini. Jika Umno merasakan PAU kali ini sebagai platform yang penting sebelum berdepan PRU13, begitu juga KAMI yang akan menjadikannya platform yang penting dalam menentukan KOTAK MANA HARUS DIPANGKAH UNDI KAMI.

Ya, Melayu cepat lupa.... tapi setakat 4 bulan,saya percaya ingatan orang Melayu masih kuat. Memandangkan PAU kali ini tidak jauh jaraknya dengan PRU13, nasihat saya kepada perwakilan Umno, jangan pandang rendah impak perjalanan PAU kali ini kepada PRU13.

Saya tidak mahu bercakap bagi pihak orang lain, saya akan jadikan PAU kali ini sebagai penentu apakah saya akan pangkah UMNO BN atau saya akan beri UNDI PROTES tika PRU13 kelak.

Nah .... anda ingin BERSUARA ? INILAH MASANYA !

BERSUARA ketika masih menyukat air menanak nasi BUKAN BERSUARA ketika nasi sudah menjadi bubur.

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Antihipokrit
November 12, 2012 at 1:32 PM

PRINSIP kita sama DIN. Samada aku PANGKAH UMNO atau aku pangkah X kat semua kotak yg ada kat kertas undi.

....................
Reply To This Comment ...................
November 12, 2012 at 1:40 PM

http://kadirjasin.blogspot.com/2012/11/bukan-kepada-umno-orang-tak-suka.html

satu lagi pandangan yang hampir sama ... Harap orang Umno terima mesej

....................
Reply To This Comment ...................
November 12, 2012 at 2:04 PM

konsep berpolitik yg cina2 lakhnat ni pakai sama jer mcm golongan yahudi di amerika buat...buatkan bangsa mereka terlalu penting/berharga lebih2 lagi pada musim pilihanraya..jadi suka tak suka org politik ni kalau terpaksa kena melutut serta jilat punggung bangsa ni pun mereka sanggup buat..janji menang dan terus jadi YB dan yg MAHA PENTING ialah bulan2 masyuuukkkk!!!!!! yg lain2 tu lantaklah..(pegangan org politik melayu jer...bangsa lain tak sanggup lacurkan bangsa sendiri...pelik bin hairan tengok pemimpin melayu dewasa ni)

....................
Reply To This Comment ...................
November 12, 2012 at 2:05 PM

UMNO tiada salah, cuma kadang2 tertanya2 dalam hati samada jadi presiden BN lebih gah dari presiden UMNO, jadi ketua komponen parti lebih berbaloi dari ketua presiden parti sendiri. Walau apapon UMNO jauh lebih baik dari PAS dan PKR dicampur sekali dan digandakan 1000 kali.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 12, 2012 at 4:07 PM

ADALAH DIHARAPKAN PRESIDEN UMNO MERANGKP PERDNA MENTERI MALAYSIA TUMPUKAN PERHATIAN KEPADA MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH SARAWAK YANG MENJADI PENYOKONG SETIA KERAJAAN SELAMA INI..JAGA BAIK2 APA YANG DIKENDONG..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 12, 2012 at 4:17 PM

salam,

apa agaknya usul tersebut yer? untuk kumpulan sasaran pulak tu, boleh teka tak usul tu? dah banyak, mesti kena punya kalau teka.

antaranya, usul memberi sokongan kepada presiden umno, dato sri ah jib gor menjadi presiden kembar kepada mca. memartabatkan sekolah cina selari dengan usaha presiden. menilai semula bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan memberi ruang untuk bahasa cina berkembang. memberi pengiktirafan kepada golongan muda cina untuk terus berkarya dengan mengutuk orang melayu. meningkatkan usaha agar dasar deb tidak digunakan untuk memberi projek kepada orang melayu, memberi lebih banyak ruang kepada golongan muda cina untuk berkhidmat dalam jawatan tinggi kerajaan secara mudah walaupun gagal berbahasa kebangsaan dengan baik.

memberi hak sepenuhnya kepada presiden untuk memilih calon yg pasti menang. memberi sokongan kepada presiden untuk apa sahaja asalkan rakyat 1malaysia mendapat keutamaan.

bagi peluang la kot utuk orang lain fikir usul. 400 lebih tu, makin banyak la yg tidur dalam dewan tu.

....................
Reply To This Comment ...................
November 12, 2012 at 7:22 PM

Agak2 ada tak usul untuk beri pengiktirafan BAPA VERNAKULAR kepada Najib ?Mesti Najib suka sangat ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 12, 2012 at 8:30 PM

mana ada usul bro.pau adalah acara membodek najib unt jadi calon pru ni.semua perwakilan tgh karang ayat membodek najib supaya dicalonkan menjadi calon...aku berani jamin xde sorang pun ahli umno akan bersuara psl ni..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 12, 2012 at 9:04 PM

Dulu aku dah undi protes. PAU 13 aku nak undi BN. PR bagi aku lebih bahaya. Melayu tak penting, Islam tak boleh dilindungi. UMNOBN mmg teruk habis tapi apa pilihan aku Din???

....................
Reply To This Comment ...................
November 12, 2012 at 9:15 PM

Undi itu hak saudara. Kalaupun nak undi BN, tak semestinya tak boleh bersuara menegur Umno,kan ?

seperti yang selalu saya sebut,lihat isu bangsa dan agama ini melangkaui politik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 12, 2012 at 9:31 PM

Muhyidin sudah pun jadi jagoh Cina. siap dapat anugerah lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
November 14, 2012 at 10:49 AM

Harap perwakilan kali ini sirius membincangkan survival politik Melayu terutama ekonomi dan pendidikan.Jgn nak membodek jer.Dan kpd bahagian2 seluruh negara,tolonglah hntar WAKIL2 yg mampu berhujah dn menyampaikan sesuatu fakta secara ringkas,tepat dan padat.

Kita tak mahu lagi mendengar ucapan2 berapi penuh retorik ala2 nuar ibrahim yg bergegar rostrum tp kosng isinya,Kita juga tidak mahu PAU dijadikan pentas funfair dn ceramah muarahan ala Mat Sabu yg penuh dgn lawak jenaka dn seloka yg murahan dn kosong isinya.Naik jelek mendengarnya.

Post a Comment