........... PAU 2012 - Hendak Sebut Apapun, SEBUTLAH ..... Tapi Kena Jaga Hati Bukan Melayu | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

PAU 2012 - Hendak Sebut Apapun, SEBUTLAH ..... Tapi Kena Jaga Hati Bukan Melayu

Saturday, November 24, 201210comments


Seminggu kita beri tumpuan kepada Muktamar Pas, tak lama lagi tiba giliran Umno pula hehehehe ..... Tapi saya tak nampak para perwakilan akan bangkitkan sebarang isu yang KITA anggap sebagai penting kepada maruah dan survival bangsa Melayu dan isu Perpaduan antara kaum kerana saya pasti isu2 itu disifatkan sebagai SENSITIF.

Seperti kata Setiausaha Agung Umno -

“Kita minta supaya mereka beretika, kita tahu memang ada kebebasan dan kita terima semua usul tapi bergantung atas parti-parti tertentu kita juga bimbang bahawa jangan menyakitkan hati orang lain.

 “Hendak sebut-sebutlah, tetapi jangan hendak menyakitkan hati orang lain,” Sinar


Kalau orang Melayu yang SAKIT HATI ? Takper lah ..... Undi Melayu dah dalam tangan sebab Umno percaya orang Melayu tidak punya alternatif lain. Undi kaum bukan Melayu yang kena jaga !

Berita Harian punya laporan yang lebih direct -

Tetapi menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, jurucakap negeri perlu memastikan setiap ungkapan diluahkan memberi impak positif atau 'kecacatan sifar'.

Mungkin strategi kemenangan Presiden Barack Obama katanya, boleh diguna pakai iaitu berjaya menambat hati golongan muda dan kaum minoriti walaupun pelbagai kritikan dilemparkan terhadap kepemimpinannya sepanjang kempen pilihan raya Amerika Syarikat baru-baru ini.




Adakah ayat diatas bermaaksud - BODEK kaum lain dan persetankan kritikan orang Melayu ? Bagaimana dengan beberapa isu yang sering dibangkitkan oleh orang Melayu hasil ketidakpuasan hati dengan sikap ketidakperihatinan pemimpin2 Melayu sendiri ?

Tindakan seperti menyerang anggota parti komponen BN itu sendiri juga boleh dianggap kurang bijak dalam keadaan sekarang kerana ia boleh menimbulkan rasa tidak senang hati ahli parti komponen terbabit, yang akhirnya mencetus kegiatan sabotaj sesama BN.

Begitu juga serangan terhadap mana-mana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pegawai kerajaan, kerana mereka ini juga memainkan peranan tersendiri yang boleh membantu BN secara langsung atau tidak langsung. 


Nah, SEMUA itu sudah dicover  ...... Jadi agak mengelirukan dan mungkin agak kelakar bila disebut diatas - HENDAK SEBUT , SEBUTLAH ..... seolah perwakilan boleh sebut apasaja yang terlintas dihati.

Jadi apalah agaknya yang boleh diharap dari para perwakilan tahun ini ?

PS - Bagaimana kalau orang lain itu BUKAN kaum Bukan Melayu tapi kepimpinan tertinggi Umno sendiri ? 

PS2 - Harap2 ada perwakilan yang membawa usul penganugerahan gelaran BAPA VERNAKULAR kepada Najib. Bukankah itu merupakan satu PUJIAN / SANJUNGAN buat Najib ? Tidak ada orang bukan Melayu yang akan sakit hati, GERENTI !

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
November 24, 2012 at 8:40 AM

pedih tu, bro. kekeke

Analisis bingai sekiranya PR menang PRU13
di TENDANG TERAJANG

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2012 at 11:23 AM

Pau kali ini adalah acara membodek najib smpai ke usus.perjuangan bangsa tolak tepi.yg penting perwakilan wajib membodek najib n rosmah supya dicalonkan unt next pru.spt pau yg lepas2..umno hanya mampu bersorak n bertepuk dlm dewan n selepas itu mereka akan bercakaran spt biasa..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2012 at 12:02 PM

rosmah nak jadi calun ker bro? laku ker?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2012 at 12:35 PM

Apa dah jadi dengan Melayu ni. 30 tahun akan datang akan jadi hamba di negara sendiri. Mungkin nama pun dah tukar. CINASIA?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2012 at 1:58 PM

HARUS kata akal kalau Najib terus menerus memerintah. Hari ini sedikit demi sedikit Najib telah memberi untuk menyamaratakan dengan Melayu. setiap kali mereka buka mulut, Najib akan beri. lebih banyak kali mereka buka mulut, lebih banyak yang mereka dapat samada dari hak orang orang MELAYU atau dari nikmat negara. Najib sememangnya sudah layak dan sepatutnyalah diberikan kurniaan "BAPA VERNAKULAR" diatas jasa baktinya untuk memartabatkan bangsa Cina.

saya tidak nampak ada suara suara lantang yang akan membangkitkan issue ini di PAU kelak. masing masing akan membodek supaya dicalunkan kelak dan akan terus bersama Najib menghapuskan hak keistimewaan orang orang MELAYU. walau bagaimanapun saya masih lagi berharap suara suara lantang dari mereka mereka yang sudah menjangkakan mereka tidak akan dicalonkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Areyougonnagomyway
November 24, 2012 at 3:15 PM

A succesful businessman is not because he has a good business but because he makes any business good.
Tak payah lah nak jadikan negara ni jadi macam2 target yg asing sehingga komposisi asas budaya,ekonomi, politik dan sosial serta agama menjadi foreign sehingga rakyat confuse. Apa yang sedia ada sudah lebih dari cukup. High income nation? Fully developed nation.? Semua itu apa guna jika yg dapat hanya korporat2 besar dan mereka yg bertuah jadi hamba2 korporat sehingga gaji 20 hingga 30 k sebulan. Disparity of income di Malaysia adalah yg tertinggi didunia. Zaman 80an gaji kerani RM600 dan pegawai 1800 rumah Rm80,000 untuk terrace. Sekarang gaji kerani Rm1500 dan exsecutif Rm11,000. Rumah terrace harga setengah juta. Sekarang Rm1500 adalah di paras kemiskinan. 60% rakyat berada di tahap itu atau lebih rendah.

Malaysia kini diperintah oleh mereka dari golongan financier, accountant..yang pandai manupulasi sistem kewangan...mereka tak pandai membaca hanya pandai mengira...semuanya only numbers including we the rakyat. Kalau mereka pandai membaca tentu mereka boleh baca hati rakyat., wajah muram rakyat, mata kuyu buruh di kampung2...

Business yg ada hanyalah biznes yg telah sedia ada dgn wang modal ratusan juta , semuanya startup telah dilakukan oleh kerajaan dulu dgn modal yg ciput. Diletakan graduan oversea yg pandai teory sampai score cgpa 4.0 sebagai ceo. Kalau disuruh mereka ni buka kedai cendol pun tak tahu....ya mereka ini lah anak emas kerajaan..dan mereka jugalah yg akan di ambil berat apabila polisi kerajaan ingin di mplementasikan. Negara Malaysia telah secara semulajadi sebuah negara sehat..tangung jawab yg diberi tu jalankan lah denga amanah .dan. terbaik yg mungkin. Sistem yg ada dah cukup baik walaupun tak perfect, namun bila tubuh yg sehat disalah gunakan maka sakit lah ia.

Rakyat tak pernah pun suruh tukar sistem jadi republik atau sosialis atau komunis...apa yg rakyat nak adalah...timbangrasa dan bijaksana. Kalau salah pentadbiran, kita selalu menunding jari pd pegawai kerajaan, tetapi bila salah belanja, boros belanja,silap belanja, belanja keluarga sendiri...tiada siapa yg boleh disalahkan melainkan ahli politik yg diberi kuasa pegang dan belanja duit tu. Yang itu tak boleh sorok dan nampak dgn jelas sebab ianya nombor...rakyat pandai mengira bukan menteri saja pandai mengira. Tetapi kelebihan rakyat selain mengira adalah membaca tak seperti menteri yang tak pandai membaca.

....................
Reply To This Comment ...................
November 24, 2012 at 6:18 PM

" ......dari mereka mereka yang sudah menjangkakan mereka tidak akan dicalonkan." hehehehehe .... dan yang GERENTI tidak akan dicalonkan selepas bercakap !

....................
Reply To This Comment ...................
November 24, 2012 at 6:19 PM

Ya, rakyat telah disogok dengan pelbagai label sampai tersumbat otak. Baik atau buruk keadaan bergantung pada label.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2012 at 12:06 AM

salam,

nak buat camna. dah lagu yg didendangkan macam tu. kata apa saja, dok macam tu juga. org yg pilih umno tak ada pilihan lain. kalu cakap lebih, nak kena cantas dan dikatakan tak sokong pemimpin. boleh melemahkan parti. pemimpin adalah calon utama pasti menang dan orang lain memang tak layak langsung nakmenilai pemimpin kerana mereka tak faham apa yg pemimpin nak hala tuju negara. so, sila beri peluang untuk kami tadbir ikut cara kami. tak mau ikut, sila bertanding dalam pau. sediakan anak beranak dan wang ringgit untuk menjadi calon.

pakatan lain la pulak. pr ada macam-macam pilihan. org melayu yg nak isle pas, boleh masuk pas. bebas berhujah dan mengeluarkan ayat quran dan hadis ikut mulut dan kapla sendiri. lagi cepat dapat title ulamak jika menyumpah umno. kalu tak setuju, boleh pilih pkr. kat sini melayu bebas serba serbi. tak ada masalah sorga, dosa pun mudah cuci. sorga bila pangkah bulan, ramai ahli pas akan sokong tanpa soal walaupun buat dosa asalkan bukan ahli umno. kalu rasa tak cukup bangsa, boleh pilih dap. kat sini memang sama rata. boleh rasa duduk dan dipijak oleh bangsa lain yang tak amik pot langsung bab bangsa melayu. ada banyak pilihan.

so yg atas pagar boleh pilih yg mana satu nak pangkah. cepat lambat pru 13, dah boleh set dalam kapla. kesian kat kita bila sapa sapa menang pun. cuma yg boleh harap, sapa la yg boleh mengurangkan rasa tak sedap hati selama 5 tahun yg akan datang. nak protes macam kat mesir, afrika, eropah, china bukan tabiat kita la kot. kena fikir, sapa yg lebih layak nak perintah untuk 5 tahun yg akan datang, bukannya tak berapa bulan lagi. la ni semua pakat jual minyak. mana satu yg boleh dipercayai.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2012 at 12:14 AM

salam,

pemimpin dok asyik merasmi dari majlis besar sampai ke majlis kecil. bila masa pemimpin tengok kerja tak tau la. ada orang kata la ni canggih, boleh bawa ke mana sahaja dan ada ramai yg tolong baca paper work. abis tu, pemimpin buat apa? dia dengar orang yg baca paper work cakap. pas tu dia buat apa? dia ikut apa yg punahsihat dia fikirkan. pas tu dia baca facebook. dia rasa itu semua pandangan rakyat yg suka dengan dia. so, bila masa dia tengok rakyat bawahan. tak ada pun. semua gembira bila dia bagi duit. tak nampak pun susah hati. semua yg punahsihat buat betul belaka. kita jer yg dengki kat punahsihat dia. selalu sangat buruk sangka.(mungkin itu pandangan dia la)

Post a Comment