........... Parlimen Pekan - Hanya SATU ORANG Saja Mampu Lawan Najib ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Parlimen Pekan - Hanya SATU ORANG Saja Mampu Lawan Najib !

Sunday, November 4, 201213comments


Ternyata Hadi berjaya mencari publisiti dengan kenyataan konon beliau mahu bertanding di Pekan melawan Najib. Ramailah yang mengeluarkan pandangan mereka ......  Yang paling saya suka adalah komen dari Nik Aziz -

“Saya sangat menyokong sekiranya Abdul Hadi benar- benar mahu bertanding di Pekan pada pilihan raya akan datang untuk menentang mereka yang mengagun-gagungkan perjuangan kebangsaan daripada memilih agama,” 

“Sekarang ini menang atau kalah itu lain hal, apa yang penting adalah sokongan kepada beliau setelah menunjukkan keberanian untuk bertanding di kerusi disandang Perdana Menteri,”
SINAR


Hahahahaha ..... pandai Nik Aziz ! Kalau saya kata Nik Aziz nak matikan karier politik Hadi..... korang setuju tak ? Biasalah kan antara strategi nak menghapuskan pesaing politik adalah dengan mengorbankan lawan kita itu , letak dia bertanding dikerusi yang hampir mustahil nak menang. Kalau ditakdirkan menang, kira OKla. Kalau kalah....... hehehehe, bye bye la. Kira Win-win kata omputeh.

Kenapa saya kata hampir mustahil nak menang ? Bukankah orang PR sibuk mengungkit kembali PRU 1999 bilamana Najib hampir saja tewas kalau tidak diselamatkan oleh beberapa peti undi yang tiba lewat.






Tapi itu 1999.........takkan Najib duduk saja jer, kan ? Perhatikan 2004 dan 2008 -

1999 Jumlah mengundi  26,797         menang  13,148   majoriti  241 ( undi rosak 631 )

2004 Jumlah mengundi  41,046         menang  31,956   majoriti  22,922 ( undi rosak 56 )


2008 Jumlah mengundi  47,870         menang  36,262   majoriti  26,464 ( undi rosak 1,261 )



Ambik kau ! Tiba-tiba jumlah pengundi bertambah 15 ribu dan boleh dikatakan hampir semua pergi kepada Najib hehehehe... dari majoriti 241 dengan undi rosak 631 pada tahun 99, menjadi majoriti 23k 5 tahun kemudian.

Mustahil Nik Aziz tak tahu statistik diatas .......  habis tu kenapa beri juga RESTU supaya Hadi teruskan niatnya mahu bertanding lawan Najib ?

Dengan prestasi yang MENAKJUBKAN itu, tidakkah hampir MUSTAHIL sesiapa pun mampu tewaskan Najib ?

Sebenarnya HANYA SATU ORANG saja yang mampu beri persaingan hebat kepada Najib ...... Siapa lagi kalau bukan SIFU beliau ! 

Huh, Sifu ? Siapa, siapa ? Tun Mahathir ? Razaleigh ? Pak lah ?  Apa hal pulak diorang nak lawan Najib ! Saya akan beritahu siapa dia tapi dengan syarat - JANGAN GELAK ! Ok?



Arif Sabri aka Sakmongkol ! ........ haaaaa.....JANGAN GELAK ! Serius ni .... Cuba baca sebahagian wawancara Harakah dengan Datok Sak yang saya copy dari sebuah blog Pas -

Pengalaman dalam AJK Bahagian hingga Adun?

Saya ingat, karier politik saya meningkat pada tahun 1999 apabila Najib hampir-hampir kalah kepada calon PAS ketika itu dengan majoriti lebih kurang 200 undi sahaja. Itupun, calon PAS ketika itu telah pergi sujud syukur di masjid dan menjangkakan telah menang, namun katanya ada beberapa peti sampai lewat dan saya tidak tahulah apa yang berlaku hingga Najib menang 200 undi sahaja.Saya tidak tahu apa yang berlaku.

Selepas itu Najib sedar Umno Pekan ini tiada etika kerja yang betul, bagaimana nak yakinkan orang dan nak lakukan aktiviti, dan pada 199 dia lantik saya jadi ketua Penerangan Umno Pekan.

Bermula sahaja saya jadi Ketua Penerangan, saya susun strategi bagaimana nak menarik pengundi ini sebab di bahagian Pekan tidak ada aspek ini. Sebelum itu budak-budak dia tidak buat kerja hanya bagi tahu okay-okay-okay. Masa itu budak-budak dia hanya tahu sambut Najib sahaja ketika sampai di Pekan, sebab Najib dah pegang kementerian masa itu. Itu sahaja, dia tokoh penting yang akan naik ke atas, kerja Umno Pekan balik ke sana baut aktiviti dan tiada gerak kerja.

Bila saya ambil alih Ketua penerangan, saya lihat bagaimana dia mampu untuk menarik semula sokongan dan menimbulkan rasa sayang pengundi Pekan kepadanya. Saya tanya kepada dia, saingan dia di Pekan adalah PAS, saya tanya dimana kekuatan PAS?.

Sebab Najib tidak pernah terfikir pada masa itu.
Saya cakap pada dia, kekuatan PAS adalah di surau dan masjid. Orang Umno ini dia liat sikit ke masjid, jawatan jawatankuasa surau dan pengerusi surau orang Umno nak, tetapi mereka tak mahu ke masjid. Jadi saya cadang dan rancangkan program di surau dan masjid dengan menjemput ulama-ulama dan tokoh agama, bila kita buat program kita jangan maki hamun, kita hanya buat program berasaskan pembicaraan mengenai kerohanian, dan saya panggil semua ulama daripada mesir dan indonesia yang boleh cakap Bahasa Melayu buat program di masjid. Tujuan saya ialah, nak tunjukkan ketika itu bahawa Umno pun tahu juga nak agama, menghormati aktiviti begini. Masa itu orang PAS pun datang, sebab kita tidak ada maki hamun kita panggil orang Arab yang boleh bertutur Bahasa Melayu itu orang PAS pun suka, saya pun bersekali, daripada tidak tahu jadi tahu.

Selama empat tahun saya buat menyeluruhlah. Saya buat lebih 150 program di bawah penerangan yang tidak terbuat oleh mereka di Pekan sebelum ini.Ini jadi rekod. Sebelum ini mereka tidak tahu nak buat apa, lagi pula Najib langsung tidak boleh buat apa-apa. Yang ada hanyalah kekuatan dia pada jawatan selaku Perdana Menteri, dan dia tiada kekuatan.
Pada 15 Mac ini saya akan ke Pekan bersama Mohamad Sabu (Timbalan Presiden PAS) untuk saya ceramah menerangkan apa kelemahan dan siapa Najib sebenarnya.Orang Pekan mungkin tidak tahu siapa Najib sebenarnya. Dia tidak akan kalah sebab dia ada duit tetapi jika majoritinya turun, dia akan malu, Orang Umno ini kemantapannya tiada sebab tiada pengisian, sebab dia fokus kepada duit.

Pada tahun 2004 Najib dapat 22,000 majoriti selepas saya buat kerja.
Masa Anwar kena mata lebam itu, orang Umno pun sokong Anwar. Di Pekan ini saya tahu apa yang berlaku, bayar akan dapat sokongan.



Siapa lagi yang dapat memberi saingan paling sengit kalau bukan orang yang bertanggungjawab mendapatkan 20 ribu undi pada Najib ! 

PS - Tak disebut pulak apakah Datok Sak juga bertanggungjawab menaikkan bilangan pengundi baru yang hampir sama banyak ....:))

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2012 at 7:33 PM

pelik jugak bilangan bertambah 15k..kuat sungguh orang pekan beranak ye..hahahah...adakah najib memanipulasi spr?..hahahah..tp jgn risau la..Najib skng tgh pening tgk BN n9...pr semakin kehadapan dlm berkempen.umno tunggu apa lagi?bila nak start?..Pr dh nak masuk gear 4 dh ni...

....................
Reply To This Comment ...................
November 4, 2012 at 7:37 PM

Kalau tak silap ada didirikan sebuah kem tentera..... sesiapa boleh tolong sahkan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2012 at 8:14 PM

Kalau orang pekan pilih najib, pekan akan terus "dimanjakan" oleh najib kerana najib masih lagi seorang pm. Jika hadi menang, belum tentu hadi akan jadi pm. Oleh itu, sesiapa yang menyokong hadi bertanding di pekan, sebenarnya merelakan supaya hadi dikorbankan di situ.

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
November 4, 2012 at 11:21 PM

Mungkin Hj Hadi ada terbaca dalam blog Din Turtle ,ada ura-ura nak jatukan Najib dari kerusi PM kerana tidak bersetuju dengan pendekatan beliau terhadap kaum Cina dengan menjatohkanya diparlimen Pekan,sebab itulah Hj Hadi nak bertanding diPekan.

Molek juga tu ,tetapi yang pelik Hadi pesiden PAS telah diberi persetujuan oleh musidul am N Aziz ,memberi tanda tanya siapa yang lebih brpengaroh ?.

Kalau macam ni tekanan kapada Najib tak cukup kuat untok memberi satu pengajaran kapada presiden UMNO yang tidak selari dengan dasar perjuangan parti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 5, 2012 at 7:38 AM

pa yang SUCKMONCOCK dakwa adalah satu perkara yang cukup subjektif. Kalau siapa yang merasa keadaan pada masa tu tau la apa yang sebenarnya berlaku. Tahun 1999, hampir semua kerusi UMNO mendapat undi Melayu yang sedikit kerana isu pemecatan Al-Jubur dari UMNO. Yang memberi undi pada BN adalah dari kaum Cina dan India. Cina memberi undi solid kerana kesungguhan Tun M menaikkan semula ekonomi selepas dijahanamkan oleh Al-Juburi melalui manipulasi matawang Soros (rakan baik Al-Jubur).

PRU tahun 2004, hampir 90% kerusi Parlimen dan DUN, BN menang. Jadi pertambahan undi untuk Najib di Pekan juga pastilah bertambah... undi Melayu juga telah kembali semula kepada BN. Kalau SUCKMONCOCK nak claim pertambahan undi mendadak di Pekan kerana gerak kerja dia yang TERLALU HEBAT, tak payah nak ambil kredit la. 2004 memang undi rakyat HAMPIR DI KESEMUA peti undi di seluruh negara adalah berpihak pada BN. Adakah itu juga bermaksud gerak kerja yang diusahakan oleh SUCKMONCOCK di Pekan mempengaruhi undi di tempat lain. Tak payah mendabik dada sangat la SUCKMONCOCK....!!!!!

Tahun 2008 pula, aku yakin SUCKMONCOCK sudah mula menyisihkan diri dari gerak kerja di Pekan, malah mungkin kerjanya sebagai wakil rakyat di Pulau Manis semakin kurang memberansangkan.... kenapa aku kata demikian??? Sungguh mudah, secara teorinya, jika seseorang nak lompat ke parti lain, tak mungkin keputusan yang dibuat dalam sehari dua. Malah ia pasti berlaku berbulan-bulan sebelum mereka mengambil keputusan drastik lompat dan menjadi pihak lawan. Lebih-lebih lagi nama SUCKMONCOCK tidak dijadikan calon pada PRU 2008.

Sekali lagi, jika dia yang dakwa kerana dia juga undi untuk Najib di Pekan naik dalam PRU 2008, aku hanya mampu gelak je la..... nampak sangat nak raih undi untuk parti barunya itu. Cerita sebenar disorokkan demi politik balas dendam. Kesian sungguh anda wahai SUCKMONCOCK.....

....................
Reply To This Comment ...................
November 5, 2012 at 8:11 AM

Hmmm... Boleh bilang ngan jari siapa2 yg suka pakai nickname tu pada sak... ::-)

....................
Reply To This Comment ...................
November 5, 2012 at 8:13 AM

gelak jugak...din pesan dah jangan gelak kan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 5, 2012 at 1:04 PM

Arif Sabri merasakan diri dia seorang je yang cerdik. Masa jadi wakil rakyat pun boleh cari pasal dengan ketua kampung di kawasan yang diwakilinya. Patut la kena buang nama dari dicalonkan semula. Dah la tu, gila dengan sukan tomoi, merata-rata tempat sanggup pergi semata-mata mahu menyaksikan sukan itu. Aktiviti kawasan DUN langsung tak ambil berat. Selanjutnya tentang cerita Melayu haprak ni boleh baca disini...

http://sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=9862:benarkah-arif-sabri-agen-najib&catid=37:politik&Itemid=41

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 5, 2012 at 2:17 PM

Atas gambar Aspan atau Sakmangkok? Gambar sapa pun, sama saja dua mangkok ni!

....................
Reply To This Comment ...................
November 5, 2012 at 4:04 PM

Yang bertambah 15k adalah jumlah keluar mengundi berbnding tahun 1999 atau jumlah pertambahan pengundi baru?Nampak mcm jumlah yang keluar mengundi jer..

Tahun 1999-26k++
Tahun 2004-41++
Tahun 2008-46++

Kalau dari tahun 1999 Najib blh manipulate pertambahan pengundi smpai byk mcm 2,naper tahun 2008 bertambah cuma 4k++ jer,baik tambah jd 80k++ blh mng majoriti 70k++ kan sdp dengar 2..

Dasar pencacai..asal kalah jer manipulasi undi..undi hantu..biasa la ada pasang surut sokongan...bergantung kpd isu semasa..

....................
Reply To This Comment ...................
November 5, 2012 at 4:07 PM

Masalahnya kalau kita protes dn Hadi boleh tumbangkan Najib di Pekan,adakah dgn cara itu PAS secara automatik akan kuat.Setakat Hadi mng di Pekan dn di kerusi lain PAS byk kalah,adakah dgn cara itu PAS makin kuat dn automatik DAP akan tunduk pd PAS??

Dibuatnya Hadi terasa TERHUTANG BUDI dgn DAP,makin diperhambakan diri lagi mungkin.Jgn buat kira2 atas kerta jer.Ingt apa jadi pada PRU 2008.

....................
Reply To This Comment ...................
November 5, 2012 at 4:15 PM

Betul 2 anon,

Jwpn ko cukup utk menjawab pencacai AnonymousNovember 4, 2012 7:33 PM yg slumber badak jer buat fitnah mengatakan undi meningkat sebab manipulasi spr.Tak takut neraka ker woi buat fitnah siang mlm.

Pasang surut sokongan ni mmg biasa.Byk kerusi2 selamat umno pon kalah.Contoh kerusi Merbok time Tun Daim pegang dulu,masa zaman reformasi 2 pon lgsg tek bercalar majoriti dia sbb senang2 Tun Daim blh mng smpai 15k++.tapi tahun 2008,bila org lain bertanding kt situ umno plak kalah smpai 10k++ sedangkan 2 kerusi selamat umno puluhan tahun.Kita pon blh ckp 2 manipulasi spr oleh pas..

....................
Reply To This Comment ...................
November 5, 2012 at 4:18 PM

Salam Din,

Terus terang sy ckp bila membaca hujah murahan sakmongkol dan hujah beberapa pencacai pas yg mengaitkan segala kemenangan Najib dgn politik wang dn manipulasi PR tanpa berpandu kepada nalisis politik yg mendalam membuatkan sy bertambah meluat dn menutup terus pintu hati sy pd PAS yg mempolitikkan segala perkara tnpa muhasabah dn menerima ketentuan qada' dan qadar Allah.

Post a Comment