........... Najib @ Umno - JANGAN TIPU ORANG MELAYU ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib @ Umno - JANGAN TIPU ORANG MELAYU !

Monday, November 26, 201233comments



Dibawah adalah setengah belah bawah artikel dari blog Kepal Nasi Kepal Beras yang saya mahu kongsikan bersama anda..... satu pandangan / peringatan terhadap Umno kini yang saya cukup setuju. Untuk baca setengah belah atas, sila klik link. Komen saya dibawah -


Ahli dan pemimpin UMNO sudah tidak sedar dan tidak yakin lagi dengan model yang selama ini telah menyebabkan perjuangan mereka diterima oleh orang majoriti orang melayu dan dihormati oleh bukan melayu.

UMNO turut sama tercari-cari pendekatan perjuangan sepertimana parti-parti baru dan pendekatan-pendekatan baru yang dilakukan oleh pembangkang dalam usaha untuk meraih sokongan rakyat.


Perjuangan asal dan hakiki menjadi semakin kabur dan tenggelam dengan dasar dan pendekatan baru yang cuba dipraktikkan. Adakalanya, UMNO tertiru-tiru pendekatan yang dilakukan pembangkang.


Harus diingat, kehilangan sokongan orang melayu dan sebahagian besar bukan melayu terhadap UMNO pada PRU2008 bukan disebabkan oleh dasar yang selama ini diperjuangkan oleh UMNO dan BN.


Sokongan terhadap UMNO dan BN merosot pada 2008 adalah disebabkan "masalah kepimpinan tertinggi yang lemah" sehingga secara perlahan-lahan keyakinan rakyat terhadap UMNO/BN mula terhakis. Bukan disebabkan dasar BN/UMNO telah berubah atau matlamat perjuangan atau pendekatan dalam perlaksanaan segala dasar-dasar telah ditukar. Bukan juga disebabkan kegagalan mekanisma ekonomi atau kemelesetan ekonomi atau rakyat menghadapi tekanan hidup melarat. Rakyat ok, cuma masalahnya rakyat tak confiden dengan Pak Lah. Itu saja.


Jadi kenapa pemimpin UMNO harus tercari-cari dan berlumba-lumba dengan pembangkang dalam mencuba pendekatan demi pendekatan dalam usaha mendapat keyakinan rakyat? 


UMNO berlumba-lumba dengan pembangkang meliberalkan lagi ruang lingkup perjuangannya sehingga masuk ke lopak MCA dan MIC agar tidak dicop rasis, hingga MCA dan MIC tak ada kerja. Untuk apa ini? Bukankah MCA dan MIC itu wakil kepada kaum masing-masing dalam perjuangan bersama di dalam BN?


UMNO berlumba-lumba dengan pembangkang untuk mengikis imej perjuangan demi agama demi bangsa yang sememangnya jelas adalah merupakan agenda hakiki UMNO sejak sekian lama. Mahu disorok ke mana agenda melayu yang tercatat dalam perlembangaan ini? Memang itu agenda UMNO yang dirangka oleh dato nenek kau orang dulu! Kenapa mesti takut dan malu dengan celaan dan kritikan orang lain? Kenapa mahu dilihat lebih Malaysian Malaysia dari DAP? 


Jika mahu ditukar dasar perjuangan UMNO, kenapa tidak pinda saja perlembagaan UMNO supaya kelihatan lebih Malaysian Malaysia dari DAP?


Jika mahu pinda perlembagaan UMNO, BN juga mesti dirombak struktur politiknya. Tidak perlu lagi parti komponen yang berasaskan kaum yang diwakili oleh UMNO, MCA dan MIC serta lain-lain parti ethnic base. Jadikan saja BN itu sebagai single party sepertimana yang diilhamkan oleh arwah Dato Onn!


UMNO seolah-olah sudah hilang jati diri dan hilang fokus serta halatuju perjuangan sebenar apabila menerima tentangan yang sengit dari pihak pembangkang. UMNO seolah-olah sudah takut dan tidak berapa berani lagi untuk kelihatan melayu! UMNO mahu dilihat sekejap melayu, sekejap malaysian! Sekejap cina dan sekejap india hingga MCA, Gerakan dan MIC goyang kaki tak payah kerja kuat untuk meyakini kaum masing-masing untuk terus bersama BN.


Akhirnya, UMNO nak kata melayu tidak, nak kata cina dan india jauh sekali, nak kata Malaysian Malaysia pun bukan
.


Ya, bukankah Barisan Nasional merupakan gabungan parti2 yang mewakili kaum2 utama yang ada .... dimana Umno mewakili kaum Melayu.  Jadi kenapa perlu Umno diTRANSFORMASIkan untuk memperjuangkan kaum2 lain ?

Apakah Najib sudah keliru tanggungjawabnya sebagai Presiden Umno dengan tanggungjawabnya sebagai Presiden BN ? Laporan2 yang saya baca akhir2 ini mengenai PAU 2012 yang bakal diadakan tidak lama lagi lebih merupakan satu KONVENSYEN BN daripada Konvensyen Umno !

Mungkin bagus saranan blogger diatas, kenapa tidak diTRANSFORMASIkan Perlembagaan Umno supaya tidak timbul kekeliruan dikalangan ahli kenapa pemimpin2 Umno seolah telah lari dari tujuan asal penubuhan Umno itu sendiri, juga kepada orang Melayu yang bukan ahli Umno tapi menyokong Umno. Biar JELAS halatuju Transformasi Baru Umno ini kemana....

Kenapa kedengaran suara2 protes sebegini ? Sebab mereka yang protes ini berpegang kepada perjuangan Umno yang asal, sebab percaya kepada pemimpin2 Umno yang mendakwa mereka MASIH perjuangkan Melayu

Kalau nak sibuk perjuangkan kaum lain, kan dah ada BN ..... tak gitu ? 

Kalau perlembagaan Umno itu diubah supaya SESUAI dengan cara Najib yang lebih kearah cara BN, maka tidak adalah lagi suara protes !

Amacam Najib, TRANSFORMASIKAN perlembagaan Umno , JANGAN TIPU ORANG MELAYU !   

Share this article :

+ comments + 33 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2012 at 8:27 PM

salam,

ye la. tranformasikan aje umno. buat seperti idea datuk onn. umno utk semua kaum. pemimpin melayu pun dah tak sabar nak ikut presiden parti pakai nama cina. ramai yg nak jadi ah ah ah. kalu dulu nak jadi mat mat mat. kalu org india lambat bodek pemimpin umno, tak dapat pemimpin melayu nak tukar nama jadi india.

ah jib gor, muh yib ding, sapa lagi asalkan jangan kecilkan hati orang lain. anti lynas banyak berkumpul, bila ah jib gor nak pi jumpa adik beradik yg tak puas hati dan melanggar undang-undang.oopppsss mereka ni bebas undang-undang. tak boleh kacau, tak boleh guna kekerasan, mereka orang yg teranianya. mereka dizalimi, maka patut mereka menentang umno kerana hanya umno sahaja yg menzalimi mereka. patut pun presiden dari awal lagi dah tukar nama.

presiden dah kata, jangan ada sebarang baju merah atau umno yg pi ganggu baju hijau. nanti kita semua disalahkan. pakat-pakat la pi pujuk anti lynas tu. pemimpin cina dah tak daya nak pujuk. pemimpin umno boleh kot pasal dah tukar nama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2012 at 8:47 PM

Ya tak ya jugak... Kita hampir terlupa bahawa dlm BN, ada mca dan mic.... Apa mereka tu buat sekarang ye? Hampir semua isu samaada isu umno dan BN yang dihentam, asyik umno saja yang bersilat nak jawab dan keluar kenyataan... Mana cina dan tamil?. Kini isu lynas yang dimainkan oleh dap dan cina2 tak sedar diuntung, tak terpikirkah najib atau muhyidin nak suruh CSL atau Koh tsu koon (makan gaji buta) tu untuk pergi berunding dan mendepani puak2 tu? Melayu mai, umno kena, cina mai umno kena, hindu mai, umno kena, singh mai umno kena..... Ni apa punya barisan? Baik BN hanya ada umno, lagi senang.
(takut nak letak nama... He he he)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2012 at 9:09 PM

Meluat tgk najib asyik ulang cina dan india bayar cukai jgk.

Tahu x najib sape yg start ayat mcm tu? Normally melayu liberal yg suka ckp mcm tu bila nk defend konsep samarata samarasa? Ataupn mmg najib pn setuju samarata samarasa. Kalau mcm tu baik kita undi dap kalau umno pn serupa.

Najib dh lupa ke mereka juga setuju utk menjaga hak bumiputera dgn kerakyatan disamping kene bayar cukai utk hidup di msia.

Kalau benar mahu menolong kenapa ghairah sgt mahu menolong org cina. Setau saya mereka cukup kaya kini. Lebih bail datuk seri bantu org india pn kami xkan bising.

Mintak datuk seri turun padang dn tgk kaum mana yg cuci kereta yg sapu sampah. Mereka lebih layak dpt bantuan kalau atas dasar bayar cukai pn drpd membodek cina yg dh sedia kaya.

Kadan2 kebenaran depan mata saja. Minta datuk seri bukak mata luas2 tgk sape yg kaya dan sape yg betul2 perlu bantuan. Sape yg bawak keta besar selalu sape tokey kedai besar selalu mintak tgk2 jgk.

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2012 at 9:20 PM

Cukup x faham kalau dulu bapa dia antara yg main peranan penting gubal perlembagaan kenapa kini anaknya meliberalkan semuanya?

Kami bukan x faham kenapa perlu dibodek cauvinist tp kalau dh terang mereka x mahu kerjasama tunggu apa lagi? Kami nk lihat kalau datuk seri ade backbone utk bertegas. Jgn hanya hebat depan hadirin melayu saja dlm berucap. Jgn hanya pegang keris. Kalau perlu tikam lah!

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
November 25, 2012 at 9:35 PM

Rumusan saya selepas saja PAU 2011 - http://dinturtle.blogspot.com/2011/12/najib-yang-confused-antara-bn-dan-umno.html

sama saja tone nya. Najib ternyata lebih sesuai sebagai Presiden BN saja, serahkan saja jawatan Presiden Umno kepada yang lebih berjiwa Melayu !

....................
Reply To This Comment ...................
November 25, 2012 at 9:44 PM

dlm perhimpunan BN baru ni pun dia dok sibuk lagi ckp pasal hal kaum Cina. aku memang dah benci dgn dia ni tahap gaban. dan dgn sendirinya aku benci UMNO kerana budaya pak turut perwakilan. Aku takkan keluar mengundi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2012 at 9:48 PM

Sememangnya ada lebih ramai lagi orang orang Melayu yang kecewa dengan pucuk pimpinan UMNO dikala ini. Benar ianya tidak langsung menampakkan memperjuangkan bangsa Melayu dan telah hilang kesedaran diri bahawa dianya adalah seorang pemimpin UMNO yang sepatutnya memperjuangkan bangsa Melayu. Bagaimana pun saya berpendapat Najib adalah seorang pejuang popularity dan nama. Najib BUKANya seorang pejuang bangsa Melayu. Sepanjang memegang tampuk kepimpinan beliau lebih asyik dengan pelbagai jenama untuk disejarahkan kelak sehinggakan perjuangan Tun Razak juga mahu dibukukan untuk dijadikan bahan sejarah. Perjuangan beliau semata mata lebih kepada kepentingan keperibadian dan mahu dikenang dan dijadikan juga bahan sejarah.

Sebenarnyalah tidak layak orang sebegini diletakkan diatas sebab bangsa Melayu akan lenyap ditanah air sendiri. Najib hanya menggunakan bangsa untuk naik ke atas, tetapi apabila sampai diatas, beliau lupa tempat asalnya. Saya amat bersetuju dengan saranan penulis dan yakin ramai lagi orang orang Melayu yang sedang merintih dengan perjuaangan UMNO yang menampakkan kehilangan arah.

....................
Reply To This Comment ...................
November 25, 2012 at 9:50 PM

Najib ni musang berbulu ayam dlm UMNO. bukan setakat dia sorang tapi seluruh kepimpinan dlm MT. Melayu dlm UMNO memang bodoh dan mudah diperbodohkan. Kalau Najib nak liberalkan UMNO, tunjukkan jalan keluar dan biar dia tubuhkan parti umum untuk semua kaum. Baru boleh tgk siapa yg nak sokong dia. NAJIB MEMANG PENIPU MELAYU.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2012 at 9:55 PM

sememangnya UMNO sudah menjadi bacul dan penakut dengan bangsa lain. UMNO terlalu menjaga hati kaum lain dari menjaga hati orang orang Melayu. sehinggakan agama dan bangsa dicabar dan diperlekehkan oleh kaum lain, UMNO masih lagi berdiam. terlalu bercelaru dilihat dengan politik UMNO sekarang ini, dan rasanya lebih teruk lagi dari pemimpin pemimpin terdahulu. kalau Najib seorang bapa kepada semua, maka dia merupakan bapa yang dayus dan tidak adil kepada anak anak dari darah daging sendiri. beliau melebihkan dan terlalu menjaga hati anak anak yang bukan dari darah dagingnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2012 at 9:59 PM

Najib nak jadi hero kepada semua itu sebabnya segalanya diselesaikan sendirian. menteri menteri MCA/MIC/Gerakan dan lainya sedang merangka permintaan untuk bangsa mereka. Najib dah jadi babu kepada kaum bangsa lain. dengan orang berbangsa Melayu? no komen

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2012 at 10:02 PM

Najib cakap macam tuh supaya orang Melayu sedar dan ingat kaum kaum yang lain juga perlu dijaga. kalau mereka tak bayar cukai, nanti kantung negara kosong. orang Melayu banyak subsidi. sebenarnya Najib tuh lupa dia orang Melayu atau dia perasan dia tuh pejuang untuk semua.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2012 at 10:05 PM

inilah yang dikatakan anak tak dengan cakap dan tak terima nasihat. sebabkan itulah dah ketular sekarang ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2012 at 10:17 PM

Memang umno dah tranformasi,penceramah import dari parti lawan.Kawan baik dgn 1500 NGO.Wakil Adun dan parliment,semuanya harap program penswastaan parti.Nak cakap,berceramah dan menyerang pehak lawan pun bagi kat swasta.Lepas tu nak lebelkan diri,sebagai calon boleh menang.Rakyat makin merungut,harga barang hari2 berubah.Dapat BR1M sekali lalu aje.Harga barang semakin hari semakin mahal dan terus di tanggung oleh rakyat.Liputan KR1M masih lagi terhad.Undi melayu dah pecah tiga,undi cina jangan harap.Pemimpin sekarang amat lemah,tak mcm zaman Tun,bertegas dgn pengilang yg menghasilkan produk makanan.Jangan nak naik harga barang sesuka hati,nanti bungkas.Tolak kakitangan kerajaan dgn orang felda ler.Mereka selesa dan kian selesa.Bila petik cerita kak mah semuanya dah cemuih dan tak suka.Umno memang elok ler tidur sebantal dgn NGO.Rakyat tidur dgn bantal sendiri.Layan NGO tu,tak cukup,bagi secukup2nya.Undi biar rakyat yg tentukan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2012 at 10:24 PM

ntah kebetulan semua melayu liberal yg saya lwn ckp bila org kata melayu racist, itulah ayat yg diguna, mereka pn bayar cukai. kebetulan najib ckp yg sama ? wallahulam

mmg dan saya rasa berpatutan dgn ape yg mereka dpt kini, ape yg nk didemandkan lagi oleh cauvinist ni. teruk sgt ke msia pada cauvinist ni sampai najib kene ckp mcm tu, mereka pn bayar cukai. padahal sambil bayar cukai yg paling kaya mereka jgk. yg byk rembat rumah kt kl mereka jgk.

sbb tu kalau najib nk tolong india saya x kisah, sbb mmg nampak mereka sedikit mundur. tp kenapa byk di berita asyik2 cauvinist yg mendapat laba?

rasanya org melayu semua sedar kaum lain bayar cukai. tp kene ingat bukan senang2 kita kasi kewarganegaraan. disamping cukai cauvinist kene sedar mereka x patut menuntut perkara yg melampaui semangat perlembagaan. lebih2 lagi najib sepatutnya sedar perkara tu. instead of kasi semua kt cauvinist sampai meliberalkan perlembagaan kita.

melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2012 at 11:03 PM

lepas kena doa hampa dah buat kalut. hampa tau depa yang doa tu dah dicucuk hidung olih cauvanis. walau apa pun wadahnya perjuangan untuk melayu. kalau hampa pun buat silap alamat melayu semua dah nak jadi pecacai pendatang la. jangan bodoh sangat. bagi menang melayu dulu , lepas ni kita buat kira. bukan najib saja, tapi semua kaki penyamun dan songklap tu tendang awal2 lagi. biar nampak bersih luar dan dalam. tok lebai tu dok mimpi putrajaya, nak jadi tukang sapu.hampa jangan buat pasai la ni.merudum tak pasai.siksa 7 keturunan tak tentu bolih dapat balik hak melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
November 25, 2012 at 11:22 PM

lepas kena doa ? Maaf saudara ... hal Najib ni dah 3 TAHUN saya duk sebut ! Dari mula dia nak PM lagi saya dah nampak Najib seorang liberal.3 TAHUN Umno berpeluang untuk berubah dengan TUKAR Najib tapi Umno tidak buat apapun. Sekarang kami pula yang mau dipersalahkan ?

KENAPA UMNO TIDAK UBAH PRESIDEN BARU ? Kan masih berpeluang lagi sebelum PRU13 ! Atau paling tidak UMNO bangkit dan SUARAKAN HAK MELAYU ! ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2012 at 12:34 AM

saya setuju dengan sdr. biarkan Najib jadi pemimpin BN dan kasi org lain jadi pemimpin UMNO. sistem ni lagi betul dan lagi bagus. orang Melayu berani bersuara dan menegur apa yang tak betul. saperti sekarang ni org Melayu nampak sangat dah jadi tukang angguk.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2012 at 12:35 AM

dalam Sinar, Najib dah mengharapkan perwakilan bantai PAS. nampak macam tak kena pulak, kenapa tak bantai DAP.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2012 at 12:39 AM

dorang sumer dah jadi macam PAS dengan bai'ah. jadi macamana nak geleng, kenalah angguk. yang dah ada kerusi tentunya nak duduk lebih lama lagi dan yang belum dah tentunya nak duduk jugak atas kerusi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2012 at 12:43 AM

AnonymousNovember 25, 2012 11:03 PM

kalalu dah menang nak buat macamana lagi? mereka semua dah ada kuasa dan berkuasa. kalau tak disekat dari sekarang, bila mereka menang, lagi parah dibuatnya. patut digantikan dan ditukar sebelum PRU untuk keselamatan dan kesejahteraan Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2012 at 1:28 AM

Why not kita transformasikan saja UMNO & BN, iaitu PM sudah tak perlu dari orang Melayu. Part tu saja rasanya yang Najib tak nak transformasikan. Janganlah asyik nak transformasikan hak melayu yang bawah-bawah ni saja, hak nak jadi PM atau TPM tu pun sama-sama transformasikan la. baru adil dan saksama. Najib ingat Cina dan India tu nak sangat ke dia jadi PM. Kalau tak de Melayu ni, tak merasa la jadi PM.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2012 at 7:54 AM

http://jawaber6.blogspot.com/2012/11/wajib-baca-perancangan-kaum-cina-dap.html
Sunday, November 25, 2012

WAJIB BACA!! PERANCANGAN KAUM CINA (DAP, MCA, GERAKAN) TAWAN MALAYSIA DIDEDAHKAN!!!


Rencana ini adalah diterbitkan oleh sebuah majalah di London. Ditulis di dalam bahasa mandarin dan telah dialihbahasa oleh pelajar melayu yang belajar disana. Rencana ini telah disebarkan sekitar tahun 2006 dan kebenarannya telah terbukti.

TAJUK: 'BERSATULAH KAUM CINA'

Kita semua kaum Cina di mana sahaja kita berada mestilah berbangga dengan bangsa kita; samada Cina Amerika, Cina Singapura, Cina Taiwan dan Cina Malaysia. Kita mestilah mengekalkan identiti kita. Di Malaysia, kita mesti memberitahu anak-anak kita dan mengajar mereka cara-cara perjalanan halus.

....................
Reply To This Comment ...................
November 26, 2012 at 9:30 AM

LANTAK LA BLOGGER SEMUA NAK TULIS APA PUN, ADA AH JIB GOR KISAH? LANCAU LA LU BLOGGERS...HEHEHEH

....................
Reply To This Comment ...................
November 26, 2012 at 9:31 AM

secara jujur saya akui dah tak larat nak baca artikel ni semua...memang dah frust sangat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2012 at 4:26 PM

Cuba ler bertegas demi menjaga kepentingan semua rakyat,kalau nak jadi Presiden dr BN.Banyak isu yg boleh di ketengahkan tanpa melibatkan satu2 kaum seperti mengawal harga barang,keselesaan murid di sekolah,pasang lampu di jalanraya,pembinaan jalanraya yg berkualiti,lantik juruding utk mematuhi spec pembinaan,pengubahsuaian jalanraya,perkhidmatan air berkualiti,mewujudkan tema satu2 bandar berlandaskan keupayaan alam sekitar di persekitarannya,wujudkan malaysia lebih bersih,intergrasi perkidmatan bas dan teksi dgn ktm,agenda sungai bersih,melaksanakan keupayaan warga daerah merangka hala tuju bandar mereka dgn kekuatan sumber alam utk penyediaan perkhidmatan elektrik, air,kutipan sampah dll.

....................
Reply To This Comment ...................
November 26, 2012 at 4:28 PM

Salam kunjungan... Tuan empunya blog mohon linkkan blog tuan dengan blog saya: http://www.cywarputrajaya.com Terima kasih...

....................
Reply To This Comment ...................
November 26, 2012 at 4:42 PM

Hakikatnya UMNO terpaksa cover MCA dan MIC sebab pemimpin kedua-dua parti tsb tak boleh diharap... lembab... UMNO sbg leader dlm BN terpaksa memapah MCA dan MIC yang terlalu malas hendak melangkah... Jika UMNO sbg leader BN membiarkan MCA dan MIC terkontang-kanting, maka lebih banyak undi orang cina dan india akan beralih kepada parti lain disebabkan MCA dan MIC tak mampu memberikan apa-apa kpd mereka... MCA masih bergantung harap kepada Chua Soi Lek yang tahunya mahu mencari populariti dengan membuat kenyataan demi kenyataan kontroversi... Malah MIC pula kelihatan sepi, tidak segah sewaktu zaman Samy Vellu... Kepimpinan MCA perlu ditukar segera... eXception tak nampak siapa calon yang sesuai dalam MCA yang boleh menerajui kepimpinan pertubuhan tersebut. Untuk MIC pula, eXception lihat P. Kamalanathan lebih menyerlah berbanding Presiden MIC sendiri... eXception lebih suka melihat P. Kamalanathan menerajui MIC... Tindakan DS Najib adalah betul... UMNO adalah abang... MCA dan MIC pula adalah adik... Bukankah tugas abang adalah membantu adik-adiknya? Apa gunanya keluarga Barisan Nasional jika tidak bantu membantu?? Lebih baik bubarkan sahaja Barisan Nasional dan masing-masing ikut haluan masing-masing... Mampukah UMNO bergerak tanpa adik-beradiknya yang lain?? Ini kerana adik-beradiknya yang lain juga mempunyai pengikut yang tersendiri... Mampukah UMNO mendapatkan pengaruh dari pengikut-pengikut setia adik-beradiknya??

....................
Reply To This Comment ...................
Antihipokrit
November 26, 2012 at 4:45 PM

MELAYU pada Najib hanyalah orang2 FELDA..

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
November 26, 2012 at 4:50 PM

PRU 12 kena bagi kemenangan kapada calon Pakatan terutama DAP dan DAP pastinya akan menerajuai pentabiran Malaysia ketika itu. Mungkin dengan cara ini sahaja bolih membuatkan orang Melayu sedar semula ,kerana biasanya melayu memerlukan rangsangan yang kuat untok bolih tersedar semula.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2012 at 5:08 PM

Yang aku setuju sangat-sangat!! Tp tang
lxxxxu tu aku tak setuju..heheee

....................
Reply To This Comment ...................
November 26, 2012 at 6:25 PM

Tugas sebagai abang itu bukankah sudah ada platformnya yang khas iaitu BARISAN NASIONAL. Sekarang kita membicarakan platform Umno sebagai pejuang Melayu.

Sebab itu saya sarankan, kalau dah KELIRU antara tugas sebagai Presiden Umno dan Presiden BN atau Umno sebagai Pejuang Melayu dan Umno sebagai abang, UBAH saja Perlembagaan Umno supaya dimasukkan perjuangan hak kaum lain juga.

Dengan cara itu, takde siapa boleh bising lagi..

....................
Reply To This Comment ...................
November 26, 2012 at 6:27 PM

sudah saya linkkan dalam Blog Aktif - TerimaKasih !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2012 at 9:06 AM

sy setuju dgn artikel di atas...tp utk katakan tidak pada UMNO sy rasa rasa jangan sampai begitu. sebab pakatan lagi tak boleh di harap. kalo pun tak suka dgn cara pimpinan mungkin perlu ada desakan selepas menang nanti. bak kata Tun Mahathir pastikan parti menang, dan kemenangan adalah untuk parti bukan individu. Dalam pemilihan UMNO akan datang kita luahkan dari peti undi parti untuk menentukan calon yang patut duduk untuk bekerja dalam kerajaan. Sbb menang dalam pemilihan umno juga adalah muka yang layak duduk dalam kerusi kerajaan. Sy tak mahu gadaikan masa depan yang tidak ketentuan...

Post a Comment