Murtad Dan KO - Nik Aziz Patut Belajar Cara Menjawap Dari MAHFUZ !

Wednesday, November 21, 201228comments

Apa Ni ? Nombor 1 atau Jari Telunjuk ? Haaaa... Gelabah Kau ...
Ramai-ramai yang komen tentang isu Doa KO, takde sorang pun yang perasan yang mamat ni pun ada juga enter frame. Takpun, ramai yang tahu dan dah baca TAPI tak reti nak menjawap.

POWER wa cakap lu .... cuba baca ni saya copy dari Harakah -

Mahfuz doa panjang umur untuk ahli Umno

"Yang kita minta dihancurkan ialah parti Umno dan parti BN serta politik zalim parti tersebut.

"Ahli-ahli dan para penyokong Umno dan BN pula kita mohon doa agar Allah panjangkan umur mereka kerana kita perlukan rakan dan kawan untuk sama-sama menghancurkan kekuasaan dan politik zalim parti yang memerintah itu," 


Dan bagi menjelaskan FORMULA nya dengan lebih lanjut -

Mahfuz mengambil contoh syarikat dan pemilik syarikat.

"Selalu kita lihat syarikat yang diisytihar bankrap, pemilik tidak diisytihar bankrap.

"Begitulah juga dalam hal ini, kita mohon Allah hancurkan Umno BN bukan ahli-ahli atau penyokong-penyokong Umno BN,"


Jadi dalam konteks Doa KO -

"Yang didoakan ialah supaya Allah menghancur dan menjahanamkan parti yang zalim, bukan mana-mana ahli atau penyokong mana-mana parti."

"Tidak mungkin sama sekali kita mahu mendoakan kehancuran saudara mara yang kita kasihi malah yang ingin sangat kita lakukan ialah mengajak mereka sama-sama menghancurkan kezaliman Umno dan BN,"

Kelaaaaas ......... Mahfuz sudah semakin matang dalam berpolitik ! Cara Damage Control yang saya gerenti akan buat orang Umno terpinga-pinga nak menjawap. Yalah, sebelum nak jawap tuh kenalah faham dulu. Bahagian Nak Faham itu yang ambil masa panjang sikit ....

Sepatutnya Mahfuz ajar Nik Aziz cara menjawap dalam isu Murtad yang juga terhasil dari isu Doa KO. Bayangkan kalau Nik Aziz balas - Yang saya katakan Murtad itu adalah Umno sebagai sebuah parti politik, BUKANNYA ahli Umno ! Ternyata Utusan telah menfitnah saya.

Siapa ajar Tuan Guru cakap macam tu ?

Mahfuz !

Peeeergh ........ TERBAIK !

PS - Mungkin ada yang nak kata Mahfuz merujuk kepada PEMIMPIN Umno dan bukannya ahli yang mahu dihancurkan..... Maaf ya, saya tak terima. Sebab dari jumlah 289 patah perkataan artikel itu, tidak sekali pun Mahfuz sebut Pemimpin. Atau sengaja Mahfuz tak sebut, sebagai back-up plan sekiranya kantoi ....PEEEEEERRRRRGH, lagi terbaeeeeeek ! Hujah yang punya Plan B dari awal lagi ......kelasssss .....

- Tak percaya, kiralah cukup tak 289 patah perkataan !

Share this article :

+ comments + 28 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2012 at 6:30 AM

Genius sungguh otak Mahfuz. Kenyataan beliau sungguh bernas sekali. Tak sia-sia Abg Din jadikan Mahfuz sebagai idola. Yerlah, bukankah selama ini Abg Din banyak merujuk kepada kenyataan Mahfuz jika timbul isu yang memerlukan damage control.

Jika sebelum ini kita mengenali Mahfuz sebagai pakar dalam Matematik, tetapi kini nampaknya kepintaran beliau juga terserlah dalam ilmu bahasa khususnya dalam bidang penterjemahan. Penjelasan beliau berkaitan isu hancur UMNO BN amat menakjubkan sekali.

Tak sia-sia PAS mengangkat Mahfuz sebagai Naib Presiden. Saya rasa Mahfuz patut diberi peluang yang lebih baik suatu masa akan datang. Mungkin sebagai MB Kedah kot.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2012 at 7:04 AM

Haa.haa..haa.. Setujuk

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2012 at 8:00 AM

Macam mana Mahfuz Bean yg belajar takat SRP ni lagi pandai bab nahu dari Nik Aziz yg blajo sampai Al-Azhar nun? pelik..

tapi bab kelentong & putar belit diorang memang first class, tip top. bab kerja & pelaksanaan je hampeh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2012 at 8:10 AM

NAHFUZ MEMANG BIJAK!KALAU ITU HUJAHNYA,LEPAS NI MUNGKIN AKAN ADA ORANG YG MENERBITKAN HIMPUNAN DOA DALAM SEBUAH BUKU YG MENGABDUNGI DOA HANCURKAN BN,HANCURKAN UMNO,HANCURKAN PR,HANCURKAN PAS,HANCURKAN PKR,KO BN,KO UMNO,KO PR,KO PAS,KO PKR,MUDAHKAN! PENYOKONG BN,UMNO,PR PAS DAN PKR HANYA PERLU MEMILIH MANA SATU DOA YG HENDAK DIBACA.

....................
Reply To This Comment ...................
November 21, 2012 at 8:50 AM

Macam nilah komen aku. Katakan ada sebuah rumah. Kita anggap rumah tu tak berguna dan patut dirobohkan, dimusnahkan. Rumah tu rumah yang sama kita pernah tumpag suatu ketika dulu. Masa dulu, rumah tu okey, tetapi sekarang ni kita anggap tidak berguna kerana sebahagian penghuni rumah tu yang kita tidak suka. Jadi kita pun doalah semoga rumah tu musnah, tetapi pada masa yang sama kita mahu penghuni rumah tu selamat. Kita cuma doa semoga rumah tu musnah. Bila rumah dadh musnah sudah tentu penghuninya akan bertebaran merata-rata. Kita pun doalah supaya penghuni rumah tu datang mai singgah tumpang rumah kita. Inilah maksud Mahfuz tu.

Pada akulah. Apa dosanya rumah tu. Rumah tu rumah yang sama yang pernah kita tumpang suatu ketika dahulu. Kenapa kita nak musnahkah rumah tu sedangkan ramai saudara mara kita yang menjadi penghuninya. Dalam rumah tu ramai alim ulama yang berteduh dan mencari rezeki di dalamnya. Rumah tu telah banyak berjaya kepada penghuni dalam dan luar rumah.

Sebenarnya apa yang patut dilakukan adalah membuang atau menghalau penghuni rumah yang zalim dan berdosa dari rumah tersebut dan bukannya memohon rumah tu yang musnah. Rumah tu masih rumah yang sama yang telah banyak jasanya kepada penghuni dalam rumah dan penghuni di luar rumah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2012 at 9:18 AM

apa dia fikir parti umno dan parti bn tu hidup sendiri ke? takde ahli ke?aduh..bila dah berbelit2 macam ni..memang patut kita serahkan sahaja kepada puak2 PR utk menjawabnya..sebab depa memang pakar dalam memutarbelit..hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2012 at 9:22 AM

JADI JIKA ADA NEGARA NAK JAJAH MALAYSIA, MAKSUDNYA HANYA NAK CONQUER NEGARA MALAYSIA SAHAJA KAH? HANYA NAK HANCURKAN PEMERINTAHAN SAHAJA KAH? MANAKALA RAKYAT MALAYSIA AKAN DIJAGA BAIK2 DAN DIBELAI MANJA? TIADA PUKUL TEMBAK PERANG SEGALA? ADAKAH RAKYAT MALAYSIA TIDAK AKAN MENENTANG?

FUHHHH..MEMANG 'HEBAT' ALASAN PEMIMPIN PR AKA PAS KAT ATAS NI..TAK SANGKA PAS BOLEH LANTIK ORG CAM DIA JADI PEMIMPIN..

....................
Reply To This Comment ...................
November 21, 2012 at 10:17 AM

Muktamar Pas lagi 4 tahun, ahli Pas akan cadangkan Mahfuz jadi PM !

....................
Reply To This Comment ...................
November 21, 2012 at 10:20 AM

Saudara betul2 kaji dan fikir dengan serius Formula Mahfuz .... WOW !

Ya, seperti yang biasa kita dengar, parti tidak bersalah, ia tidak bernyawa. Penghuni parti yang menentukan halatujunya.

Jadi Formula Mahfuz diatas ni ? Mahfuz nak bodek orang Umno ? errk ...

....................
Reply To This Comment ...................
November 21, 2012 at 10:22 AM

Hanya mereka yang dianugerah cara pemikiran diluar kotak saja yang mampu menghasilkan ide seperti Mahfuz :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2012 at 10:25 AM

satu alasan saya kira logik pada akal. disini jelas perbezaan diantara dua gulongan dalam PAS, iaitu golongan ulamak dan bukan ulamak. golongan ulamak ternyata berfikiran jumud sekali yang hanya menggunakan doa sebagai senjata terakhir. PAS dari golongan ulamak hanya mampu melihat Islam secara berpolitik. Golongan ulamak PAS hanya mementingkan diri sendiri walaupun melakukan kemusnahan kepada orang lain yang tidak berdosa. golongan ini menjalankan hukum mengikut selera dan nafsu mereka sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2012 at 11:39 AM

Salam,

itu lah kelebihan mulut dan lidah yg tak berbayar. senang cakap hasil daripada pulut kuning 3 tingkat. antara calon mb kedah dan pm mesia. memang power.

....................
Reply To This Comment ...................
November 21, 2012 at 12:12 PM

Tiap-tiap kali Mahfuz beri pendapat, dia berjaya buat kita rasa gelihati dan juga sakit hati pada masa yang sama.Buang masa betul melayan Si-Mahfuz ini.Pendapat-pendapat dia tak bernas langsung.

....................
Reply To This Comment ...................
November 21, 2012 at 12:38 PM

Tak bernas pada saudara dan 'kita', tapi pada orang Pas - FUYOOOOOOOOOH !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2012 at 12:55 PM

NI KENYATAAN NAK COVER MALU,DAH TERLAJAK KATA MANA BOLEH UNDUR LAGI DAH BRO..JIKA DULU KITA DAH TERKENA TAPI KALI NI KITA SIAP RAKAM LAGI KENYATAAN NIK AZIZ TU...KALAU DIA CAKAP UMNO MURTAD TU BERMAKSUD ORG DALAM PARTI TU LAH YG MURTAD MACAM MANA PULAK SEBUAH ORGANISASI BOLEH DIMURTADKAN...MACAM MANA LAH ORG POKOK SENA BOLEH PILIH DI JADI WAKIL RAKYAT...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2012 at 1:37 PM

apa-apa pun sepatutnya sebagai orang islam kita sepatutnya mendoakan kesejahteraan untuk semua ... kenapalah orang pas itu tidak berdoa "Ya Allah ya Tuhanku engkau masukanlah iman dan tauhid kepada seluruh pemimpin dap dan ahli-ahli mereka agar mereka semua menerima Islam sebagai agama yang menjadi pegangan dan amalan mereka. engkau sinarlah iman dan tauhid kepada pimpinan pkr dan ahli pkr yang masih belum islam agar mereka mencintai dan beramal dengan amalan islam yang sebenarnya. engkau kurniakanlah iman dan islam kepada seluruh ketua dan sayap parti kami iaitu dppp agar mereka mereka menerima islam sebagai pegangan dan amalan mereka ... ya Allah seterusnya pertingkatkanlah iman dan amalan islam kami agar kami dapat melaksanakan amanah dan perentah kamu dengan sempurna ... maka dengan seluruh kekuatan islam dan iman yang engkau berikan kepada pimpinan dan ahli dap ... pimpinan dan ahli pkr ... pimpinan dan ahli dppp maka mudahkanlah bagi kami melaksanakan cita-cita kami menegakkan hukum Mu di bumi bertuah ini agar menjadi contoh terbaik kepada umat manusia pada masa ini" ... alangkah indahnya bunyi doa itu ... er soalnya beranikah mereka ...

....................
Reply To This Comment ...................
November 21, 2012 at 1:41 PM

Sebab niat UTAMA mereka adalah nak ambil alih tempat Umno sebagai kerajaan, itu yang sebenarnya ! Kalau Pasdoakan seperti yg saudara sebutkan,kemungkinan Umno makin kuat :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2012 at 1:42 PM

Tapi aku idea mahfoz lagi ok dr ibrahim ali,hassan ali dan zul kulim..ketua pemuda umno pun tak mempunyai kebolehan mcm mahfuz..ahli umno lagi la..

....................
Reply To This Comment ...................
November 21, 2012 at 1:49 PM

Kan saya cakap dah ...

....................
Reply To This Comment ...................
areyougonnagomyway
November 21, 2012 at 3:26 PM

Mana ada doa untuk hancurkan atau untuk menjayakan....dua2 doa tu tak terpakai..dan tak pernah makbul pun. Doa kehancuran zionis,,, tapi tak hancur jugak.
Ssekarang ni siapa hamba dan siapa Allah? Allah ke jadi hamba....kita boleh suruh buat tu buat ni.

Hanya ada satu saja doa, iaitu doa untuk mengenal Allah.
Jika mereka bertanya tentang aku.........maka berdoalah..aku akan kabulkan segala doa. Baqarah 186. Hanya doa untuk mengenalnya saja yg akan dikabulkan.

...........

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2012 at 4:45 PM

janganlah pulak dengan SATU statement, maka kamu julang dia tinggi. bukanlah aku nak perlekeh statemtnt beliau tu, tapi pada aku si Mahfuz ni, kepada dia masuk asap. kadang pemikiranya tajam tapi banyak kali dia merapu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2012 at 4:52 PM

BERSATU dengan UMNO, nescaya hasrat untuk ke Putrajaya berhasil. Tidaklah perlu doa mendoakan kehancuran. Seperkara yang pasti, MELAYU akan menjadi KUAT dan ISLAM akan lebih BERDAULAT, kedudukan RAJA RAJA akan pasti TERPELIHARA dan NEGARA akan SELAMAT.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2012 at 4:56 PM

mereka berhati kaudu dan apa jua penerangan yang dikemukakan kepada mereka, tetap tidak akan mereka terima. mereka mereka ini tegolong kepada orang orang yang degil dan tidak mendengar cakap. mereka berperinsip apa yang mereka lakukan itulah yang terbaik.

....................
Reply To This Comment ...................
November 21, 2012 at 6:34 PM

Point yang saya harap saudara dapat perjelaskan dengan lebih terperinci. Menarik tuh .... tapi bagi mereka yang 'cepat melatah', bunyinya agak ofensif.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2012 at 6:39 PM

Itulah korang tak tau, jari dia tu mewakili satu malaysia la. Seperti yang selalu dilaungkan oleh pm kita. Ape derr, itu pun tak paham? SATU MALAYSIA. *!*
PCP84

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2012 at 7:14 PM

bersetuju dengan point saudara ... tetapi berdoa menandakan kita sebagai hambaNya yang lemah ... hak memakbulkan hak Allah ... Allah menyruh kita hambanya berdoa ... sekiranya doa itu tidak dimakbulkan sekarang ... pahala berganda di akhirat ... bahkan ada ulamak berkata ... ada orang yang doanya dimakbulkan di dunia merasa menyesal apabila melihat ganjaran pahala doa yang tidak dimakbulkan di akhirat ... wah lah u ahlam ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2012 at 7:56 PM

setuju dengan saudara ... Allah telah berikan banyak petunjuk tentang kejahatan nwar berahi ... tetapi mereka tidak mahu melihatnya ... mereka tetap mahu mengangkat nwar berahi sebagai perdana menteri ... mereka tidak kisah walaupun kenyataan nurul anak nwar yang menyokong seks bebas dan memberi sokongan kepada melayu islam menukar agamanya ... mereka tidak peduli itu semua ... bagi mereka apa yang mereka buat semuanya benar dan betul ... tidak bersalahan sedikit pun dengan sunnah ... apabila mereka gagal mengawal gejala pelacuran seks di kelantan ... mereka kata pada zaman nabi pun ada masalah kecurian ... (kenyataan ini pernah dikeluarkan oleh nik abduh) ... tetapi bagi menyokong dasar perjuangan mereka, mereka berkata kegagalan kerajaan menangani jenayah kerana tiada perlaksanaan undang-undang hudud ... tengoklah dolak dalih mereka ... perlaksanaan hukum hudud adalah satu tugas yang berat ... pada muktamar yang lepas adakah mereka telah membentangkan draf hudud dari segi hukumnya ... dari segi perjalanan perbicaraannya, peguamnya siapa ... hakimnya bagaimana ... dan adakah mereka menceritakan bagaimana mereka akan menyelesaikan kes penzinaan mat sabu dan vidio lemak merdu mat sabu yang mana boleh menimbulkan syak bahawa sudah berlaku perbuatan yang tidak bermoral ... dan lakonan kes adun selising di dalam keretapi ... dan menerangkan pada setiap ceramah mereka bahawa tentang penyelesaian yang perlu mereka buat di atas perkara tersebut sebelum mereka menceritakan bahawa mereka mahu melaksanankan hukum hudud ... sekiranya kes mat sabu tidak mahu diselesaikan bagi aku hukum hudud hanyalah wayang mereka untuk ke putera jaya ... seperkara lagi mereka fikir doa mereka, Allah belum kabulkan kerana UMNO belum musnah ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2012 at 8:26 PM

dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

[002 : Surah Al-Baqarah : 186]

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! telah datang kepada kamu kebenaran (Al-Quran) dari Tuhan kamu. oleh itu sesiapa Yang mendapat hidayah petunjuk (beriman kepadaNya), maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa Yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan Aku pula bukanlah menjadi wakil Yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu".

[010 : Surah Yunus : 108]

Post a Comment