........... MB Berjiwa Rakyat ! Tabek Bos ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MB Berjiwa Rakyat ! Tabek Bos !

Thursday, November 1, 201222comments

Saya seberapa boleh akan tulis secara ikhlas pandangan saya akan sesuatu isu itu, Biasanya orang akan berkata begitu bila dia sedang mengkritik hehehehe,,, Saya jarang nak memuji tapi kalau sesuatu perkara yang baik berlaku didepan mata, saya terpanggil untuk memuji.

Biasanya perkara2 positif yang sering disebut2 tentang pemimpin adalah berkaitan dengan acara2 resmi dimana media turut dijemput membuat liputan. Sesekali saya sebut jugalah disini tapi bukan kerana terikut2 tapi kerana naluri hati yang setuju dengan apa yang saya lihat / baca.  Tapi saya cukup teruja kalau perkara itu berlaku secara spontan atau berlaku ketika tidak ada media.

Ingat bulan lepas saya ada menulis tentang keazaman seorang rakyat yang mahu bertemu MB nya kerana keadaan hidup yang mendesak ? ( KLiK ) Itu spontan.

Semalam saya terlihat satu notis dilekatkan dipintu pejabat Umno Kuala Terengganu. Kebetulan pejabat Umno itu ditengah2 bandar bersebelahan dengan bank jadi sokmo lah saya lalu didepan. Masuk tak pernah.

Teringat saya..... Hari Rabu selepas Mesyuarat Exco, biasanya MB akan mengadakan sessi bertemu rakyat. Takde kerja nak buat, saya pun pasang niat nak cover majlis itu.

      Notis dipintu masuk Pejabat Umno                                                      Notis arah ditangga                                                                    
20 tahun duk lalu depan bangunan Umno, inilah kali pertama saya buka pintunya dan melangkah masuk. Saya suka melihat gambar2 lama para pemimpin dan aktiviti Umno yang banyak digantung didinding. Lebih kepada memerhati stail rambut dan fesyen pakaian mereka dulu hehehehe ...... nostalgia.



Majlis diadakan ditingkat 3 dan sebaik saya melangkah masuk dewan kecil itu.... nah ! Ramai rupanya rakyat Terengganu yang nak berjumpa MBnya untuk mengadu masalah ! Pertemuan diadakan dalam sebuah bilik disebelah dewan dan mereka masuk sorang demi sorang bila nombor giliran dipanggil.

Jam pukul 3:30, sessi bermula 3:30 tapi nombor bila saya ambil -  94 ! Rupanya mereka datang lebih awal untuk daftar dan ambil nombor, lepas tu mereka pusing2 lah kat bandar. Pukul 3 mereka berkumpul semula. Baru saya tahu !

Saya pun keluar buat kerja yang tak berfaedah dan kembali semula pukul 6:00. petugas Umno sedang memanggil no 73. Jadi saya pun tunggulah giliran, lepak dan memerhati keadaan.

Saya diberitahu semalam ada 110 orang mahu berjumpa MB, sikit tuh .... biasanya 200 lebih !  Nombor akan terus diberi kepada sesiapa saja yang ingin bertemu MB, sehingga pukul 5. Lepas pukul 5, takde nombor dah. 

Dan MB akan berjumpa SEMUA mereka yang ada nombor ! Kalau sampai malam pun, malam lah..... beliau akan berhenti untuk solat dan sambung semula. 

Seorang rakyat mengadu masalah kepada MB dan pembantunya

Pelbagai ragam, pelbagai masalah namun MatSaid tetap layan setiap seorang dengan ramah dan sering kedengaran suara gelak tawa dari dalam bilik bila beliau bergurau dengan rakyat. Ramai juga yang datang mengadu masalah kewangan, setelah bercerita apa yang patut, jika ok, mereka akan ke bilik sebelah pula untuk daftar dan terima sampul berisi wang. Dua tiga orang yang saya tanya menunjukkan sampul mereka berisi RM200 !

Bukan semua ya, ramai juga yang mengadu masalah lain, pendekkata macam2 ada... Semuanya Mat Said akan catat tindakan susulan pada borang yang diisi oleh pemohon ( perhatikan kertas2 diatas meja ... itu semua adalah masalah rakyat ! ), dan arah pembantunya supaya bertindak. Banyak yang diselesaikan on the spot melalui panggilan talipon disitu juga.

Satu kes menyentuh hati saya... dia bernombor 93, seorang ayah bawa anak remajanya,unjukkan surat dari Optometris yang mengatakan anaknya perlu lakukan pembedahan kecil pada mata.

Berapa kosnya... RM4ribu ? Baiklah, kita akan keluarkan Gerenti Letter pada xxx, bila awak boleh pergi cek ? Petang ni tak sempat dah kan..... esok boleh ? Takperla, kita akan bayar... Esok awak pergi cek, ya ... sambil mencatatkan sesuatu pada borang. CAYALAH !

Tiba giliran saya ........ Saya nak ambil gambar jer, boleh Datuk Seri ? 

Kan saya cakap dah, macam-macam ada .....

Tak ramai yang tahu keadaan diatas. Tidak ada media. Biarlah saya yang sebarkan... oya, semalam tidak ada sorang pun yang kenal dinturtle dan saya pun tidak sebut  :))

Share this article :

+ comments + 22 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Matahari
November 1, 2012 at 9:06 AM

Penyu menangis siapa yang tahu! He he hanya sekadar membuat sedikit catitan. Tak tahu kenapa begitu tersentuh jiwa bila membaca ada MB yang sebetul dan sebenar berjiwa rakyat. Moralnya, kita perlu sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang dikecapi, samada besar atau kecil.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 1, 2012 at 9:06 AM

caya r din,teruskan perjuangan anda yg ikhlas,sya sentiasa mengikuti blog anda biar pn sya org johor..tp cri mkn kt tggnu hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
GotYou!
November 1, 2012 at 9:20 AM

Kalau semua MB macam ni telus dan sabar melayani rakyat, tidak hanya menyerahkan kepada pembantunya saja untuk mendengar luahan rakyat kan bagus. Barulah rakyat akan kata.."MB aku", "MB akulah bukan MB engkau!" "MB kita", "Aku sayang MB aku", "Kami sayang MB kami" Ahaks ;)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 1, 2012 at 10:10 AM

Terbaik..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 1, 2012 at 10:35 AM

Alhamdullilah dapat MB macam ni... bukannya macam MB tua yang suka tidur atas riba isteri dia... romantik katanya. Kerja pentadbiran negeri orang lain yang buat, dia duduk rumah pergi tembak tupai, tak pun pergi bersih halaman rumah... dapat le title zuhud....

....................
Reply To This Comment ...................
November 1, 2012 at 10:44 AM

bagus lah pok dinG turtle.

....................
Reply To This Comment ...................
November 1, 2012 at 11:13 AM

Perlu saya nyatakan juga, kalau saya dah pasang niat nak tulis, dibuatnya perkara yang negatif berlaku saya akan tetap tulis juga. Cuma setakat ni belum berlaku. Saya tidaklah MENCARI benda yang negatif pulak :-)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 1, 2012 at 11:23 AM

Apa akan jadi sekiranya kita ambil nombor giliran berjumpa dengan MB dan buat permintaan nak duduk dikerusi MB untuk 1 minit ..agak2 boleh ke...atau kena tendang dengan Staf MB..Gurau2 ja. Apa2 pun tahniah MB Terengganu kerana prihatin masalah rakyat.. cuma kita sebagai rakyat juga kena ingat jangan ambil kesempatan lebih2 peluang yang diberi. macam abang dinturtle. tu..la

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 1, 2012 at 11:33 AM

Syabas bro Din.

Ada pihak pemuda xxxx bila kita jumpa dengan ketua biro nya minta tolong follow-up dengan pihak atasan, didesaknya kita suruh buat pc nak jemput semua media dan tv, lebih terjurus motif mereka mencari political mileage and publisiti semata2. Maklumlah PRU dah dekat. Bila kita minta tangguh dahulu atas sebab2 strategik, diboikotnya kita terus.

Saya ada kirim gambar2 tapak projek X kepada Din semalam. Siarkanlah. Baru lebih uummmph.

....................
Reply To This Comment ...................
November 1, 2012 at 11:37 AM

Projek x? Barang baik? :-)

....................
Reply To This Comment ...................
November 1, 2012 at 12:49 PM

Reko'k Wo'k mun tak perkenalkan diri Din? Mun kata masuk sorang-sorang.

Sekali-sekala, elok jua MB adakan majlis bertemu rakyat di Kuala Berang pulok...biar aku pulak yang cover...

....................
Reply To This Comment ...................
November 1, 2012 at 1:03 PM

Masuk sorang2, tapi dalam nun dah siap nunggu 5 orang nunggu giliran. Habis sorang, alih / maju tempat duduk kedepan.

Lagipun dinturtle hanya wujud dialam maya :)

....................
Reply To This Comment ...................
KA
November 1, 2012 at 4:04 PM

sangat terharunya.Bak kata suami saya, banyak juga UMNO dah buat menda yg baik utk rakyat tapi takde coverage so orang tak tahu.

Kalau lah MB Trengganu ni MB Selangor, sure Sharifah KLCC tu dh pi mengadu dan MB terus kol orang atasan di sana dan its a happy ending.Manatau kann. :)

....................
Reply To This Comment ...................
November 1, 2012 at 4:33 PM

Mcm sy penah katakan pd Din dulu.Saya DENGKI dgn dinturtle hahaah.Bukan apa din.DENGKI sbb din ada MB berjiwa besar mcm Dato Mat Said.Harapkan MB Kedah baik dari umno sblm ni(Mahadzir Khalid)atau ustaz azizan sekarang semua tak boleh pakai.

....................
Reply To This Comment ...................
November 1, 2012 at 8:57 PM

Aku tepesona.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 1, 2012 at 8:57 PM

Syed Razak pun tak boleh pakai??? Mungkin Muhriz nanti baru ada perubahan kat Kedah tu.... harap-harap masin mulut aku ni... hihi

....................
Reply To This Comment ...................
Antihipokrit
November 1, 2012 at 9:22 PM

InsyaAllah BN akan kekal memerintah. Mat Said teruskan usaha menjadi MB yg terbaik. Mana ada MB mcm ni. Tak perlu berkopiah tapi hatinya baik. Cuma dia kena kasi ajar sikit EXCO dia yg terlebih sudu dari kuah tu. Kenapa Din tak cite dgn MB semalam pasal kawan ko tu. Biar mat said lanyak EXCO dia.

Ni kasi panas sikit Din, tak habis2 mamat Cina Celup ni dgn SJKC: BERJUTA2 LEMON SJKC dapat.

"Beliau berkata demikian sebelum menyampaikan replika cek sumbangan The Community Chest berjumlah RM38.3 juta kepada 80 daripada 196 sekolah terpilih di seluruh negara, di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina On Pong di sini." - BERNAMA




Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121101/dn_33/Kerajaan-komited-bantu-semua-jenis-sekolah---Najib#ixzz2Aybyso6s
© Utusan Melayu (M) Bhd

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 1, 2012 at 9:32 PM

saya tabik dgn program pendidikan kerajaan terengganu. Sekarang dah nampak hasilnya iaitu pencapaian akademik anak tganu yg hebat2. Syabas !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 1, 2012 at 11:08 PM

salam,

moga lebih ramai pemimpin yg bertindak kerana tanggungjawab dan bekerja seperti seorang pemimpin. bukan mencari nama untuk popular dan mengayakan diri hingga cicit berjoli sakan dengan artis pun tak habis kekayaan moyangnya yang pernah menjadi orang besar malaysia.

moga mb ganu terus kekal semangat seperti itu dan tidak terlalu inginkan jawatan di pusat. moga tidak berubah wajah seperti mb di sebuah negeri dan terus kekal dengan jiwa sekarang dan moga menjadi lebih baik. semoga mb ganu dirahmati dan terus diberi cahaya kebenaran oleh Allah swt

....................
Reply To This Comment ...................
November 1, 2012 at 11:09 PM

Teganu bawah mat said memang terbaik.Bodohlah kalau orang ganu tolak mat said,pilih hadi yang kerjanya cuma suka mengkafirkan orang.Tak salah pilihan sultan mizan.

....................
Reply To This Comment ...................
November 2, 2012 at 12:08 AM

Kejayaan tidak dicapai dengan mudah, harus ada sokongan dan pengorbanan dari semua pihak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2012 at 10:43 AM

AKU BUKAN ORANG TERENGGANU JADI TAK RETI NAK KOMEN..

TAPI MEMANG BEST LA RAKYAT TERENGGANU SEBAB ADA MB CAMNI..

Post a Comment