........... Lim Guan Eng - Anwar Pemimpin Amal Budaya Tidak Sihat Dan Tidak Beretika ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Lim Guan Eng - Anwar Pemimpin Amal Budaya Tidak Sihat Dan Tidak Beretika !

Friday, November 2, 20124comments



GEORGETOWN - Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini meluluskan rang undang-undang 'Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2012' bertujuan membanteras amalan melompat parti untuk mendapatkan habuan.

Rang undang-undang yang dibentangkan Ketua Menteri Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) itu dibahaskan dalam tempoh sehari sebelum diluluskan dengan undian dua pertiga.

Dalam pembentangannya Guan Eng berkata, rang undang-undang itu telah digubal dengan kerjasama dan sokongan penuh semua parti dalam Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Ia bertujuan membanteras budaya tidak sihat dan tidak beretika. 

"Dari awal lagi dasar kami untuk membanteras budaya lompat telah ditentang keras tetapi pendirian kami adalah bahawa hak membuat keputusan muktamad dalam pilihan raya adalah hak rakyat.


"Rang undang-undang itu memperuntukkan bahawa seseorang anggota dewan yang telah dipilih sebagai calon sesebuah parti politik hendaklah mengosongkan kerusinya sekiranya dia melepaskan atau dilucutkan keanggotaannya atau berhenti daripada menjadi anggota parti politik tersebut atas apa-apa juga sebab," katanya.

Selain itu, katanya, seorang anggota yang dipilih sebagai calon bebas hendaklah mengosongkan kerusinya sekiranya beliau menyertai suatu parti politik. - Bernama

Dalam omputeh pulak, Lim Guan Eng kata -

“This enactment will stop this unhealthy and unethical practice of party hopping and to return the power of democracy back to the people,” TMI

Apa dia ? Budaya TIDAK SIHAT dan TIDAK BERETIKA atau UNHEALTHY AND UNETHICAL ? Jadi pemimpin yang menyokong, menggalak dan mengamal budaya lompat parti ini bolehlah disifatkan sebagai PEMIMPIN YANG MENGAMALKAN BUDAYA TIDAK SIHAT DAN TIDAK BERETIKA ....kan ? kan ?


September 16,2008: We are ready,says Anwar



Dari artikel DinMerican diatas -

Penang Chief Minister and DAP secretary-general Lim Guan Eng, when asked if there would be a surprise announcement, merely said: “Wait for Anwar”.

Guan Eng and DAP veteran Lim Kit Siang had earlier entered the stadium to loud cheers.


Takde siapapun yang berbunyi tentang budaya tidak sihat dan tidak beretika waktu itu ? Baru jer 4 tahun lepas..... dan artikel bernama diatas Lim Guan Eng kata apa ?

"Dari awal lagi dasar kami untuk membanteras budaya lompat telah ditentang keras tetapi pendirian kami adalah bahawa hak membuat keputusan muktamad dalam pilihan raya adalah hak rakyat."

Dari AWAL LAGI... ? 

Atau Lim Guan Eng tidak yakin Dap mampu menang besar diPenang PRU13 ? Kalau kemenangan tipis, sememangnya Dap amat memerlukan undang2 anti lompat ini .

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2012 at 12:02 AM

ternyata lompat parti ni mengkhianati pengundi2 kawasan.kerana habuan wang,sanggup gadaikan amanah yg diberikan..mari kita lihat nasib pelompat2 katak semalaysia spt ibrahim ali,zul kulim,hassan ali dan 3 di perak dlm pru ni.adakah umno akan ambik jadi calon?hahaha..kalu umno ambik jadi calon pastinya akan disabotaj oleh ahli umno lain yg lagi senior di kawasan berikut..

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
November 3, 2012 at 12:09 AM

biasaklah puak biaDAPigs....bukan tau dosa pahala menipu...dah ada yg kata sejak kawan dgn PAS bulan mengambang dlm dada biaDAPigs.....dah Tok Gurunya suka menipu...anak murid ikut je la.....dah dapat title khalifah dah pun....hehehe

tapi kalau kita dok peghati & teliti...byk kenyataan & tindakan pemimpin pembangkang sejak kebelakangan ni makin KUTUKI diri sendiri.....pencacai mcm biasa....OK BOSSSsss!!!...kehkehkeh

....................
Reply To This Comment ...................
November 3, 2012 at 12:12 AM

tahun 2008 SEMUA pemimpin dan penyokong PR tidak beranggapan begitu hehehehe ....

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
November 3, 2012 at 12:33 AM

elehhhh...control macho pulak dah...lupa kot 16 Sep?..hahaha

ramai gilerrr pemimpin & pencacai pembangkang yg bersetuju dasar mengKHIANATI pengundi pada masa tu....kekekeke

ni Ppinang je...Selangor, Kelantan, Kedah apa cerita???....x nak join ka?

PAS pegang Kelantan 22thn rileks ja YB nak lompat parti ...ni biaDAPigs baru pegang sepenggal dah KALUT apa pasai???...rasa2 nak tumbang ka??...hehehe

apa2pun, bye bye biaDAPigs...byebye PAS...byebye PKR.....hehehehe

Post a Comment