........... Kenyataan Nurul Dan IRF | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kenyataan Nurul Dan IRF

Wednesday, November 7, 20123comments

Debat mengenai isu Kebebasan Beragama yang dcetuskan oleh kenyataan kontroversi Nurul Izzah buat saya teringat kembali satu posting tahun lepas berkaitan satu NGO Islam - Islamic Renaissance Front atau IRF. KLiK


Kalau Nurul masih cuba mempertahankan diri dengan menyatakan kenyataan beliau telah disalahtafsir, bahawa beliau TIDAK menyokong umat Islam murtad.Kenyataan kontroversi beliau -

“Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama… mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan agama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

 Penjelasan Nurul - "Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu.

"Jawapan saya menegaskan ungkapan – “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.

"Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan,"katanya.


Menurut pemimpin PKR itu lagi, beliau kesal terhadap percubaan memutarbelitkan kenyataannya yang kelihatan seolag-olah meremehkan soal aqidah "atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad."
KLiK


Saya malas nak sentuh isu ini sebab saya nampak dah isu ini tidak akan kemana. Paling2 pun, Nurul  akan minta maf dan tarik balik sebab ia mudah disalah tafsir. Tutup kes....

TAPI IRF pula jelas dan terang dengan pendirian mereka !

Setiap orang BEBAS untuk memeluk agama apapun dan untuk keluar dari agama apapun. Tidak ada siapa berhak melarang jika seorang Islam mahu murtad. Seseorang hanya perlu menjawab kepada Tuhan atas pilihannya sendiri.

Takde siapapa pun nak bising ......... alahai ..... semuanya kerana jika ada nilai POLITIK, barulah bising. Tapi kalau takde nilai politik, takde siapa nak ambil tahupun ...

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 7, 2012 at 1:36 PM

Di malaysia ni tak adakah badan islam dipihak kerajaan yang mengawasi penubuhan NGO? kenapa dibenarkan penubuhan IRF? mana perginya para ulamak dan cendekiawan? kalau tak halang sekalipun, bawalah berdailog dgn si farouk yang telah terangan tersasar dari landasan ini.
Saya rasa yang dok kecam Nurul sekarang pun adalah ahli politik jugak.... tak salah, memang itu lawan dia jugak, nurul pun ahli politik. yang sy heran ialah. mana suara cendikiawan agama kita? IRF pun tak komen, Nurul pun depa tak komen, LGBT pun tak. Mungkin mereka sedang memenuhi kuota setan bisu kot.
KATA CERDIK PANDAI ISLAM KITA MUNGKIN BEGINI.. DITEGUR KAN NANTI BACK FIRE, JADI SATU KERJA PULAK DOK KENA MENJAWAB DGN AHLI POLITIK, PENING KEPALA... SAPA SURUH, SILAP HB TAK KENA GAYA, TERGUGAT JAWATAN, SAPA NAK BAYAR ANSURAN BMW, RUMAH BANGLOW, GAJI PEMANDU, GAJI TUKANG KEBUN, GAJI AMAH DLL, MAKLUMLAH ULAMAK KINI BUKAN KECIK ANAK PUNYA HARTA DUNIAWI. LEBIH BAIK MEREKA DOK SENYAP-2, CUKUP BULAN GAJI JALAN.

....................
Reply To This Comment ...................
November 7, 2012 at 5:49 PM

Dalam hampir SEMUA perkara, kita memang tersohor dalam bab mengadakan undang2 tapi bab menguatkuasakan undang2 .... hmmmmm...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 7, 2012 at 6:17 PM

tambahan Din...orang kita ni memang tersohor dalam bab2 berpolitik ...pagi, petang, siang, malam tak habis2 nak berpolitik..sanggup bercerai berai dan bermusuhan sesama sendiri tetapi kalau ada anasir luar yg terang2 nak menyentuh isu bangsa dan agama, tak pulak kita nak menyalak dan berparang...semuanya dok senyap...mgkin ini yang dikatakan undi itu berkuasa menukar pegangang dan prinsip seseorang mahupun sesuatu parti...malangnya semua itu hanya merugikan bangsa dan agama...sedihnya..

Post a Comment