........... Kafir Kelantan BOLEH Minum Arak Tapi HARAM Bersentuhan Bukan Muhrim ( ? ) ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kafir Kelantan BOLEH Minum Arak Tapi HARAM Bersentuhan Bukan Muhrim ( ? ) !

Saturday, November 24, 201210comments

Ingat lagi baru ni Haji Hadi bercakap tentang kebenaran kepada orang kafir untuk minum arak dengan alasan perbuatan itu diizinkan oleh agama selain Islam... KLiK

Contohnya Hukum Hudud yang berkait dengan arak. Orang minum arak kena hukum, itu Hukum Hudud. Kita tak boleh hukum orang bukan Islam sebab dia dibenarkan oleh agama dia.

Bahkan diKelantan kita benarkan penjualan arak bagi orang bukan Islam, 



Apakah gambaran yang ada dalam fikiran anda keadaannya di Kelantan ? Apakah kerajaan Pas mempraktikkan dua jenis undang2 yang berbeza, satu untuk orang Islam dan satu lagi untuk orang kafir ?  Adakah orang kafir di Kelantan BEBAS untuk mempraktikkan apa saja yang sudah menjadi kebiasaan mereka tanpa dikongkong oleh undang2 yang dikhususkan hanya untuk rakyat beragama Islam ?

Rasanya begitulah ......... kan ?


Jadi saya PELIK membaca artikel The Star yang melaporkan kerajaan Kelantan menguatkuasakan undang2 yang mengharamkan pendandan rambut melayan pelanggan yang berlainan jantina keatas orang kafir !

Perhatian - Artikel ini BUKAN berkaitan Hukum Agama tapi mempersoalkan keikhlasan dan kekonsistensi pelaksanaan undang2 dengan apa yang diucapkan oleh pemimpin2 tertinggi Pas.

Beberapa pengusaha salon di Kelantan mengadu bila disaman oleh kerajaan negeri kerana melayan pelanggan yang berlainan jantina walaupun kedua-dua individu terlibat adalah orang kafir.


Bila dikaitkan kenyataan SOMBONG  Haji Hadi ( yang disusuli gelak tawa yang mempersendakan Tun Mahathir kerana bagi mereka Tun TIDAK LAYAK bercakap soal agama ) diatas dengan artikel The Star ini, apakah konklusi mudah anda ?

Orang kafir dibawah Pas DIBENARKAN minum arak tapi DIHARAMKAN bersentuhan berlainan jantina dalam tugas harian mereka ?

Nampak sangat yang Pas sendiri BERCELARU dalam soal mahu menegakkan hukum Allah waima diKelantan yang telah mereka perintah selama 22 tahun !

Kerana apa ? Kerana tidak ada garis panduan lengkap yang jelas sebenarnya apa yang mereka sendiri mahu laksanakan. Apa yang kita sering dengar selama ini hanyalah RETORIKS para pemimpin Pas yang tak berhenti BERCAKAP tentang cara Islam selama BERPULUH TAHUN tapi sehingga kini masih tidak ada garis panduan / clear cut guidelines tentang apa yang mereka sendiri laungkan !

Tidakkah mereka sedar segala tindakan mereka yang bercelaru atas nama Islam itu secara tidak langsung telah mencemarkan nama Islam itu sendiri ?

Saya ingin cadangkan kepada pemimpin2 Pas supaya BERHENTI BERCAKAP mengenai Hudud atau cara Islam buat beberapa waktu. guna waktu itu untuk buat satu Deraf garis panduan tentang apa sebenarnya yang boleh dan yang tidak boleh rakyat buat. 

BIAR KONSISTEN. Dan jangan pula berbeza-beza garis panduan antara satu negeri dengan negeri yang lain. BERTANGGUNGJAWAB LAH SIKIT !

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2012 at 3:29 PM

bagi saya mungkin ianya cara politik demokrasi apa nak heran.di kg saya seruan azan dmasjid satu pekan dengar..yg saya sedih hanya seorang dua masyarakat non muslim yg dapat hidayah..yg lain masih tak kenal Allah..lagi aku sedih macam mana nak damaikan umat islam di semanjung ni..pernah aku terfikir kena gilir jawatan perdana menteri antara ilmuan ulamak dan ilmuan biasa 5 tahun atau sepuluh tahun begitu mana yg terbaik...rakyat jadi penilai

....................
Reply To This Comment ...................
November 24, 2012 at 4:03 PM

Din, perkataan yang patut digunakan ialah "mahram" kerana "muhrim" ditujukan kepada orang yang berada dalam keadaan ihram semasa menunaikan haji/umrah.

....................
Reply To This Comment ...................
November 24, 2012 at 5:22 PM

aku rasa kalau pak lebai dia sendiri yang pergi gunting rambut kat situ tak kena saman ko? eehehehe

....................
Reply To This Comment ...................
November 24, 2012 at 5:49 PM

Saya kira gambaran tepat tentang sikap pas adalah,mereka konsisten untuk tidak konsisten.negara akan menghadapi masalah jika pas diangkat menjadi pemerintah di peringkat pusat dengan sikap sebegini yang akan menakutkan pelabur...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2012 at 5:59 PM

Derang xleh sbb tu modal derang selagi ade org2 bodoh duk nganga percaya segala bende yg disumbat pemimpin sesat derang

X terperankat inconsistency derang. Kerajaan kita mungkin moral x berapa betul tp certain bab mengurus negara compare dgn pas adalah 50 kehadapan.

Buktinya derang selalu kutuk polisi kerajaan. 10 tahun kemudian buat bende yg sama. Terbaru baru sedar hudud susah nk laksana kt msia. Setelah 30 tahun lebih dendang sampai matinya ibrahim libya

Bukan senang nk laksana bila msia berbilang kaum. Bayangkan melayu maksiat dgn kafir. Yg kafir relax je melayu tanggung semua kesalahan walaupn yg menyumbang pada maksiat kafir jgk.

Adil la sgt hudud versi pas.

Pada pencacai yg x berapa pandai sgt harap jgn confuse hukum Allah dgn hukum versi pas. Xkan itu pn org nk kene ajar?

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
November 24, 2012 at 6:10 PM

Gilir ? Kalau dah itu pilihan rakyat ..... semuanya terpulang pada undi kan ?

....................
Reply To This Comment ...................
November 24, 2012 at 6:16 PM

Pas kata orang kafir Kelantan dah faham dan dah terima cara mereka ..... kemudian kata undang2 Islam tidak kena pada orang kafir ... saya sebenarnya NAK tengok cara Pas perintah mengikut apa yang mereka laungkan itu merupakan cara yang TERBAIK.

Biar tindakan yang mejadi bukti bukan kata2

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2012 at 11:21 PM

Garis panduan bagi puak ni ialah ikut sedap mulut aku dan konsisten ialah aku boleh orang lain tak boleh. Puak ni tak suka bercakap, berfikir atau melakukan mengikut standard sebab mrk Puak Anti Standard.

....................
Reply To This Comment ...................
November 25, 2012 at 12:42 AM

Malam ni, si Karpal wilca dah bersuara, kita tengok siapa yg nak terkincit dlm seluar..... Nik Azis kena bersilat pulut pulakk.
Apa yang TDM kata dan diperlekeh oleh Hj Hadi, kini menjadi kenyataan... Allah bayar cash

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 25, 2012 at 7:28 AM

aku bersetuju jika umno sama-sama mempamirkan imej agama ... maaf cakap ... orang pas sebenarnya tidak ikhlas dalam menjalani kehidupan mereka ... mereka mempamirkan sikap zuhud dan tawaduk dalam kehidupan tetapi matlamat mereka adalah untuk mendapatkan undi semata ... mereka mempunyai ilmu agama dan menghentam umno di atas dasar ilmu yang ada ... tetapi menyembunyikan kesalahan puak mereka dengan mendiamkan diri ... contoh :-
(1) imej pertama orang pas memakai kupiah - mat sabung tak lekang kupiah dikepalanya ... tetapi nafsu seks tetap mengila ... normah diselingkuhnya tetapi puak pas senyap sahaja ... bahkan mempertahankannya dengan berkata ... tak salah mat sabung berzina ... nampak tak dua pelakun ni ... kedua-duanya berkupiah ... yang satu buat dosa yang satu lagi mengampunkan, yang mengampunkan dosa tu nampak amat zuhud dalam hidupnya ... tetapi aku amat berharap apabila umno mendekati agama ... kewujudan paderi pengampun dosa tidak akan berlaku dalam umno.
(2)kupiah lagi ... fitnah adalah zikir harian mereka - contoh pimpinan tertinggi mereka dengan tanpa bukti menududh tun m dan cucunya melihat vidio lucah disahut takbir oleh pengikut agama pas ... fitnah kata air di tenang dilepaskan semasa prk ... diwar-warkan ... bagi aku biarkanlah umno pakai kupiah tetapi apabila dah pakai kupiah jangan jadikan fitnah sebagai amalan.
(3) mereka berkata kegagalan kerajaan sekarang menangani jenayah kerana tidak mengalamkan hukum hudud ... tetapi apabila kita katakan bahawa kerajaan kelantan gagal menyelesaikan masalah pelacuran ... mereka (nik aduh) kata zaman nabi pun ada kes kecurian ... nampak tak kehebatan mereka menggunakan agama sebagai alat untuk mencapai hasrat nafsu mereka. Dalam hal ini aku lihat orang umno tidak pandai bersilat lidah ... mereka kaku dengan hujah pertama dan kedua ... tak terjawab ...
(4) mereka mendoakan kecelakaan kepada umno, ada yang kata umno takut kepada doa mencelakakan tersebut ... ada yang berkata dengan bijaknya bahawa mereka minta umno yang celaka ... bukan ahlinya ... hem bagi aku orang umno kena ambil langkah berani dalam hal ini ... oleh kerana mereka yang mendoakan agar umno celaka ... maka apa salahnya kita doakan balik ... bukan secara senyap kerana jika dibuat secara senyap mesej yang kita hendak sampaikan itu tidak tercapai, aku rasakan banyak doa yang boleh kita buat dan susun dalam mendoakan kecelakaan kepada mereka,
(5)mereka sering berkata bahawa umno adalah asobiyah dan mereka adalah islam ... sebenarnya mereka adalah asobiyah yang bertopengkan islam ... mereka boleh menuduh nwar berahi meliwat tanpa 4 saksi (kes liwat 1 - tuduhan oleh mat sabung) mereka jaja cerita itu seluruh pelusuk Malaysia ... tetapi apabila nwar berahi bersama mereka, dan tuduhan yang sama dibuat, mereka pertahankan nwar berahi dengan menggunakan hujah perlunya 4 saksi, vidio bukan saksi kerana besi ... nampaktak wujudnya asobiyah di sini ...
akhir kalam ... yang baik yang ada dalam pas itu kita boleh ikut ... yang jahat yang ada pada pas itu hendaklah kita jauhi ... aku tidak nampak ada salahnya umno membuat kupiah itu ... bab warna merah nih ... aku tengok ramai jugak yang pakai kupiah warna merah satu kupiah tak ada pun orang komplen ... dan umno mestilah mendekati agama demi meningkatkan martabat diri, rohani dan memahami bagaimana nak berhujah dengan orang pas ini dengan dasar agama juga ...

Post a Comment