........... Jom BerGOSSIP - Ada Sesiapa Nak Tumpang Pakai Nama Saya Beli Kereta Mewah ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Jom BerGOSSIP - Ada Sesiapa Nak Tumpang Pakai Nama Saya Beli Kereta Mewah ?

Wednesday, November 21, 201215comments



Ada 2-3 isu menarik tapi sebab kesuntukan masa dek kesibukan peribadi, untuk kaji lebih lanjut ( Setiap isu saya akan dapatkan info lanjut sebelum saya postkan, supaya saya sendiri faham apa yang saya tulis ) maka saya TIDAK PUNYA PILIHAN selain dari menulis kisah selanjutnya dalam kes YB Zuraida KAYA !

Anggap jer artikel ini sebagai GOSSIP RAKYAT, yang tak suka gossip, boleh klik keluar ya....

AgendaDaily ada menyiarkan respon awal dari tuanpunya Mata Belalang.

“Saya tidak ada masalah jika mana-mana pihak mahu lakukan siasatan.


“Kereta Volvo yang dipersoalkan itu saya beli dengan menggunakan pengecualian duti eksais diperolehi ahli parlimen.

“Toyota Hilux itu pula, saya ‘trade in’ dengan kereta Naza sebelum ini bagi memudahkan untuk turun ke kawasan, sebiji lagi Toyota Hilux dengan nombor pendaftaran WTY 1547 dibeli oleh seorang anggota parti menggunakan nama saya kerana nama beliau sudah disenarai hitamkan,” kata Zuraida.

Ketua Wanita PKR itu juga menambah beliau sudah memiliki lebih daripada sebuah kenderaan sebelum menjadi wakil rakyat.

“Mereka mungkin tidak tahu, sebelum menjadi wakil rakyat lagi, Kak Zu (Zuraida) sudah miliki lebih daripada satu kenderaan.

“Tentang isu tidak membayar saman, negara kita kan ada undang-undang? Nanti bila nak hidupkan cukai jalan, saya perlu bayar semua saman sebelum dibenarkan berbuat demikian,” katanya.


Agak LONGGAR la Zuraida punya ............ alasan. OK, kita cek satu-satu. 


  • No kenderaan : WTY 1547
  • No enjin : 2KD650 8915
  • Model : Toyota Hilux Double Cab 2.5 AT
  • Tarikh daftar : 31.05.2010
  • Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
  • KP : 580314 71 5206
  • Harga kenderaan: RM 99,000.00

Yang ini Zuraida kata KAWAN dia punya, dia cuma kasi tumpang nama saja sebab kawan dia nama kena blacklist. Tak dinyatakan pulak kereta tu dibayar cash atau hutang.

Wow ..... YB ni memang seorang kawan SEJATI ! Saudara sendiri pun belum tentu kita nak beri pinjam nama sebab besar implikasinya jika nama kita yang tertera sebagai pemilik kenderaan. Saman, kena tarik, urusan jual beli kemudian hari, Faraid kalau mana2 pihak mati ..... pendek kata memang banyak masalah boleh timbul dimasa depan kalau main pinjam2 nama ni. Tapi kalau dah kawan jenis BFF, saya nak kata apa dah ....

TAPI kalau anda pegawai SPRM, boleh terima tak alasan itu ?

  • No kenderaan : WNA 276
  • No enjin : 1KD687 8384
  • Model : Toyota Hilux Double Cab 3.0 AT
  • Tarikh daftar : 03.11.2011
  • Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
  • KP : 580314 71 5206
  • Harga kenderaan: RM 107,000.00


Yang ini Zuraida kata dia TRADE-IN dengan kereta lamanya jenis Naza. So ...... Tutup kes ?

Mende gak ..... Naza jenis apa yang di trade-in itu ? Berapa harga trade in ? Baki kena bayar berapa ? Hutang atau Cash ? 


  • No kenderaan : BLR 9680
  • No enjin : 1129 1331 8818 93
  • Model : Mercedes Benz E240
  • Tarikh daftar : 24.05.2012
  • Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
  • KP : 580314 71 5206

Mata belalang ? Takde penjelasan ? Berapa sebenarnya harga ia ? Saya cek E240 Avantgarde dekat RM388k ..... ntahlah, saya bukannya tahu sangat kereta2 mewah ni.

Kos ? Hutang atau Cash ?

Volvo Aeroback

  • No kenderaan : WRL 575
  • No enjin : B5254 T2 A027402
  • Model : VOLVO XC90 2.5 T
  • Tarikh daftar : 01.07.2008
  • Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
  • KP : 580314 71 5206
  • Harga kenderaan : RM 355,000.00
Zuraida kata dia beli pakai AP.  Amboi, cap jari jadi wakil rakyat belum kering lagi dah pakai AP ! Tak disebut pulak Harga Pakai AP ( tanpa cukai ) berapa ? RM20k ? 

Bayar hutang atau cash ? Eh, beli kereta dan bawa masuk pakai AP boleh hutang ? 


Soooo .... mana satu yang bayar cash dan hutang ? Berapa hutang kereta sebulan ? Kita bukan nak tuduh sembarangan, ok .... kita nak TUMPANG BELAJAR bagaimana caranya membuat bajet peribadi. 

YB Zuraida janganlah kedekut ilmu. Jelaskanlah dengan lebih terperinci. Saya lama dah ngidam nak memiliki kereta mewah ni....... ADA SESIAPA NAK TUMPANG GUNA NAMA SAYA DAFTAR KERETA MEWAH BARU ? Tak mampu nak beli tapi sekurang2nya ada juga nama saya tertera dalam rekod JPJ, ada geran lagi, yang saya memiliki sebuah kereta mewah.... jadilah...

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
November 21, 2012 at 9:05 PM

Salam,

Waaaahhhh makan dalam artikel ni...

....................
Reply To This Comment ...................
November 21, 2012 at 9:21 PM

mana ada makan2. .. Kita ber GOSSIP jer. Takkanlah benda2 yg saya tulis diatas anda semua tak berbincang ngan kawan2? Standard GOSSIP la tuh :-)

....................
Reply To This Comment ...................
November 21, 2012 at 9:49 PM

ok...sebagai kawan saya terima alasan itu (smbl tersengeh) Tp...joke aside, ada ke mana2 agensi akan siasat benda2 mcm ni? Or kena ada official complaint/report baru ada siasatan? Sbb dr kecil smpi besar,selalu tgk YB2 mcm dia ni ada rumah besar,kereta besar,vacation oversea etc etc Mcm x salah je....?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2012 at 10:04 PM

Mercedes Benz E240, kalau bayar deposit 100k, balance 288k, katalah loan 3%(RM8640) untuk 60 bulan(5 tahun) (RM43200)interest + 288k = RM331200/60 = RM5520 sebulan

VOLVO XC90 2.5 T, Katalah tolak duty = bahagi 3, 125k termasuk naik kapal, kalau bayar deposit 50k, balance 75k, katalah loan 3%(RM2250) untuk 60 bulan(5 tahun) (RM11520)interest + 75k = RM86250/60 = RM1437.50 sebulan

Toyota Hilux Double Cab 3.0 AT, Katalah tolak Naza = kena bayar balik jadi kena bayar full, 109k, balance 109k, katalah loan 3%(RM3270) untuk 60 bulan(5 tahun) (RM16350)interest + 109k = RM125350/60 = RM2089.16 sebulan


Jumlah keseluruhan 9046.16 sebulan kalau loan

Minyak & road tax korang kira sendiri, rumah dia percuma, eletrik TNB tanggung, Air Syabas tanggung, ha ha ha

....................
Reply To This Comment ...................
November 21, 2012 at 10:24 PM

Gaji wakil rakyat lumsum sebulan 16k, bayaq keta saja aku cal ulate dekat 15k sebulan. Takkan makan minum sebulan 1k jaaa? Muskil..aku muskil...tapi taa aku bersangka baik mungkin duit simpanan masa jadi tukang cuci dulu ada lagi kot bertimbun..,hahahahahaha panggil sprm jaaa pi siasat, salah atau tidak bagi depa check

....................
Reply To This Comment ...................
November 21, 2012 at 10:30 PM

Saya rasa pembaca tetap dah tahu yang saya tak pilih kasih dalam kes2 sebegini, baik BN atau PR, saya akan gossip kalau ada kes.

....................
Reply To This Comment ...................
November 21, 2012 at 10:33 PM

Alamak, ini gossip level lain nih ! Ntah la.... kira2 saya mudah jer, bajet untuk kereta biasanya tak lebih 30% dari pendapatan. BANYAK lagi nak buat belanja. Nasib baik buat PC tak perlu bayar ....kan ?

....................
Reply To This Comment ...................
November 21, 2012 at 10:34 PM

Saya amat berminat kalau ada sesiapa boleh dapat info tentang RUMAH pula :)

....................
Reply To This Comment ...................
November 21, 2012 at 10:41 PM

Dia makan tak payah risau.. Guna energy dari bau masam badan jer dah ok..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2012 at 11:21 PM

alamak!!!! apa sudah jadi ni Din. kamu dah buka kelab gosip Cik Kiah? lepas tu tolong bawak rombongan Cik Kiah kerumah Zuraidah dan tanyalah beliau sendiri. kalau ada tips bagaimana jadi kaya, tolong kongsikan bersama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2012 at 11:07 AM

PERCAYALAH...DORANG TENGAH PERAH OTAK UNTUK CARI ALASAN, SPIN DAN PUTARBELIT INI..

PENCACAI2 KAT BAWAH TERNGANGA SEBAB KENA KENCING LAGI..HEHE

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2012 at 11:16 AM

masalahnya skrg..bank mana bagi loan? betul ke pakai loan? takkan tak check pendapatan melebihi loan dah.. kalau rakyat biasa, senang2 je reject. dlm kes ini, pakai nama sendiri untuk beli kereta kawan pulak tu..boleh pulak? kalau adik beradik tu kira ok la sikit..tapi kawan??? sape kawan tu??? siasat..jangan tak siasat..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2012 at 4:29 PM

Eh,dia ni macam tau tau je badan die tu bau masam? Hahaha.....tapi saya jamin badan die tak masam sebab die pakai perfume dolce n gabbana. Tuuuu die, perfume 'sweetheart ' die tak tengok pun.. Almaklumlah ,duit banyak..:-) yb zuraidah, tumpang tanye awak nak anak angkat tak? Saya boleh jadi anak angkat awak ,tapi belikan saya sebuah fair lady. Bulehhhh? *!*
PCP84

....................
Reply To This Comment ...................
November 22, 2012 at 5:17 PM

adeh ... you too much ! :)

....................
Reply To This Comment ...................
November 22, 2012 at 5:17 PM

ada 1-2 blog Pas yang kritik Zuraida juga .... Tahniah !

Post a Comment