........... Jangan Makan Telur Aku ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Jangan Makan Telur Aku !

Thursday, November 1, 201223comments


JANGAN MAKAN TELUR PENYU  !  Telur Penyu memang dijamin SEDAP tapi boleh mengundang kanser dan sakit buah pinggang kerana mengandungi logam berat atau merkuri.


... penemuan logam berat dalam telur penyu serta kesan penyakit ke atas manusia itu diketahui hasil kajian yang dilakukan oleh saintis Australia dan Jabatan Perikanan.

.....logam berat sebati dalam telur penyu kerana pembangunan laut berleluasa dan sisa industri yang terdapat dalam laut dimakan oleh penyu.

“Jadi dari segi kesihatan, tabiat memakan telur penyu tidak boleh dijadikan amalan kerana boleh mendatangkan penyakit kepada manusia selain menyumbang kepada masalah kepupusan penyu yang semakin serius.

“Namun, sehingga kini masih ramai lagi yang memakan telur penyu kerana sebaran am mengenai bahaya memakan telur penyu ini kurang meluas,” SINAR


Berilah peluang kepada anak2 penyu tu menetas dan membesar... dahla peluang survival bangsa mereka begitu kecil - 1 dalam 1000.... manusia pulak makan.



Fakta menarik - Jantina anak penyu ditentu berdasarkan suhu semasa pengeraman. Suhu lebih panas menghasilkan penyu betina jadi telur2 yang berada diatas ( dalam sarang ) lebih berkemungkinan menjadi penyu jantan. Yang betina kat bawah sebab lebih panas.



Yeay ..... AKU BEBAS !

Share this article :

+ comments + 23 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 1, 2012 at 2:00 PM

Aku rasa din ni layak jadi duta penyu. Penyu menangis siapa yang ambik peduli. Betol tak din. Nanti kalo penyu dah merajuk, mesti dia tak nak singgah lagi untuk bertelor.

P/S : Dalam beribu-ribu yang masuk ke laut tu....yang mana satu engko din....hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 1, 2012 at 3:01 PM

entah..nak aniaya penyu apehal..

tu hah kempen tangkap tikus..daripada curik telur penyu yg nak pupus tu..baik berusaha pupuskan tikus..rm2 seekor tuuuu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 1, 2012 at 3:49 PM

Mesti dalam badan dinturtle ada chip. Boleh kesan mana dia pergi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 1, 2012 at 5:05 PM

Din, aku nak tanya sikit. Kalau kita letak dua ekor anak penyu atas meja. Satu jantan, satu lagi betina. Macammana kita nak bezakan mana satu jantan, mana satu betina ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 1, 2012 at 7:23 PM

yang istimewanya dia ni bawak telur kemana dia pergi. jadi soal merajuk tak jadi hal. entah bila agaknya telur tu menetas agaknya, asyik sebok skoding berita. entah entah dia terlupa dia ada telur.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 1, 2012 at 7:25 PM

itu Din dah sarankan pada pencacai PAS. betul jugak tuh, daripada keluar duit poket, kan baik derma tuh berupa tikus. ikut kata Din, dorang boleh buka ladang ternak tikus, lagi ada paedahnya.

....................
Reply To This Comment ...................
November 1, 2012 at 7:26 PM

Saya takut satu jer.........ada sorang pembaca tetap tu akan komen - 'korang cerita apa ni ?saya tak fahamla ! '

....................
Reply To This Comment ...................
November 1, 2012 at 7:26 PM

Kena tanya dulu,anak2 penyu dah baligh ke belum ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 1, 2012 at 7:29 PM

chip yang ada tuh hanya dapat dikesan dengan alat tertentu jer. cip tuh tak der dalam pasaran dan alat pengesanya juga tak der. kalau nak jugak tau, belajarlah dari kelemahan dia. nak tau kelemahanya?........ (apa yang menyebabkan penyu marah?)

....................
Reply To This Comment ...................
November 1, 2012 at 7:31 PM

dulu pergi terengganu tuk honeymoon. tengok telur penyu mcm bola ping pong. tak beli pun, pasal kesian. kurang permintaan akan menyebabkan kurangnya orang yang nak menjual telur penyu, simple demand &supply.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 1, 2012 at 7:31 PM

kalau ko dah kata satu jantan satu betina, apa pulak nak soal lagi. aku patut tanya kamu macamana kamu boleh kenal jantan dan betinanya. relek bang, aku tau kamu tension. tu sebab Din ajak ramai ramai bersantai melihat penyu.

....................
Reply To This Comment ...................
November 1, 2012 at 10:32 PM

Rakyat Malaysia memang kurang kesedaran tentang benda2 macam ni.Kesannya sudah jelas di Rantau Abang,penyu belimbing sudah hampir tiada yang naik bertelur...dulu suka bergelak tawa menyakat mak2 penyu yang naik,sekarang dah hampir pupus di pantai kita.Rantau Abang merupa satu dari tujuh pantai diseluruh dunia dimana penyu belimbing naik... satu fakta yang seharusnya dihargai dan dimanafaat sepenuhnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 1, 2012 at 10:59 PM

lapan tahun dipantai timur memang dah puas tengok penyu bertelur. pernah tengok bila penyu naik kepantai nak bertelur, mamat mamat yang tunggu dipantai pun ikut. bila penyu menggali pasir, mereka sama sama tolong. bila penyu nak betelur, dia letakkan helmet motor dibawahnya. bila penyu dah habis bertelur, cepat cepat diangkat topi keledar yang sudah pun penuh berisi telur. kemudian tolong sama sama tutupkan lubang. lepas tu diangkatnya penyu itu dan diletakkan dikaki air. benar saperti yang dikatakan penyu akan mngeluarkan air mata semasa bertelur. mungkin sakit kot.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 1, 2012 at 11:05 PM

daging penyu boleh dimakan tak? kalau nak dikatakan hidup dua alam, ketam pun saperti penyu juga dan belangkas juga sama. penyu tak makan menyambar, tak ada taring. dianya pupus mungkin ada orang yang tangkap dan makan. agaknya buat sup sedap.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 1, 2012 at 11:13 PM

dia tak faham mungkin dia bukan spesis yang bertelur agaknya. yer tak yer pulak, kenapa telur penyu walaupun direbus beberapa lama, tak boleh keras? ada sesiapa dah pernah mencuba buat telur penyu goreng atau nasi pataya gunakan telur penyu? alamak!!! salah tempat tanya pulak. ada orang pompuan kat sini yang boleh tolong jawabkan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 1, 2012 at 11:18 PM

nampak pada gambar telur yang dibawah tu ada juga gambar duit sen. itu harga telur tu untuk satu biji atau semua sekali? murah sangat dan bolehlah diborong dengan tuan tuanya sekali, tapi kalau ada harga tersembunyi, tak payahlah.

....................
Reply To This Comment ...................
November 2, 2012 at 12:05 AM

Hari tu saya rebus,ia keras ! ehhhh ... ketelur lain yang saya rebus?

....................
Reply To This Comment ...................
November 2, 2012 at 12:07 AM

sebagai perbandingan saiz jer

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2012 at 12:09 AM

kalau nak tau jantan dan yang betina, kamu kena terbalikkan kedua dua ekor tu. perhatikan atau raba didada hingga ke ekornya. kiranya sama rata, bererti penyu itu betina, tapi kalau ianya berlekok ke dalam, bererti penyu itu jantan - sebab yang jantan akan naik belakang betina untuk mengawan. kalau ianya rata, tak mungkin dapat mengawan sebab kedua duanya betina. kalau penyu itu dah besar, dan jika kedua duanya jantan, harus diasingkan sebab ianya akan bergadoh. kamu tanya Din nampaknya kamu kena menuntut ilmu nabi Sulaiman dan kalau penyu tersebut becakap, kamu pulak yang terkujat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2012 at 12:13 AM

yang keras bukanya telur Din. kamu ni biar betul.

....................
Reply To This Comment ...................
November 2, 2012 at 12:19 AM

http://www.ehow.com/how_2246623_tell-male-turtles-from-female.html

http://happyturtle.ms11.net/sexing.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2012 at 4:28 PM

Terasa saya dgn kenyataan abg DT tu. Mungkin kah itu saya?*!*
PCP84

....................
Reply To This Comment ...................
November 2, 2012 at 5:16 PM

Cik Princess? Oh TIDAK! tidak!

Err..tidak! Tidak!

Post a Comment