........... Isu Diskriminasi Suria KLCC- Jawapan Kenapa Pemimpin Melayu Umno Senyap | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Diskriminasi Suria KLCC- Jawapan Kenapa Pemimpin Melayu Umno Senyap

Saturday, November 3, 20127comments

Masih menyentuh isu Diskriminasi Suria KLCC terhadap peniaga2 Melayu ... hairan kan, TIDAK ADA bunyi langsung dipihak pemimpin2 Melayu terutamanya dari Umno ? WHY? WHY ?

Kenapa hiruk pikuk gempa satu negara bila ada ura2 kerajaan Selangor mahu jual harta2 GLC kononnya tidak mementingkan Hak orang Melayu.... tapi dalam isu Suria KLCC ..... sunyi sepi ?

Adakah kerana tidak ada laba politik malah bakal mengundang bala pula jika diperjuangkan hak peniaga2 Melayu untuk berniaga di Suria KLCC ?

Sekali lagi saya bertanya - SIAPA yang sebenarnya memperjuangkan Survival Bangsa Melayu  ?

Nak tahu kenapa Umno SENYAP ? Ini dia jawapannya-
 
Sumpah Baiah Taat Setia Umno  mStar 3 Disember 2011

Perhimpunan Agung Umno 2011 mencatat sejarah apabila semua perwakilannya bersumpah bai'ah untuk taat dan setia kepada parti.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sumpah bai'ah berkenaan dibuat bagi memastikan kelangsungan perjuangan Umno dalam memartabatkan agama, bangsa dan negara.

"Dengan semangat kesatuan, kesepakatan, kejujuran, keikhlasan, keyakinan dan kesungguhan untuk meraih sokongan padu rakyat demi kemenangan kita dalam pilihan raya akan datang, ayuh kita lafazkan ikrar taat setia ini," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2011 di PWTC, Sabtu.

Ikrar sumpah bai'ah yang diketuai Muhyiddin berbunyi:

"Kami orang Umno, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan irihati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.

"Kami orang Umno berjanji taat setia kepada parti dengan memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada Yang Amat Berhormat Presiden untuk memimpin kita mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya nanti.

"Kami orang Umno bersumpah untuk bekerja dengan gigih, tersusun dan teratur, berjihad dan berinfaq di jalan Allah bagi memastikan kemenangan Umno dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13.

"Kami orang Umno berikrar untuk memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihanraya nanti."

Ikrar beliau itu disambut dan dibaca oleh semua perwakilan di dalam dewan.


Amati betul2 Baiah diatas ....... ada atau tidak disebut tentang Memperjuangkan dan Mempertahankan Hak Bangsa Melayu ?


Apa yang diulang2 adalah - Kemenangan Umno di PRU13 ! Apakah sekarang parti diletak melebihi perjuangan bangsa Melayu ? Kemenangan Umno at all cost walaupun terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan sendiri ?


APA BEZANYA UMNO DENGAN PAS ?

                          *******************

Masihkah anda ingat ucapan Tun Mahathir semasa Kongres Ekonomi Melayu baru ni ? Percaya atau tidak jika saya katakan Tun Mahathir dalam ucapannya ada merujuk kepada kes Puan Sherifah @ Suria KLCC ?

Mungkin saya salah tapi hati saya berdetik mengatakan yang kenyataan Tun ADA kaitannya - dari artikel saya KLiK

  12 - Bumiputera kena belajar tentang perniagaan. Sebelum mereka menguasai perniagaan, pertimbangan di beri kepada meraka,. Seperti kenaikan sewa yang tinggi di Kuala Lumpur sehingga terpaksa peniaga bumiputera keluar dari kompleks perniagaan di ibu negara.

13 -  Kalau ambil apa yang ada pada GLC apa yang dipunyai bumiputera berkurangan. Contohnya di Kuala Lumpur, berapa banyak yang dipunyai oleh orang Melayu.


Beliau turut menyarankan kerajaan memberi pertimbangan terhadap permasalahan yang dihadapi oleh peniaga Bumiputera.

Antaranya, peningkatan mendadak sewa di kompleks-kompleks perniagaan termasuk kompleks yang dimiliki oleh kerajaan secara tidak langsung.

Kenaikan ini kata beliau telah memaksa peniaga Bumiputera keluar dari kompleks-kompleks ini kerana tidak mampu membuat keuntungan.




Kebetulan ? Saya tidak fikir ia satu kebetulan ....Bukankah Tun adalah penasihat Perkasa dan Perkasa terlibat semasa Press Conference Puan Sherifah 25 September lalu ?


Tapi ternyata suara Tun Mahathir juga sudah tidak mampu menggerakkan Umno supaya kembali kepada perjuangan asalnya ....

Keutamaan sekarang adalah KEMENANGAN PRU13 WALAU APAPUN KOS !


Itulah sumpah orang Umno .....


PS - Orang PR jangan gatal nak komen suruh undi PR sebab PR LEBIH TERUK ! kecuali anda tuliskan sekali hujah anda KENAPA dan BAGAIMANA PR lebih perjuangkan Melayu
 

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2012 at 8:35 PM

PR lagi baik sebab bila dia menang dia akan jual petronas dan semua GLC dan bahagi sama2 mereka.

ini adalah cara ekonomi PR, bila tak de duit jual apa yang BN dah bina.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
November 3, 2012 at 9:30 PM

tak tau nak kata apa...cuma nak kutuk pembangkang

depa x boleh masuk isu ni sbb memperjuangkan nasib bangsa terutamnya MELAYU adalah Assobiyah & ini bertentangan dgn Islam.

cuma yg boleh amik port part ni adalah org x berparti & mau x mau UMNO la...malas nak ulas panjang2 saya rasa ada bbrp sebab isu ni senyap:

1) isu ni dianggap taboo buat masa ni sbb melibatkan kaum C#$^...ye la mcm bro DT kata takut hilang undi

2) Memang tak kisahpun...hal kecik peniaga kedai gambar kat KLCC...spt yg bro sebutkan tak da laba politik...makin rugi ada

3) perpecahan Melayu sendiri yg mana sebahagian BERLAGAK BAGUS tak perlukan tongkat...sedangkan rakan2 lain baru belajar bertatih....depa lupa berapa RATUS TAHUN kaum C#$^ diberikan tongkat, payung, perisai oleh penjajah berbanding kaum2 lain sejak tanah Melayu dijajah

pembangkang tak yah sibuk2 nak komen....pi cari balik apa bangsa kau...ntah bangsa apa agaknya sesat kat Malaysia ni.....Sheripah tu bangsa dia M.E.L.A.Y.U....hehehehe

....................
Reply To This Comment ...................
November 3, 2012 at 9:49 PM

Errr ...ok,hujah diterima :)

....................
Reply To This Comment ...................
November 3, 2012 at 9:58 PM

Niat saya supaya orang Melayu bersuara jelas dan lantang ... tapi pastinya akan ada yang memandang serong, nak buat macamana .... saya TIDAK melihat isu Melayu ini dari sudut politik undi. Mungkin itu merupakan perbezaan besar saya dengan majoriti bloggers yang lain.

Biar saya jelaskan ....

Jika dikatakan kita perlu jaga hati cina sebab kedudukan BN yang tidak selamat, apakah jaminan BN akan menang besar ? Jika keputusan tidak banyak berubah..... apakah kita perlu terus jaga hati juga lagi 5 tahun ? Jika PRU14 pun BN masih tidak dapat 2/3 ...SAMPAI BILA ??

Dalam pada itu orang Melayu terus diperlekeh dan didiskriminasikan tanpa pembelaan .... nampak ? Akhirnya apa yang tinggal ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2012 at 9:59 PM

Salam
masa sekarang masa nak jadi calon pasti menang. Kalu dok sibuk memperjuangkan melayu, makanya takjadi la calon pasti menang. Undi yg menentukan menang ialah kaum bukan melayu kan dalam pru nanti. Semua pemimpin umno sedang berusaha menandingi pas dalam memikat undi bukan melayu. Kalu setakat sorang melayu je, campak je dalam lubang taik. Maju ah jib gor ..

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
November 3, 2012 at 10:30 PM

utk bersuara jelas & lantang kita perlukan platform...tapi spt yg bro katakan UMNO membisu....hanya PERKASA yg tampil sedangkan yg berkuasa ke atas KLCC adalah siapa?

bila bercakap ttg parti politik mmg mustahil utk lari dr JAGA HATI PENGUNDI.....bukan spt kita yg "BEBAS"....buat masa ini UMNO mungkin masih menaruh harapan undi kaum C akan kembali....kerana BN baru hilang byk undi C pada PRU-12 lalu & PRK2 yg berlangsung sukar utk dijadikan kayu pengukur sebenar sokongan kaum C.

buat masa ini PRU-13 akan menjadi kayu pengukur sebenar apakah pilihan kaum C....samada RELA utk hidup harmoni spt zaman TM atau ingin memulakan dasar PERKAUMAN bahana ideologi sempit mereka

buat masa ini saya yakin UMNO/BN mahu atau tidak....rela atau tidak terpaksa menelan semuanya.....TETAPI jika selepas PRU-13 kaum C masih tegar mempertahankan ideologi mereka & UMNO/BN masih spt skrg....perubahan pucuk pimpinan perlu akar umbi utarakan

Namun....UTK MEMANGKAH Pembangkang TIDAK SAMA SEKALI buat masa ini

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2012 at 7:18 PM

Persoalan yang tepat

Post a Comment