........... Harakah Mendedahkan Agenda Politik Sempitnya | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Harakah Mendedahkan Agenda Politik Sempitnya

Saturday, November 3, 20123comments

Membaca artikel mengenai Hukum memperkatakan keburukan orang lain di Harakah yang mengopy dari blog ilmudanulamak.blogspot.com .......tersenyum saya melihat editor Harakah menggelapkan satu perenggan dari jawapan yang diberikan - 

d) Memberi peringatan kepada kaum muslimin agar berjaga-jaga daripada suatu kejahatan; Seperti mendedahkan kepalsuan seorang yang pura-pura alim atau pembawa ajaran sesat supaya orang ramai mengetahui hakikat dirinya yang sebenar. Begitu juga, mendedahkan penyelewengan seorang pemimpin dalam mentadbir rakyat kepada orang yang berkuasa melantiknya agar mereka tidak tertipu untuk terus memberi kuasa kepadanya.


Begitulah bila ugama dijadikan platform politik. Setiap hujah dari para ulamak atau bijak pandai ugama,setiap nas atau hadis akan dicari point2 yang boleh digunakan bagi menyokong/menghalalkan setiap perbuatan. Tidak salah sebenarnya tapi perlu diingat,ia tertakluk kepada TERJEMAHAN.

Kita tidak seharusnya menerima bulat2 apa yang disampaikan oleh mereka yang punya kepentingan sendiri kerana sudah pasti mereka akan bersikap bias. Jangan kita BERFIKIRAN SEMPIT hingga menutup terus AKAL dari menerima hujah berlawanan dari point yang sama atau dari melihat isu dari gambaran yang lebih luas. Contoh seperti diatas -

Saya setuju dan terima hujah yang digelapkan. Tapi perlu sebelum kita kaitkan dengan politik Pas,perlu difikirkan juga -

1 - 'Penyelewengan' yang ingin didedahkan itu apakah TERBUKTI atau sekadar cakap2 kosong yang lebih terarah kepada FITNAH ? Dari artikel yang sama ( yang tidak digelapkan oleh editor Harakah ) -

Dalam Soheh Muslim, terdapat hadis daripada Abu Hurairah yang menceritakan; Nabi pernah bertanya para sahabatnya; "Tahukah kamu apa itu ghibah (umpatan)?". Mereka menjawab; "Allah dan Rasul-Nya lah yang paling tahu". Nabi menjawab; "Ghibah (umpatan) ialah kamu menyebut tentang saudara kamu sesuatu yang ia tidak suka". Lalu seorang bertanya Nabi; "Apa pandangan kamu ya Rasulullah jika apa yang aku sebutkan tentang saudaraku benar-benar ada pada pada dirinya". Jawab Nabi; "Jika ia benar-benar ada pada dirinya, lalu kamu menyebutnya, maka kamu mengumpatinya. Namun jika ia tidak ada padanya, lalu kamu menyebutnya (dengan mereka-rekanya), maka kamu telah mengadakan suatu pembohongan terhadapnya" (HR Imam Muslim, Kitab al-Birr wa as-Silah, bab Tahrim al-Ghibah)


2 - Kalaupun pendedahan itu diyakini benar, apakah dengan penyelewengan itu mengharuskan pemimpin itu dijatuhkan ? Apakah tidak ada cara lain lagi ? 

3 - Siapakah yang bakal menggantikan pemimpin yang mahu kita jatuhkan itu ? Apakah dia lebih baik dan lebih layak ? Tidakkah kita bakal lebih memburukkan keadaan sekiranya pilihan kita ternyata SALAH ? 

4 - Dalam konteks politik negara kita, penyelewengan pemimpin sering diSAMAkan dengan penyelewengan parti. Jangan kerana marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar !

5 - Memberi peringatan kepada kaum muslimin agar berjaga-jaga daripada suatu kejahatan; Seperti mendedahkan kepalsuan seorang yang pura-pura alim atau pembawa ajaran sesat supaya orang ramai mengetahui hakikat dirinya yang sebenar. Kenapa ayat ini tidak digelapkan sama ?

Itulah MAKSUD perumpamaan ..... MEMILIH MALAIKAT YANG TIDAK KITA KENALI seperti yang diungkap oleh Tun Mahathir sebelum ini. Tapi dek sebab kepentingan politik, Pas hanya menghebahkan bahagian pertama perumpamaan itu - Lebih Baik Memilih Syaitan Yang Dikenali......

Mereka yang berPURA-PURA ALIM dan membawa ajaran sesat jika dipilih bakal membawa kemusnahan yang LEBIH BESAR ! 

Kenapa peringatan kepada kaum muslimin dari Tun Mahathir itu tidak disebarkan ? Kerana kepentingan politik sempit Pas !

Bagaimana pula dengan point (f) dari artikel diatas -

f) Untuk memperkenalkan seseorang; Harus menyebut seseorang dengan suatu gelaran jika ia masyhur dikenali dengan gelaran itu. Haram menyebut suatu gelaran dengan tujuan merendahkan martabat orang lain.


Apakah kerana Harakah dan para pencacai Pas yang sememangnya terkenal dengan kemahiran memberi gelaran yang mengaibkan pemimpin Umno, maka ayat diatas tidak digelapkan ?

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2012 at 12:49 PM

bahaya pas apabila dikaitkan dgn islam. maka kahirnya islam akan turut terpalit dgn tindakan kotor pas. maka islam difitnah hasil perbuatan pas.

tp org kita harus bijak membezakan islam dan pas.

mereka hanya mempergunakan islam BUKANNYA BERPANDUKAN ISLAM.

mudah2an dibuka hati mereka yg telah disesatkan oleh pas. bahaya mereka ini kerana setiap fatwa sesat mereka yg menyalahi agama akan diperturun pada anak2 generasi seterusnya.

melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2012 at 2:23 PM

PAS adalah sebuah parti politik dan bukannya agama.
Pemimpin PAS bukannya nabi dan tidak mempunyai sifat maksum.
Kata-kata pemimpin PAS bukannya fatwa yang tidak boleh disanggah langsung.
Masuk PAS belum tentu dijamin syurga.

....................
Reply To This Comment ...................
November 5, 2012 at 4:58 PM

1)Jika kita mendedahkan PENYELEWENGAN pemimpin mereka,diminta kita 4 saksi,jika kita tak mampu bagi kita mesti dihukum QAZAF.

2)Jika mendedahkan PENYELEWENGAN pemimpin mereka atau MENEGUR PEMIMPIN mereka,maka diatnya balik berapa juta umno bayar utk merekayasa politik murahan mencipta konspirasi menjatuhkan pemimpin yg diANUGERAH TUHAN kpd mereka?

3)Plg lemah pon,bila dah kantoi sgt2,mereka akan mula membaca hadis berkaitan DOSA mengaibkan Muslim lain.

Itulah PAS...

Post a Comment