........... Dong Zhong Juga Amalkan Wassatiyah ! ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Dong Zhong Juga Amalkan Wassatiyah ! ?

Tuesday, November 27, 20120 comments

Sejak Muhyiddin beri amaran kepada Dong Zhong dua hari lepas ( KLiK ) supaya menghentikan fitnah yang kerajaan mahu meminggirkan bahasa cina melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, ramailah yang ikut sama hentam NGO Cina itu.

Hmmmm ......  Najib rasa apa ya ?

Haaaa...... tu ada dah yang nak mula marah saya tuh sebab saya nak hentam pemimpin kesayangan mereka ! Hehehehe .... saya hentam BERSEBAB ok. Tapi kali ni saya tak nak hentam, cuma .......... TERTANYA-TANYA apakah perasaan Najib bila ramai yang kritik Dong Zhong. 

Ramai yang tak dapat tangkap apa yang saya cuba katakan ni sebab artikel2 sebegini amat JARANG mahu disambut oleh para bloggers malah media Umno sendiri segan nak copy. Saya maksudkan artikel BERNAMA bertarikh 17 November, baru minggu lepas  -

Kerajaan Yakin NGO Cina Tidak Sokong Fahaman Ekstrem - Najib

"Kesederhanaan bererti kita menolak kefahaman yang ekstrem dan kita maklum bahawa pertubuhan-pertubuhan Cina bukan pelampau, tetapi merupakan badan yang mengamalkan kesederhanaan sebagai satu penghayatan.

"Walau apa pun NGO itu berasas, yang penting bahawa kita semua percaya kita boleh memainkan peranan untuk menentukan usaha untuk melakukan transformasi membawa Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi akan berjaya," katanya ketika berucap merasmikan Pesta Kebudayaan Cina Malaysia (PKCM) ke-29, di Sekolah Menengah Pay Fong, Bandar Melaka di sini Jumaat malam.


Ambil kau ..... NGO Cina juga amalkan Wassatiyah !  Adakah Najib juga yakin Dong Zhong amalkan Wassatiyah ? Mampusss.......


Ada tak perwakilan nak hentam Dong Zhong semasa PAU 2012 bermula esok ? Najib marah karang ....

Share this article :

Post a Comment