........... Doa KO - DrMAZA Sokong ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Doa KO - DrMAZA Sokong ?

Monday, November 19, 201212comments

Kalau ada masa cuba klik dan tonton video dibawah yang mana kononnya Dr Maza dikatakan menyokong Doa KO...  Waktu sama, cuba fahami mentaliti crowd dalam dewan itu...




Satu topik yang saya fikir harus dibincangkan pada waktu sama adalah - Apakah Umno BN itu ZALIM ? Kerana banyak perbincangan yang saya baca/dengar hanya tertumpu pada Bolehkah orang yang diZALIMI berdoa pemusnah kepada PenZALIM ? dengan diberi contoh2 INDIVIDU YANG DiZALIMI.

Apakah Umno BN itu Zalim dan apakah KEZALIMAN itu sama dengan contoh2 yang diberikan ?

Rumusan Dr Maza seperti di min 6:10 -

Yang afdhalnya jangan doa kerana kita memaafi itu lebih afdhal. Tapi jika kita nak berdoa, kita kenalah BERLAPIK. Contoh- Ya Allah JIKA dia ini dusta .... JIKA dia ini zalim ....  JIKA dia ini jahat ... Tak payahlah kita bubuh sebijik nama dia, nanti takut yang kita sangka zalim itu tak zalim, nanti tersasar pulak maksudnya.

Kemudian komen Ustaz Nik Amar mengenai Doa KO , apa yang SEBENARNYA diucapkan - minit 7:05 -

Kita berdoa kepada Tuhan supaya Tuhan bukakan hati Perdana Menteri dan pemimpin2 untuk memberikan Royalti kepada Kelantan. Sekiranya mereka tidak memberi ini kerana khianat, kerana ada tujuan yang tidak baik maka turunkanlah bala keatas mereka....

TERSALAH VIDEO NI ! Apakah Doa KO dibawah merupakan satu bentuk Doa Berlapik sebagaimana saranan Dr MAZA ( yang disokong oleh hadirin Pas dalam dewan ) ? Adakah Doa KO dibawah doa yang sama dirujuk oleh Nik Amar ?





min 2:27 - Ya Allah Hukumkan Umno,  Ya Allah... Hukumkan Umno BN ..

KO BN !  KO BN !  BN KO !  KO BN !  BN KO !  KO BN !  BN KO ! ... dalam Pilihanraya yang ke 13 ini ya Allah.. Mudah2an perjalanan kami ke Putrajaya ya Allah, dengan begitu sekali mudah dengan pertolongan Mu ya Allah,

Kalaulah Kamu pernah tenggelamkan Firaun didalam laut, Kamu telah izinkan kepada bumiMu telan Qarun ... Ya Allah, Kamu telah melaknatkan Namrud .. dan begitu juga Abu Lahab2.. maka sungguh mudah untuk Kamu bagi menjahanamkan Umno dan BN dalam Pilihanraya 13..

Tidak larat kami hendak melihat anak2 kami dengan suasana yang tidak selamat, didalam rumah dan diluar rumah, dengan ragut rogol bunuh bakar cincang manusia dan begitu juga dengan bermacam2 jenayah


Ya Allah ... habislah negara kami ini, dijual oleh Umno... Singapore dah habis.... ya Allah .... Batu Putih putih ya Allah mata, ya Allah ....Tanjung Pagar...rapat kepagar ya Allah ...

HANCUR UMNO  TUMBANG BN  !


Komen UFB dan Hasan Ali - Sinar

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
November 19, 2012 at 12:45 PM

tu la pasal bro DT.....bukan setakat penganut PAS, tapi blogger2 depa sendiri yg dah berguru dgn bapa Uncleseekerspun dah jdd ting tong

saya dgr sekali shj kenyataan Dr. Asri, dah JELAS & FAHAM dgn maksud yg cuba beliau sampaikan....yg menghairankan adalah...bagaimana cara penganut/blogger PAS memahami/menganalisis penyampaian Dr. Asri....itu y buat saya pening sejak malam tadi.....confius...confius....terasa kesian pulak dgn mereka2 ini...ke mmg kalau nak jd penganut PAS scr otomatiknya cara berfikirnya akan mengalami masalah scr semulajadi?..hehe

....................
Reply To This Comment ...................
November 19, 2012 at 12:47 PM

Betul ke Royalti tu Hak Kerajaan Kelantan?

Apa hukum jika terbukti royalti tu bukan hak Kelantan dan mereka minta sesuatu yang bukan hak mereka, lepas tu bila orang tak kasi, dituduhnya zalim?

Bawak ke hakimlah, biar hakim yang tentukan. Dalam Islam, bila timbul sesuatu perbalahan, hendaklah dirujuk kepada hakim.

Mana boleh terus membuat keputusan dengan mendakwa sebagai hak mereka, sedangkan pihak yang satu lagi mendakwa hak mereka.

Menuduh pihak yang satu lagi zalim tanpa diputuskan oleh hakim itu lebih zalim dari si zalim.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2012 at 1:26 PM

Kenyataan orang tua nyanyuk bernama Nik Aziz: Apa bukti saya kafirkan orang UMNO?

KOTA BHARU 17 Feb. - "Apa bukti saya mengkafirkan orang UMNO?" tanya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap dirinya seperti disiarkan oleh akhbar hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, kewajipan beliau sebagai seorang Islam ialah untuk memberi tazkirah iaitu mengingatkan mereka tentang masa depan dan tindakan tersebut tidak boleh dianggap sebagai angkuh.

Menurutnya, Nabi Muhammad SAW sendiri pernah ditegur oleh malaikat kerana menegur seorang makmum menggunakan kayu sugi ketika memintanya membetulkan saf dalam solat.

"Nabi Muhammad kena tegur dek malaikat, inikan manusia biasa. Macam Mahathir ini apa kelebihan dianya, tak boleh tegur melenting selalu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang menyatakan tujuan hidup Mursyidul Am Pas itu hanya untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dr. Mahathir berkata, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

Mengulas lanjut, Mursyidul Am Pas itu berkata, orang yang angkuh ialah mereka yang melawan Islam sebagaimana disebut dalam al-Quran.

Ditanya kemungkinan kenyataan bekas Perdana Menteri itu turut merujuk kenyataannya semasa pilihan raya kecil Tenang baru-baru ini, Nik Abdul Aziz menegaskan:

"Sokong Pas ertinya sokong Islam. Dia dua episod, pertama, sebelum Nabi Muhammad mari, itu kita panggil jahiliah.

"Yang kedua, selepas Nabi Muhammad mari. Bila Nabi Muhammad mari, pakat tak sokong juga, jadi serupa jahiliah.

"(Maksudnya, tidak menyokong perjuangan Islam itu) jahiliah. Ertinya tak berganjak. Nabi Muhammad datang ke dunia ini bawa era baru, kita panggil era Islam. Haram judi, rasuah, zina dan sebagainya. Sampai keluar lesen judi haram tu tak jahiliah lagi. Sebut jahiliah kena marah, hakikatnya jahiliah."

Menurut Nik Abdul Aziz, kenyataan Dr. Mahathir itu hanya menunjukkan beliau seorang yang tidak boleh ditegur dan akan melenting apabila ditegur.

Ditanya adakah semua kenyataan bekas Perdana Menteri itu mengenai dirinya tidak betul, Nik Abdul Aziz berkata: " Tak. Dia sebut saya angkuh, saya mana angkuh, angkuh ini makna sombong, tak terima hok orang lain."

Mengenai kenyataan Dr. Mahathir beliau menggunakan agama untuk politik, Nik Abdul Aziz sebaliknya berkata, Nabi Muhammad turut menggunakan agama.

"Nabi Muhammad guna apa kalau tak guna agama. Apa yang dia marah saya, marah Nabi Muhammad lah. Nabi Muhammad guna agama.

"Boleh jadi dia marah ini kerana dia fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu je yang agamanya, sedangkan agama ni menyeluruh, sempurna. Tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ni," katanya.

....................
Reply To This Comment ...................
November 19, 2012 at 1:39 PM

Kalau dilihat pada crowd yang rata2 terdiri dari puak pas. waktu ust (cakap kelantan) tu bercakap, walaupun dengan bukti, dalil dan nas, tapi puak2 crowd mengejek dan cuba menengelamkan apa saja kebenaran yang hendak ustaz tu kemukakan. tapi waktu ust Maza pula, bila nampak ada bayang kata2 yang sesuai dan seiya dgn pemahaman mereka, terus disokong dan disorak walaupun ust maza belum habis cakap. inilah rupa bentuk pengikut yang akan membawa kemusnahan bukan hanya pada diri mereka, tapi juga kpd ust yang memimpin mereka. kebenaran walaupun didtgkan dgn nas, akan cuba dinafi dan diperlekeh, tapi kalau kenyataan yang batil dan mengikut hawa nafsu mereka, akan didokong, dipuji dan dicanangkan sebagai fakta. pengikut yang begini dan pemimpin yang begitu akan mendatangkan kesesatan. (pemimpin pun tak berani berkata benar, takut tidak disokong, takut dimaki hamun, takut tidak popular) apa nak jadi dgn org2 pas?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2012 at 2:20 PM

yang menjahanamkan bangsa melayu adalah orang bijak pandai berbangsa MELAYU, dan juga yang MENJAHANAMKAN AGAMA ISLAM ADALAH ORANG BIJAK PANDAI ISLAM JUGA! kerana apa perkara ini berlaku kerana KUASA!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2012 at 3:46 PM

salam,

dr maza kalu dlm majlis yg didatangi oleh mentaliti pas, maka ucapannya ikut macam mereka juga. cuba pusing sebaik mungkin, tapi yg datang tu cuma nak dengar boleh atau tak boleh. penjelasan lain mereka tak mau dengar. kalu sebut boleh, bertakbir la mereka mempermainkan Allah swt. kalu sebut tak boleh, dr maza berani ke kena boo dan dicaci oleh para hadirin sekalian.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
November 19, 2012 at 4:58 PM

saja nak tambah komen....hehe

Surah Al Araf ayat 55 menyebut :

berdoalah kepada Tuhan kamu Dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang melampaui batas.

bezakanlah adab berdoa PAS yg lalu dgn ayat Quran di atas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2012 at 5:22 PM

Salam,

Untuk berlaku adil, bersandarkan hujah Dr. Asri, saya meminta penyokong PAS bersembahyang hajat ramai2 30-40 ribu orang dan berdoa mengunakan MC "Sekiranya benar Dato Seri Anwar Ibrahim benar melaku kan perkara ini dan perkara itu...." selebihnya sendiri tahu. Dan sekiranya Datuk ini dan Datuk itu menipu, timpakanlah....."

Buat advertisement awal2 untuk semua orang menghadirinya. AlhamDULILLAH kalau ianya dapat dilaksanakan tanpa ada tentangan dari kawan2 di PKR.

....................
Reply To This Comment ...................
November 19, 2012 at 6:15 PM

Begitu yang dikatakan rakyat yang sudah matang, rasional dan pandai menilai ? Rakyat kita masih terlalu jauh jika hendak dibandingkan dengan di US @ isu debat.

....................
Reply To This Comment ...................
November 19, 2012 at 6:18 PM

Ya, mereka hadir bukan untuk mencari kebenaran tapi mencari hujah yang menyokong.

....................
Reply To This Comment ...................
November 19, 2012 at 9:15 PM

Telahan saya, mereka (puak pas) tidak akan membuat sesuatu yang akan menyerlahkan kebenaran, sya berani bersumpah bhw mereka tak akan sesekali melakukan benda tersebut. Mereka bukan golongan yang ingin mencari kebenaran hakiki, tapi mereka ingin supaya dilihat islamik, dilihat bertaqwa, ingin dilihat baik dan berada dilandasan..... Semua itu mereka tagih untuk dilihat pada mata manusia, bukan mata yang maha esa. Jika sesuatu itu boleh menyebabkan undi rating naik, maka mereka sanggup buat kecuali mencari kebenaran. Saya cabar totok pas untuk jawab persoalan ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 20, 2012 at 11:04 AM

Saya pelik....kenapa dgn kafir sgt bertolak ansur ttp sesama Islam dibuat musuh....seolah2 yg Islam ni yg kafir sbb bkn dpd parti mereka...begitu dangkal fahaman islam mrk...taqlid buta

Post a Comment