........... AES - Umno Kluk Klek ! Najib Kluk Klek ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

AES - Umno Kluk Klek ! Najib Kluk Klek !

Friday, November 2, 201231comments

Hahahaha.....inilah dia satu lagi bukti betapa Najib dan BN adalah kerajaan yang FLIP-FLOP, KLUK-KLEK ! Kerajaan yang hanya tahu mengayakan poket pemimpin2 dan hanya tahu mementingkan poket kroni-kroni dengan merompak rakyat.

Memberi BR1M konon ingin membantu rakyat tapi merampasnya kembali melalui pelaksanaan AES. Menganiaya dan merompak rakyat disebalik topeng mahu mendidik rakyat. TAHNIAH PR kerana telah berjaya menyelamatkan rakyat dari menjadi mangsa kerakusan pemimpin2 Umno BN.

Rakyat DiDahulukan Untuk DiRompak ! Tidak ada maknanya ditangguh sementara tapi selepas menang PRU13, dikuatkuasakan semula. Pastikan AES dihapuskan terus dengan menolak BN.TOLAK BN Bermakna TOLAK AES !

UMNO KLUK KLEK ! KLUK KLEK ! KLUK KLEK ! KLUK KLEK !


Agaknya begitulah bunyinya media pembangkang sekiranya kerajaan membuat keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan AES. Saja saya tulis sekarang supaya pro BN boleh biasa-biasakan diri dengan ayat2 diatas. Jadi jika AES benar2 ditangguhkan, taklah terasa sangat bila dihentam begitu sebab kita dah biasakan diri terlebih awal hehehehehe ....

Berilah alasan apa sekalipun, kena hentam TETAP kena hentam. Sekurang2nya bolehlah dipersiapkan diri dengan hujah2 balas dari sekarang.

Tidak timbul soal saya sokong atau bantah, cuma beri peringatan sebagai persediaan hehehe ..


                                            *************************

Saya ingin beri satu cadangan kepada kerajaan sebelum dibuat sebarang keputusan mengenai nasib AES. Ramai yang telah beri cadangan2 penambahbaikan bagi membersihkan AES, saya setuju dengan mereka. Cuma saya tertanya2, dari ribuan imej kesalahan pemandu yang telah dirakamkan, bagaimana pecahan mengikut jenis2 kesalahan yang telah dilakukan ?

Berapa banyak yang melanggar lampu merah dan berapa banyak yang memandu melebihi hadlaju mengikut hadlaju2 tertentu - 60km/h, 90 km/h, 110km/h ?

Sebab bagi saya, kesalahan2 melanggar lampu merah dan melebihi hadlaju 110km/h diLebuhraya dan 90km/h di Jalan Persekutuan TIDAK PERLU  di tarik balik. TIDAK ADA alasan untuk mempertikaikan kesalahan2 itu.

- Langgar lampu merah TETAP SALAH walau apapun alasan.
- Hadlaju 90km/h di Jalan Persekutuan dan 110km/h di Lebuhraya adalah kelajuan MAKSIMUM yang dibenarkan dan SEMUA pemandu tahu akan fakta ini. 

Jadi tidak timbul soal dimana lokasi kamera AES untuk kedua kesalahan diatas. Jika ada kesalahan yang telah dirakam, TERUSKAN dengan saman !

Cuma kesalahan melebihi hadlaju dijalan yang diwartakan kurang dari 90km/h saja menjadi isu. Yang ini boleh dikaji semula.

Saya nak tengok bagaimana Mahfuz mahu mencari dana bagi membayar para peguam bagi mempertahankan pemandu2 yang jelas terbukti melanggar undang2 Jalanraya yang tidak boleh dipertikaikan seperti yang disebut diatas. 

Aksi Favoret Mahfuz Versi Baru !
"Sekarang saya mahu tanya, jika kerajaan masih enggan menangguhkan pelaksanaan AES dan menggugurkan semua saman yang dikeluarkan, semua yang menerima saman itu tidak perlu membayar kompaun RM300 itu. Tetapi mereka perlu mengikut arahan yang diarahkan untuk ke mahkamah..." 

Beliau (gambar) turut berkata Pakatan Rakyat (PR) bersedia untuk menyediakan peguam bagi mewakili individu yang memilih untuk membawa kes ke mahkamah. TMI

Share this article :

+ comments + 31 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2012 at 12:30 AM

Kalau lampu traffic tu ada nombor led masa / lampu hijau berkelip 5 kali aku tak kisah kalau kena saman.

Kalau kena speedtrap polis boleh bagi discount kenapa jpj tak boleh bagi discount, kalau lebih 30km/j dari had kena 300 pun tak pe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2012 at 12:45 AM

Kadang-kadang saya pelik kenapa 'kereta-kereta rakyat' je yang asyik kena saman ekor ni. Kereta-kereta sebegini taklah mahal mana pun. Tambahan pula, loan bank bulan-bulan pun tak abis bayar lagi. Bila kena saman, lagilah bertambah beban.

Bak kata Haji Hadi Awang, kamera ni besi. Oleh itu, ia hanyalah mesin dan tidak mempunyai keupayaan untuk memandang sesuatu benda dari sudut kemanusiaan. Maksud saya, kadang-kadang masa dan keadaan yang memaksa kita bawak laju. Tapi rasanya taklah laju mana, sekadar lebih sikit je.

Memang betul cakap din, had laju di bawah 90 memang tak logik langsung. Had 30 dan 60 memang tak munasabah langsung dan tidak berpijak di bumi yang nyata.

Lagi satu, lokasi kamera itu sendiri yang diletakkan bukan di tempat yang sepatutnya. Contohnya, jika anda turun dari bukit mesti kena laju sikit kan. Tapi bayangkan jika ada kamera di bawah bukit. Kan tak logik tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2012 at 12:51 AM

Din nampaknya dah jadi peminat setia Mahfuz...hehehe

Walau apapun kamera AES dipasang bukan sebagai perangkap, tapi sebagai pencegah kemalangan. Perangkap maksud saya ialah kat jalan yang 'mustahil' untuk slow. Kalo kat jalan sebegini, andaikata bawak slow jugak, risiko kemalangan pasti berlaku.

....................
Reply To This Comment ...................
November 2, 2012 at 1:01 AM

saya sendiri pernah kena saman dijalan turun bukit curam selepas terowong karak menghala ke pantai timur. Memang sengaja nak saman kalau kat situ !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2012 at 2:43 AM

Blogger BN suah kena batang hidung, kecut telor dgn AES sudah mula nk geng dgn Mahpuzz BODO tu.. itulah karut je.. asal kena batang idung je semua mau mansuh..

....................
Reply To This Comment ...................
November 2, 2012 at 7:33 AM

Salam. Harap tuan boleh pautkan blog saya pada blog tuan. Terima kasih

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
November 2, 2012 at 8:55 AM

ok Bro Din...saya dah biasakan diri...hehehe
pakat2 la kita bawak kancil....laju skit BERGEGARRRRrrr kereta...tu tandanya kita tlh memandu melebihi kemampuan sang kancil yg sgt PATUH hadlaju.....ekekeke
bawalah sang kancil....jika bergegar, nyawa selamat, duit selamat....cuma masa je slowww skek.......heheheh

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
November 2, 2012 at 10:38 AM

Tidak pulak diperjelaskan yang had laju yang ditetapkan hanya terpakai bagi rakyat tempatan sahaja atau termasok juga kenderaan asing contohnya dari Singapura. Kalau memandu dileboh raya utara selatan terutama dari JB ke K,Lumpor ,kereta-kereta dari Singapura sentiasa memechut dengan lajunya dan mereka-mereka ini akan menaikan lampu tinggi sabagai amaran agar laluan kanan tidak terhalang memberi gambaran saolah-olah mereka kebal peratoran atau pehak berkuasa Malaysia tidak bolih bertindak keatas mereka.
Adakah undang diMalaysia hanya terpakai untok rakyat Malaysia sahaja?.

Ada kala perbuatan mereka bagitu membahayakan memaksa kenderan lain ketepi walaupon ketika itu sedang memotong kenderan dilaluan kanan.
Lojiknya kalau peratoran jalanraya Malaysia ini terpakai juga untok kenderaan dari negara jiran mungkin tidak belaku perbuatan meletakan kenderan sesuka hati dipusat bandar dan memechut selaju-lajunya dileboh raya,sudahlah mengunakan minyak subsidi berkelakuan sesuka hati.

....................
Reply To This Comment ...................
November 2, 2012 at 11:27 AM

Blogger BN ramai juga yang menulis berdasarkan kebenaran sesuatu isu bukan menyokong taksub buta. Jadi tak timbul soal takut atau apa. Tapi apakah blogger PR berani menyanggah tindakan PR yang tak betul?

....................
Reply To This Comment ...................
November 2, 2012 at 11:32 AM

sudah saya linkkan di blog aktif :)

TerimaKasih !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2012 at 11:34 AM

bukan nk jadikan isu bangsa, tp saya rasa kalau melayu yg bising AES still akan ada.

tp sbb cauvinis yg bising...sorry datuk seri, time is up. limit sabar dh reached. kepercayaan saya pada tuan utk survival bangsa saya sudah lupus.

AES prinsip saya senang. kalau bawak ikut limit xde ape yg kita patut takut. berani kerana benar takut kerana salah. kita mungkin saya rasa patut rasa malu sbb demand utk dibolehkan atau dilonggarkan peraturan supaya kita boleh bawak lagi laju. sebenarnya limit kereta adalah ditetapkan mengikut kesesuaian jalan raya kita (some akan tanya negara luar boleh? mungkin mereka design berlainan, faktor cuaca ke ape ke; sbb info ni saya dpt dr salah sorang pengarah jkr generasi ke berapa saya x tau)

tp kalau kerajaan kuatkuasakan undang2 utk kita belajar ikut peraturan maka kita patut terima dgn baik, dan alu2kan, kalau kita lwn tht shows wht kind of rakyat we are. soal kroni x kroni buat AES itu isu lain. masalahnya kalau pn dibuat secara telus kita masih xkan suka betul x? sbb kita akan dipaksa bawak ikut halaju.

bukan saya ckp kroni ni x perlu dideal. tp kita deal dgn masalah utama dulu. nape sebenarnya kita x suka AES dan jgn tipu diri sendiri ckp hanya sbb kroni. itu bukan perkara pokok. (itupn kalau betul kroni ni saya xtau)

mcm mana kita ckp nk jadi mcm negara2 maju lain yg bersih berdisiplin bila kita sendiri ade penguatkuasaan undang2 kita dh bising.

ini belum lagi penguatkuasaan undang2 kalau org buang sampah merata2 kene tangkap kamera didenda lagi berat bayaran. agak2 apa reaksi kita kalau undang2 mcm ni diperkenal.

admit sajalah org kita x suka ikut peraturan. tp jgn salahkan kerajaan sbb perangai buruk kita ni. kadang2 kita salahkan kerajaan, lupa tgk diri kita sebagai rakyat perangai pn teruk jgk.

saya setuju some limit kws dlm bandar mayb kita revise tp hadlaju highway biar la maintain. if anything utk didik rakyat kita supaya ade kesedaran sivik yg baik. mula dr kita dulu x payah tgk org kaya pm tpm datuk semua tu peduli la derang nk buat salah, kita ni ade chance to be the better person. akhirat kelak ade hasil jgk. insyallah kalau rakyat dh berdisiplin mungkin next pemimpin lebih baik.

ade co n balance btw rakyat dan pemimpin. bukan hanya salah pemimpin rakyat betul n vice verca. tuhan dh tentukan mcm tu. jadi rakyat yg baik, insyallah pemimpin kita baik.

melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
November 2, 2012 at 11:53 AM

Ya saya setuju pandangan saudara.

Makanya saya sarankan JPJ tunjukkan statistik imej kesalahan yang ada setakat ini. Dan berapa banyak kes yang dikira boleh 'dipertikaikan'.

Katakanlah majoriti kes adalah yang genuine SALAH pemandu seperti melebihi 110km/h atau langgar lampu merah, apakah mereka harus dilepaskan ? Saman mungkin dibuat berskala mengikut sebanyak mana mereka melebihi hadlaju, jadi taklah terkilan sangat. Ini tidak, bawa 130km/h samannya sama dengan bawa 200km/h. Mana ACi !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2012 at 11:59 AM

salam,

bab nak batal atau tidak, ah jib gor sedang memikirkan cantik atau tidak aes ni. hanya ah jib gor sahaja yg boleh memutuskannya. sama ada nak memakai kondom atau tidak. ada berani ke?

rasanya yg tak puas hati ni pasal setiap saat ada jer benda yg menyekat untuk melakukan kesalahan yang rasanya tak la salah sangat pun. kalu dah berhenti kat lampu isyarat pukul 2 3 pagi, waktu sampai dari kampung, keta pun tak ada. takkan la tak boleh langgar lampu merah. lalu waktu awal pagi nak pi beli kat pasar borong. lalu depan sepital dan sekolah, takkan nak pandu 30 km. budak sekolah pun tidur lagi. kasi la ruang sikit nak bernafas buat salah lalu lintas. kalu dulu, polis tak ada masa tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Pakcu Rantau Panjang
November 2, 2012 at 12:18 PM

Cerita letak kemera tepi jalan ni tentu nak tiru puak negeri luar punya. Kalau hanya pandai pasang dan tak tahu baik buruk maka ni jadinya.Heboh sekampung baru nak dibahas dan ditangguh.... Apapun semua pandangan umum perlu diambil kira agar tujuan dan matlamat sebenar tercapai...biar pun perlu ditangguh bukan bererti dah tersalah planning tapi untuk penambah baikan.

Cadangan yang baik perlu diambil kira kerana dasar kerajaan untuk kesejahteraan rakyat dan perubahan seperti ini adalah bertujuan baik..bukan seperti blogger PR yang semua kaki ampu dan tak satu pun tak baik kalau PR yang buat...semua salah kerajaan dan mereka cipta isu hingga diterjemahkan dengan rasa benci kesumat bukan untuk tujuan kebaikan dan perubahan ..... maka belajarlah sikit untuk memahami situasi dan tegurlah dengan cara hikmah berdasar perjuangan dan label Islam tu......walahualam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2012 at 12:43 PM

Cadangan saya, ikut rate kalo nak saman.

Contohnya :

a. Melebihi 20 - saman RM100.00
b. Melebihi 30 - saman RM150.00
c. Melebihi 40 - saman RM200.00
d. Melebihi 50 - saman RM250.00
e. Melebihi 60 - saman RM300.00

Diskaun diberikan jika bayar dalam tempoh 15 hari.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2012 at 12:48 PM

Salam Din,

Seeloknya kerajaan jangan terlalu layan pandangan segelintir rakyat, elok teruskan saje perancangan AES ni..tujuan dia amat baik dan salah satu usaha nak cuba kurangkan kadar kemalangan..manusia Malaysia ni suka sangat pertikaikan apa saje undang-undang baru yang nak dipraktikkan kerajaan..lagipun kalau ikut saikologi, kamera ni amat berkesan sebab POBC (prospect of being caught) ni akan 'mendisiplinkan' sebahagian besar daripada pemandu-pemandu kita yang prasan mereka ni bawak kereta F1...pemandu berhemah tak perlu gusar atau..

kadang2 terfikir sebab melayu kita ni (kerajaan) lembik sangat berfikir dan teragak2 buat keputusan maka suka sangat diaorg ni ambek kesempatan..kalau tengok kerajaan Penang dan Singapura yg diaorg perintah, tegas dan tak pedulikan apa saja kritikan dan pandangan org luar..makmsudnya in inegeri aku, aku berhak buat apa saja yang aku rasa terbaik buat neger isan rakyat aku..kalau korang nak terpekik-terlolong pun lantak korang lah...errmm..bilalah kerajaan melayu nak jadi tegas macamni..?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2012 at 2:52 PM

Bro,
Klu batal atau tangguh AES tobat aku buat undi rosak pilihanraya ni. Apa ke bodoh piang sangat. Klu tak nak kena saman just ikut je had laju atau naik pengangkutan awam.. Takkan semua ni nak ikut kebodohan mahfuz tu.. Dlm bodoh mahfuz pun kerajaan dah kecut telo?

....................
Reply To This Comment ...................
November 2, 2012 at 2:52 PM

Ramai yang bantah pun bukan nak hapuskan cuma nak sedikit pembetulan jer. cuma pembangkang yang nak hapuskan semuanya.

Tak perlu tangguh, teruskan tapi waktu sama buat penambahbaikan pada isu2 yang ditimbulkan. Yang jelas buat salah tu, teruskan saman !

....................
Reply To This Comment ...................
November 2, 2012 at 3:01 PM

AES tidak perlulah dibatalkan tetapi bagilah tempoh percubaan dahulu. Kajilah perubahan statistik kemalangan, adakah semakin menurun atau semakin supa tu le je atau pun makin menaik.

Rakyat yang susah kerana AES ini adalah rakyat yang suka langgar undang-undang . Bagi rakyat yang akur dengan peraturan dan undang-undang, mereka tak rasa susah pun.

Undang-undang dan peraturan dibuat untuk kebaikan rakyat. Yang gubal undang-undang pecah pala mikir dan mereka bukan buat secara sebarangan ( kecuali di negeri yang telah luluskan undang-undang hudud tetapi tak laksanakan kerana takut kepada Tun M).

Undang-undang manusia buat ni, kalau tak ada penguatkuasa, tak menjadi kesalahan kalau langgar dan tak kena hukum pun. Tetapi kalau undang-undang Allah, ada atau tak ada orang mesti kena ikut juga dan kalau langgar tetap kena hukum.

Jadi aku fikir kalau kerajaan dah putuskan hendak pasang AES, maka teruskan sehingga ada statistik mengatakan objektif pemasangannya tidak kesampaian. Pada masa itu barulah boleh dibatalkan.

Sebagai kerajaan, mereka kena tegas dan tak boleh kluk klek ataupun cepat goyah dengan desakan rakyat yang suka langgar undang-undang ataupun desakan pemimpin yang mencari populariti ataupun desakan Pembangkang. Kalau idak, mana kewibawaan kerajaan.

Teruskan AES, Teruskan BN, Teruskan DS Najib. Jangan keras-keras kerak nasi atau hangat-hangat tahi ayam. Gengam bara api biar sampai jadi arang. Biar putih tulang, jangan putih mata.

....................
Reply To This Comment ...................
November 2, 2012 at 3:14 PM

AES ni kalau JPJ sndiri atau PDRM atau apa2 saja agensi kerajaan yg kuatkuasakan bnda ni,rakyat tak berapa nak kisah sgt.Ini yg implement adalah pihak swasta yg dilantik.Kalau dh sebut swasta pasti perkiraan UNTUNG RUGI akan diberi keutamaan.

Mcm yg Din dn blogger lain ckp,bukan HAPUS tp perlu ada PENAMBAH BAIKAN kerana banyak ruang2 yang boleh dibaiki.

....................
Reply To This Comment ...................
November 2, 2012 at 3:23 PM

Kita tunggu perkembangannya dalam beberapa hari ini.

Yang pemimpin yang kaitkan penangguhan aes dengan Pru13 memang bangang !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2012 at 3:47 PM

bravo mahfuz..dulu beliau mengetuai Kampen Anti Saman Ekor dan saman ekor dihapuskan.skng tentang aes plak..negeri PR dh setuju unt tidak memasang kamera aes tu..tahniah mahfuz...lawan sampai tiang aes tumbang...hahahhaha..bro dt,kita sama meminati mahfuz..

....................
Reply To This Comment ...................
November 2, 2012 at 3:48 PM

Abby lagi i minat !

....................
Reply To This Comment ...................
November 2, 2012 at 4:34 PM

Stakat tu je kemampuan dia, diarlah dia.

....................
Reply To This Comment ...................
November 2, 2012 at 8:51 PM

Takde maknanya AES,install detector kat henpon android,dah boleh detect alat AES ni dari jauh..

....................
Reply To This Comment ...................
Antihipokrit
November 2, 2012 at 11:31 PM

Biasalah, Najib selamanya PLAYSAFE. Kluk klek budaya dia. Gampang betul anak Tun Razak ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Antihipokrit
November 2, 2012 at 11:33 PM

Tunggulah Ah Jib Gor make up dulu tiang2 AES.

....................
Reply To This Comment ...................
Antihipokrit
November 2, 2012 at 11:35 PM

Gua dah lama takde harap pada Ah Jib Gor utk jaga bangsa.

....................
Reply To This Comment ...................
Antihipokrit
November 2, 2012 at 11:36 PM

Yang Ah Jib Gor tau, asal Cina bersuara, semua akan dikaji. Dan yg dia tau, KERAJAAN TAK PINGGIR SJKC, Itu ayat2 keramat dia dulu kini dan selamanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2012 at 2:24 PM

http://www.cbt.com.my/2012/08/17/who-are-the-worst-drivers-in-the-region/

Apa salahnya bertegas dan bersusah sikit so tht kita boleh selamatkan nyawa yg asyik mati sia2 kerana bila kerajaan kuatkuasakan undang2 tegas kita mula bising.

Hakikatnya org kita hanya dpt didik dgn kuatkuasakan undang2. Nk harapkn kesedaran sivik dan rasa tanggungjwb rakyat kita jauh panggang dr api

Sekiranya saya jadi menteri yg bertanggungjwb saya akan saman semaksima mungkin hingga tiada yg berani langgar peraturan lagi.

Memikirkan betapa ramai nyawa saya boleh selamatkan sgtlah berbaloi bagi saya.

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 10, 2013 at 7:46 AM

yang dapat br1m kena baya aes yg tak dapat pula kena kuar poket sendiri cuba pikir wahai penyokong2 BN bila isteri anda hendak bersalin berada dalam kereta adakah anda tetap ingin mengikut had laju 90/110 km mesti semua rakyat malaysia akan laju sedikit untuk menyelamatkan isteri anda itu sy cuma beri contoh isteri bersalin kalau org sakit ke ada kecemasan ke org meninggal di kampung terkilankah kita untuk melihat wajah org kita tersyg buat kali terakhir semata mata tidak boleh membawa laju sedikit AES boleh diwujudkan tapi untuk menangkap gambar pemandu yg melanggar lampu isyarat tapi bagi sy untuk had laju tidak RELEVAN langsung cuba pk penyokong BN sy tak memaksa cuba letak diri anda dalam situasi tersebut mungkin bagi anda peyokong BN tidak memeban anda sbb banyak yg sy tengok penyokong BN ni tergolong dari golongan yg berada tapi bagi kami yg tidak berada sgt mcm mana?

Post a Comment