........... Yahoooooo ... Bulan Oktober Dah Tiba ! ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Yahoooooo ... Bulan Oktober Dah Tiba ! !

Wednesday, October 3, 20126comments

Dalam sedar tak sedar, Eh, dah masuk bulan Oktober la ! YAHOOOOOOO..... Bulan OKTOBER la ! Suka sangat kita kalau bulan Oktober ..... Kenapa ya ?

Sebaaaaaaaaab ....... tak lama lagi Muhyiddin @ kerajaan akan sekali lagi menjelajah negara untuk promosikan BULAN BAHASA KEBANGSAAAN ! Yahoooooo .....

Sukanya ..... sebab rasanya Malaysia lah SATU-SATUnya negara didunia yang mengkhususkan satu bulan setiap tahun untuk menggesa rakyatnya bercakap dalam Bahasa Kebangsaan ! Yahoooooo ....




Tak sabar nak tengok LOGO BARU !

SLOGAN BARU pun JANGAN LUPA TAU ......


Mungkin Muhyiddin boleh serahkan kepada Rais untuk reka Slogan tahun ni .... hehehehe .. macamana agaknya nak kaitkan Bulan Bahasa dengan BN, ek ?


Seperti biasa juga, kita adakan pelbagai program2 Bahasa Kebangsaan dengan penumpuan kepada mereka yang sememangnya dah fasih dalam Bahasa Kebangsaan......

Mereka yang SENGAJA memilih untuk tidak fasih Bahasa Kebangsaan walaupun mereka adalah rakyat negara ini dan ada yang dah berpuluh tahun DILAHIRKAN DISINI namun masih tak pandai berbahasa Kebangsaan ....... KITA JANGAN USIK ! 

KENA FIKIRKAN UNDI BEB ! UNDI LEBIH PENTING DARI PERPADUAN ATAU IDENTITI ATAU JATI DIRI BANGSA MALAYSIA BLA BLA BLA ....

Pembangkang yang sibuk dengan Malaysian Malaysia atau  Bangsa Malay-sia , tak nak ikut sama sambut Bulan Bahasa Kebangsaan  ?

PS - Nak tambah sikit - saya ingin cadangkan satu slogan - Mereka yang tidak Fasih Bahasa Kebangsaan, TIDAK LAYAK menjadi Warganegara !

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2012 at 6:45 AM

Kito keno kecek bahaso melayu sebak ini adolah negaro Malaysia... Komen terbaru nik ajis

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
October 3, 2012 at 8:11 AM


Sudara Din,

Setiap tahun berkempin dah naik jemu dah ,tahap bahasa macam tu jugak ,bertambah tidak, menurun ada buat perabis duit sahaja dengan program-program yang kadang-kadang entah apa-apa. Sampai je bulan bahasa bebuihlah mulut menteri-menteri terlibat ,terutama Rais Yatim tetapi apa kesanya satu apa pon tak nampak.
Sampai bila nak berkempin ,dah 55 tahun berkempin apa pencapaianya ,kalau berdasarkan temuramah sewaktu "berita" rata-rata masih bercakap Inggris,jadi kesimpulanya rakyat Malaysia masih tak pandai bebahasa Malaysia.

Mereka-mereka yang telibat ni lebih gah bekempin dari memikirkan membuat pendekatan yang lebih berkesan.

....................
Reply To This Comment ...................
October 3, 2012 at 8:24 AM

Mereka berkempen lebih kepada untuk menunjukkan mereka berkempen BUKAN untuk mencapai hasil

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2012 at 8:47 AM

salam,

kalu buang kewarganegaraan tu boleh ganggu fikiran mak bapak. apa kata kalu dicadangkan, tak fasih dan tak tahu bahasa kebangsaan tak boleh mengundi dalam pru dan prk. hanya boleh undi dalam kampus sahaja. mau melompat parti teramat rasis dan parti taramat halim dan ulam mek

....................
Reply To This Comment ...................
October 3, 2012 at 8:59 AM

Salam Bro Din.

Posting kali nih mmg serupa mcm apa yang nak saya perkatakan. Terbaik! Lepas nih, ramai lah blogger pro-kerajaan yang defend Tok Mudin dgn Tok Jib nih. Saya juga penyokong kerajaan tapi tak lah sampai ke tahap membabi-buta.

Bulan Bahasa, Sila Fokus Kepada Aspek Bahasa / Pembangunan Bahasa

Bulan Kemerdekaan, Sila Fokus Kepada Aspek Kebebasan / Mempertahankan Kemerdekaan / Semangat Patriotisma.

Bulan Pilihanraya, Lantak korang lah nak Satu Malaysia ker, KRIM, BRIM, STIM, DRIM ...IM..IM...IM... MIMPI! (Jgn LIM atau Liwat 1 Malaysia dah lerr!!!)

Jgn perbodohkan rakyat dengan ideologi politik untuk survival peribadi. Dan yang paling penting, jgn suka menyalahgunakan wang rakyat!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Joe
October 7, 2012 at 10:07 AM

Bahasa Malaysia Diyakini, Ejaan Ditepati.. (slogan berkaitan pemimpin dan rakyat?)

Post a Comment