........... Tun Mahathir - Lakukan Kajian Pemilikan Harta Orang Melayu Sebelum GLC Jadi Peniaga | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir - Lakukan Kajian Pemilikan Harta Orang Melayu Sebelum GLC Jadi Peniaga

Tuesday, October 30, 20127comments


Berikut adalah sedutan wawancara Tun Mahathir bersama wartawan semasa Kongres Ekonomi Melayu baru ni. Saya tuliskan transkrip dibawah -



minit 1:05 - Tapi sekarang ni dasar dah bertukar, mereka ( GLC ) menjadi Peniaga Utama ... dan kadang2  diedarkan bukan kepada Bumiputera ( tapi ) kepada orang asing dan sebagainya. Ini bertentangan dengan dasar. Tapi dasar itu dibuat oleh pemerintah yang lama. Ini tidak bermakna pemerintah yang baru tidak boleh tukar dasar. Itu hak dia lah nak tukar dasar.

If you take away what is held by the GLC, then the proportion owned by Bumiputera would be very small. We don't know exactly what ... there is no proper survey done to find out who owns what.

If you look at KL today, it has developed very much. BUT HOW MUCH OF THAT BELONGS TO WHOM ? There is a survey that needs to be done so that we will know whether wealth in this country is well distributed or not.

This is not being Racist. ... if wealth is not fairly distributed, between rich and poor even if they are ethnically the same, there would be conflict. There would be violence.

I'm not blaming my successor, I'm just saying that he is faced with pressure. We are a democratic nation, whether he survives or not will depend on the support he gets from all communities.

Maybe a proper study be done, so that you can substitute other ways to help the community that is deprived.

                               ********************

Ya, apa jua dasar kerajaan terpulang kepada pemerintah samada mahu kekalkan atau mahu ubah. Itu adalah fakta dan Tun Mahathir bercakap secara direct.

TAPI sebelum sebarang keputusan dibuat, PERLU dikenalpasti bagaimanakah keadaan perkongsian kekayaan negara, berapa banyakkah  % yang telah dimiliki oleh orang Melayu ?

Kalau sebelum ini kita diberitahu pemilikan harta oleh Melayu sebanyak 22% TAPI jika majoritinya dimiliki melalui GLC, berapa % pula yang dimiliki oleh orang Melayu ? 

Jika GLC sudah tidak lagi memainkan peranan menjaga hak orang Melayu, samada dijual atau bertukar peranan sebagai Peniaga Utama dimana keuntungan menjadi keutamaan, dimana agaknya kedudukan orang Melayu nanti ?

Makanya seperti saranan Tun, perlu di wujudkan satu kajian / survey bagi mengkaji perkara ini. Dan hasilnya harus dihebahkan secara telus, biar terang dan jelas kepada rakyat bagaimana rupanya perkongsian dari segi pemilikan harta negara  antara kaum.

Biar orang cina tahu betapa tidak adil dan kejamnya orang Melayu yang mahu mempertahankan haknya yang begitu BANYAK ! Biar satu dunia lihat betapa kaya dan tamaknya mereka yang melalak mengadu kononnya ditindas oleh dasar2 ala apartheid.

Biar orang Melayu juga sedar betapa kecilnya nilai pemilikan keatas Tanah Melayu ini walaupun berlagak umpama Raja dengan kuasa politik yang dimiliki.

Biar orang Islam juga sedar  yang nasib mereka saling tidak ubah sepertimana orang bangsa Melayu ! Dan biar orang Islam yang malu mengaku sebagai Melayu ini kemukakan apakah langkah2 yang perlu diambil sekiranya mahu memastikan umat Islam tidak menjadi daif dibumi yang diperintah oleh mereka sendiri.

Pastinya tidak sukar mahu mendapatkan angka2 tersebut memandangkan pernah wujud satu jawatankuasa ekonomi yang terdiri dari para professional yang mahir yang telah melakukan kajian terperinci terhadap ekonomi negara 3 tahun lepas sewaktu mereka merangka MEB. Kalau dapat angka2 tiga tahun lepas pun kira ok dah ....

PS - Tolong jangan kata yang Jawatankuasa itu TIDAK kaji perkara ini semasa mencadangkan Dasar Baru menggantikan DEB ! 

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2012 at 1:36 AM

sepatutnya hak kepunyaan GLC tak patut disamakan dengan pegangan Melayu...bos dan pekerjanya mungkin majoriti melayu tetapi ianya sebenarnya adalah hak kerajaan...dan kerajaan milik semua....bukan milik melayu....ingat duit untung dari GLC ini diguna oleh kerajaan untuk membangunkan infrastuktur...bagi duit untuk tambahkan lagi sekolah cina dsb....

maka saya sokong....satu tinjauan patut dibuat untuk memastikan berapa sebenarnya yang dipegang oleh melayu dengan GLC dikecualikan....

....................
Reply To This Comment ...................
October 30, 2012 at 1:41 AM

Betul tu .... jika kerajaan baru tidak mengiktiraf hak Melayu dengan sendirinya nilai % itu jatuh menjunam !

Atau seperti yang ingin dilakukan oleh kerajaan Selangor, menjual harta2 milik GLC, tidakkah itu juga sama seperti menjual hak Melayu ( jika diterima konsep GLC itu Melayu )

Hmmmmm .... agak2 sampai tak 5% yang benar2 milik Melayu ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2012 at 8:43 AM

Melayu hendaklah berubah dengan memberanikan diri untuk menceburi bidang perniagaan yg difikir boleh dilaksanakan, apa2 sahaja.

Dengan penglibatan kita di dalam sebarang aktiviti 'enterpreneurship' maka kita secara tak langsung telah memain peranan menaikkan peratusan berkenaan, ia benar kerajaan hanya pandang pegangan saham syarikat2 besar ini kerana mereka juga bukan dari kalangan peniaga sejati.

Hanya pengusaha yg kaya dari hasil usaha sendiri yg faham, sebagai contoh pengusaha burger bakar di Wangsa Maju, pengusaha utama jambu batu yg kita nampak ditepi jalan dan ramai lagi 'silent millionaire' Melayu yg berusaha dengan menghasilkan produk sendiri tidak bergantung sepenuhnya kpd produk2 tersedia ada.

Harapannya mereka2 ini menyumbang kembali hasil2 mereka kpd pembangunan ummah spt yg dilakukan oleh Syed Mokhtar, kita perlukan ramai lagi Melayu Islam yg sebegini.

Secara individu, aku dan beberapa rakan tengah berusaha di dalam penghasilan perisian2 komputer dan Alhamdullillah kami telah memiliki produk kami sendiri dan dalam proses memasarkan produk berkenaan. Untuk makluman, bidang perisian komputer adalah bidang yg tidak mungkin akan dikuasai oleh bangsa mana2 dan disebabkan kriteria ini kami berani mencuba dan tolong doakan kejayaan kami..

Akhir kalam, aku ingin meminjam kata2 penuh hikmah John F. Kennedy "ia bukan apa yg negara boleh sumbang ke atas kita, tetapi yg paling utama apa yg kita boleh sumbang kepada negara".

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
October 30, 2012 at 10:40 AM

Anonymous 8:43

Bukan kata-kata John F,tetapi Abraham Leincoen ,walau apa pun molek sangat lah bagitu.

....................
Reply To This Comment ...................
October 30, 2012 at 2:47 PM

Betul 2 Din.Contoh terbaik adalah UDA dan Sime Darby.Saya pernah melawat sebuah show room utk properties sime darby di taman melawati.Saya lihat perumahan yg mereka bangunkan semuanya berskala mewah dn berharga ratusan ribu sehingga mencecah jutaan ringgit.Seolah tiada lgsg tempat bagi rumah kos sederhana berharga 200k ke bawah yg dibina oleh GLC yg ditubuhkan di atas nama KEPENTINGAN BUMIPUTRA.

Saya ada bertanya pd sales girl dia yg cun dan sexy(lebih cun dari abby heheheh) mengenai harga rumah yg dibina oleh Sime Darby tidak byk bezanya jika dibandingkan perumahan yg dibangunkan oleh syarikat cina spt YTL,SP Setia,OSK dll.

Jwpn sales girl yg cantik manis dn sexy td "Encik,tanah di KL sekarang mahal.Mana WUJUD lagi rumah below 200k.Kalau ada pon di SEREMBAN atau LUKUT.Encik kena faham yg kami ditubuhkan UNTUK MENJANA KEUNTUNGAN KEPADA KERAJAAN DAN KAMI PERLUKAN DANA UNTUK SURVIVAL KAMI.Kami bukan WALFARE".

Puluhan tahun dahulu mereka ditubuhkan berdasarkan artikel 153 Perlmebagaan Persekutuan dlama menjamin HAK MELAYU,hari ni CEO dn segala pegawai yg kebanyakkan mat salleh celup mendakwa mereka ditubuhkan untuk MENJANA KEUNTUNGAN PADA PIHAK KERAJAAN!

....................
Reply To This Comment ...................
October 30, 2012 at 2:49 PM

Saya berani jamin jika dtitoka pegangan GLC dlm pengiraan equity,pegangan Melayu mungkin sekitar 10-12% sahaja..

....................
Reply To This Comment ...................
October 30, 2012 at 4:18 PM

Apahal nak kaitkan ngan Abby nya! ??

Post a Comment