........... Tun Mahathir Di Kongres Ekonomi Melayu 2012 | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir Di Kongres Ekonomi Melayu 2012

Thursday, October 25, 201213comments

.

Dr. M selar pihak cuba menidakkan hak orang Melayu

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyelar pihak-pihak yang cuba menidakkan hak 30 peratus orang Melayu dalam bidang ekonomi yang sehingga kini masih gagal dicapai.

Dalam masa sama beliau turut membidas peneraju-peneraju syarikat milik kerajaan (GLC) yang tidak membantu bumiputera malah bersaing dengan usahawan kerdil Melayu. - UTUSAN


Petikan dari TRANSKRIP Ucapan Tun Mahathir di Kongres Ekonomi Melayu semalam - KLiK

1 - ....Kita rela kongsi dengan kaum-kaum lain. Tapi kita kena ada hak dalam negara ini. Tak minta banyak tak nak rampas harta sesiapa, tapi nak dapat sebahagian yang adil bagi kita. Ini sahaja yang dituntut,


2 - Kita sekarang tak boleh cakap berkenaan bangsa kita, seolah-olah satu jenayah. Kita dalam ketakutan. Kita sendiri takut menyebut. Kita utamakan diri kita tidak utamakan negara, tidak utamakan penduduk. Apakah benar kalau kita cakap mengenai bangsa kita, kita adalah rasis? Seolah-olah kita tak memberi tempat kepada orang lain. Lihatlah sekeliling kita. Kita tuntut 30% tetapi tak dapat pun, GLC dapat, tapi siapa dia GLC ini? Mereka dah terpisah daripada orang Melayu sekarang

 3 -  Mereka dah terpisah daripada pemegang amanah bagi bangsa Melayu, Kenapa kita tubuhkan Khazanah, kerana ketika itu Melayu masih lemah, kita mahu perkuat diri dan ambil alih apa yang diserah kepada badan ini, malangnya sekarang mereka berlumba-lumba dengan syarikat kerdil Melayu sehingga kita tidak mendapat tempat sama sekali.

 4 - Tetapi kita kena ingat, kita belum capai matlamat, tak rampas hak orang lain, kita nak bahagian kita sahaja. Ini kita harap ia tidak dijadikan satu isu politik. Mereka buat tuntutan bagi puak mereka itu tidak rasis, tapi ketika Melayu minta, mereka katakan rasis

 5 - Sekarang ini perjuangan untuk poket untuk kerusi, perjuangan menjadi YB, YAB Perdan Menteri. Ini perjuangan Melayu sekarang. Bukan lagi kerana bangsa agama dan tanah air. Kita berpecah. bila tidak lagi bersatu padu kita kehilangan kekuatan. Kita lemah kerana berpecah kepada 3 pihak. Kuasa politik yang sepatutnya ada pada kita kaum majoriti sudah hilang daripada tangan kita. Kita tidak ada kuasa politik lagi. Kita menjadi puak yang lemah, maka kita tidak dapat menguatkuasakan kepentingan orang Melayu yang bergantung kepada orang lain untuk mendapat tempat bagi diri kita. Kita jadi pengemis yang perlu bantuan pihak lain untuk mendapat sedikit untuk diri kita

 6 - Kita takut hilang tempat, Kuasa sudah tidak ada. Kerana nak jadi PM nak jadi YB, kita berebut-rebut sehingga bergantung kepada orang lain. Bila kita jadi penggemis, yang berkuasa adalah orang yang memberi. Kini sehingga ada ulam yang berjuang untuk Islam tapi berkata kami berkerja dengan orang itu untuk menang pilihan raya. Bukan Islam lagi yang diperjuangakan tapi pilhan raya.


 7 - Bila lari daripada matlamat asal, kita tak akan dapat capai apa-apa. Pemerintah tidak membantu kita, tidak mengadakan kemudahan bagi kita. Bagaimana pemerintah nak beri bantuan kerana pemerintah itu sendiri lemah dan perlu bantuan daripada orang lain. Sebab itu kita lihat layanan tidak pernah diberi dulu sekarang diberi dengan mudah sebab kita berpecah dan jadi lemah. Badan yang sepatutnya pertahan kita bergantung kepada pihak lain


 8 - Kalau kita bersatu padu dan tentukan menang kalah mereka, mereka akan hormati pendapat kita, Masalahnya kita sudah menjadi puak yang lemah di mana kita rela. Saya tidak rasis, saya ramai kawan, saya mahukan bahagikan kekayaaan secara adil, kita merupakan penduduk majoriti 60%, tapi kita hanya minta 30%, ambillah yang lain bagi mereka. Tapi 30% inipun dianggap sebagai tidak menjadi hak bagi kita kerana kita lemah dan tidak boleh tuntut. Dulu kita adakan kongres dan ramai yang hormati kita.

9 - Sekarang mereka berjuang nak dapatkan tempat. Kenapa nak sokong orang bejuang untuk diri mereka sendiri?

10 -  Maju atau mundurnya sesuatu kaum, budaya atau negara bergantung kepada nilai yang dibawa oleh mereka, kalau pegangan hidup mulia seperti Islam, insyaAllah berjaya, kalau kita sanggup kerja kuat, kita boleh bersaing dengan kera putih tadi (kera putih = orang Barat)


11 - Tak buat kajian terperinci umpamanya, kajian kepada penuntut universiti, hanya di universiti awam kononya pelajar Melayu ramai, tetapi tiada kajian di universiti swasta ,kebanyakkan pelajarnya bukan Melayu.

  12 - Bumiputera kena belajar tentang perniagaan. Sebelum mereka menguasai perniagaan, pertimbangan di beri kepada meraka,. Seperti kenaikan sewa yang tinggi di Kuala Lumpur sehingga terpaksa peniaga bumiputera keluar dari kompleks perniagaan di ibu negara.

13 -  Kalau ambil apa yang ada pada GLC apa yang dipunyai bumiputera berkurangan. Contohnya di Kuala Lumpur, berapa banyak yang dipunyai oleh orang Melayu.

Saya tidak menyalahkan penganti saya, tetapi kerana tekanan yang beliau hadapi menyebabkan dasar berubah.

Perlu ada kajian mendalam.


Situasi sekarang memang tidak adil.


14 - Saya berpendapat negara ini boleh beri kekayaan. Sedih, hasrat untuk tukar imej bandar-bandar di negara ini tidak tercapai, Banyak yang ada satu kaum sahaja. Tiada peniaga Melayu. 


Dari SINAR

 
"(Kita) tak rampas hak orang lain, kita nak bahagian kita sahaja.


Beliau turut menyarankan kerajaan memberi pertimbangan terhadap permasalahan yang dihadapi oleh peniaga Bumiputera.
  
Antaranya, peningkatan mendadak sewa di kompleks-kompleks perniagaan termasuk kompleks yang dimiliki oleh kerajaan secara tidak langsung.
  
Kenaikan ini kata beliau telah memaksa peniaga Bumiputera keluar dari kompleks-kompleks ini kerana tidak mampu membuat keuntungan.


 

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
October 25, 2012 at 5:59 AM

Mahathir rasis - tutup cerita. Dia lah yg menyebabkan melayu hari ini lemah.

Begitulah gamaknya kesimpulan yg akan dibuat oleh sebahagian yg sudah tertutup minda dan tertaksub kpd parti Dan pemimpin mereka sehingga ingatan penting seseorang yg begitu banyak jasa kpd negara Dan sudah tidak Ada kepentingan diri dulu Dan selamanya diabaikan.

Renunglah kebenaran atas apa yg diungkapkan mahathir adalah lebih agung daripada pesanan mahatma ghandi kpd rakyat India. Kita mampu menjadi pelarian rohingya atau pelestine tidak lama la I...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 25, 2012 at 9:24 AM

Bro,
To justify statement dari Tun, mana mana bandar pun pasti ada " china town" atau at least china street. Dah tu pulak endorsed by melayu. Kat air putih sini pun serupa....
Kesian melayu...

Zack
Airputih kuantan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 25, 2012 at 9:27 AM

Salam DinT, rasanya orang Melayu tak takut untuk bercakap pasal hak Bangsa Melayu. Yang takut cuma orang-orang politik sahaja kerana takut tak dapat jadi YB.






....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 25, 2012 at 9:54 AM

Kami faham tekanan najib. Tp kami dh byk sabar. Cthnya budaya membodek cauvinis x perlu berlebihan. Sikap.mereka makin memberi makin besar kepala. Lagipn bukannya mereka akan undi mca pn

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
October 25, 2012 at 10:05 AM

Komen ni I LIKE ! !

....................
Reply To This Comment ...................
October 25, 2012 at 10:11 AM

Memberi tu satu hal, menyohor menjerit2 nak kan pengiktirafan akan kebodekan sendiri satu hal lain ! Ada ke perbuatan menggugurkan kuasa Menteri keatas sekolah cina dijadikan satu kebanggaan? Kemudian dijadikan perbandingan betapa dia LEBIH BERANI dan LEBIH BESAR sumbangan pada sekolah cina ? ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 25, 2012 at 11:32 AM

salam,
TDM seorang yg rasis. dia telah nyanyuk dengan begitu teruk sekali. dia gagal dalam semua usahanya.

dalam memangkinkan sebuah agenda baru yang terbaru iaitu 1malaysia dan NAJ1B, hak-hak melayu tak sepatutnya diperjuangkan. kita patut biarkan sahaja orang cina dengan semangat mereka kerana hak mereka untuk hidup dengan aman dalam masyarakat mereka. oleh itu semua rakyat berbangsa cina patut mendaapat hak mereka selepas melayu menindas mereka dan menafikan haak mereka daalam mengaut seluruh kekayaan di malaysia ini. sebagai orang melayu, patutnya semua melayu dah masuk hutan dan biarkan sahaja golongan lain tinggal di bandar. glc dalam proses untuk menanggalkan tongkat yang melayukan melayu. kita sebagai orang melayu patut menyokong semua usaha pemimpin melayu sekarang untuk menobatkan orang cina sebagai bangsa yang terpinggir dan jauh daripada arus moden dan kekayaan negara.

1malaysia dan NAJ1B yang dilaksanakan sekarang harus mendapat sokongan umno kerana bakal presiden mca yang baru ah jib gor sedang berusaha gigih memperjuangkan bangsa cina. perjuangan meningkatkan taraf hidup cina tidak akan mendapat sebarang bantahan daripada pemimpin melayu daripada parti pas dan pkr. jika mereka memperjuangkan melayu maka mereka adalah seorang yang rasis dan ultra.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 25, 2012 at 11:41 AM

Mcm aku ckp sebelum ni, NAJIB dan PAK LAH lah penyebab semua ini berlaku. Sekor lembik nak mampus. Sekor nak jadi Cina sgt. Kalau belajar read between the line apa yg Tun M ckp tu, sebenarnya dia menyindir NAJIB@AH JIB GOR.

Anthihipokrit

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 25, 2012 at 12:24 PM

AnonymousOctober 25, 2012 11:32 AM

Betul Melayu telah menindas cina. Satu penindasan yang paling agung adalah memberi kerakyatan pukal secara percuma kepada kaum ni.
Tertindas kaum ni kerana sepatutnya mereka mendapat kerakyatan republik rakyat cina ataupun kerakyatan british.

....................
Reply To This Comment ...................
October 25, 2012 at 12:36 PM

Satu lagi penindasan yang tidak dapat dimaafkan, setelah menguasai lebih 70% ekonomi negara, pemimpin Melayu cuba menafikan peluang cina untuk merampas apa yang dimiliki Melayu. Merezabkan milik Melayu yang tak sampai 20% adalah perbuatan KEJAM!

....................
Reply To This Comment ...................
Antihipokrit
October 25, 2012 at 11:08 PM

JIKA KITA DI HALAU DARI TANAH MELAYU INI....KEMANAKAH KITA HENDAK PERGI?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 26, 2012 at 2:31 PM

Setuju dgn statement Tun. Saya tafsirkan begini: buat baik kepada bangsa sendiri dan kalau balasanya tak baik pun takpelah sebab bangsa sendiri. Tapi kalau buat baik kepada bukan bangsa sendiri dan dapat pula balasan tak baik maka akibatnya musnahlah bangsa yang memberi tu,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 26, 2012 at 2:37 PM

Tak mungkin boleh dihalau tapi boleh jadi buruh kasar, taxi driver, budak suruhan, drebar peribadi. Tinggal rumah pangsa atau flat supaya pemerintah dapat kawal dengan rapi.

Post a Comment