........... Stiker Pemimpin Pas - Hormat Atau Taksub ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Stiker Pemimpin Pas - Hormat Atau Taksub ?

Saturday, October 13, 201218comments

Ketaksuban orang Pas kepada pemimpin2 mereka memang tidak dapat disangkalkan lagi. Dah banyak bukti ditunjukkan betapa 2-3 orang pemimpin Pas seperti Nik Aziz dan Hadi begitu disanjung dan dipuja. Malah ramai yang memberi status WALI kepada Nik Aziz !

Malas nak berdebat pagi buta ni .... tapi kita lihat contoh dari segi menggantung gambar2 Nik Aziz dan Hadi dirumah2 .... Hormat atau Taksub ? Atau Hormat ketahap Taksub ? Tak cukup dengan gambar2 yang diframe kan, kini banyak didapati dipasar2 malam, kedai2 menjual stiker dan gerenti digerai2 ketika diadakan ceramah Pas dijual stiker2 yang dicetak muka Nik Aziz dan Hadi ....... yang terbaru muka Ustaz Azhar !



Agak2 apa jawapan yang bakal diberi Ustaz Azhar jika ditanya hukum mukanya dicetak pada stiker dan ditepek merata tempat sebagai tanda 'HORMAT' ?

Rasanya T-Shirt pun ada yang dicetak muka Nik Aziz kan ? Nik Aziz dan Hadi pasti rasa teruja bila dipuja begitu hebat oleh orang Pas. Mustahil mereka tidak tahu...... dan bila dibiarkan benda ni, maknanya .......?

Share this article :

+ comments + 18 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2012 at 3:52 AM

Ini kena penyakit Raja Siam. Cuba pergi Thailand. Merata gambar Raja Thailand tu.

Agaknya orang PAS dah puas bayar bil air ke Thailand badan pun dah lesu. Otak merapu. Dapat lah idea tepi jalan ni.

Shirik hukumnya!

Lagi pun ini semua muka syaitan tak berilmu nak di agung agungkan.. tin kosong jer tu. Rupa jer ada. Dalam Iblis.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2012 at 7:00 AM

kekadang kita mencemoh org lain bawa /usung junjung sepanjang jalan..ini kira lebih kurang le.bawa merata macam tangkal..nabi pun tak suruh ada apa-apa imej,kita pulak buat macam bidaah merata,

dalam dompet,wall paper..dalam handphone..otak tok lebai ni dah corup dgn syiah kot.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2012 at 8:13 AM

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Akan keluar satu batang leher dari Neraka pada hari kiamat, dengan dua mata yang melihat, dan dua telinga yang mendengar, serta lidah yang bercakap, lalu berkata: "Aku diberi kuasa menyiksa tiap-tiap seorang dari tiga jenis manusia: Tiap-tiap orang yang kejam dan keras hati, lagi degil tidak menerima kebenaran yang diketahuinya; tiap-tiap orang yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah, dan orang-orang yang membuat gambar".

Riwayat: Abu Hurairah r.a

sumber JAKIM

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2012 at 9:48 AM

Sebab tu Islam mengharamkan menggambarkan wajah para Rasul. Sebab tu ada Hadis yg Rasul SAW melarang para sahabat terlalu mengagungkan baginda. Tapi perkara sebaliknya berlaku di zaman ini. Umat Muhammad dah mula menjadi seperti umat nabi Nuh...

Antihipokrit

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2012 at 10:07 AM

he he he, tengok sticker ingat al-arqam, sebab pengikut al-arqam adalah penyokong kuat pas.

tak salah kita kata pas = sesat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2012 at 10:14 AM

Nak dapat pahala free dan segera belilah stiker Tuan Guru-Tuan Guru ni.... pandang sekali boleh dapat pahala, kalau pandang berkali-kali silap-silap boleh tolak bala.... tipikal penganut hamPAS..

....................
Reply To This Comment ...................
Pakcu Rantau Panjang
October 13, 2012 at 11:57 AM

Gambar siapa saja yang digantung, Pak Lebai ke, artist ke, Tok jahil ke semua nya menyebabkan malaikat terhalang memasuki rumah apalagi jika surau atau masjid yang digantung gambar.Bukan tak tahu hukum tapi terlebih hukum.....?????.Kes banyak sangat ceramah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2012 at 12:16 PM

Dah buat macam-macam benda yang bukan-bukan pun, PAS tetap mengaku bahawa mereka pejuang Islam dan penyokong-penyokong mereka pun terus diperbodohkan lagi dan lagi.....

Laksa Johor

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2012 at 12:53 PM

sama la dgn gambar najib tu bro..kat bas,kat kampit beras,kat teksi n di mana2 shj mesti ada gambar najib.ini lebih kpd promosi n marketing bro..lu jeles kerana foto mat said n hishamudin xde org print n tempek kat kereta..hahhaha..apa kata mu tempek gambar ibrahim ali n hasan ali...

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2012 at 1:06 PM

Tak sama ... niat kita beli barangan, bukan sebab gambar. Tapi lain dengan stiker diatas, siapa yang beli memang niat dia sebab adanya gambar itu.

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2012 at 1:07 PM

TerimaKasih atas info

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2012 at 1:08 PM

satu lagi, apakah maksud saudara jika Umno boleh buat maka Pas juga boleh buat ? Tak perlu dikaji salah atau benar ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2012 at 1:11 PM

tu lagi tanda kesesatan yg dibawa pas. pastu skill putar pengikut derang pn dh setaraf dgn anwar.

at worst pn gambar najib pn salah, tp yg dabik dada mengaku lagi islam dr org lain pn rupanya sama je.

tuk guru seronok org puja dia. rumah kata pergi kubur kata mari. bila dh dtg ke kubur pengikut2 dia x boleh pn dibawa bersama.

melayu hampa-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2012 at 1:47 PM

Tok guru mereka tu dah macam artis. Ada poster, sticker ngalah kan penyanyi oppa gangnam style...
Harap mereka yg suka menyimpan gambar tok guru mereka tu tahu batasnya. Janganlah kita tlalu mengagungkan seseorang. Mereka juga makhluk Allah. Jangan taksub sampai bilik tidur pun ada poster tok guru. Kalau ada, tak berani lah saya nak komen,,*!*
PRETTY CUTE PRINCESS 84

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2012 at 4:14 PM

NI LAGI SATU MAMAT PR TERENCAT AKAL..

SELAMA NI KATA UMNO HARAM LAAAA...KAFIR LAAA..TAK IKUT SUNNAH LAAA..SO..APEHAL KORANG BUAT YANG UMNO BUAT? TAK KE BODOH NAMANYE TUH?

BARANG ADA GAMBAR DENGAN GAMBAR SAHAJA MEMANG BEZA..ADA TAK ORANG YANG BELI BARANG TU TAMPAL GAMBAR NAJIB KAT KAT KETE DEPA? TAKDE. YANG SIBUK TAMPAL GAMBAR2 TU PUAK2 PAS JE..MALU WEH!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2012 at 4:18 PM

Sekadar berkongsi pendapat,

Sedar tak kita bagaimana bermulanya ritual agama2 lain seperti Hindu, Buddha bermula malah tak keterlaluan Kristian juga?

Pada pandangan aku pada saat awal kelahiran agama2 tersebut (bagi Kristian kita tahu sangatlah kerana ada diterangkan di dalam Al-Quran) aku yakin pemula agama berkenaan (Hindu, Buddha dan sebagainya) berniat baik malah tak keterlaluan aku cakap mereka besar kemungkinan Nabi2 yg diturunkan kepada setiap bangsa seperti yg di Firman oleh Allah SWT dalam Al-Quran.

Masalahnya bermula apabila ada sekumpulan manusia yg setia selepas kematian pemula tersebut patung mereka di buat dengan tujuan memperingati akan ajaran mereka, selang beberapa generasi patung terbabit telah berevolusi menjadi satu benda suci pula bagi penganut agama terbabit dan kitab2 suci mereka telah mengalami penambahan (interpolation) ajaran oleh tangan2 manusia untuk menjustifikasi ajaran tersebut mengikut zaman semasa atau berbagai alasan tertentu (yg paling utama adalah politik).

Kita beruntung Al-Quran masih di dalam keadaan asal kerana telah dijanjikan oleh Allah SWT! Tetapi aku tetap risau akan tindakan segelintir manusia2 di Malaysia yang banyak terpengaruh dengan ajaran Syiah telah mengeluarkan stiker2 berwajahkan pemimpin agung mereka (teringat aku masa Arqam) dan mula menampal di kereta dan besar kemungkinan ada yg menaikkan gambar yg di'frame'kan.

Bayangkan beberapa dekad/generasi akan datang dengan amalan sebegini besar kemungkinan gambar manusia agung ini akan dipuja dan akhirnya akan bermulalah pula trend/agama baharu melalui gambar tersebut? Nauzubillah Min Zalik..

Kita wajib menentang mereka2 ini dengan memberi penerangan dan jika mereka berdegil juga kita tentang di dalam hati yakni dengan berdoa kepada hadrat Allah SWT untuk menyedarkan kembali mereka2 yg bakal tersesat kelak.

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2012 at 5:06 PM

Anon,kau tak faham isu.Ada tak kau nampak orang2 umno tampal gambar najib merata macam orang2 pas tampal gambar n.ajis & hadi?Ini kerja orang taksub.Serupa perangai syiah yang sesat tu.Ke hulu ke hilir bawa gambar rabbai syiah.

Masa perhimpunan membantah video hina nabi anjuran pas hari tu pun ada yang usung gambar rabbai syiah ni.Maknanya memang ada pengaruh syiah dalam pas ni.Biasa orang2 jahil aje yang gemar memuja2 gambar ni.

....................
Reply To This Comment ...................
January 8, 2015 at 6:30 PM

Aku tengok ada seorang hamba.. dia tampal muka zahid hamidi kat daun pintu rumah dia..kira macam mana ya?

Post a Comment