........... Selamat Hari Korban DAN Selamat DiKorbankan ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Selamat Hari Korban DAN Selamat DiKorbankan !

Friday, October 26, 20124comments

Saya sedang membaca satu artikel mengenai ibadah korban, mencari2 satu yang menarik untuk dicopy dalam blog, standardlah... Raya Haji kena ada artikel korban atau pasal gi Haji, takkan nak tepek artikel Kong he fat choy pulak ...  Tahun lepas saya jadikan gambar2 di Mekah sebagai artikel ( KLiK ).

Entah macamana masa baca perenggan2 dibawah ......


-  Sebagai satu ibadah yang boleh mendekatkan seorang hamba dengan Tuhannya, melalui bukti pengorbanan yang dilakukan. Ianya juga dianggap sebagai simbolik kesedian hamba untuk mengorbankan apa sahaja demi kerana Allah, termasuklah sanggup mengorbankan dirinya demi menegakkan agama Allah yang tercinta. Di samping itu melatih diri kita supaya sentiasa ikhlas dalam beribadah.

- Untuk memberikan kegembiraan kepada keluarga yang melakukan korban dan orang-orang lain yang mendapat bahagian daripada daging korban tersebut, di mana mereka dibenarkan untuk memakan, mensedekahkan atau menyimpan daging tersebut untuk dimakan dalam jangka masa yang lama.

- Sentiasa mengingatkan kita, bahawa hidup ini amat memerlukan kepada pengorbanan, untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan yang hakiki dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Tanpa pengorbanan, tiada nilainya sebarang usaha yang kita lakukan.


Baca perenggan akhir diatas, tergerak pulak hati nak kaitkan isu PENGORBANAN dengan SURVIVAL Bangsa Melayu .......

Ibadah Korban mendekatkan kita kepada Allah, demi mencari keredhaanNya, demi mendapatkan APPROVAL NYA ....... bagaimana pula dalam konteks politik Melayu kita, DEMI MENDAPATKAN APPROVAL RAKYAT, APAKAH YANG SANGGUP DIKORBANKAN OLEH PEMIMPIN2 MELAYU KITA ?

Bagian ni pelik sikit bunyinya .....

Demi memastikan kuasa kekal ditangan supaya agenda bangsa dapat diteruskan maka terpaksalah dikorbankan sedikit hak bangsa ..... ? ? ?

Tak pun .... Dalam memastikan kuasa dapat dirampas demi perjuangan menegakkan agama, maka terpaksalah dikorbankan sedikit prinsip perjuangan .... ? ? ?

Pelik bunyinya tapi nak buat macamana, itulah hakikatnya pemimpin2 Melayu kita sekarang ni. Bunyinya pelik kalau kita jenis yang percaya segala cakap2 mereka kononnya mereka ikhlas dalam perjuangan. Perkara yang sepatutnya kita pertahan sebagai perjuangan dijadikan korban dalam perjuangan ......

Walau pelik macamana pun, ramai yang tetap sokong. Ramai juga yang bantah tapi mereka membantah dalam diam. Demi perjuangan yang LEBIH BESAR .... kata mereka. Jadi, pelik pun peliklah.. mereka akan sokong pemimpin2 ini.

Maka diredhai lah korban yang disedekahkan oleh pemimpin2 Melayu ini .......berbeza dengan golongan fakir miskin yang menerima rezeki hasil korban sembelihan binatang ternakan, kali ini golongan penerima adalah mereka yang bukan Melayu yang hampir kesemuanya merupakan orang kafir, yang taraf hidup mereka boleh dipertikaikan untuk diberi label sebagai marhaen. 

Apakah diberi oleh mereka ini APPROVAL yang ditagih ? Itulah MISTERI yang saban malam menghantui tidur tidak lena para pemimpin Melayu kita ...... kalau Ibadah Korban kepada Allah dilakukan setahun sekali, Korban Approval Kuasa ini tidak kenal masa ...... dan NILAInya juga TANPA HAD, baik yang boleh diukur dengan wang ringgit atau dalam pelbagai bentuk lain.

MANGSA KORBAN PULA ADALAH ANAK BANGSA SENDIRI .......


Yang memerhati menyokong juga RAMAI ........

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 26, 2012 at 1:53 PM

Sempat jugak abang menyelitkan cerita politik dlm cerita korban ni. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat abg Dt n semua pembaca blog DT. (sekali macam rancangan sampaikan salam la pulak daa ) *!* PRETTY CUTE PRINCESS 84

....................
Reply To This Comment ...................
October 26, 2012 at 2:03 PM

Berapa Kali ganda pula 'hit'nya tajuk nih...hehehe
Bukan setiap yg terkorban bererti pengorbanan

....................
Reply To This Comment ...................
October 26, 2012 at 2:06 PM

Dah namanya blog politik .... kalau blog artis, mungkin saya tunjukkan gambar2 artis berposing dengan lembu2 sebelum disembelih .... lembu2 tu maksud saya.

Selamat HariRaya AidilAdha Puteri84 :)

....................
Reply To This Comment ...................
October 26, 2012 at 2:07 PM

Kalau dibanding ngan tepung PONDAN, 10x ganda lebih kecil ! hahahaha...

Post a Comment