........... Sekolah cina - Kerajaan Mendukung Biawak Hidup ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Sekolah cina - Kerajaan Mendukung Biawak Hidup !

Monday, October 8, 20129comments


Menarik bila Dr Ridhuan Tee turut sama melahirkan pandangan yang sama berkaitan isu tuntutan Mca @ kaum cina tentang sekolah cina. Saya copy sepenuhnya dibawah ....

Perenggan terakhir beliau -

Saya cadangkan buatlah kajian mendalam tentang sumbangan sekolah Cina terhadap pembangunan jati diri negara dan semangat patriotism sebelum bantuan diberikan.

Saya setuju ! Mungkin dalam keadaan sekarang kita TERPAKSA menerima kewujudan sekolah cina ...... tapi apakah kajian diatas pernah dibuat ? Tidakkah ia PERLU demi menjaga keharmonian dan kemakmuran hidup bermasyarakat berbilang kaum dinegara kita ini ?

Jika sekolah cina TIDAK menyumbangkan apa-apa dalam soal pembangunan jati diri negara dan semangat patriotisma nasional, untuk apa kerajaan terus memberi bantuan kerana JELAS jalan yang dituju akhirnya akan memusnahkan negara !

Saya BUKAN meminta sekolah cina dihapuskan ( tapi kalau boleh dihapuskan LAGI BAGUS ! ) .... TERUSKANLAH, tapi pastikan kerajaan tidak mendukung biawak hidup.

                               *****************************************

Artikel RT - 

Saya amat tidak faham kenapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) sanggup menerima memorandum Dong Zong mengenai tuntutan mereka yang amat ultra kiasu mengenai sekolah Cina. Sudahlah begitu, ia menimbulkan ketidakselesaan MCA. Sama ada benar atau tidak MCA tidak selesa, Tuhan sahaja yang tahu. Apa yang saya tahu, selagi mana ia menguntungkan Cina, itulah MCA, DAP, Gerakan dan NGO ultra kiasu lain, sama sahaja. Tidak hairan jika MCA Kapar mencalonkan menteri itu sebagai menteri pelajaran.

Berdasarkan Budget 2013, kelihatan seolah-olah kedudukan Sekolah Kebangsaan dengan sekolah Cina sama. Jangan dibanding dengan sekolah agama kerana tidak disebut langsung. Malangnya, masih ada puak-puak yang tidak bersyukur. Terbaharu, MCA menuntut supaya bantuan RM50 juta diberikan kepada Sekolah Menengah Cina (SMJKC), tiap-tiap tahun tanpa perlu diminta. Kayalah sekolah mereka. Untuk makluman, jutawan mereka turut menabur duit di sana. Tanyalah Dong Jiao Zong. 

Tuntutan kumpulan ultra kiasu bukan perkara baru. Tetapi mereka ini beri betis hendak peha. Mereka sedang memanipulasi keadaan sepenuhnya sebelum PRU13, kerana belum tentu keputusan PRU 13 berpihak kepada mereka. Apakah kita masih buta? Buta hati dan buta mata? Berulang-ulang kali telah saya katakan, bahawa tidak ada pendidikan sebegini di dunia lain, melainkan negara kita. Toleransi kita selama ini amat tinggi. Inilah sifat Melayu. Hari ini mereka mahu mengambil kesempatan dan mempergunakan, memperalatkan apa juga peluang yang ada.

Ultra kiasu sepatutnya membuktikan terlebih dahulu produk sekolah Cina mempunyai semangat patriotik dan boleh fasih dalam bahasa Melayu, bukan menjadikan mereka bertambah Cina atau lebih Cina daripada orang di negara China.

Ramai orang daripada negara China yang melawat negara kita dan melihat sistem pendidikan, berasa pelik. Kenapa ada sekolah perkauman dalam sebuah negara yang beridentitikan Melayu. Sudahlah kerajaan membenarkan sekolah Cina, pada masa sama sekolah Cina lebih Cina dari negara Cina. Alasannya, untuk kepentingan ekonomi, kerana kuasa China akan bangkit. Apakah sumbangan ekonomi sudah cukup mengatakan bahawa kita sudah patriotik? Nilaian kita terlalu kebendaan. Banyak negara yang tidak boleh berbahasa Cina tetapi masih berurusan dengan negara China.

Pengunjung blog saya dan ultra kiasu selalu bertanya, kenapa anak saya berada sekolah Cina sedangkan saya lantang mengkritik? Terus terang, anak saya tidak mempunyai masalah langsung dalam menyahut agenda kebangsaan. Bahasa Melayu mereka tip top. Saya hanya mahu anak saya menguasai bahasa Cina untuk perkembangan dakwah. Titik. 

Mereka perlu menguasai bahasa ini bagi tujuan dakwah. Siapa lagi yang akan berdakwah kepada mereka, kalau bukan mereka yang berlatar belakangkan Cina. Mungkin saya gagal, tetapi orang lain tidak perlu gagal. Lagi pula, anak saya tidak cair dalam arus kecinaan, tetapi penuh dengan jati diri keislaman. 

Toleransi kerajaan terhadap sekolah Cina amat tinggi. Kenapa tidak dihargai? Kenapa kita harus melayan mereka atas nama demokrasi. Jika begitu keadaan, banyak lagi memorandum lagi akan sedang dalam perjalanan termasuk menghalalkan LGBT atas nama demokrasi. 

Saya harap pemimpin UMNO tersebut sedar apa yang dia cakap. Terbaharu, beliau menawarkan diri untuk hadir dalam mesyuarat NGO ultra kiasu bagi menyelesaikan segala masalah berhubung sekolah Cina. Sepatut beliau pergi mendengar rintihan sekolah agama yang begitu daif keadaannya.

Jangan bercakap sekadar untuk kepentingan politik. Pemimpin perlu tegas dalam tindakan. Pemimpin mesti mengutamakan agenda nasional. Jika agenda nasional tidak difahami, tidak usahlah menjadi pemimpin, kerana ia akan merosak masa depan agama, bangsa dan negara

Tidakkah kita sedar, selepas ini semua guru yang tidak ada latar belakang bahasa Cina akan dihalau  dari sekolah Cina, termasuk guru Bahasa Melayu dan Inggeris. Bermakna, operasi SJKC akan menjadi Cina seratus peratus. Apakah wajar proses pencinaan ini? Adakah wajar perkara ini  berlaku dalam sebuah negara bertuankan bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan?

Inisiatif Kementerian Pelajaran untuk melatih guru-guru Bahasa Melayu dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara 2013-2025, bagi memastikan bahawa subjek tersebut boleh diajar dengan berkesan di sekolah Cina dan menyeragamkan pengajaran subjek ini dengan sekolah kebangsaan pada tahun 2014, menimbulkan kebimbangan kepada ultra kiasu dan terus ditentang ultra kiasu.  

Pada mereka, sebarang penambaikan bahasa Melayu akan menjejaskan penguasaan bahasa Cina. Agenda mereka Cina, Cina, Cina. Tidak ada sedikitkah agenda memperkasakan bahasa Melayu? Saya harap kerajaan bertegas. Biar pelat sedikit bahasa Cina tidak mengapa, asalkan jangan jahil bahasa kebangsaan. Bagaimana kita boleh berkomunikasi dan menjayakan 1Malaysia.

Ini tidak termasuk tuntutan lain seperti,  masalah kekurangan guru, peruntukan tambahan kepada sekolah Cina, mengiktiraf Sijil Peperiksaan Gabungan Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) dan meluluskan pembinaan sekolah persendirian Cina di merata tempat dan lain-lain lagi. Jika semua tuntutan ini dipenuhi, apakah bentuk 1Malaysia yang dicitrakan?

Saya cadangkan buatlah kajian mendalam tentang sumbangan sekolah Cina terhadap pembangunan jati diri negara dan semangat patriotism sebelum bantuan diberikan. Jika hasilnya positif, saya akan sokong apa jua tuntutan mereka. Perlu diingatkan, mengikut sejarah, sekolah Cina pernah menjadi sarang kegiatan dan aktiviti komunis. Apakah dengan proses operasi ini sejarah tidak akan berulang kembali? Bertindaklah dengan cerdik.

Copy paste dari Ridhuan Tee - Bertindaklah dengan cerdik

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 8, 2012 at 11:34 AM

Umno dh berkuasa 55 tahun dh bro.Apsal baru skng nak isukan perkara ni?Sejak merdeka menteri pendidikan dipegang umno.Adakah sistem pendidikan kita semakin baik?makin jahanam ada la..terbaru ranking UM x termasuk dlm senarai uni terbaik dunia...pastu sekolah cina diagungkan.sekolah kebangsaan di sabah mcm reban ayam..sekolah agama lagi la dipinggirkan.tulisan jawi terus mati..inilah united malayan national organisation...

....................
Reply To This Comment ...................
October 8, 2012 at 11:54 AM

Saudara tanya SAYA kenapa baru nak isukan perkara ini ? Sebab saya baru 2 tahun main blog dan perkara ini menjadi isu buat saya dari mula2 lagi. Kalau dari 20 tahun dulu saya dah berbloh maka dari 20 tahun dulu saya dah mainkan !

Apakah ada tarikh mati untuk sebarang isu ? Berapa tahun ?

Komen saudara LARI TAJUK ! Saudara sepatutnya beri pandangan apakah sumbangan sekolah cina kepada jatidiri negara dan patriotisma BUKANNYA menjadikannya satu isu politik.

Tapi saya layan jugalah ..... apakah maksud saudara, disebabkan sekolah cina ini terus dianakemaskan kerajaan maka kita kena sokong PR ? Hahahahahaha ...... PR LAGI TERUK ! Kerajaan jadi begini sebab terpaksa melawan hasutan dari PR. Cuba kalau PR terang2 tampil kedepan dan mainkan isu ini, apakah kerajaan akan terus bersikap bodek sekolah cina ? Tidak kan ?

Lagi pun pemimpin Umno tidak tampil bersama-sama Dong Zong dalam demo, atau turut tandatangan petition DongZong.

Oya, kerajaan dah 55 tahun .... kenapa masih nak lawan ? Biar jelah ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 8, 2012 at 12:46 PM

Gerakan Pemisah Cina di Malaysia bakal tumbuh? Tak percaya? Baca kenyataan biadap NGO-NGO Cina di bawah ini:

http://www.malaysiakini.com/news/210890

Jika dibaca dengan teliti kenyataan yang dikeluarkan oleh LLG dan NGO-NGO Cina ini secara terang-terang menyatakan bahawa apa yang berlaku di Selatan Thailand boleh juga berlaku di Malaysia jika tuntutan-tuntutan mereka ini tidak dipenuhi oleh kerajaan Malaysia. Dengan mengambil contoh gerakan pemisah Melayu di Selatan Thailand mereka seolah-olah memberi amaran kepada kerajaan Malaysia bahawa gerakan pemisah Cina di Malaysia juga boleh berlaku jika sekiranya kerajaan Malaysia tidak memenuhi tuntutan mereka! Melampau, biadab dan subversif!

Apa respon NGO-NGO Melayu dan Islam terhadap kenyataan melampau, biadab dan subversif seperti ini?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 8, 2012 at 1:11 PM

salam Din,

kalau diikutkan dari segi statistik (pelbagai sudut dan sektor) sejak dari merdeka hingga ke hari ini, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kaum pendatang ini yang sebenarnya mendapat kemerdekaan...satu demi satu hak kita diberikan kepada mereka sedangkan hak mereka terus mereka perkasakan...

sedih bila teringatkan kata-kata arwah bapa saya iaitu ketika zaman sebelum merdeka dulu ,andai kaum pendatang ni buat salah dan silap, senang sangat kita marah dan herdik mereka...tapi sekarang ni kita pulak terasa bagai pendatang..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 8, 2012 at 3:18 PM

saya dr dlu lg mmg tk stju dgn seklh bbgai alirn ,dsbbkn sklh ini maka hngga hr ini sft pkaumn msh tk dpt d slesaikn

....................
Reply To This Comment ...................
October 8, 2012 at 3:28 PM

Ya, atas ALASAN APA SEKALIPUN, jika bercakap tentang Perpaduan, adalah TIDAK MASUK AKAL sebarang bentuk pengasingan pada sistem pendidikan.

Bahasa cina ke, Tamil ke, Arab ke... semuanya boleh dipelajari dalam SATU SEKOLAH. Tidak perlu murid2 diasingkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 8, 2012 at 3:51 PM

SEKOLAH WAWASAN ADALAH IDEA TUN M UNTUK MENYATUKAN SEKOLAH2 YANG PELBAGAI ALIRAN. SIAPA YANG MENENTANG? CINA2 RACIST ITU LAH.. DAN YG PALING PELIK, RAMAI JUGAK MELAYU PENGKHIANAT YANG SOKONG CINA2 RACIST ITU PADA WAKTU ITU HANYA SEBAB MEREKA SETERU POLITIK KEPADA BN. KINI, PENGKHIANAT2 MELAYU YANG DAHULU SOKONG CINA2 RACIST ITU TAK NAK MENGAKU PULAK..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 8, 2012 at 7:04 PM

apakah najib, nazri n co ingat kita xkan memboikot umno bila mereka memperkasakan bngsa cauvinist. nampaknya lagi ditangguh PRU lagi perkasa kaum cauvinist. sampai bila nk membodek derang ni? mcm mana kamu semua nk menjamin mereka akan mengundi kerajaan?

jgn la jadi bodoh mcm pak pandir.

ingat kesabaran kita ade limit. jgn cabar.

melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2012 at 1:01 AM

Dulu tak pernah ada Timbalan menteri pelajaran Cina. Faham-faham jelah apa agenda seorang Cina yang mempunyai kuasa di kementerian pelajaran. Nak membaik taraf lagi bangunan sek kebangsaan, atau meningkatkan lagi taraf bahasa melayu di sekolah? Oh, tidak... Najib memang bertanggungjawab menaikkan kepala Dong Zong. Jika saya letak diri saya di tempat dong zhong atau di tempat timbalan menteri pelajarn cina tu, saya akan melakukan perkara yang sama. Najib suka menjadi popular. nilah masa meminta itu dan ini. gerenti dapat. Najib tak sedar orang melayu yang mengundi bn memerhatikan gelagat beliau yang begitu pro Cina.

Post a Comment