........... Saifuddin - Najib Bapa New Politics ! Hentamla .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Saifuddin - Najib Bapa New Politics ! Hentamla ....

Saturday, October 27, 201220comments


Artikel SINAR mengenai kenyataan Saifuddin Abdullah memang menarik untuk dikupas - Najib juga 'lawan arus'. Tapi sebelum itu, turut menarik untuk direnungi adalah CARA SINAR memainkan isu Saifuddin ini. Saya mula perasan seolah Sinar memberi keutamaan kepada Saifuddin dengan menyiarkan beberapa kenyataan beliau sejak akhir2 ini, bagi menjelaskan pendirian New Politicsnya.

Kebetulan hari ini juga Sinar menyiarkan satu lagi artikel  Saifuddin : Umno bukan parti dinasaur, satu artikel panjang berupa temuramah bersama Saifuddin. Dan saya perasan, beberapa artikel mengenai Saifuddin sejak dua minggu ini, semuanya bermodalkan temuramah ini !

Timing Sinar menyiarkan artikel terakhir ini disusun seolah memberi gambaran Saifuddin mahu melepaskan geram bila diserang bertali arus oleh pihak pro Umno sendiri berkaitan New Politicsnya yang dilihat sebagai melawan arus, dimana akhirnya Saifuddin menempelak para pengkritiknya dengan berkata - Kalau aku melawan arus, maka Najib pun sama melawan arus malah dia lagi teruk ! Kenapa tak bantai Najib ? 

Hehehehe .... secara jujur, itu yang terlintas waktu mula membaca artikel pertama diatas.

Sengaja Sinar menyimpan kenyataan Saifuddin mengenai Najib untuk artikel terakhir ..... Nah Ambik kau ! Editor Sinar pasti guling2 gelak melihat mereka yang hebat mengkritik Saifuddin sebelum ini,semuanya terkedu tak terkata. Kutuk Saifuddin bermakna kutuk Najib juga. Nah, kutuk la lagi Muahahahahaha..... Pandai editor Sinar hehehe..

                                           *********************************

TAPI saya tidak punya masalah nak hentam baik Najib maupun Saifuddin ! Dari awal lagi saya dah katakan yang cara New Politics Saifuddin adalah SAMA dengan cara yang diamalkan Najib. Kedua2 mereka lebih menyerupai sifat Melayu Liberal yang amat jarang sekali mahu memperkatakan tentang perjuangan bangsa sendiri. 

Mereka lebih terarah untuk meliberalkan segala rezab dan hak yang diperuntukkan kepada orang Melayu daripada mempertahankan apa yang semakin dilihat semakin tiris ! 

Ya, saya SETUJU dengan dakwaan Saifuddin -

"Kalau hendak gunakan penghujahan, saya melawan arus dan sebagainya, Datuk Najib lagi melawan arus. Pokoknya ialah Datuk Najib ke depan. Sebagai individu, sebagai ahli, beliau cintakan Umno, beliau mahu Umno itu lebih dinamik". ( ayat ini diulang sekali lagi diakhir artikel  ! )

"Saya mengikut langkah yang dilakukan oleh beliau dan juga ramai tokoh-tokoh dan ahli Umno sebelum ini yang sentiasa berjalan lebih ke depan untuk membawa partinya menjadi lebih progresif,"

Najib yang memulakan langkah kearah meLiberalisasikan segalanya yang merupakan Hak Melayu melalui MEB dan konsep Meritokrasinya. Kemudian baru muncul Saifuddin dengan New Politicsnya..

Saya juga melihat Saifuddin merupakan jurucakap tidak resmi kepada Najib SAMA seperti Nazri dimana kedua mereka ini akan digunakan sebagai alat untuk test market sebarang pembaharuan /perubahan yang mahu diperkenalkan Najib.

Ingat isu AUKU, ISA dan Sijil Sekolah Cina dimana Saifuddin akan test market dulu ? Akhirnya Najib ikut juga kata Saifuddin .... padahal semua itu merupakan idea Najib sedari awal lagi.

The REAL Najib adalah Najib sewaktu mula menjadi PM 3 tahun dulu ..... sewaktu galok mahu meliberalkan segalanya berkaitan Hak Melayu melalui MEB dan melaksanakan Meritokrasi.

                                           ******************************


Mengkritik Najib tidak semestinya bermakna menentang Umno BN. Apa yang saya cuba lakukan adalah menimbulkan kesedaran akan siapa diri Najib. Dalam keadaan dimana orang Melayu TIDAK PUNYA KUASA untuk menentukan siapa yang menjadi Ketua Melayu, apa yang patut kita lakukan adalah mengubah cara kita bertindak.

Kalau dulu semasa zaman Tun Mahathir, orang Melayu tidak perlu bersusah payah kerana kita yakin akan kemampuan dan kewibawaan Tun memimpin dan mempertahankan orang Melayu. Kita pakat ikut jer ....

Tapi bila Ketua lebih mementingkan Politik dari Bangsa, kita sudah tidak boleh lagi meneruskan cara lama era Tun Mahathir. Kita kena berubah. Tidak boleh lagi bergantung harap 100% kepada Ketua.

Kita kena lebih KRITIKAL dan mula belajar menggunakan kuasa politik yang kita ada, Tidak ada lagi cara lama iaitu mengekor jer bontot Ketua, ikut saja apa yang Ketua mahu.

Cara BARU adalah KETUA YANG MENGIKUT KITA !

Ini baru betul yang dinamakan NEW POLITICS. New buat orang Melayu tapi sudah lama diamalkan oleh orang Cina. 

Dan langkah pertama adalah MENGENALI DIRI KETUA KITA - Seorang Pejuang Bangsa atau cuma Seorang Ahli Politik.

Dengan cara ini, barulah orang Melayu mampu SURVIVE walau siapapun yang jadi pemimpin.

Share this article :

+ comments + 20 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2012 at 12:57 AM

Sejak lama aku dah agak benda ni din, mesti ada sebab dan mesti ada sesuatu agenda dari seseorang yang juga besar sehingga beberapa menteri begitu galak melawan arus dan menyanggah kepentingan melayu dan nasional, sehingga suatu ketika, tidak terbendung lalu tertubuhnya perkasa. Kini ada pula suara2 yang memandang sinis kpd perkasa yang mengatakan perkasa hanya menyebabkan kaum cina menjauhi dan membenci umno. Bagi mereka, suara cina2 ini perlu diutamakan, apa yang mereka tak suka jangan kita buat, ikut saja apa kehendak mereka. Kalau mereka minta melayu membenci perkasa, maka mah kita.... Kalau tak lut juga, tuduhlah bhw umno bersekongkol, supaya pemimpin umno menjauhi perkasa, malah patu diharamkan saja perkasa... Itu yang mereka mahu.
Halus sungguh mainan mereka, betullah spt kata tun, kalau melayu membela bangsa, maka dicopkan rasis, macam mana perkasa yang dicop skrg.

....................
Reply To This Comment ...................
October 27, 2012 at 1:02 AM

Sy berharap orang najib dan najib sendiri membaca tulisan ini dan respon dgn segera!! Pada saya, antaya Melayu dan Islam, Islam lebih penting. Antara umno dgn melayu, melayu lebih penting. Antar najib dgn umno, umno lebih penting!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2012 at 6:25 AM

Orang orang Melayu hari ini harus sedar dan bangun untuk menunjukkan semangat keMelayuan kita. Orang orang Melayu seharusnya juga sedar bahawa keistimewaan Melayu sedang di agihkan kepada bukan Melayu. Hak keistimewaan Melayu sekarang sedang diquotakan tanpa kita sedari.

Dari luahan hati Tur Dr Mahathir, dapat dihayati:

Semasa pemerintahan Inggeris,

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, ….

Datang Jepun. mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu …… bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami.

Kemudian, British kembali dan RAJA-RAJA MELAYU diugut AKAN DITURUNKAN DARI TAKHTA mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British.

Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. IA AKAN JADI MILIK SIAPA SAHAJA YANG MENDAPAT TARAF RAKYAT Malayan Union milik British.

……. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. MEREKA AKAN JADI BANGSA YANG TIDAK BERNEGARA, TIDAK BERTANAHAIR. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka BERMULALAH REBUTAN UNTUK NIKMAT YANG DATANG DENGAN PEMERINTAHAN SENDIRI, ….

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.

ORANG MELAYU SUDAH LUPA AKAN BETAPA HINANYA MEREKA SEMASA DIJAJAH DAHULU.

Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya TIDAK TAHU MENGAMBIL IKTIBAR DARIPADA NASIB YANG MENIMPA KAUM SEBANGSA yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

BERSIMPATILAH DAN BERSEDIHLAH DENGAN DIRI SENDIRI, DENGAN ANAK CUCU YANG AKAN ALAMI MASA DEPAN YANG GELAP KERANA KITA TAMAK DAN BEGITU BENCI KEPADA BANGSA DAN PEMERINTAHAN OLEH KITA SENDIRI.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2012 at 8:50 AM

aku rasakan pemimpin Melayu yang ada sekarang WAJIB sedar dan diatas perbuatan mereka yang tamakkan kuasa, bangsa Melayu akan terpinggir.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2012 at 8:57 AM

yang penting dah jadi tak penting lagi dah. tengok dan lihat sendiri, boleh dikatakan semua artikel DT berkenaan bangsa, tak ramai nak komen. mereka tak berminat, tapi kalau ada artikel berkenaan PAS, tengoklah sendiri. mereka mereka tau bahawa mereka itu Melayu tetapi tidak dapat merasakan atau menghayati sikap dan keperibadian Melayu itu sendiri. asalkan pemimpin itu Melayu, mereka tak ambil kesah tanpa menyedari Melayu "ITU" yang akan menggadaikan Melayu "KESELURUHANYA"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2012 at 9:09 AM

Warisan Anak Kecil Main Api

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa diantara kita
Kita lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Kitakan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih semua mimpi
Hapuskan sengeta
teruskan usaha

Kitakan gagah diNusantara (3X)
Kitakan gagah dipentas dunia

....................
Reply To This Comment ...................
October 27, 2012 at 9:26 AM

Kita cepat lupa tahun lalu bagaimana pemimpin2 cina bersatu menghentam Perkasa.Kenapa ?

Kesannya...... lihatlah apa dah jadi pada Perkasa sekarang.... dan pemimpin2 Dap dan Mca pun balik semula lakonan mereka ....legaaaaa...

....................
Reply To This Comment ...................
October 27, 2012 at 9:29 AM

TerimaKasih kerana mengikuti penulisan saya :)

Ya, kita sudah tidak boleh lagi take for granted asal pemimpin itu Melayu, maka otomatik dia bersemangat Melayu.

Kita mesti berubah jika mahu terus kekal relevan. Apa komen Saifuddin agaknya tentang New Politics versi saya ini hehehehe

....................
Reply To This Comment ...................
October 27, 2012 at 9:34 AM

Cara orang Melayu selama ini adalah dengan MENGIKUT saja rentak pemimpin. Semuanya bergantung kepada jenis pemimpin itu. Dapat macam Tun Mahathir maka terbelalah maruah, dapat macam Pak Lah maka tergadailah hak, dapat macam najib maka merengeklah kita.....

Kenapa tidak KITA yang tentukan arah tuju dan cara bangsa kita ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2012 at 10:49 AM

Din, Aku nampak PM Najib tunduk kepada pelbagai tuntutan bukan melayu kerana mengharapkan sokongan politik kompenan yg berpura-pura. UMNO ditipu tetapi tuntutan mereka dipenuhi. Sehingga terang2 Najib berani melanggar perlembagaan. Contohnya Biasiswa untuk pelajar Melayu/Bumiputra. Jelas ada fasal dlm perlembagaan semua pelajar melayu/bumiputra IPTA/IPTS layak mendapatkannya.. Tetapi Najib tidak melaksanakan kerana dibantah oleh kompenen. Banyak dan banyak lagi sedang belaku... UMNO kena berubah.. kita kena pertahankan Hak. Hak orang lain kita tak kacau.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2012 at 12:19 PM

masaalahnya jika benar Najib tertipu dek mainan politik parti komponen, SEMUA bangsa MELAYU akan tergadai. Najib sudahlah tentu dengan keselesaanya sekarang ini, tapi bagaimana pula dengan nasib bangsa MELAYU yang lain?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2012 at 12:27 PM

bagaimana pula kata penulis "KITA yang tentukan arah tuju dan cara bangsa kita?" bagaimana kah agaknya cara yang paling berkesan menolak pemimpin yang berkepentingan diri? saya rasakan UMNO adalah satu satunya parti yang relevan pada masa kini, sekurang kurangnya masa kini. jika dipilih calon, takut takut UMNO akan kalah, tapi kalau dipilih parti UMNO akan menang dan kita akan tetap kecewa. melainkan jika bersama kawasan pilihanraya mereka mereka yang kita tidak ingini, boleh lah kita gadaikan satu atau dua kerusi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2012 at 12:30 PM

senikata lagu yang benar benar memberikan mood perjuangan. kalaulah semua MELAYU dapat memahami serta menghayati seni katanya saya berpendapat tidak ada lagi persengketaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2012 at 12:34 PM

Saifuddin adalah seorang pemimpin dari beberapa ramai lagi pemimpin Melayu yang mesti disekat dari terus melangkah kehadapan. Malapetaka dan bencana kepada bangsa Melayu akan melanda.

....................
Reply To This Comment ...................
October 27, 2012 at 12:47 PM

Kalau anda perasan, tidak sekali pun saya sebut nama UMNO dalam artikel diatas.. KITA yang saya maksudkan adalah ORANG MELAYU. Tapi kita perlu ubah cara pemikiran kita terlebih dahulu.

Saya beri contoh 3 tahun lalu ketika ramai yang menentang deraf MEB Najib, waktu itu tidak ada pemimpin atau parti yang kedepan, cuma suara majoriti orang Melayu bangkit membantah. Kemudian baru timbul Perkasa.

Dan saya percaya ramai penyokong Pas juga akan ikut serta....hanya yang hardcore saja kekal dalam Pas.

Tak perlu menunggu orang lain mulakan, diri kita sendiri. Kalau diri sendiri tak mahu ubah, jangan harap orang lain akan ubah.

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
October 27, 2012 at 6:08 PM

Saudara Din !,

Untok mengubah keselurohanya memanglah susah ,seperti yang pernah saya katakan dahulu langkah awal ialah dengan menjatohkan UMNO diparlimen Pekan dan Temerloh .Pengorbanan harus dibuat
lepas itu barulah kita gosok yang lain.

....................
Reply To This Comment ...................
October 27, 2012 at 6:21 PM

Kalau pengundi Melayu dipekan dan Temerloh boleh berpakat begitu, maknanya dah takde masalah dah ! hehehe

Bila difikir2, menjatuhkan pemimpin bukan jawapannya kerana belum tentu yang menggantikan mereka adalah lebih baik. Mungkin sebagai jalan terakhir ..

Perkasa sudah berada dilandasan yang betul 2 tahun lalu, sayang mereka juga tersasar dan sekarang pengaruh dah kurang banyak

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
October 27, 2012 at 10:03 PM

saudara Din !

Terima kasih kerana respond ,memang benar tiada yang terbaik kalau dilihat dari barisan yang ada ,tetapi kita harus berkorban demi satu pengajaran menjurus kapada satu perubahan.
Jiwa Melayu dah memang tipis sangat dari kalangan peminpin-pemimpin yang ada ,untok menantikan satu kelahiran yang tidak diketahawi bila ,setidak-tidaknya pengorban sebagini satu pengajaran kapada yang ada sebelum seluroh umat Melayu mengalami kehanchuran.
Saya mohon mencadangkan !,

....................
Reply To This Comment ...................
October 27, 2012 at 10:19 PM

Saya cadangkan cadangan ditutup

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 28, 2012 at 12:04 AM

x rasa najib ditipu. bagi dia melanggar perlembagaan x salah. rasa2nya dia sendiri berpegang pada prinsip melayu liberal. kalau menjaga hak melayu bagi dia adalah racist.

bagi dia keadilan di msia adalah sama rata sama rasa.

malang sekali kita ade pemimpin yg begini. selepas tun, nampaknya semuanya x berguna. sama ada anjing amerika ataupn pengkhianat bangsa. ini saja modal msia dan bangsa melayu selepas tun.

melayu hampa.

Post a Comment