........... Rakyat DiNafikan Peluang Berniaga Kerana Premis Mahu Dijadikan Setor - Untuk Perhatian MB Mat Said Segalanya Untuk Rakyat ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Rakyat DiNafikan Peluang Berniaga Kerana Premis Mahu Dijadikan Setor - Untuk Perhatian MB Mat Said Segalanya Untuk Rakyat !

Sunday, October 28, 20125comments

Hari Ahad selalunya tak ramai yang online, apatah lagi hari ni dimana mood Raya Haji masih terasa. Ramai juga yang mungkin dalam perjalanan pulang ke tempat masing2 selepas pulang beraya bersama keluarga dikampung ....Berhati-hati semasa memandu demi keselamatan orang tersayang dan poket tercinta....

Mungkin ini masa yang sesuai untuk saya nukilkan satu masalah yang sedang dihadapi oleh seorang kawan rapat yang sedang berdepan dengan karenah birokrasi pegawai2 kerajaan Negeri yang mungkin kurang faham maksud slogan kerajaan BN pimpinan MB MatSaid - MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN - SEGALANYA UNTUK RAKYAT !


SECARA DIRECT dan RINGKASnya, kawan ni dulu menyewa kedai milik kerajaan Negeri, kemudian diarah keluar bagi tujuan pengubahsuaian. Bila dah siap, cantik dan comel ... kawan ini tidak ditawarkan semula untuk menyewa tapak lamanya. 

Setiap kali ditanya, Jabatan berkaitan akan menjawab sudah penuh, tidak ada kekosongan lagi. Soal hak kawan ini selaku penyewa lama, tidak dilayan.

Terbaru kawan ni dapati salah satu lot kedai terbabit masih kosong dan selama ini digunakan sebagai SETOR menyimpan bahan cetak ( brochure dan  pamphlet ) dan kebetulan pula ia adalah tapak lama kedainya, jadi kawan ni cubalah memohon sekali lagi.

Jadi minggu lepas saya ikut sekali kawan ni berjumpa dengan Exco yang terbabit, tujuan saya untuk menyaksikan sendiri proses bagaimana seorang rakyat membuat rayuan dalam kes2 sebegini. 

Agak mengejutkan bila saya lihat bagaimana rayuan kawan ni ditolak mentah2 ... malah surat Rayuan yang dikemukakan tidak mahu diterima oleh Exco berpangkat Datuk itu. Kawan ni berkeras mahu serahkan juga surat Rayuan itu, terpulanglah Datuk itu mahu simpan atau mahu buang. 

Apa yang buat saya 'nak marah' adalah perbualan ini -

Ginilah Datuk, saya benar2 terdesak. Buat Datuk mungkin perkara ni kecil tapi bagi saya benda ni besar. Ni soal mata pencarian saya. Saya akan teruskan usaha ni ....
Soal awak terdesak itu saya tak boleh nak buat apa. Kerajaan juga ada RASIONALnya dalam tindakan.

Kalau mengikut fakta kes, saya juga teramat ingin tahu apakah RASIONALnya pihak Kerajaan Negeri menjadikan sebuah premis perniagaan sebagai sebuah SETOR dan menafikan peluang seorang rakyat ( atau PENGUNDI ) mencari rezeki disitu.

Secara logiknya, sebuah SETOR boleh diadakan dimana saja. Reaksi Exco berpangkat Datuk itu bagi saya amat tidak logik - Rayuan ditolak mentah2, tidak boleh runding ! Sepertinya ada perkara lain ....

Saya cadangkan kawan saya itu panjangkan Rayuannya keperingkat yang lebih tinggi. Kalau perlu, jumpalah Mat Said sekalipun, saya akan sokong kerana saya sendiri berminat nak tahu apakah perkembangan seterusnya. 

Saya hendak tahu sejauh manakah dipraktiskan slogan - PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN DIRAKYATKAN....... SEGALANYA  UNTUK  RAKYAT !

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 28, 2012 at 6:21 PM

Sedikit teguran kepada DT dan sebelum itu saya mohonlah berbanyak banyak ampun dan maaf jika saya terBODOH. Pada pendapat saya ayat yang DT gunakan itu "Reaksi Exco berpangkat Datuk ....." sepatutnya berbunyi "Reaksi Datuk berpangkat Exco ...." sebab "Datuk" itu gelaran dan "Exco" itulah pangkatnya. Maaf sekali lagi DT dan harap berikan teguran kiranya saya SALAH.

Telah beberapa banyak artikel yang DT muatkan, namun keangkuhan dan kesombongan pemimpin MELAYU masih lagi mekar dan segar. Saya rasa beliau itu sememangnya layak mendapatkan sebuah premis untuk meneruskan perniagaan memandangkan belaiu adalah penyewa sebelum diubahsuai. Sepatutnya juga beliau diberikan priority. Ada kah SEMUA penyewa lama mendapat hak berniaga semula atau pun ada juga yang senasib dengan beliau itu?

....................
Reply To This Comment ...................
October 28, 2012 at 6:31 PM

Amboi ... dia punya nak tegur tuh, berbakul minta maaf terlebih dahulu !:) Peace bro !

Tak silap, hanya seorang saja penyewa lama yang kekal, itu pun beliau puas naik turun tangga jumpa pelbagai pihak dulu. Yang lain semua orang baru.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 28, 2012 at 8:35 PM

Hmm, baru tahu Datuk Exco rupanya nak guna Premis Setor untuk simpan tikus2 kat Terengganu.

Datuk MB, tengok2 lah pe'el Exco kamu, dah le macam2 cherita Melayu ditindas tempat berniaga, ini hal kecil Setor tempat Melayu cari nafkah berniaga pun nak dinafian.

Datuk Exco, ini Setor saja pun, bukan KLCC, takkan tak boleh setel, nanti rakyat marah!

....................
Reply To This Comment ...................
Antihipokrit
October 28, 2012 at 9:03 PM

Din,

Di mana2 aja Melayu bunuh melayu dlm perniagaan. Di Ganu lain cerita, di Selangor PKNS dilelong, di KLCC yg milik GLC pun bunuh Melayu. Pendek kata baik UMNO, PAS, PKR kerjanya bunuh Melayu utk Cina. Amacam?

....................
Reply To This Comment ...................
October 28, 2012 at 9:42 PM

errr... bunuh tanpa niat :)

Post a Comment