........... Pilihan Orang Melayu - Nak Mati Perlahan ATAU Nak Mati Cepat ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pilihan Orang Melayu - Nak Mati Perlahan ATAU Nak Mati Cepat ?

Thursday, October 18, 201214comments

Saya cakap dah ...... Saifuddin Abdullah memang akan bersama Kabinet selagi Najib jadi PM. Cara mereka berfikir SAMA ! New Politics tidak mengambilkira faktor bangsa atau agama, semuanya SAMARATA dan SEMUANYA meletakkan UNDI didepan. Apa-apa tindakan pun harus mengambilkira sokongan politik. 

Bila berdepan dengan isu yang agak sensitif, selalunya akan dituntut sikap TOLERANSI dipihak Melayu bila sedikit demi sedikit hak kononnya digenggam kemas oleh Perlembagaan, dilepaskan bagi memenuhi tuntutan bukan Melayu ......... demi menjaga sokongan politik mereka.

Begitu juga isu Sekolah Cina, segala tuntutan kaum cina dipenuhi sedikit demi sedikit ......... demi menjaga sokongan politik mereka. 

Satu persatu sekolah cina baru akan dibuka. Sijil UEC diiktiraf, Sijil Universiti dari negara China juga diiktiraf ..... yang saya nampak dimasa depan, orang cina TIDAK PERLU faham Bahasa Kebangsaan atau TIDAK PERLU berinteraksi dengan orang Melayu untuk terus hidup di Tanah Melayu, dari waktu dilahirkan sampai mereka mati ! TIDAK ADA KEPERLUAN UNTUK ITU SEMUA.

Tidak kah keputusan kerajaan dan desakan kaum cina dalam isu sekolah ini PENUH DENGAN UNSUR RASIS ? !

Orang Melayu telah KORBANKAN identiti bangsa mereka demi negara bila bahasa Melayu dan Sekolah Melayu dijadikan status Kebangsaan. Mana ada lagi Sekolah Melayu ? Yang ada cuma Sekolah Kebangsaan........ dengan harapan SEMUA rakyat berbilang kaum dapat bersatu dibawah satu payung yang beridentitikan Nasional.

Jika kerajaan berterusan mengiktiraf segalanya yang CINA, kenapa tidak kita tuntut Sekolah Kebangsaan diMELAYUkan semula ! Tidak perlu ada identiti Kebangsaan kalau status itu diperlekehkan oleh pemimpin kerajaan sendiri.

“Untuk pengundi Cina, kita perlu benar-benar, menyelami sedalam-dalamnya isu yang mustahak untuk mereka, misalnya pendidikan.

Secara peribadi, saya rasa kita perlu tunjuk “road map” bila kita nak iktiraf sijil yang dikeluarkan oleh 60 buah sekolah persendirian Cina,” kata Saifuddin kepada TMI. Saifuddin juga yang tahun lepas menggesa kerajaan supaya mengiktiraf Sijil UEC DEMI MENARIK SOKONGAN UNDI CINA- KLiK. Beliau juga yang mengumumkan pengiktirafan Universiti2 China oleh Agensi Kelayakan Malaysia bulan Mac lepas - KLiK

Bagaimana pula dengan isu-isu yang MUSTAHAK kepada orang Melayu ?

Takper...... sebab orang Melayu tak pandai menggunakan kuasa politik mereka. Bila Melayu dalam pembangkang bersungguh-sungguh mahu SAMARATAkan semuanya dengan cina, apa yang Umno perlu tunjukkan adalah Umno tidaklah seLIBERAL Melayu pembangkang walaupun tetap hak Melayu diliberalkan sedikit demi sedikit....... sekurang2nya Umno tidak lepaskan kesemuanya sekali gus seperti janji Melayu PR jika mereka menang.

Malah agenda Melayu langsung diperlekehkan oleh PR !

Jadi orang Melayu tidak punya pilihan. Nak mati perlahan atau nak mati cepat ?

Sepatutnya pemimpin2 negara pecahkan kepala otak memikirkan bagaimana mahu melahirkan generasi bukan Melayu seperti Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan ! KLiK  Itulah yang seharusnya menjadi CABARAN 1MALAYSIA yang sebenar. Melahirkan rakyat yang meletakkan kepentingan Nasional didepan.

Petikan dari link diatas -

Persoalannya, berapa ramai orang-orang bukan Melayu seperti Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan yang telah berjaya kita lahirkan? Rata-rata yang ada adalah mereka yang terdiri daripada kumpulan yang mahukan keadilan melalui konsep sama rata dan sama rasa. Keadilan tidak lagi dilihat menurut definisi yang betul yakni, meletak sesuatu pada tempatnya.

Tetapi apabila keadilan dilihat semata-mata dari sudut konsep sama rasa, sama rata yakni jika orang Melayu dapat sebiji, maka orang bukan Melayu perlu juga diberi satu biji. Jika dua biji diberikan kepada orang Melayu, satu biji kepada bukan Melayu, maka itu tidak adil, tanpa mahu mengkaji atau sengaja buat-buat tidak faham kenapa keadaan sebegini wujud. Ini politik kurang matang yang telah menyelubungi politik Malaysia sekian lama.

Baca juga artikel sebelum ini - 

Apakah Melayu Akan Tewas Jika TIDAK Sokong Sekolah Cina ?

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2012 at 3:04 PM

apa game plan Najib sebenarnya? what's the name of the game, PM oii? Ada buat Kertas Putih ker untuk vernacular schools ni? Apa kata Tunku, Tun Razak & Tun Ismail tentang vernacular schools ni dulu? permanent atau temporary jer?? Inikah hasil blue ocean strategy PM Najib tentang pendidikan negara??
Anak2 saya juga warganegara bumi-berutah-yang-dikelilingi-tiga-lautan ini. Adakah anak2 saya sebagai warga dan murid2 sekolah kebangsaan tak perlu dihargai? Saya orang Melayu yang banyak berjasa juga.

Apa..? undi saya tak pentingkah PM oii?
Kalau nak bodek sangat nak jaga sangat the nons ni, buatlah sangat.

Fine.

Kita sama2 tengok apa balasan yang menjelma kelak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2012 at 4:20 PM

Persoalannya, berapa ramai orang-orang bukan Melayu seperti Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan yang telah berjaya kita lahirkan?

Jawapannya, tak sampai 10% pun.
Antaranya adalah Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Farid Ravi Abdullah, Khoo Kay Kim, Lim Swee Tin, Christine Ling (bekas pengacara TV3), dan Ong Kim Swee (sekadar menyebut beberapa nama)..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2012 at 5:30 PM

sedih bila tengok video ni

http://www.youtube.com/watch?v=T6wg78Gc_SU

Makin hari demi hari nampaknya usaha Allahyarham Datuk Zainal Alam sesia sahaja.

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
October 18, 2012 at 6:17 PM

UMNO ,Melayu kena berkorban dua kerusi parlimen ,Pekan dan Temerloh ,sesal dahulu berpendapatan ,sesal kemudian tak berguna ,bagitulah peringatan orang-orang tua kita.
Sayangkan bangsa ke atau sayangkan ketua,itu sahaja pilihan yang ada.
Jangan harapkan sokong yang membawa rebah,jagan harapkan pagar yang memakan padi.

'Tidak hilang Melayu didunia' ,hanya mintos sahaja ,Melayu akan hilang kalau melayu sendiri tidak berusha untok menghidupkanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2012 at 8:17 PM

nak dia belajar mandrin dan fasih bertutur mandrin. dia ingat kita suma kena ikut macam dia. kalau dia tak iktiraf sekolah cina dan bikin banyak banyak lagi nanti anak anak kita nak belajar madrin macam anak dia dah tak der tempat. dia ni nak untung sangat sangat untuk peribadilah katakan. orang orang Melayu lain gi lah mampus.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2012 at 8:18 PM

dek kerana itu maka betullah najib buat srjkc bebanyak yer? jadi kamu ni nak mati perlahan lahanlah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2012 at 8:21 PM

itu kena tanya datuk rais, apa yang dia buat untuk sama sama memartabatkan bahasa Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2012 at 8:33 PM

Lagi banyak ko tulis Din lagi sakit hati aku.. Mana ada mustahaknya Melayu ni. Sial Najib & Co

....................
Reply To This Comment ...................
October 18, 2012 at 8:41 PM

Melayu jadi taliban dan gerila..bukan untuk menang tapi untuk survive

....................
Reply To This Comment ...................
October 18, 2012 at 8:48 PM

bukan untuk menang tapi untuk survive ..... sedih bunyinya...

....................
Reply To This Comment ...................
October 18, 2012 at 8:49 PM

Salah Umno tuh !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2012 at 10:32 PM

aku sokong saranan kamu tu. ada ker orang orang Pekan dan Temerloh baca blog DT atau orang orang ditempat tu tak tau apa yang sedang berlaku, Najib sedang melelong bangsa Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
October 18, 2012 at 10:51 PM

cuba baca - http://dinturtle.blogspot.com/2011/10/jika-niat-mahu-menjatuhkan-najib-sia.html

hehehe ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2012 at 11:51 AM

NI SEMUA PENYAKIT TINGKAT 4 ERA TUN ABDULLAH SUDAH KEMBALI LAH NI..HARI TU TEMUBUAL BERSAMA RADIO CINA...BELAKANG NAJIB ADA FARID RIDHUAN..

Post a Comment