........... Petronas Merestui Cara Pengurusan Suria KLCC ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Petronas Merestui Cara Pengurusan Suria KLCC ?

Tuesday, October 23, 20127comments

SURIA KLCC Milik SIAPA ?
Ni bahagian ketiga dari siri Diskriminasi Suria KLCC. Sebentar tadi berlangsung pertemuan antara Puan Sherifah dengan pengurusan Suria KLCC bagi menyelesaikan masalah penyewaan lot kedai beliau - Foto Point, yang didakwa sebagai amat berat sebelah dan seolah wujud diskriminasi terhadap usahawan Melayu.

Ada satu persoalan yang bermain2 dikepala sejak saya mula menulis tentang isu ini. Bukankah Suria KLCC itu merupakan sebahagian dari Kompleks KLCC dan dimiliki sepenuhnya oleh Petronas, iaitu sebuah GLC terbesar milik kerajaan ?

Tanyalah SIAPAPUN, gambaran yang ada dalam kepala adalah Petronas = Melayu. Yalah, paling tidak pun DIKAWAL oleh Melayu.

Berapa banyak lagi shopping kompleks besar dan ternama di Kuala Lumpur yang boleh dibanggakan yang dimiliki / dikawal oleh Melayu ? Saya sebut - Yang boleh dibanggakan, jadi lupakanlah yang dibawah UDA.

SEMUA orang pun tahu yang hampir semua premis2 perniagaan dimiliki dan disewa oleh kaum cina. Perkara ini sudah diterima sebagai satu keadaan yang NORMAL /  tidak asing lagi. Budak2 pun pandai sebut. Terlalu normal jadinya sehingga sudah tidak lagi mendatangkan sebarang kegusaran atau kerisauan dibenak hati orang2 Melayu. Betul tak ?

Malah, sedikit pun tidak berdecit dikalangan pemimpin2 Melayu bilamana dalam kes pembangunan BBCC ditapak lama Pudu Jail, pihak UDA dibawah Nur Jazlan beria-ria mahu meLIBERALkan kesemua urusan kontrek .....atas nama survival UDA. ( KLiK )

Alasan yang sama turut diberikan Nur Jazlan ketika bersungguh2 mahu menjual sebidang tanah di Jalan Sultan Ismail kepada MGDB ( sebuah syarikat milik cina ) yang turut disokong oleh KJ ( KLiK ). Mujurlah dalam kedua-dua kes, Kementerian Kewangan campurtangan !

Saya TERAMAT HAIRAN .... bukankah pemimpin2 Melayu yang sama juga yang melalak melolong tiapkali PAU mendakwa merekalah Pembela Melayu.  TAPI kenapa semua itu tidak diterjemahkan dalam bentuk TINDAKAN ? Atau semua itu pun sekadar RETORIKS saja ?

Malas nak cakap banyak ... balik kepada isu Suria KLCC. Bukankah ia milik Petronas dan kerajaan juga seharusnya punya pengaruh yang besar dalam pengurusannya ? Bukan maksud saya kerajaan harus mencampuri segala urusan seharian tapi paling tidak, memastikan dasar2 yang ditetapkan oleh kerajaan terutama Dasar2 Affirmatif dalam memastikan survival Melayu, dilaksanakan ?

Dari artikel sebelum ini ( KLiK ) -
26. Pengurusan Suria KLCC yang terdiri daripada Eksekutif Leasing Debbie Ooi,
Pengurus Leasing Tan Wei Lynn, Pengurus Besar Centre Management 
Francis Tan, Pengurus Besar Leasing David Monaghan dan Ketua Pegawai 
Eksekutif (CEO) Andrew Brien kesemuanya terdiri dari Bukan Bumiputra
atau Warga Asing.

Kenapa pihak Dap tidak bising kenapa tidak ada orang Melayu dalam pengurusan tertinggi Suria KLCC ? Bukankah Dap perjuangkan semua kaum ?

Saya tidak mahu mainkan isu Rasis atau yang melibatkan perkauman kalau tidak bersebab ! Tapi kalau asyik dengar SATU LEPAS SATU LEPAS SATU perniagaan orang Melayu diHALAU keluar dari Suria KLCC sementara SATU DEMI SATU DEMI SATU perniagaan bukan Melayu masuk mengambil alih....... bagi saya INI SATU ISU YANG SEHARUSNYA MENDAPAT PERHATIAN KITA !

Apatah lagi membaca luahan Puan Sherifah melalui artikel sebelum ini... jelas wujud DISKRIMINASI yang diamalkan oleh pihak Pengurusan yang terdiri dari kalangan orang bukan Melayu bagi menguruskan bangunan milik kerajaan terhadap peniaga2 Melayu .

Kalau pun kes Puan Sherifah berjaya diselesaikan secara positif, apakah itu sudah memadai untuk kita meraikannya sebagai satu KEJAYAAN ? Apakah masalah serupa tidak akan berulang lagi kepada peniaga lain atau kepada Puan Sherifah lagi dimasa depan ? Masalah UTAMAnya apa ?

Kenapa TIDAK ADA PEMBELAAN dari Petronas atau Kerajaan kepada peniaga2 Melayu di Suria KLCC ?  Kenapa TIDAK ADA KUOTA ?

Kenapa tidak ditukarkan saja pengurusan sedia ada kepada pengurusan baru yang lebih memenuhi aspirasi kerajaan sepertimana konsep 1Malaysia yang didakwa tidak meminggirkan mana2 kaum dalam waktu sama membela survival bangsa Melayu ? 

Atau sememangnya cara pengurusan Suria KLCC itu merupakan contoh halatuju yang ingin dibawa oleh kerajaan ? ( yang merupakan pemiliknya melalui Petronas )

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 23, 2012 at 8:13 PM

Damn powerful article bro ! Macam ni punya hentak, pontianak harum sundal malam punya kepala pun boleh berkecai.

tapi bro tak citer pun apa jadi kat meeting tadi ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 23, 2012 at 8:19 PM

itu masalahnya bila KLCCP telah disenaraikan, tiap2 tahun kena tunjuk keuntungan lebih baik dari sebelumnya, apa lagi naikan sewa le baru boleh untung banyak, bila untung banyak balu boleh lapat bonus 8 bulan loh.

....................
Reply To This Comment ...................
October 23, 2012 at 8:35 PM

Saya ADA info ( dari sumber yang rapat dengan subjek ) mengenai meeting tadi tapi saya kena berhati2 memilih ayat sebab isu masih dalam perbincangan. Saya tidak mahu menjejaskan sebarang perkembangan positif dipihak subjek. Lewat malam nanti kot saya tulis....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 23, 2012 at 8:57 PM

Bukan saja Petronas, malah anak syarikat Khazanah pun mengamalkan budaya yang sama.Lebih malang lagi, orang Melayu yang berkelayakan tidak diberi jawatan utama malah kaum cina yang tiada pengalaman dan kepakaran di beri jawatan utama. Kalau jawatan yang sama, orang Melayu akan mendapat gaji yang lebih rendah. Itulah hakikat GLC kita.Kita tidak minta keistimewaan,cuma sama rata tetapi bukan di GLC. Jadi sebenarnya UMNO tidak boleh diharapkan untuk membela orang melayu. PRU nanti kita ramai2 undi PERKASA.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 23, 2012 at 10:18 PM

mungkin mcm UDA pengurus bumiputeranya adalah liberal.

saya hairan kenapa semuanya nama di atas cauvinis2 belaka ( panggil cauvinis sbb mereka mengamalkan dasar rasis memberi tpt niaga di KLCC)

mana bumiputera?

tp perangai derang memilih org derang mmg dlm dunia perniagaan cukup terkenal. tanya kontraktor melayu mcm mana nk hidup kt msia. pemimpin melayu buat2 x nampak.

melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
October 23, 2012 at 10:36 PM

Setiap kali dibawa masalah2 individu seperti ini, pastinya akan ditimbulkan akan masalah2 SAMA yang dialami oleh pelbagai sektor lain.Bagus sebenarnya, buka minda kita kepada greater picture.

Tapi kita jangan lari fokus, tumpukan pada issue at hand. Settlekan SATU supaya boleh dijadikan precedent untuk yang lain2.

Saya cuba follow kes ni sampai habis !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2012 at 12:38 AM

Din, mainkan juga isu pembeli rumah yang teraniaya sebab projek terbengkalai. Ada yang kena bayar bank sampai berbelas tahun macam itu aje dan ada yang sampai diisytihar muflis sebab dah tak mampu bayar bank.

Yang pelik, pemaju boleh lepas lari begitu sahaja selama ni (biasanya bangsa apa si pemaju ni). Bank pulak boleh senang-senang bayar penuh pada pemaju tanpa ada kemajuan pada projek.

Selalunya yang ramai kena aniaya adalah Melayu. Selama ni menteri perumahan disandang oleh bangsa yang itu dan masalah penganiayaan ini memang berlarutan.
Mungkin satu lagi bentuk diskriminasi perkauman!

Post a Comment