........... Pembangunan KTrg Jadi Isu Utama PR Terengganu | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pembangunan KTrg Jadi Isu Utama PR Terengganu

Tuesday, October 30, 20123comments

Dalam saya ingat diTerengganu ni takde isu, rupa2nya Pas sudah mengatur rancangan untuk membesarkan isu projek pembangunan di Kawasan Ladang, Kuala Terengganu yang sedang rancak berjalan sebagai isu utama mereka menjelang PRU13.

Tiga ceramah PR yang saya hadiri sejak akhir2 ini semua memainkan isu ini. Dan dari Harakah, ternyata pembangkang cuba menjadi Juara Rakyat Terengganu melalui isu ini -

NGO mahu penduduk tanah tradisi Terengganu dibela

dan video kenyataan Hadi dan Salleh Embong, Ketua NGO IPR ( yang pertama kali saya dengar ) KLiK

Artikel dan gambar2 yang saya ambil sendiri adalah sebagai rujukan sekiranya perlu.

Gambar terbaru Projek Ladang yang rancak berjalan
Kawasan Pantai dalam Lagoon
Kampung Yang Menunggu Masa DiRombak

Flat Ladang Gemilang 
Menariknya, langsung tidak disebut segala janji2 sepertimana terkandung dalam manifesto Pas untuk Terengganu ! Mungkin itu cara old school kot hehehe...

TAPI saya percaya Umno Terengganu sikit pun tak goyang dengan perkembangan ini. Mereka sudah lama bersedia. -Umno Terengganu tak bimbang serangan bertubi-tubi pembangkang

Dan yang paling gempak, Umno Terengganu sudah pun menggerakkan Unit Perang Siber ! KLiK WOW !

Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu mewujudkan kumpulan penggerak di peringkat akar umbi yang dikenali sebagai `unit perang siber’ bagi menangani persepsi negatif mengenai Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pengarah Strategik Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Dato’ Rosli Mat Hassan, berkata kumpulan yang berfungsi sebagai perisai di peringkat Kerajaan BN serta Umno negeri bertujuan menangkis dan menguruskan persepsi itu dengan baik sama ada menerusi facebook, twitter, blog dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
.


Kepada CYBERTROOPER UMNO TERENGGANU tu , Hello-hello la sikit. Saya nak beri salam saya tak kenal. Nama blog anda pun saya tak tahu.

Patutlah beberapa pemimpin Umno buat tak layan jer bila saya offer nak tolong berikan promosi atau menjawab isu2 yang timbul di Terengganu. Tak cukup layak kot hehehe ...

Apapun saya akan keeptrack isu2 yang bakal hot diTerengganu menjelang PRU13. Dan saya akan komen ikut cara saya sendiri sebagai seorang blogger bebas. 

Gambaran Wajah Kuala Terengganu Selepas Semua Projek Siap

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 31, 2012 at 10:39 AM

Mohon share gambar last tu :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 31, 2012 at 1:05 PM

Terbaik bro!..tak sangka Umno Trengganu begitu advance dlm menghadapi infra pembangunan bg negeri sebelah timur semenanjung, semoga niat baik begini akan memberi "win win situation" pada kerajaan negeri dan rakyat negeri Trengganu am nya. Syabas Umno Trengganu, saya dari Perak mengharapkan Umno BN di tempat lain juga akan mengikuti cara Umno Trengganu merancang pembangunan yang teratur supaya jgn difitnah oleh puak2 pembangkang.

....................
Reply To This Comment ...................
January 13, 2013 at 3:29 AM

tahniah.teruskan usaha kerajaan negeri demolish rumah kayu dalam kawasan bandar.harap semuanya berjalan lancang.ambe mahu tengok KT membangun dengan pesat.InsyaAllah.

p/s:semoga rumah kayu dalam bandar berkurangan.

Post a Comment