........... Pas Tak Habis2 Lagi CAKAP Tentang Hudud ? Setakat CAKAP Jer la... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pas Tak Habis2 Lagi CAKAP Tentang Hudud ? Setakat CAKAP Jer la...

Tuesday, October 30, 20127comments

 

Artikel saya copy dari dtenggara

HADI AWANG NAK POLITIK, POLITIK SAJA...

Ayat di bawah ini keluarnya dari Presiden PAS. Presiden tau, bukan cacai PAS. Ayatnya ialah; 
Setiap penganut Islam sebelum wujudnya PAS dan Umno wajib beriman dengan hukum hudud. Maka penganut Islam dalam Umno wajib bertegas dan istiqamah dengan Islamnya, seterusnya bertindak sama ada memecat MCA daripada BN atau Umno dipecat atau keluar daripada BN atau ahli-ahli Umno yang beragama Islam keluar Umno beramai-ramai.

Hadi Awang....kalau nak berpolitik, nak jadi wakil rakyat, nak jadi menteri, berpolitik sahajalah. Tak payahlah nak jual dan selit-selit bab agama lagi. Cakap aje berdegar-degar, tapi berbelit-belit sekadar mencari keuntungan untuk politik peribadi dan parti.

Apa bezanya perlakuan MCA dan DAP? Boleh sahaja ayat di atas berbunyi begini;
Setiap penganut Islam sebelum wujudnya PAS dan Umno wajib beriman dengan hukum hudud. Maka penganut Islam dalam PAS wajib bertegas dan istiqamah dengan Islamnya, seterusnya bertindak sama ada memecat DAP daripada Pakatan atau PAS dipecat atau keluar daripada Pakatan atau ahli-ahli PAS yang beragama Islam keluar PAS beramai-ramai.

Jangan untuk keuntungan politik peribadi, umat Islam berpecah belah. Bukankah lebih elok mencari jalan penyatuan untuk memperkukuhkan lagi Islam dan Melayu? Kalau Islam dan Melayu dah betul-betul kukuh dan kuat, maka ayat yang sebegini juga tak mungkin akan keluar dari mulut Hadi Awang;
Ingin saya pertegaskan sekali lagi bahawa pelaksanaan enakmen Islam adalah hanya untuk orang Islam sahaja, sama sekali tidak untuk bukan Islam.

Ayat Hadi di atas inilah yang menjadi persoalan kepada kebanyakan Islam pada ketika ini. Apakah hudud, hukum Allah itu tidak sempurna untuk kegunaan semua manusia? Kalau takut untuk mengakui kebenaran kerana bimbang tidak mendapat sokongan bukan Islam, maka eloklah jangan bercakap soal agama di pentas politik.
Lebih elok lagi selaku Presiden parti, ajak ahli parti ramai-ramai meninggalkan PAS dan mengisi borang UMNO kerana terlanjur UMNO sudah memegang kuasa. Perkuatkan Islam itu dari dalam UMNO dengan bersama dengannya. Kalau dah semua ahli PAS menjadi ahli UMNO, tak mustahil dalam pemilihan UMNO nanti, lebai-lebai PAS pulak yang akan menguasai UMNO. Dengan berkumpulnya Islam dan Melayu di bawah satu entiti besar, bukankah lebih senang untuk bertindak dan mengubah keadaan.

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
October 30, 2012 at 2:27 PM

Mana boleh Din.Kalau masuk umno nnti jd KAFIR.Sebab MENENTANG UMNO ITU JIHAD,MENENTANG BN ITU JIHAD.JIKA DITAKDIRKAN MATI MAKA MATI SYAHDID.

Gila mu ni Din.Takkan la diaorg semua nak mati KAFIR.Bak kata azhar Idrus,masuk umno ni ibarat masuk tong najis,sesat kita di dalam neraka.

....................
Reply To This Comment ...................
October 30, 2012 at 3:14 PM

saya mmg setuju sgt...bubar PAS semua masuk dalam UMNO dan berkempan dari dalam...
kalau anwar boleh buat dgn PAS takkan la PAS tak boleh buat kat UMNO camtu...dah sah sah UMNO parti pemerintah

....................
Reply To This Comment ...................
October 30, 2012 at 4:24 PM

hehehehe.. pasti Umno kelam kabut ! Pas ada berani ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2012 at 6:20 PM

tahniah din ... ulasan anda memang mantap ... ini membuatkan chai-chai pembangkang tidak mampu menerjah blog anda dan membuat komen separuh masak. memang chai-chai pembankang akang menghentam dengan komen separuh masak kalau dalam membuat ulasan kita memberikan lubang kepada mereka untuk menerjah masuk. aku minat membaca ulasan anda yang memang mantap ini dan membuatkan chai-chai pembangkang terkedu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2012 at 7:13 PM

bila agaknya pencacai mereka nk faham bahawa pas ni bertopengkan agama je.

petunjuk Allah SWT dh bagi berkali2.

melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
October 30, 2012 at 8:24 PM

Saya amat bersetuju dgn anda, memang kupasan DT ini sungguh mantap dan ada impak. Tak boleh dibayangkan bagaimana reaksi DAP, MCA dan Gerakan jika perkara ini menjadi kenyataan. Hanya keajaiban kehendak Allah sahaja ianya akan terhasil. Kalau diikut nafsu pok nik dan hj hadi, sampai kiamatlah benda ni tak boleh jadi.
Dendam pok nik terhadap umno umpama dendam syiah kpd sunni, mereka sanggup memenggal kepala sunni disebabkan dendam dan rasukan iblis.

....................
Reply To This Comment ...................
October 30, 2012 at 8:53 PM

artikel hasil nukilan blogger dtenggara :) saya copy jer sebab saya juga suka dengan point2nya

Post a Comment