........... NO WAY ! - Mat Bodek Pertahankan Hadi | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

NO WAY ! - Mat Bodek Pertahankan Hadi

Wednesday, October 3, 20129comments

Ada bunyi2 RIAK bila orang Pas cuba bodek bos mereka Haji Hadi susulan artikel awal yang menyebut tentang kemungkinan kemunculan semula Giant Killer Datuk Rahman Bakar yang pernah menewaskan Hadi sebanyak 2 kali pada tahun 1986 dan 2004 di lubuk Hadi sendiri iaitu Marang.


Mat Bodek bersama Hadi
“Saya penuh keyakinan, ‘no way’ (tidak mungkin dapat dirampas BN)! Keputusan seterusnya, ALLAH SWT yang tentukan,” tegas Yang Dipertua Pas Kawasan Marang, Yahaya Ali   SINAR

Sekali baca memang bunyi macam sial jer .... seolah kemenangan Hadi sudah termaktub, tak boleh diubah. Keputusan Seterusnya barulah Allah yang tentukan ....  ? Keputusan seterusnya ? 

Macamlah Hadi kuat sangat di Marang ! Perhatikan keputusan dua Pru sebelum ini -

PRU11
1. Datuk Abdul Rahman Bakar (BN) 28,076

2. Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas) 27,913


PRU12
1. Datuk Seri Abdul Hadi - 33435
2. Datuk Ahmad Ramzi - 30688

Jangan lupa, Marang adalah TEMPAT HADI dimana letaknya rumah beliau dan juga Masjid Rusila. Ia diibaratkan LUBUK Pas, tapi lubuk apakebenda kalau menang pun cukup makan je..... lainla kalau majoriti kemenangan Hadi belas2 atau puluh2 ribu  dari jumlah 60ribu+ pengundi.

Bagi saya Parlimen Marang lebih kepada 50-50 sebab keputusan lepas2 membuktikan sokongan kedua2 BN dan Pas agak seimbang dan konsisten. Untuk mengatakan NO WAY / TIDAK MUNGKIN adalah agak over konfiden dipihak Pas...... atau mungkin disebabkan kerisauan ?

Tapi kenyataan /pengakuan Yahaya seterusnya agak kelakar bunyinya selepas kenyataan NO WAYnya tadi -

“Orang parti memang macam itu. BN akan kata yakin (rampas Parlimen Marang) dan kalau tanya saya, saya juga yakin tetapi dengan perkembangan yang ada, insya-Allah kita yakin (pertahan kemenangan),” 

Hahahahahahaha ....... macam itu kan lebih beriman bunyinya !

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2012 at 8:32 AM

kawasan marang tu 50-50.. tak tentu lagi sape yang akan menang jika datuk rahman bakar masuk bertanding.. dengan isu pas jadi balaci dap, dengan tiadanya undi protes terhadap bn..maka kemungkinan untuk bn menang itu tetap ada..so hj hadi kena bersedia..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2012 at 8:39 AM

tapi datuk rahman bakar skrg senator. lgpun beliau ada masalah strok jd agak susah jgk nak letak dia jd calon. sayang sbb dia mmg friendly dgn semua org dan kalo sihat mmg boleh jd buku temu ruas.

....................
Reply To This Comment ...................
October 3, 2012 at 9:28 AM

Assalam Bro

Apa-apa pun terpulang pada orang Marang... Kalau masih nak kena tipu dengan Hadi sila undi dia... Kalau mahukan kemajuan undilah BN.... sendiri mahu ingatlah... esok-esok bila dah mati disumpah oleh cucu-cicit sebab undi kita menyusahkan hidup mereka dikemudian hari...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2012 at 9:38 AM

aku rasa umno terengganu perit sikit tahun ni...banyak isu yg akan timbul...psl bola pun boleh buat umno terlingkup..mari kita sertai ABC...asalkan bukan che mat...paroook bola tempat mu deng...

....................
Reply To This Comment ...................
October 3, 2012 at 11:00 AM

Salam bro din,

Nk tanya sbb sy ni org Kedah jd sy tak tahu selok belok pasal politik Ganu.Kalau mengikut statistic kekuatan 50-50,nampak peluang utk menang tetap ada.Takan BN Ganu tak mampu nk ketengahkan tokoh lain yg baru dn lebih muda?

....................
Reply To This Comment ...................
October 3, 2012 at 11:29 AM

OK, saya nak jawab kali ni. Jawapan saya berdasarkan pemerhatian sebagai ORANG LUAR, beberapa percubaan untuk dapatkan info dalaman atau nak beramah mesra dengan pemimpin2 Umno Ganu TAK DILAYAN.

Pada pandangan saya - Umno Ganu DOK ROK CHETONG ! Ramai yang hanya memikirkan diri masing2. MB pula tak pandai nak manage orang2nya, jenis ikut kepala dia jer.

TAPI Umno Ganu bernasib baik sebab Pas lagi TERUK !

....................
Reply To This Comment ...................
October 3, 2012 at 11:31 AM

errr.... bukan ke orang Pas kata pemain2 bola yang buka aurat tak layak jadi wali ? Tak kan orang Pas pun tengok bola ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2012 at 7:19 PM

Salam dinpenyu(bulan bahasa malaysia katakan),
Skrg kat sy ada kat chenering, tgk bapak punya besar markas kat rusila... Ade gak markas yg dekat btl dgn masjid...cantik masjid tu,tp syg,maskas lebih diimarahkan dr masjid.... Markas tau la sape yg buat, masjid tu ms zaman pas ke bn yg buat? Asal org suka jemaah kat markas?isu politik ke?
:)

....................
Reply To This Comment ...................
October 3, 2012 at 9:06 PM

Saya tak pasti siapa yang bina Masjid Rusila tapi dari awal 80an lagi ia sudah sinonim dengan Hadi

Post a Comment