........... Nik Aziz - 'Padanlah Kena Rogol Pun' - Buat Wanita Islam Saja la | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Nik Aziz - 'Padanlah Kena Rogol Pun' - Buat Wanita Islam Saja la

Tuesday, October 30, 201211comments

Saya malas nak ungkit balik Isu Nik Aziz Padan Muka Kena Rogol Sebab Buka Aurat bila ia disebut oleh Mca baru ni. Ada saya tulis artikel mengenainya tahun lepas - KLiK

Dalam video itu Nik Aziz berkata - “Dah dia buka aurat. Dirogol. Padanlah muka dirogol. Dia jual murah-murah. Dia dok jual murah-murah. Betis dia, muka dia, peha dia. Rogol lah! Peduli apa?

Saya faham yang beliau menyebutnya dalam nada sarkastik. Tapi nak buat macamana kan .... politik kita ni, setiap kenyataan yang keluar dari mulut pemimpin harus dijaga supaya tidak disalahtafsirkan. Lebih2 lagi kalau kenyataan yang bernada sarkastik atau bersifat perumpamaan.



Kenyataan kontroversi itu bermula pada minit 5 ke atas

Kedua2 pihak BN dan PR akan buat-buat bodoh, seolah tidak memahami maksud yang tersirat, menyerang habis2an apa yang TERSURAT.

Tapi saya sebut balik kali ni sebab kenyataan balas dari Nik Aziz yang boleh makan diri lagi !

“Saya sebut tutup aurat untuk orang Islam tidak kepada bukan Islam. Kalau tak tutup aurat “padanlah” kalau kena rogol pun." Harakah

Apakah itu jawapan terbaik dari Nik Aziz untuk menjelaskan kontroversi ? Kalau dalam video itu bolehlah kita anggap sebagai sarkastik tapi kali ni bunyinya serius !

Kenapa dibezakan antara wanita Islam dengan kafir dalam soal ' padanlah kena rogol pun ' ? Sekiranya Nik Aziz dilantik sebagai Hakim, apakah pandangan sebegitu menunjukkan Keadilan ?

Malah kalaupun ditujukan kepada wanita Islam saja, adakah pandangan sebegitu ADIL ? 

Aurat ni luas, bukan hanya terhad kepada bahagian kemaluan saja. Saya beri contoh - Bagaimana kalau sorang wanita Islam itu memakai jeans ketat yang menampakkan susuk tubuhnya yang mengiurkan, yang pastinya menggoda iman para jejaka yang sememangnya selama ini digoda nafsunya melalu pelbagai iklan peralatan dan ubat seks yang sering mereka tonton / baca , tidak kurang juga dengan cerita2 tentang pemimpin mereka yang ditangkap berduaan dengan bini orang lain dalam sebuah bilik tapi terlepas hukuman sebab teknikal ........CONTOHNYA -


MUNGKIN ... saya ulang ya, MUNGKIN para jejaka semua itu SENGAJA berjalan dibelakang sebab pemandangan depan, belakang dan sisi tak sama ...... Jaket bisa saja tersingkap dan pemandangan alam yang dinanti2kan MUNGKIN saja -


Nah ...kalau siGADIS itu dirogol oleh jejaka yang tak tahan nafsunya, apakah Nik Aziz akan kata - Padanlah dengan muka mu ...! Aku pun belum tentu .. Duk jual paha mu, jamban mu murah-murah ... siapa suruh !

Siperogol macamana ? Umno macamana ?

Itu CONTOH jer ....


“Tapi oleh sebab dia pandang serong awal-awal lagi kepada Islam, maka dia beremosi. Ini sesuailah dengan Umno yang juga pandang serong terhadap Islam,” kata Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Umno jugak ....... alahai ...

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2012 at 9:33 AM

maksudnya.....dgn org bukan islam, jgn main2...tapi dgn org melayu islam, katalah apa saja. mereka hanya akan diam, dan lama2 lupa saja....

....................
Reply To This Comment ...................
October 30, 2012 at 9:49 AM

Satu pandangan sisi yang menarik. Berhati2 bila mengeluarkan kenyataan berkaitan orang kafir sebab mereka mungkin marah dan kita kena jaga hati mereka tapi kalau tentang umat Islam - ikut pandai mu lah !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2012 at 9:52 AM

Bengong mu ni nik.. Molek tobat la.. Bodo nik ajih..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2012 at 11:13 AM

Saya agak apabila dia berkata "UMNO pandang serong terhadap Islam" ialah pabila UMNO pandang serong terhadap agama Syiah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2012 at 12:01 PM

Ingat lagi tak Iklan Puasa Ramadhan 2011 – 8TV yang ditarik balik. Salah satu mesejnya adalah "do not wear tight & revealing clothes". Punyalah marah yang kafir. Yang Islam pun ada yang terasa.

....................
Reply To This Comment ...................
October 30, 2012 at 2:36 PM

Penyelesaian sebarang masalah-UMNO!Hhahahhahahha..

Pencacai pembangkang mmg mcm 2 la...Bila keluar apa isu mcm isu jet hari 2.Semua diam buat2 bodoh dan buat seolah tak ada apa2 berlaku.Tp bila pemimpin mereka sebut UMNO dlm hujah dn alasan spt "umno ingin menjatuhkan saya","umno dn utusan manipulasi statement saya",umno terdesak melihat kemaraan saya","umno dengki dgn saya",maka pencacai mereka akan bertakbir dn pulang dgn lega kerena mendapat ALASAN YANG MENEPATI CITARASA MEREKA.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2012 at 7:17 PM

mana2 org berakal kalaupn secara sinis xkan tergamak ckp mcm tu. cuba kalau ade anak perempuan dan pernah kene rogol.

lebih2 lagi org yg disogok dgn gelaran tuk guru.

lebih2 lagi org yg dikatakan hebat ilmu agama dan dahsyat iman dia.

sampai sekarang dia x minta maaf kenyataan keterlaluan dia.

pewaris nabi? jauh sekali.....


melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2012 at 7:22 PM

Duk jual paha mu, jamban mu murah-murah ... siapa suruh !
Apa maksud jamban? Toilet ke? Maaflah, loghat kelantan sounds very funny, tak paham lah saya. *!*
PCP 84

....................
Reply To This Comment ...................
October 30, 2012 at 8:50 PM

Jamban tu .... errrr ....toilet bowl sekali ngan tangki air ia....

....................
Reply To This Comment ...................
October 30, 2012 at 8:56 PM

kalau yang dalam video itu saya boleh terima yang Nik Aziz berlawak, melihat kepada crowd dan lokasi. Tapi yang diatas ini adalah penjelasan kepada media. Majlis Peguam dan para ulama harus bersuara !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 31, 2012 at 9:41 AM

nak buat macamana...PAS mmg mcm tu. lembut dgn org kafir tapi keras pula dgn org islam. mcm juga hudud, ada pulak hanya utk org islam? kalau gitu, perempuan islam yg tak tutup aurat, padan muka kena rogol. org islam yg merogol pulak, kena rejam. bukan islam yg merogol, penjara saja. mcm ni punya cacamarba, tak hairanlah org kafir menyokong PAS. PAS pulak tergaru2 hairan, kenapa melayu islam mula menolak PAS...

Post a Comment