........... New Politics = Politik PLAYSAFE | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

New Politics = Politik PLAYSAFE

Sunday, October 14, 20129comments

Sebelum ni saya malas nak komen tentang Datuk Saifuddin Abdullah bila beliau menerima kecaman hasil kenyataannya - serangan dijalankan BN ke atas Soros, berpotensi "memakan diri sendiri" kelak - yang dilihat sebagai talam dua muka, cuba memenangkan kedua belah pihak tanpa memberi sebarang komitmen yang jelas.


Tapi penjelasan akan New Politics beliau ini agak menjengkelkan !

"Saya bukan sokong  Soros atau Suaram. Saya tak membela Soros atau Suaram. Saya cuma menyatakan pendapat dari perspektif politik baru iaitu politik yang berasaskan ilmu dan kebijaksanaan."

Cuba baca balik pelan2 dan fahami apa yang Saifuddin cuba sampaikan diatas baik secara tersurat atau tersirat , sengaja atau tak disengajakan ....

Secara mudah dan kasar saya tafsirkan Saifuddin PERASAN dia golongan INTELEK yang satu level lebih tinggi dari orang lain yang tak sependapat dengannya ! 

Siapa pula yang memberi ANUGERAH KeILMUan dan KeBIJAKsanaan kepada cara New Politics nya ? Atau dia sendiri yang letak status itu ? 

Apakah maksud Saifuddin.cara berpolitik yang diamalkan selama ini oleh SEMUA pemimpin termasuk negarawan Tun Mahathir adalah cara lapuk, tidak berasaskan Ilmu dan Tidak Bijak ? 

Bagi saya pemahaman New Politics beliau adalah pemahaman yang SEMPIT ! Cara politik barat yang langsung tidak mengambilkira faktor bangsa dan agama.

"Politik kita terlalu adversarial, sehingga menimbulkan permusuhan sesama sendiri,"

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, "kita perlu tingkatkan diskusi politik ke tahap yang lebih tinggi."

Apakah Saifuddin mengambilkira faktor Agama yang diPolitikkan dan kesan Ketaksuban ahli kepada parti dan pemimpin dalam berpolitik ? Bagaimana mungkin mahu berdiskusi ketahap yang lebih tinggi dengan golongan yang sudah tertutup minda ?

Adalah LEBIH BAIK sekiranya Saifuddin tumpukan usaha meREVOLUSIkan cara berpolitik pembangkang kearah New Politics nya terlebih dahulu


"Menurut kajian-kajian, mereka ( golongan pertengahan ) 30 peratus daripada pengundi; menilai dari segi artikulasi idea dan dasar; tak minat serangan-serangan politik yang keterlaluan.

"Mereka faham politik ada bidasan dan serangan, tapi mereka tak suka bila ia keterlaluan seperti serangan peribadi dan menghukum di khalayak sebelum didapati bersalah secara perundangan,"


Ya, dari segi teorinya saya bersetuju dengan kenyataan Saifuddin diatas.  Tapi jika sentiasa mengamalkan PLAYSAFE juga boleh dianggap KETERLALUAN ! Hmmmmm ..... dalam beberapa isu sebelum ini, mungkin takrif PLAYSAFE adalah lebih sesuai untuk New Politics.

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2012 at 5:23 PM

new politics... new world... adakah saifuddin pendukung zionis di msia?
terus terang saya x terperanjat kalau sudah lama agen mereka bertapak di msia.

setau saya cuma satu golongan yg suka sebut "new" sbb bende ni bagi derang sgt mustahak.

harap2 dia hanya terpengaruh dgn idealism mereka. cuma kita hairan dr mana dtgnya pengaruh tu di msia.

sekarang penjajahan zaman baru, menukar regime dan sebagainya segala2nya bukan mustahil. mungkin lepas anwar jadi pm nnt kita akan dgr byk konsep "new" lagi. yg ini saya mmg x sangsi dia anjing zionis.

melayu hampa-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2012 at 8:19 PM

kalu psl soros, baru je najib mengaku jumpa soros slps merahsiakan selama 2 tahun.mungkin saifudin tahu krn ia skng tikam umno balik psl isu soros..lps tu semua ngo yg tentang soros terus terdiam..kalu ttg dana asing, baru je menteri umno jelaskan yg 40juta dr hong kong adalah unt umno..boleh jelaskan dana asing ni dr mana?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2012 at 10:58 PM

New politics ... sepatutnya memberi penjelasan yg kukuh tanpa keraguan ... bukan ayat tergantung

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2012 at 11:45 PM

Saya amat tidak bpuas ati ngan 2 orang menteri iaitu nazri dan pudin. Kedua-duanya bercakap soal kbebasan bersuara. Bermaksud kita perlu respek pada pendapat orang yang tidak sealiran dgn kita. Meskipun ianya menyentuh soal perlembagaan negara atau menyebarluaskan fitnah terhadap pm khususnya dalam isu scorpene-tuya.

Bila cukup tempoh nanti, saya mintak pm tolong pencenkan mereka berdua.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2012 at 5:54 AM

Semua bukti telah menunjukkan bhw nuar memang ada hubungan istimewa dengan soros. Tapi beliau merahsiakan hubungan itu lebih lama dari tempoh pertemuan najib dengan soros. Diulangi ye, ianya hanyalah pertemuan semata2 dan ianya tiada hubungkait langsung dengan memohon dana asing. Lagipun, siapa yang paling kerap ke luar negara? Nuar atau najib? Takkan dengan sekali pertemuan sahaja, soros terus setuju untuk kasi dana pada najib. Sudah tentulah kena ada pertemuan susulan. Setiap kali najib ke luar negara, ada rekod di wisma putra dan kedutaan di luar negara. Ada ketelusan di situ. Nuar ada tak berkunjung ke kedutaan kita jika beliau ke luar negara? Kebanyakan perjalanan nuar di luar negara dirahsiakan sehinggalah didedahkan oleh blog AIDC bahawa beliau bertemu dengan tokoh2 yang berkaitrapat dengan pertubuhan yahudi. Jika masih tak percaya, silalah bertanya kepada bekas pembantu beliau iaitu sdr rahimi.

....................
Reply To This Comment ...................
October 15, 2012 at 7:14 AM

artikel berkaitan penjelasan SA tentang New Politics bukan berkaitan jawapan beliau terhadap soros.

ulang - SA dan New Politics nya

....................
Reply To This Comment ...................
October 15, 2012 at 11:40 AM

Ini adalah species nuar jr..Bila buka mulut bersembur2 keluar pelbagai term dn petikan2 falsafah yg dipetik entah dari mana untuk menjadikan setiap statement dia nmpk BOMBASTIK tp content hancur lebur.

....................
Reply To This Comment ...................
October 15, 2012 at 12:26 PM

Itu baru betul definasi New Politics !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 1, 2012 at 5:31 PM

saifudin ni bagus orgnye.. nape nk perlu pencenkn? yg perlu pencen adalah najib. pandangan saifudin ni bernas n hak seseorg tuk bersuara

Post a Comment