........... Najib BODEK Cina ...Peeergh, Meleleh Orang Cina .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib BODEK Cina ...Peeergh, Meleleh Orang Cina ....

Tuesday, October 9, 201224comments

Baru semalam saya menulis dua artikel yang menghentam sekolah cina, hari ini Najib tampil sekali lagi dengan pakaian Bapa Vernakular Malaysia ! Nak tak nak, saya terpaksa jugalah komen .... tapi sebelum itu biar saya jelaskan satu hal.

Kenapa mentaliti kita tidak boleh terima kalau ada orang mengkritik Najib ? Apakah kalau kita sokong Umno BN maka kita mesti SENTIASA menangkan pemimpin nya  .... walaupun adakala kita tidak bersetuju dengan tindakan mereka ? 

Salahkah kalau saya menegur pemimpin Umno termasuk Najib atas perkara yang bagi saya tidak betul ? Saya tidak dibayar untuk menulis jadi saya tidak perlu berlagak seolah saya menjadi penulis berbayar !

Tidak berkecuali juga pengomen yang bersifat keanak2an .... hanya kerana saya kritik Umno maka disarankan saya supaya sokong PR ? ? ? Habis tu kalau saya kritik PR juga ? 

Apakah pemimpin PR itu Maksum ? Apakah pemimpin Umno itu Maksum ? Semua kata TIDAK ! Tapi JANGAN SEKALI2 KRITIK ! Hahahahahaha ....

OK, sambung balik isu Najib ngan sekolah cina. Artikel Bernama saya copy sepenuhnya dibawah ...

Najib asyik bercakap tentang Malaysian Way atau Cara Malaysia yang kononnya telah berjaya memupuk perpaduan serta mewujudkan integrasi nasional berdasarkan toleransi .... terlebih dahulu kita kena faham Najib bercakap dalam konteks sekolah cina @ sekolah vernakular.

Dengan katalain, Najib memberi JAMINAN sekolah cina tetap wujud ! kerana itu adalah CARA MALAYSIA.... Sekali lagi Najib mengulang kebanggaan beliau kerana HANYA diMalaysia wujud sekolah vernakular yang mengajar dalam bahasa cina .... LAST KOPEK Najib mendabik dada sebagai PEMBELA SEKOLAH CINA berbanding Anwar  !

Peeeeerrrrrgghhh ...... wa cakap lu - meleleh orang cina dengar ......  Jadi tidak salah kalau saya berikan gelaran BAPA VERNAKULAR MALAYSIA kepada PM Najib.

Ini kali KEDUA Najib membandingkan pengorbanannya kepada sekolah cina dengan Anwar .... Tahun lepas lagi ganas -

Pada masa itu, sebelum saya ada seorang Menteri Pendidikan yang tidak mahu melakukannya (pindaan akta), tiada keberanian untuk melakukannya. KLiK
.
Yalah, yalah ... sudah-sudahlah tu nak angkat diri dalam soal sekolah cina ... orang cina tetap juga tak puas hati. Diorang peduli apa dengan CERITA LAMA PENGORBANAN NAJIB... mereka tetap dengan SIKAP OPPORTUNIS, mengambil kesempatan diatas perpecahan orang Melayu untuk TERUS menuntut .... 

Merujuk kepada artikel Bernama itu, PERSOALAN UTAMA yang harus kita tanya dulu adalah - Apakah tahap perpaduan dan toleransi antara kaum dinegara kita SEMAKIN MENINGKAT atau SEMAKIN TERUK ?

Jika anda rasa ia semakin baik, maknanya TIDAK ADA ISU LANGSUNG. Jadi tak payah layan artikel seumpama ini. 

Tapi jika anda rasa ia semakin TERUK, maknanya ada perkara yang Najib tak nampak atau sengaja buat-buat tak nampak.

Kita jangan bercakap ikut TEORI saja tapi LIHAT pada kenyataan. Kalau dah tak reti nak bercakap dalam SATU BAHASA SAMA ( Bahasa Kebangsaan ), bagaimana mungkin hendak diwujudkan Perpaduan atau Toleransi yang Najib sebut itu ? Kalau dari kecil sudah diasingkan kanak2 mengikut kaum ( ie sekolah vernakular ), bagaimana nak ada integrasi ?

TIDAK SALAH setiap kaum mahu mengekalkan budaya, agama dan pendidikan ibunda masing2 tapi jangan dipinggirkan faktor Nasionalisma dan Patriotisma. Bahasa Kebangsaan MESTI DIDAHULUKAN berbanding bahasa ibunda.

PASTIKAN SETIAP RAKYAT FASIH DALAM BAHASA KEBANGSAAN TERLEBIH DAHULU !

Kenapa Najib tidak pernah nak komen tentang penguasaan Bahasa Kebangsaan dikalangan murid2 sekolah cina. Muhyiddin pun tak pernah nak sebut. Mereka hanya prihatin dengan tahap penguasaan bahasa Omputeh jer...

PS - Saya percaya perkara ini TIDAK AKAN dijadikan isu oleh PR. Sebab kalau bab sekolah cina ni, SEMUA pemimpin politik akan sokong. Pemimpin Umno tidak akan berani menyanggah Najib .... kalau mereka nak jadi Winnable Candidate la. Pemimpin PR pun tidak akan berani menyinggung perasaan orang cina..... mereka siap bersama2 Dong Zong lagi dalam demo.

Jika isu Perpaduan ini dijadikan satu2nya isu penentuan dalam PRU13 - Saya akan kempen untuk UNDI PROTES terhadap kedua2 BN dan PR !



KUANTAN, 8 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dasar 'Malaysian Way', yang dilaksanakan pemimpin terdahulu, akan terus diamalkan dalam usaha menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020.

Beliau berkata dasar itu berjaya mewujudkan perpaduan di kalangan pelbagai etnik dan menjadikan Malaysia antara negara terbaik di dunia dari segi perpaduan kaum.

"Malaysian Way berbeza dengan negara lain, antaranya dalam memupuk perpaduan di mana kepimpinan terdahulu berjaya mengekalkan budaya, agama dan pendidikan semua kaum,"
katanya ketika berucap pada majlis makan malam sempena ulang tahun ke-27 dan upacara angkat sumpah Gabungan Persatuan Cina Pahang (GPPC) Ahad malam.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden GPPC Tan Sri Pheng Yin Huah.

Beliau berkata rakyat Malaysia tidak perlu mengamalkan dasar asimilasi atau menukar jati diri kerana boleh memupuk perpaduan serta mewujudkan integrasi nasional berdasarkan toleransi yang terdapat sejak dahulu lagi.

"Saya akan meneruskan apa sahaja yang mampu (dasar itu) kerana kita ingin lihat negara ini maju menjelang 2020," katanya.

Najib berkata menerusi dasar ini, Malaysia berjaya mencapai pelbagai kejayaan dan pembangunan pesat tanpa meminggirkan mana-mana pihak, termasuk kaum minoriti.

Beliau berkata dalam pendidikan misalnya, selain China, Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang membenarkan pengajian di sekolah dijalankan dalam bahasa Cina.

Najib turut menempelak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak pernah melakukan apa-apa pembelaan untuk pendidikan kaum Cina di negara ini ketika menjadi Menteri Pelajaran.


-- BERNAMA

Share this article :

+ comments + 24 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2012 at 1:13 AM

1 Malaysia, 1 Bahasa, 1 Negara, 1 Mazhab dan 1 Sekolah baru btul...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2012 at 1:20 AM

Kadang-kadang Najib bersikap terlalu tunduk kepada kaum Cina ni demi meraih undi mereka.....sedarlah Najib jangan terlalu ikut puak kiasu ni nanti habis negara tergadai....mereka ni jenis tak mengenang budi bagi betis nak paha....macam mana kerajaan buat baik pun tetap dia orang tetap tak undi BN....akhirnya orang MELAYU semakin benci dengan UMNO

....................
Reply To This Comment ...................
October 9, 2012 at 1:28 AM

Suka atau tidak, kenyataannya najib Kena bag I a pa yg patut dibagi walaupun dapat tambahan satu undi kerana kekuasaan melayu yg berterusan menjamin a pa yg melayu dapat hari I I a an kekal Dan berterusan, pengambilalihan sekolah ugama negeri johor ke tangan pusat sebagai satu cara Dana kpd org Islam dapat ditambah

Yg lebih takut, kalau kuasa terlepas, pemimpin di sebelah sana terpaksa jadi pak turut bila termakan budi.. yg penting sekarang, dapatkan semula kuasa majoriti, selangkah kebelakang bukan bererti kalah, sekadar menyusun strategi

....................
Reply To This Comment ...................
October 9, 2012 at 1:43 AM

Aku sokong apa yang kau tulis ni bro. Jangan lah cerita pasal perpaduan kalau dari kecik Melayu, Cina dan India dah diasing-asingkan di sekolah masing-masing. Yang untung kaum Cina jugak...BN jaga macam nak rak..PR pun jaga macam nak rak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2012 at 6:31 AM

Saya tau najib sampai bila-bila pun akan memanjakan sekolah aliran cina. Pelbagai bantuan akan tetap diberikan kepada sekolah berkenaan biarpun dah berbuih mulut kita merungut. Sedangkan pada masa yang sama mereka tetap nak menuntut yang bukan-bukan. Tapi dalam konteks pru13 nanti, saya tetap akan mengundi bn. Saya mengundi bn bukan kerana najib, tapi kerana saya sayangkan negara saya,agama saya dan bangsa saya.

Bak kata orang, jika terpaksa memilih antara 2 parti yang boleh membawa mudarat iaitu bn dan pr. Pilihlah yang kurang sedikit mudaratnya iaitu bn.

....................
Reply To This Comment ...................
October 9, 2012 at 7:10 AM

Makanya kita kena suarakan bantahan itu ! Membantah sikap pemimpin dalam kita tetap menyokong parti. Dalam sistem demokrasi sekarang, SUARA rakyat yang menentukan geraklaku pemimpin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2012 at 9:05 AM

BUBARKAN SEKOLAH CINA & TAMIL. SEPATUTNYA CUMA ADA SEKOLAH SATU ALIRAN SAHAJA. KALAU SEKOLAH SATU ALIRAN TERTUBUH MAKA DENGAN SENDIRINYA SATU BANGSA MALAYSIA ITU AKAN TERCIPTA. JGN TERLALU TUNDUK KEPADA CINA, BANGSA HIPOKRIT MAHA OPPORTUNIS INI. CINA SATU BANGSA YANG SANGAT SUKA MENGGUNAKAN PENDEKATAN UGUT.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2012 at 9:30 AM

Yang membezakan Sekolah Kebangsaan dengan Sekolah Jenis Kebangsaan adalah adanya bahasa Mandarin dan Tamil.

Oleh itu, satu sekolah sahaja patut diwujudkan iaitu Sekolah Kebangsaan.

Tetapi bahasa Arab, Mandarin, Tamil, Kadazan (Sabah sahaja) dan Iban (Sarawak sahaja) turut diajar.

Orang Melayu juga patut belajar bahasa Mandarin dan Tamil. Kenapa?

Anda tentu pernah pergi ke bengkel atau kedai milik orang Cina kan?

Apabila anda menanyakan harga atau apa-apa sahaja, dia akan bercakap bahasa Cina (Kantonis/Mandarin/Hokkien) dengan rakan sekerja mereka.

Entah apa yang ditipu/dikutuk pun, kita tak tahu.

Apa yang penting? Kerjasama.. Hehehe.

Apabila adanya 1Sekolah, semua kaum boleh bekerjasama..

....................
Reply To This Comment ...................
October 9, 2012 at 12:25 PM

Ramai yang menyokong Satu Sekolah cuma ramai yang tak terkeluar suara. Amat tidak konsisten sekali pendirian Najib dan mereka yang rpo sekolah cina bila memperkatakan tentang SATU MALAYSIA, SEMUA SATU, ITU SATU, INI SATU tapi bila masuk bab sekolah...... hehehehehe .... TIGA !

HIPOKRIT !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2012 at 12:43 PM

salam,

bab ah jib gor nak julang orang cina atas kepala dia dan pijak kapla orang melayu pasal undi punya pasal, tu tak boleh nak pertikaikan. bukan ah jib gor saja yg julang cina, BABI dan pemimpin pas pun dok julang perkara yang sama. semuanya dok puja cina kerana bagi mereka cina saja yg mampu memberi kemenangan kepada mereka dalam pru nanti.

tapi rasa lega juga bila baca pemimpin hapus kira pas mula bercakap berkenaan perjuangan asal pas. perjuangan asal pas ni macam mampu untuk menguatkan perpaduan melayu melalui agama. tapi tak tau la sekuat mana mereka mampu bersuara. sebab dengar macam dalam tekak je. takut mahpuz pi jerkah mereka, mati terbeliak.

yang jadi tanda tanya ialah, siapakah yg nak jadi jaguh rasis, membela bangsa melayu. harap tok brahim, macam kurang power. TDM, susah la. kesian bangat sama tun. kita nak sama menuntut hak kita seperti mana hak rakyat 1malaysia. pemimpin umno dah mula berjuang untuk mca. kita melayu, harap pemimpin mca dan mic serta dap la memperjuangkan hak majoriti ni. umno mungkin berminat dengan minoriti senang nak jaga. majoriti, besar sukar nak jaga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2012 at 1:15 PM

Saya pernah beri komen dalam salah satu blog(popular) tentang tidak bersetujunya saya dengan sikap Najib memberi muka sangat pada tuntutan orang Cina terutamanya dalam isu pendidikan Cina mereka. Habis saya kena maki hamun oleh orang-orang yang pro-Najib/pro-BN sedangkan saya sendiri memang pro-UMNO/BN. Mereka berpendirian seolah-olah Najib/BN can do no wrong. Jelas sangat masih ramai yang tidak matang dalam menangani isu-isu politik dan kenegaraan.

Laksa Johor

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2012 at 1:42 PM

sekolah wawasan telah lama disuarakan tetapi di tolak majoriti masyarakat cina..dalam konteks ini Ds najib seperti tersepit diantara suara rakyat melayu dan undi kaum cina.ini lah masalahnya apabila ada undi protes pada pru 12 tempohari.

....................
Reply To This Comment ...................
October 9, 2012 at 3:34 PM

tak baca pun artikel atau komen2 diatas...tak larat dah nak dengan pasal najib

....................
Reply To This Comment ...................
October 9, 2012 at 4:50 PM

Najib @ Umno TAKE FOR GRANTED sokongan orang Melayu. Orang Melayu akan hanya mampu ubah nasib bangsa jika kita sendiri sanggup bangun untuk bersuara. Biar pemimpin yang dengar kata kita BUKAN kita yang dengar kata pemimpin.

....................
Reply To This Comment ...................
October 9, 2012 at 4:52 PM

hehehehehe .... TAKSUB itu boleh ditemui dikedua belah pihak :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2012 at 5:19 PM

Saya suka sangat membaca blog politik walaupun saya hanya seorang gadis yg biasa. Family saya bukanlah org politik. Saya adalah antara penyokong bn. Tetapi sejak akhir akhir ni, saya perhatikan banyak isu yang menghentam bangsa cina. Untuk pengetahuan DT, saya adalah kacukan cina melayu. Ibu saya melayu Islam and ayah saya cina. Secara automatic nya, saya juga bkaitan dgn cina. Saya amat sedih kerana kaum cina sering dijadikan isu. Saya bersekolah di sekolah kerajaan, Dan ini menyebabkan saya tidak pandai menulis dan mbaca dalam bahasa mandarin. Saya cuma pandai btutur dlm bahasa hokkien. Selalunya kami berkomunikasi dalam bahasa melayu. Saya sedikit menyesal kerana tidak pandai menulis cina. Kerana pada pendapat saya, seseorang itu harus mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan. Ini penting untuk kita mjalani kehidupan seharian. Disini saya ingin nyatakan bahawa, sekolah cina n tamil harus kekal. Its about language only. Kalau saya di masa akan datang mempunyai anak, saya akan pastikan dia pandai pelbagai bahasa. Tak lupa ilmu akhirat. *!*
Pretty cute princess 84

....................
Reply To This Comment ...................
October 9, 2012 at 8:07 PM

Saudari tidak merasa apa-apa ke dengan cara pemimpin2 dan pro Dap memainkan isu perkauman ? Asal sebut jer Melayu, mereka akan meRasiskan orang Melayu.

Saudari mungkin elok saya cadangkan supaya baca dan faham apa isu sebenarnya - Hak dan Survival Bangsa Melayu di Tanah Melayu.

Dalam isu sekolah cina, jawapan saya mudah saja. Kalau 'its about language only', maka tidak perlulah sampai diwujudkan satu lagi sistem sekolah ( sekolah cina ) yang mengasingkan kanak2 mengikut kaum. Tidak bolehkah pembelajaran bahasa ibunda dilaksanakan dalam Satu Sekolah ?

Dengan cara itu, semua WIN-WIN. Apakah perlu dikorbankan perpaduan dan kemahiran berbahasa Kebangsaan hanya kerana mahu belajar bahasa cina ?

Saya TIDAK menentang pembelajaran bahasa dan budaya ibunda cuma NOT AT THE EXPENSE of Perpaduan antara kaum. Malah saya kira saya LEBIH 1Malaysia berbanding Najib dalam soal pendidikan ! hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2012 at 8:43 PM

salam,

TDM pernah berkata, kritikan dapat membina kekuatan pemimpin. pemimpin yg tahan kritikan dan sedia terima kritikan adalah pemimpin yg kuat. kalu banyak sangat pujian akan melemahkan pemimpin. pemimpin dok rasa dia terlalu hebat sampai lupa daratan.

yg dok jadi taksub ni, orang yg sokong bawa rebah. sokong dan puji tanpa sebab yg kukuh. walaupun kita rasa lemah, kritikan mampu menguatkan kita agar tidak membuat kesilapan mudah. tapi pasal dok ikut sangat punahsihat, banyak la yg tak berlaga angin pasal punahsihat ada makna dan bertujuan. rakyat bawahan hanya nak yg terbaik sahaja daripada pemimpin ikut otak dan pandangan sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2012 at 12:01 AM

Rasanya negara boleh bankrupt jika kerajaan harus menyediakan serba tiga prasarana, macam orang ada tiga anak. Kena sediakan prasarana untuk tiga jenis sekolah (percetakan buku teks, siapa tanggung?), kena ada tiga bangsa jadi menteri dan timbalan menteri bagi setiap kementerian, bla bla bla. Bila bab semua bangsa walaupun yang tak berapa menang dalam pilihanraya kena dijadikan menteri dan timbalan menteri ini buatkan saya jadi hangin satu badan. Saya perasan akhir-akhir ni, bangunan SJKC begitu gah sekali. Sekolah anak saya dulu, kipas angin pun ada yang tak berfungsi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2012 at 9:57 AM

Din,

Kalau kita ada pilihan selain UMNO & PAS dah lama aku pilih parti tersebut..

PKR bukanlah parti Melayu, sebenarnya aku tak pasti status ia, kemungkinan parti tupperware kot..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2012 at 10:03 AM

Din,

Seperti dia kata, dia rasa dirinya lebih Cina dari Melayu makanya dia tak faham kenapa kita Melayu terlalu obses dalam usaha menghapus sekolah vernakular.

Dan disebabkan keCinaan dia, dia memandang usaha kita rasis.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2012 at 9:57 PM

Saya tidak pernah menyatakan saya lebih cina dari melayu. Saya juga melayu. Kalau anda bjumpa dgn bapa saya,anda pasti tkejut. Wajahnya iras cina,tetapi dia lebih melayu dari melayu. Dia fasih berbahasa melayu, kerana dia bersekolah di sekolah kerajaan. Dia seorang yg amat menghormati orang. Saya hairan kenapa ada pihak menganggap kaum cina adalah kaum kiasu? Anda tahu apa itu kiasu? Maksud nya tak mahu mengalah. Akan tetapi di tempat saya,kaum cina tidak lah kiasu seperti yg anda sangka kan. Malah, tidak keterlaluan saya nyatakan kaum cina disini menghormati org melayu.
Sebagai contoh,bapa saya menghormati agama ibu saya, lalu dia memeluk agama Islam. Bapa saya meghormati keputusan atuk saya utk menghantar kami belajar di sekolah kerajaan, oleh kerana menghormati agama Islam,bapa mendalami ilmu agama sehingga sekarang. Bukan lah saya nak memuji bapa saya, cuma sebagai contoh saja.
Pcp 84

....................
Reply To This Comment ...................
October 10, 2012 at 11:03 PM

Pendedahan melalui pengalaman mengajar kita banyak perkara. Kita tidak boleh terus melabel seseorang yang innocent, tidak faham sebagai tidak perihatin kerana dia sememangnya tidak tahu.

Baguslah saudari ingin tahu dan mahu bertanya. Saya tidak punya masalah jika seseorang itu bertanya secara jujur akan sesuatu yang dia tidak faham. Tanya kedua2 pihak kerana biasanya kedua2 pihak punya hujah mereka sendiri yang kuat :)

Tapi dengan bertanya itu, saudari telah membuktikan satu point saya - untuk memahami seseorang kita harus berkomunikasi. Tapi kalau hendak berkomunikasi pun kita punya masalah, bagaimana kita hendak memahami ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2012 at 2:51 PM

Ok then, abang dt, saya faham maksud anda;-)
Pretty cute princess 84

Post a Comment