........... Mat Sabu Saman Mashitah Artikel Skandal Seks - 121 Bakal Hangat Kembali ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Mat Sabu Saman Mashitah Artikel Skandal Seks - 121 Bakal Hangat Kembali !

Tuesday, October 16, 20129comments

Mat Sabu failkan saman terhadap Datuk Mashitah pada 25 September lalu berkaitan artikel MENARIK beliau di Sinar pada 2 Mac lalu yang bertajuk Skandal Seks Dan Krisis Politik Dalam Pakatan.

Pada 20 September Haji Hadi juga telah menfailkan saman yang sama. MENARIK sebab saya pasti ramai nak tahu apakah penceritaan lebih lanjut akan dibuat dalam mahkamah kelak tentang kedua kes yang disebut.

Sinar pula telah memadamkan artikel berkenaan selang beberapa hari disiarkan. Tapi artikel PANAZZZZ sebegitu memang cepat tersebar dan ramai yang telah menyalinnya. Ada saya copy sepenuhnya dbawah kalau sesiapa nak refresh balik.... 

Bahagian yang menyentuh Mat Sabu adalah cuma tuala -

- Apa pun, kes Badrul Amin mengingatkan kita kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang juga pernah ditangkap berkhalwat dengan isteri kawannya sendiri di Kota Bharu kira-kira 12-13 tahun lalu.

Ketika itu beliau Ahli Parlimen Kubang Kerian. Ketika ditangkap, isteri kawannya berada di dalam bilik hotel, manakala Mohamad Sabu hanya memakai tuala. Beliau dibicarakan di mahkamah Kelantan tetapi akhirnya dibebaskan.

-  Turut menuduh beliau ketika itu ialah Mohamad Sabu, yang memberinya gelaran Anwar al-Jub***. Namun, bila Mat Sabu sendiri terbabit dengan skandal seks, dia ikut cara Anwar, iaitu menuduh Umno telah memerangkapnya. Tidak mengejutkan Ustaz Badrul Amin juga juga akan menuduh Umno dalang dalam kes khalwatnya.

Bagian yang menyentuh Hadi pula - 

Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu. Beliau dikatakan mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3.

MEMANG MENARIK terutama cerita Mat Sabu ! Pastinya ketika kes didengar nanti, cerita Bilik 121 Hotel Perdana akan kembali hangat .... 

Orang ramai nak tahu BENARKAH MAT SABU ADA DALAM BILIK BERTUTUP BERDUAAN DENGAN ISTERI ORANG LAIN DENGAN HANYA BERTUALA DAN BERSELUAR PENDEK SEMENTARA ISTERI ORANG LAIN ITU PULA TIDAK BERTUDUNG ....... DAN PINTU HANYA DIBUKA SELEPAS 10 MINIT  ?

Minta-minta hakim akan segerakan kes ini SEBELUM PRU13 !


Skandal Seks dan Krisis Politik Dalam Pakatan


Penangkapan Ahli Mahlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon yang dituduh berkhalwat dengan isteri orang di Kuantan minggu lalu adalah kesinambungan krisis moral yang membabitkan ramai pemimpin pakatan pembangkang.

Gelaran ustaz dan orang kuat Anwar Ibrahim tidak menjadikan beliau kebal, malah dilaporkan dibelasah sebelum diserah kepada Jabatan Agama Islam Pahang.

Mengikut laporan, beliau mempertahankan diri dengan beri alasan cuba membantu isteri yang lari daripada suami kerana ingin menyelesaikan krisis rumah tangga. Mungkin benar, mungkin tidak. Beliau kini direhatkan sebulan sementara kesnya disiasat.

Berlakunya penangkapan ini dalam waktu persiapan pilihan raya umum tidak lama lagi pasti meletakkan pakatan pembangkang dalam keadaan tertekan.

Mereka perlu lakukan damage control, apatah dengan pelbagai krisis yang dihadapi di Kedah (pemberontakan ahli Exco Pas terhadap Menteri Besar), Selangor (skandal curi pasir dan longgokan sampah) dan Pulau Pinang (diskriminasi terhadap orang Melayu dan projek kroni).

Kewujudan Pas yang berpuak-puak di Kelantan serta perkelahian antara parti komponen Pakatan Rakyat di Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Johor dan Perak benar-benar menguji persediaan pembangkang menghadapi PRU ke-13 nanti.

Apa pun, kes Badrul Amin mengingatkan kita kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang juga pernah ditangkap berkhalwat dengan isteri kawannya sendiri di Kota Bharu kira-kira 12-13 tahun lalu.

Ketika itu beliau Ahli Parlimen Kubang Kerian. Ketika ditangkap, isteri kawannya berada di dalam bilik hotel, manakala Mohamad Sabu hanya memakai tuala. Beliau dibicarakan di mahkamah Kelantan tetapi akhirnya dibebaskan.

Tidak kurang hebatnya cerita Adun Pas Selising ditumbuk seorang lelaki di stesen keretapi Wakaf Bharu beberapa tahun lalu kerana disyaki berzina dengan isteri orang dalam gerabak keretapi. Khabarnya kes ini terpaksa diselesaikan sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Penyokong parti pembangkang diketahui sering menyimpan rahsia keburukan pemimpin-pemimpin mereka, terutama berkaitan skandal seks, projek atau rasuah. Mereka cuba menonjolkan imej baik dan maksum. Namun, adakala bagai menutup bangkai dengan nyiru.

Skandal membabitkan bos Badrolamin – Anwar Ibrahim – berlarutan 20 tahun. Dua kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat, beliau dibebaskan atas sebab-sebab teknikal. Namun, majoriti rakyat, terutama mereka yang mengenali beliau secara rapat, tahu latar belakang dan orientasi seksnya.

Semasa diberi peluang menjawab tuduhan salah laku seks di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 2 September 1998, Anwar menzahirkan kemarahan dengan menumbuk meja.

Beliau tidak menjawab tuduhan, malah pusing cerita mengatakan bahawa beliau juga boleh berkonspirasi menjatuhkan Presiden parti dengan menghantar wanita kepada Tun (ketika itu Datuk Seri) Mahathir Mohamad. Maksudnya, beliau diperangkap.

Turut menuduh beliau ketika itu ialah Mohamad Sabu, yang memberinya gelaran Anwar al-Jub***. Namun, bila Mat Sabu sendiri terbabit dengan skandal seks, dia ikut cara Anwar, iaitu menuduh Umno telah memerangkapnya. Tidak mengejutkan Ustaz Badrul Amin juga juga akan menuduh Umno dalang dalam kes khalwatnya.

Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu. Beliau dikatakan mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3.

Beliau menafikan. Begitu juga dengan bekas Speaker DUN Kelantan, yang dikatakan bernikah dengan wanita lewat 20-an dari Kemboja bernama Haseena sekitar waktu yang sama, tanpa pengetahuan isteri pertamanya.

Perkahwinan bekas Adun Pas Melor dengan wanita Kemboja yang berakhir dengan perceraian mendapat liputan media secara meluas kerana kesnya berlarutan beberapa tahun di mahkamah. Dilaporkan bekas isterinya menuntut pampasan RM3 juta kerana mengetahui Adun Pas itu mampu serta memiliki harta yang banyak.

Rakyat jelata tidak seharusnya terpengaruh dengan gelaran ustaz atau lebai hatta tuan guru daripada kalangan pemimpin parti pembangkang.

Ataupun terpegun dengan jubah yang labuh, serban yang tinggi atau janggut yang panjang. Hakikatnya mereka adalah ahli politik yang boleh tergoda dengan wanita dan memiliki nafsu seperti orang lain. Mereka juga boleh terpalit dengan dosa walaupun pada waktu yang sama menuduh orang lain kafir.

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 16, 2012 at 11:57 PM

bila lak kes ustad tu nak masuk Mahkamah, kalau orang biasa seminggu dua dah masuk Mahkamah, kalau orang PR kena tunggu lepas PR13 kot, nak tunggu menang PR13 lepas tu boleh tutup kes kot...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 17, 2012 at 12:27 AM

Tak payah cerita pasal skandal sx pemimpin2 pr ngan orang2 pas pasal confirm diaorang takkan percaya punye. Percayalah. Sedangkan bukti video china doll 99% tulen pun diaorang boleh nafikan. Inikan pulak yang langsung tiada gambar atau video.

....................
Reply To This Comment ...................
October 17, 2012 at 12:40 AM

Kes Mat Sabu ini LAIN dari kes2 lain , sebab itu saya katakan ia MENARIK jika diungkit kembali.

" ....kerana kes khalwat yang melibatkannya dengan Normah tidak pernah dinafikan walaupun kes itu digugurkan oleh mahkamah syariah kerana dua saksi memberikan nombor bilik yang berbeza."

http://dinturtle.blogspot.com/2011/09/mat-sabu-mampus-aku-kali-ni.html

....................
Reply To This Comment ...................
October 17, 2012 at 12:58 AM

Kalau mengandung la chinadoll tu nanti, nescaya anwar akan salahkan umno jugak. Kalau kantol tgh bergasak pon mat sabu akan tetap kata umno yg pandu roket dia. Kalau tgh mukadimah pun, Badron tetap salahkan umno sebab JAIP terdatang awal, bkn pkol 6am, time nk solat subuh.

Kalau berbuih mulut cerita sekalipon, bebudak PR tetap salahkan umno sebab tak bg mahfuz jd PM..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 17, 2012 at 5:20 AM

Eleh....tu kira taktik yang sama macam nuar. Guna alasan teknikal untuk melepaskan diri dari disabitkan kesalahan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 17, 2012 at 9:43 AM

Bro,
Bab khalwat & sex dlm parti politik ni dah jadi biasa. Tapi dlm parti pas ni agak kronik. Buktinya lu sendiri boleh tengok posting lu yg lepas. Harakah penuh dgn iklan sex. Ingat, takde demand maka takde lah supply..byk demand maka byk lah supply dan byklah ahli yg kuat sex..:-)


Zack
Airputih kuantan

....................
Reply To This Comment ...................
October 17, 2012 at 12:21 PM

Kuat sex TAK SALAH ! Kira ok la tu ...cuma tempat lepas gian je biar yang halal :))

....................
Reply To This Comment ...................
October 17, 2012 at 12:23 PM

Umno yang tutup pintu bilik 121 lepas BINI ORANG LAIN tu masuk.... sebelum tu Umno juga yang jemput BINI ORANG LAIN tu masuk !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 17, 2012 at 4:34 PM

??? *!*
pcpc84

Post a Comment