........... LGE Gesa Gereja Berpolitik ? Gereja SUDAH LAMA Bermain Politik La ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

LGE Gesa Gereja Berpolitik ? Gereja SUDAH LAMA Bermain Politik La !

Monday, October 8, 20122comments

Ramai yang menulis tentang artikel muka depan Utusan hari ini yang melaporkan -

Bishop Gereja Lutheran Evangelical, Rt. Rev. Dr. Solomon Rajah berkata, permintaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng agar pihak gereja bangkit menyatakan ketidakadilan seperti dilaporkan portal berita propembangkang, Malaysiakini semalam, hanya akan dilihat sebagai satu usaha untuk mempengaruhi pihak gereja agar berpolitik.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Malaysiakini semalam yang memetik kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang menggesa penganut Kristian tidak berdiam diri walaupun merasakan mereka 'tidak bersalah, suci dan tidak terlibat dalam perbuatan salah'.

Perkara ini kemudiannya dinafikan oleh Lim Guan Eng  -

"(Bekas Presiden Majlis Gereja Malaysia) Thomas Philips menelefon saya untuk menyatakan bahawa beliau tidak pernah menyebut seperti itu dan orang-orang saya juga menghubungi seorang lagi paderi, yang juga menafikan menyebut apa-apa mengenai saya atau Pulau Pinang."
yang kemudian menuduh Utusan sebagai cuba memutar belitkan kenyataan paderi -
"Tentu Utusan bertanya soalan umum kepada mereka tanpa menyentuh politik di gereja dan mereka menggunakannya untuk diatur seiring dengan dialog yang saya adakan dengan pemimpin gereja di Pulau Pinang." Mkini


Persoalan yang ingin saya timbulkan, Benarkah pemimpin gereja tidak bersalah, suci dan tidak terlibat dalam perbuatan salah' atau dalam konteks ini - TIDAK BERMAIN POLITIK ?


Cuba baca artikel2 diatas dan dapatkan feel nya ..... Tidakkah bunyinya seperti pemimpin gereja sekarang ini tidak terlibat dalam politik dan Lim Guan Eng yang cuba mengheret mereka supaya terlibat dan bila dilaporkan paderi yang terlibat, kemudiannya menafikan kenyataan yang disebut Utusan itu .... gambaran yang dapat adalah Utusan salah lapor DAN pihak gereja sememang nya SUCI dari politik ?

Licik sekali PERMAINAN POLITIK mereka !

Bagi saya, tak perlu Utusan melaporkan kononnya Lim Guan Eng cuba mengheret pemimpin gereja kedalam politik kerana GEREJA SUDAH PUN BERMAIN POLITIK !

Apakah kita sudah lupa bagaimana pemimpin gereja DAN pemimpin2 Dap berpolitik dalam isu alKitab semasa Pilihanraya Sarawak ? Semakin dekat kehari pengundian, semakin rancak mereka berpolitik ! Dan saya masih ingat membaca laporan yang Najib terpaksa mengadap pemimpin2 gereja untuk settle kan isu sebelum hari mengundi. KLiK


Tidakkah keseluruhan episod alkitab diSarawak itu BERPOLITIK namanya ?

Bagaimana pula dengan gesaan KETUA PADERI melalui satu kenyataan akhbar pada 18 Julai 2012 yang menyeru penganut Kristian supaya 'mengundi dengan bijak' -

Ketua Paderi menyeru supaya rakyat memilih sebagai kerajaan, parti yang merestui kepada KEBEBASAN PENYEBARAN AGAMA , TANPA HALANGAN DARI SEGI UNDANG2 ! ?  KLiK

.
Tidakkah itu juga berpolitik namanya ?

Balik kepada artikel Utusan tadi....... Apakah sebelum Lim Guan Eng menggesa pemimpin gereja supaya bangkit bersuara, pihak gereja tidak pernah bermain politik ?

MEREKA SUDAH LAMA MENGGUNAKAN POLITIK DALAM AGENDA MEREKA !

Share this article :

+ comments + 2 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 8, 2012 at 8:20 PM

Din, jika kita halang paderi2 berceramah politik maka adalah tidak adil bagi mereka kerana kita telah membenarkan PAS berceramah di atas tiket agama (walaupun kelulusan PAS dibuat semasa pemerintahan British) juga.

Cadangan aku kita harus menghalang mana2 parti politik menggunakan agama sebagai landasan utama dan harapan aku kerajaan pusat 'man enough' untuk bertindak mengharamkan penggunaan agama dalam politik..

....................
Reply To This Comment ...................
October 8, 2012 at 8:31 PM

Baru ni kecoh sekejap bila Perkasa dan Harussani timbulkan soal perkataan Islam pada nama parti Pas tapi selepas dikonakan menjadi isu Muzakarah Pas-Umno, ia senyap.....

Perkasa mungkin boleh timbulkan balik ....

Post a Comment