Komen Intelek Mahfuz Tentang Bajet Pendidikan !

Tuesday, October 2, 201223comments

LAGI mengenai komen Profesor Mahfuz Omar berkenaan Bajet 2013 yang diumumkan Najib. Kali ni Mahfuz bercakap tentang peruntukan pembangunan Kementerian Pelajaran dalam belanjawan 2013 merudum sehingga RM2,118,519,100 berbanding RM4,581,995,900 dalam belanjawan 2012.
BAHAYA TUH ! Boleh mengancam masadepan negara ! kata Mahfuz.

"Tetapi adalah tidak wajar dikorbankan peruntukan pembangunan Kementerian Pelajaran kerana ia boleh mengancam masa hadapan negara," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu sambil menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai bertentangan dengan tradisi belanjawan negara sejak merdeka yang memberikan keutamaan kepada pelajaran. Harakah


Jangan Main2 Dengan I !

Saya tak pasti dari mana Mahfuz dapat angka RM2,118,519,100 itu. Saya percaya beliau dapat dari mana2 kenyataan orang lain ... saya tak dapat nak bayangkan Mahfuz boleh reka sendiri angka sebanyak itu.

Najib berkata - Bagi Bajet 2013, sebanyak 38.7 bilion ringgit telah diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran meliputi peruntukan mengurus dan pembangunan. Disamping itu ditambah lagi RM500juta untuk meningkatkan kemahiran guru, ditambah lagi RM1B untuk Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah, ditambah lagi RM1.2B + RM380Juta untuk pendidikan pra sekolah .... KLiK

Saya google search juga angka RM2,118,519,100 itu tapi masih tak ketemu sumber rujukan Mahfuz. Takpelah, adalah tu nanti orang sebut .......

Tapi bagaimana Mahfuz boleh kata peruntukan merudum sedangkan pelbagai pihak mengatakan peruntukan untuk Pelajaran adalah besar ?

Muhyiddin berkata - Peruntukan BESAR Pertingkat Mutu Pendidikan

"Jumlah itu boleh dikatakan besar, lebih-lebih lagi pada 2013 bermulalah gelombang pertama dalam pelan transformasi pendidikan." Jumlah itu juga merupakan 21% dari jumlah keseluruhan Bajet 2013 !

Takper ..... saya layan juga Mahfuz .....

Yang lebih penting diberikan perhatian adalah Peruntukan berapa banyak atau TUJUAN Peruntukan diberi ? Kenapa Mahfuz tidak komen langsung tentang tujuan RM2,118.519,100 itu diperuntukkan ? 

Lagi menarik bila Mahfuz dalam menterjemahkan KENAPA Najib bagi rendah kali ini, katanya sebab Najib bergaduh dengan Menteri Pelajaran iaitu Muhyiddin ! Hahahahaha ..... OOoooooooooooh, sebab tak suka dengan Menteri Pelajaran, maka bajet untuk Kementerian Pelajaran dikurangkan ? 

Kan lebih senang kalau tukar je Muhyiddin ke jawatan lain !

Mahfuz bimbang apa yang berlaku itu mempunyai kaitan dengan apa yang dilaporkan sebagai hubungan pura-pura mesra antara Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kita tidak mahu kepentingan pelajaran generasi pelapis negara di masa akan datang diseret dan dimangsakan akibat apa yang semakin disebarluaskan sebagai keretakan hubungan mereka berdua," katanya.

Alahai Mahfuz .......... Itu rupanya tujuan utama beliau mainkan isu ini. Sebab nak jadi BATU API melagakan Najib dengan Muhyiddin ! Ingatkan Mahfuz nak keluarkan hujah-hujah INTELEKTUAL tentang betapa pentingnya Pendidikan, tentang cadangan2 terbaik yang seharusnya diberi perhatian lebih oleh kerajaan bla bla bla ......

BERTAMBAH-TAMBAH MENARIK LAGI - Kalau anda baca Bajet Alternatif PR, LANGSUNG TIDAK DISEBUT tentang peruntukan untuk sektor Pendidikan !

Bunyi Mahfuz macam begitu perihatin dengan Pendidikan anak2 kita .... konon peruntukan kecil boleh mengancam masa depan negara .... tapi kenapa Bajet PR takde langsung sebut hal Pendidikan ?

PS - Sesiapa boleh tolong berikan sumber angka RM2,118,519,100 yang disebut oleh Mahfuz ?

Share this article :

+ comments + 23 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2012 at 4:56 PM

jangan layan MP bodoh tu bukan tau apa pun........tong kosong

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2012 at 6:14 PM

Bro Din, saya rasa cukup-cukuplah bro layan si mahfuz ni. Makin dilayan makin menjadi-jadi nampaknya.

....................
Reply To This Comment ...................
Sepang Ronggeng
October 2, 2012 at 6:30 PM

MP Pokok Sena telah dicanang-canang sebagai Menteri Pendidikan jika PR Menang PRU13... TAKBIRRRRRR

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2012 at 6:32 PM

ALANGKAH MALANGNYA PAS YANG MEMPUNYAI PEMIMPIN LEVEL BUDAK UPSR MACAM DIA NIH..ADUHAI..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2012 at 6:47 PM

Itulah... Membaca malas,menganalis fakta bejet lg la... Tah mcm mn dia buat rumusan...hebat mahfuz pak belalang ni... Semua dia tau... Yg dia xtau,dia dh jd pakar mperbodohkan diri
:)

....................
Reply To This Comment ...................
October 2, 2012 at 7:47 PM

Mahfuz ada AURA tersendiri ... susah nak ignore :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2012 at 7:57 PM

agak-agak orang pokok sena perasan tak mempunyi MP yg tak tau apa yg dicakap.

....................
Reply To This Comment ...................
October 2, 2012 at 8:05 PM

bilangan sel neuron dalam otak Mahfuz kot? manusia normal ada antara 80 -120 billion.. dia ada 2.1 billion pun dah kira ajaib!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2012 at 8:22 PM

yag kelakarnya siap ada 100 kat ujung tu.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2012 at 8:34 PM

Ini semuanya dari malapetaka anwar brahemmm....selama dia dalam penjara,apa dia boleh buat untuk negara,sejak dia lepas kuar dr penjara boleh bagi cadangan bajet PR pulak ats sokongan skutunya.Dia boleh buat bajet PR tapi asas ekonomi negara, PR kena buat sendiri,reka sendiri,baru boleh bentangkan bajet mereka.Jangan dok celuk usaha kerajaan barisan nasional atas usaha mereka dgn buat roadshow satu dunia,dgn usaha,inovasi dan kretiviti pemimpin barisan nasional.Sehingga kini,malaysia menjadi destinasi pelabur pemegang dana dunia dangan pelbagai bentuk industri,sektor perkhidmatan,pembukaan koridor ekonomi dan lain2.Atas usaha mereka pemimpin barisan nasional,penbendaraan negra berjaya mendapat hasil cukai yg tinggi selain daripada cukai dari petronas.Maka kita perlu lihat,hasil usaha mereka pemimpin barisan nasional dan bukan dari pakatan rakyat...rakyat berjaya mendapat pelbagai manafaat hasil dari kerja kuat barisan nasional sehingga mencecah perolehan pendapatan dgn angka RM206 billion ringgit utk bajet kali ini.PR cuma boleh cross aje atas usaha yg baik dari kerajaan barisan nasional dgn hnya di ats sekeping kertas tanpa mempunyai maklumat yg kukuh,utk memanipulasi pemikiran rakyat...banyak senang kerja punya orng...lembu punya susu sapi dapat nama.Hahahahahahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
October 2, 2012 at 8:54 PM

Aku dah baca komen Mahfuz dalam Harakah, satu komen yang cukup menarik dari seorang pelajar tingkatan 3 yang setiap hari dengar ceramah PAS.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2012 at 10:14 PM

peruntukan pembangunan untuk projek2 pembangunan. maknanya infrastruktur untuk kementerian pelajaran dah banyak. tak banyak yg perlu ditambah. kalau dah banyak sekolah takkan nak gi buat sekolah lagi? nanti orang cakap membazir pulak.

xnak komen pasal anwar punya statement tentang shadow cabinet ke? mahfuz memang salah sorang calon menteri. huhuhu

-gapodio-

....................
Reply To This Comment ...................
October 2, 2012 at 10:19 PM

Ini baru komen yang intelek! I LIKE :-)

....................
Reply To This Comment ...................
October 2, 2012 at 10:22 PM

Saudara boleh minta kerja ngan RTM la! :-)

....................
Reply To This Comment ...................
October 2, 2012 at 10:27 PM

Mahfuz seorang Menteri? Hmmm... Tercabar minda tuh..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2012 at 11:16 PM

Yang sedihnya, Ada juga spesis yang menyokongnya. he hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2012 at 12:04 AM

encil DT,

mmg benar MP Pokok Sena ada 'aura' tersendiri. susah nk diketepikn fauta (fakta yg auta) dia nih. menguji kinda nk tafsir.

patut dia yg baca bajet alterntf dgn rostroom bwh pokok tempat dewan dun perak 'bersidang' dulu

anon10

....................
Reply To This Comment ...................
aloya
October 3, 2012 at 9:02 AM

mampos!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2012 at 4:19 PM

Apa2 pun, aku harap PR akan menang di dalam PRU13 nanti. Masa tu baru kita boleh nilai samada PR mampu memerintah negara atau tidak. Sepanjang pemerintahan PR di empat buah negeri, ada tanda2 positif bahawa mereka mampu memerintah negeri2 itu dengan lebih baik daripada di bawah BN.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2012 at 6:24 PM

Anon 4:19. Ye le tuuuu. Nak kena juai kot. Menang sorak kampung tergadai.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2012 at 6:26 PM

Haaaaaaa! Tanda-tanda positif???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2012 at 6:31 PM

Dik kerana hasad dengki, Kerajaan Flintstone rugi kerana tak terima cukai yg dibayaq YBK.Kalau tidak, boleh juga guna untuk UNISEL. UiTM pun tak dapat, UNISEL pulak bermasalah. Orang tamak selalu rugi bagai anjing dengan bayang-bayang. Positif tu...positif tu....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2012 at 1:16 AM

kita bukanlah nahcari salah siapa dalam hal hal begini masallahnya apapun isu baru mesti mp pokok sena nakkomen. komen pula tak tepat dan melalut lagi banyak komen lagilah nampak kebodohan.dan orang orang pas tanya hati kecil sendiri boleh diterima komen bodoh begini .tanya seiklas hati.tetapi depan orang umno sokonglah bodohpun takapa padahal calon paslain banyak yang bijak/pandai.

Post a Comment