........... Kisah Usop - Pengerusi PIBG Paling Lama Di Malaysia | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kisah Usop - Pengerusi PIBG Paling Lama Di Malaysia

Tuesday, October 23, 20125comments

Satu hari pada suatu ketika dulu ..... semasa mesyuarat agung PIBG sebuah sekolah Kebangsaan MELAYU.....

Saya cadangkan Usop menjadi Pengerusi PIBG... sahut Husin sambil berdiri.
Setujuuuuuuuu...... riuh sebentar suasana dewan sekolah sambil diiringi tepuk sorak ibu bapa yang hadir.

Saya cadangkan cadangan ditutup ! sahut satu suara dari belakang dewan .....
Ya, ya ...setuju...tutup ! Tutup ! bergema lagi dewan sekolah ....

Siapa yang berikan cadangan itu ? Saya nak nama ya, saya nak masukkan dalam minit mesyuarat. Siapa ? Tanya Pengerusi Majlis.
Senyap seketika dewan tapi tak lama... kemudian suara2 bisikan mmenjadi gamat ... Pok Loh ! Nama dia Pok Loh !  sambil diiringi gelak tawa ibubapa lain ...

Pok Loh ? Haaaaa ...Mana Pok Loh ? Tak perlu nama penuh la, semua orang pun kenal dah. Pooook Loooooh....kata siPengerusi kepada cikgu yang sedang rancak mencatat perjalanan mesyuarat.

Saya cadangkan mesyuarat ditutup dan kita pergi makan ! sahut satu suara lagi ... Gamat lagi dewan dengan sorakan, gelak tawa dan tepuk tangan para ibubapa yang saling mengenali ....

Eh, nanti dulu .... sikit lagi ni. Mana Encik Usop ? Apakata kita dengar ucapan pengenalan dari Tuan Pengerusi baru kita ?  En Usop ? 
Err.... kejap Tuan Pengerusi. Saya pergi cari Usop jap. Tadi ada disebelah saya .... hilang dah... jawap Husin.

Husin pun keluar dari dewan ...matanya melilau kekiri kanan mencari kelibat rakannya tadi. Terlihat kepulan asap dari belakang bangunan tandas ....... Laaaa..... kau buat apa kat sini ? Orang ramai duk tunggu kau tu !

Giler kau Husin ! Mana aku tahu jadi Pengerusi ! Apahal yang kau cadangkan nama aku tadi ? Sial la kau..
Laaaa... Rilek la. Aku tengok kau ada tokoh. Masa sesi soal jawab tadi, bersungguh kau bertanya.. siap bertekak lagi dengan Pengerusi lama. Ramai yang sokong kau.

Oooooh, asal bertanya jer, kena jadi Pengerusi la ?
Hoh la.... trend dia begitu. Pengerusi lama tu pun naik sebab tahun lepas dia banyak bertanya. Tahun ni kau banyak bertanya maknanya kau lah jadi Pengerusi pulak.

Ada ker ......? Aku mana layak ! Mamud tu layak lagi, kenapa kau tak pilih dia ?
Alaaaaaa.... benda kecik jer. Tak de apalaaaaaah. Kau pegang jer setahun, tahun depan ...siapa yang banyak bertanya, kita lantik dia pulak jadi ! Dah la.... cepat, orang semua dah lapar perut tuh. Jom, jom .. sambil tangannya mengheret Usop keluar dari belakang bangunan tandas.

Yalah.... apa-apa hal kau bertanggungjawab !

                                                   ************************

Ayah ? Ngelamun pulak dia .....  macam saya cakap tadi, boleh Pak Usop tertidur masa mesyuarat berlangsung tadi. Dahlah dia duduk kat meja atas pentas ...

Tersentak Husin dari lamunan flashback nya ...  Itulah waktu mula2 Usop ketika menjadi Pengerusi PIBG dulu. Sejak dari itu, SELAMA 22 TAHUN BERTURUT-TURUT TANPA PUTUS, Usop terus memegang jawatan sebagai Pengerusi PIBG Sekolah ! Anaknya yang bersekolah dulu dah besar panjang dan tempatnya diganti dengan cucu pula, tapi Usop masih jadi Pengerusi.

Takde sapa2 beri cadangan nama jadi Pengerusi baru ?
Takdeeeeeeeer .... Macam tahun lepas juga, jawatan Pengerusi tidak dipertandingkan. Kata Pak Usop, dia tengok MASIH BELUM ADA CALON YANG LAYAK untuk menggantikan tempatnya jadi pencalonan tidak dibuka pun, jawab anaknya.


Takde sapa2 yang bertanya apa2 ?
Takdeeeeeeeer .... Biasa lah, Pak Usop berucap dulu, macam dia beri ceramah ugama tuuuu.. habis keluar Quran Hadis dan sejarah Nabi supaya kita mensyukuri apa yang kita ada, tentang perlunya taat pada ketua, tentang istiqomah , bla bla bla ...... siapa berani nak tanya apa dah. Tahu-tahu, anak dia bangun beri cadangan pencalonan ditutup. Ramailah yang setuju...

Hmmmmmm  Usop....Usop. 22 TAHUN ! Tak sangka .... dulu punyalah kau menolak aku calonkan, lepas tu ..... 22 tahun kau pegang tak lepas ! kata hati Husin sambil menggeleng2kan kepala.

Ilham dari Harakah

“Saya masih ingat selepas Umno dan BN berjaya ditumbangkan di Kelantan, Presiden PAS ketika itu Allahyarham Datuk Fadhil Mohd Nor mengarah diadakan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di Kota Bharu.

“Ketika itu diputuskan Pesuruhjaya PAS negeri, Tuan Guru Nik Abdul Aziz supaya menerima jawatan sebagai Menteri Besar.

“Namun pada awalnya beliau tidak mahu dan meminta dicari pemimpin lain. Bagaimanapun jawatankuasa PAS Pusat berkeras supaya beliau menerima juga jawatan Menteri Besar.

“Ini cukup penting bagi melakar satu sejarah baru buat PAS, dan ia terbukti berjaya sekarang,” katanya ( Ustaz Hadi ) pada ceramah perdana sempena ulangtahun ke-22 kerajaan Kelantan di Dewan Jubli Perak malam tadi.

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
October 23, 2012 at 11:15 AM


Pak Usop tak tahu macamana nak turun kerana masa dia naik pun orang yang tolong naikkan dia, jadi dia harap kalau nak turun pun ada orang yang turunkan dia. Masalahnya, orang yang naikkan dia dulu tu dah tiada.

....................
Reply To This Comment ...................
labu
October 23, 2012 at 2:01 PM

santai le bro..
dlm taknak2 dh 22tahun.. alim2 kuching.. miauuu....
miauuu....

....................
Reply To This Comment ...................
October 23, 2012 at 4:22 PM

Husin hidup lagi ! Dia yang tukang ceritanya ..

....................
Reply To This Comment ...................
October 24, 2012 at 12:33 PM

din,
aku speechless... di luar kotak pemikiran normal...

aku cadangkan ko jadi pengerusi UMB yang barulah, boleh? =p

~ OnDaStreet

....................
Reply To This Comment ...................
October 24, 2012 at 12:46 PM

Umb lagi! ? Umb ada hutang ngan bro ke? Hehehe...

Post a Comment