........... Kisah Seorang Rakyat Yang Ingin Bertemu MB Yang Sedang Sibuk Bangat | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kisah Seorang Rakyat Yang Ingin Bertemu MB Yang Sedang Sibuk Bangat

Wednesday, October 10, 20123comments

Ini satu REALITI ARTIKEL ! Kebetulan saya bertemu dengan seorang hambaAllah yang datang kebandar semata2 hendak bertemu dengan MBnya, hendak mengadu nasib ..... DiTerengganu ni, memang ramai orang tahu, Hari Rabu adalah hari MB bertemu rakyat. Ramailah rakyat yang beratur, siap ambil nombor hendak bertemu dengan pemimpin kesayangan mereka .... Kalau dibantu, makin sayang lah...

Kebetulan hari ni MB sibuk dan sesi itu dibatalkan. Jadi dalam borak2 tu, hambaAllah ni tetap berkeras ingin berjumpa juga dengan MB, kerana katanya dah berbulan dia cuba nak jumpa tapi tak kesampaian. Hari ni dia nekad, macamana pun kena jumpa juga.

Tiba tadi, MB masih bermesyuarat dengan exco2. Dan JAGA @ Pengawal suruh kami tunggu diluar. Padahal ada bilik menunggu yang selesa didalam .... biarlah... siapalah kita....

Bilik rehat yang selesa. Kelihatan wartawan tengah setup kamera
Kawasan luar
Tempat saya menulis hehehe
MB memang sibuk hari ini. Baru tadi diberitahu beliau selesai mesyuarat, dan sedang makan tengahari. Lepas itu ada Press Conference pula.

Wartawan yang tiba sedang menjamu selera diDALAM
Apakah kami dapat bertemu dengan MB yang sememangnya SIBUK ? Saya perlu terima yang kunjungan ini TIDAK DIRANCANG dan boleh dianggap sebagai MENGANGGU. Tapi apapun , seperti kata HambaAllah tadi, GUANE2 PUNG, AMBE NAK JUMPA JUGOK MB !

Kita tunggu jelah .....

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2012 at 1:13 PM

Supos MB patutnya interview dan dapatkan maklumat: apa dan kenapa nak jumpa. tunjukkan pada MB. terpulanglah pada MB nak jumpa atau tidak...yakni jangan tolak mentah-mentah.

ATAS PAGAR

....................
Reply To This Comment ...................
aku
October 10, 2012 at 1:22 PM

harap dpt jumpela..kesian wanita tu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2012 at 2:01 PM

Kadang-kadang pegawai/setiusaha yang jaga jadual MB tu yang lebih-lebih. Sebenarnya boleh di buat slot 5 minit sahaja ke untuk kes-kes macam ni.

Post a Comment