........... Kerjasama Pas-Dap - Siapa Yang Tolak Dan Siapa Yang Ansur ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kerjasama Pas-Dap - Siapa Yang Tolak Dan Siapa Yang Ansur ?

Monday, October 1, 201217comments

Menarik pengakuan mamat ni tentang kerjasama Pas-Dap. Walaupun low ranking, tapi sebab tidak ada sebarang bantahan lepas sehari diterbitkan, bolehlah kita ambil sebagai pendirian resmi Pas, bukannya luahan peribadi seorang pemimpin Pas.


“Kita sedar sudah lama DAP tidak setuju dengan hudud sebelum bersama (PR) lagi. Bagaimanapun, ‘tahalluf siyasi’ ini adalah perjuangan isu yang sama antara DAP dan Pas" kata Timbalan Ketua Penerangan Pas negeri, Azman Shapawi Abdul Rani. SINAR

“Jangan satu benda kerana tidak bersetuju, kita bertelingkah, itu tidak betul. Kita ada persamaan dari sudut penentangan terhadap rasuah dan Akta Dalam Negeri (ISA). Ini persamaan bersama dengan PR. Bukannya kalau tidak bersetuju dengan satu perkara kita tidak boleh bekerjasama,” 


“Saya melihat dari sudut yang luas iaitu hubungan ini boleh diteruskan walaupun tidak bersetuju dengan satu perkara kerana banyak kebaikan hasil daripada kerjasama tersebut,”

Saya harap Azman dapat gariskan apakah kebaikan2 yang Pas dapat hasil kerjasama dengan Dap BERBANDING jika Pas bersendirian ATAU jika Pas bekerjasama dengan Umno.

Perbezaan pandangan yang dirujuk - Hudud dan Cara Islam - merupakan ASAS PERJUANGAN Pas dan bagi pihak Dap pula, ia merupakan ancaman kepada ASAS PERJUANGAN mereka. Disitu saja kita sudah boleh lihat betapa rapuhnya kerjasama itu dan ia bakal mengundang bencana kepada banyak pihak dalam jangkapanjang lebih2 lagi jika ditakdirkan PR menang !

Kerjasama Pas - Dap TIDAK bersandarkan ASAS PERJUANGAN tapi lebih kepada MEREBUT KUASA POLITIK dari tangan BN walau apapun kesan dan risikonya kepada negara dan rakyat. Bagaimana mungkin sebuah kerajaan berdiri teguh jika asas sesama komponen partiTIDAK SAMA ?

Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun mengakui bahawa Pas belum berbincang mengenai pelaksanaan hudud secara khusus sekiranya PR menang pada pilihan raya umum akan datang.


“Memang PR tidak bincang semua sekali kalau menang. Secara terperincinya, perkara yang melibatkan hak orang Islam, orang bukan Islam tidak boleh ganggu, begitulah sebaliknya kerana itu hak mereka,”

Nah ..... Bukan saja tidak membincangkan secara khusus malah saya yakin isu Hudud langsung tidak dibawa berbincang ! Sebab itu tiap kali isu ini timbul, pihak Dap akan melenting kerana soal Hudud atau apasaja yang punya nama Islam TIDAK PERNAH mendapat persetujuan bersama.

Jadi bagaimana mungkin pemimpin2 Pas boleh bercerita tentang pelaksanaan Hudud dan cara Islam JIKA PR MENANG sedangkan mereka tahu pemimpin2 PR tidak pernah bersetuju ? Tidakkah MENIPU namanya ? Tidakkah pemimpin2 Pas MUNAFIK ! ?

Mereka yang punya fikiran yang rasional pastinya tertanya2 - SERIUSkah Pas dengan Hudud dan perjuangan Islamnya kalau selepas 4 tahun bekerjasama dengan Dap, ianya masih belum dibawa berbincang ?

Dalam kerjasama Pas-Dap yang diakui masing2 tidak sependapat dalam perkara asas, seharusnya berlaku KOMPROMI dimana kedua pihak bertolak ansur agar mereka dapat bersama. 

FIKIRKAN ....... Apakah yana telah diKOMPROMIkan oleh parti Dap ? Bahagian mana yang Dap sanggup bertolak ansur ? DAN BANDINGKAN pula - Apakah yang telah diKOMPROMIkan oleh Pas ? Bahagian mana yang Pas sanggup bertolak ansur ?



SIAPA YANG TOLAK DAN SIAPA YANG ANSUR ?

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2012 at 9:43 AM

EH? DENGAN DAP KAFIR HARBI TU BOLEH PULAK DIA BERHUJAH BEGITU..

PERPADUAN UMMAH DENGAN UMNO, PELBAGAI2 ALASAN DIBERI. “Jangan satu benda kerana tidak bersetuju, kita bertelingkah, itu tidak betul. Kita ada persamaan dari sudut SAUDARA SEAGAMA, SAMA BANGSA, penentangan terhadap rasuah dan MENJAGA HAK MELAYU SEPERTI YANG TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN. Ini persamaan bersama dengan UMNO. Bukannya kalau tidak bersetuju dengan satu perkara kita tidak boleh bekerjasama,”

AMACAM???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2012 at 10:07 AM

hahah..mu ni tak habis2 nak suruh pas masuk umno..org dh xnak tu,umno jgn la bermimpi..apsal mu x suruh je umno masuk pas kalu umno ikhlas nak memperjuangkan islam.umno pun sayang nak tinggalkan kuasa bro..

....................
Reply To This Comment ...................
October 1, 2012 at 11:12 AM

Saudara ni ada masalah mindset ..... Kalau bunyi je tentang kerjasama Pas-Dap bermakna, nak kena join Umno ?

Bagi saya,adalah lebih baik Pas kembali bergerak sendirian. Cuma kalau dibandingkan dengan kerjasama bersama Dap,lebih baik dengan Umno.... itupun kalau Pas NAK SANGAT bekerjasama dengan parti lain.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2012 at 11:35 AM

Bila pas sendirian dulu bila pru pas kena lawan 3 penjuru dan selalu tewas.bila pr ditubuhkan umno kena lawan 1 lawan 1 dan banyak kubu umno bungkus dgn pas.itulah sebab umno takut n cuba memecahbelahkan pr dgn pelbagai alasan agama n bangsa..tahnia anwar kerana berjaya menyatukan pembangkang dan berjuang bersatu membenteras rompakan umno..

....................
Reply To This Comment ...................
October 1, 2012 at 12:34 PM

Salam bro din,

Jwpn spt anon kt atas ni mmg standard dh..Bila kita persoal pasal hubungan pas-dap, dia kata umno x malu nk ajak pas masuk umno..Padahal org yg mula2 sebut pasal MASUK UMNO ni pon bukan org lain tp Hj.Hadi,Ust.Nasha,Dr.Hassan Ali dll..

Bila ditanya apa faedah kerjasama pas-dap,maka dikatanya mereka mempunyai asas yg sama iaitu MEMBASMI RASUAH DAN KEZALIMAN UMNO hahhhahaha...Kalau dh jantan sgt cuba declare depan umno mcm ni:

"KERJASAMA PAS-DAP ADALAH BAGI MENUMBANGKAN UMNO.APA NK JADI LEPAS 2 BAB NEGARA ISLAM,BAB HUDUD DLL KITA BINCANG LEPAS KITA DH MENANG"...Ada telur PAS nk declare mcm 2..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2012 at 12:47 PM

JANGAN LUPA BRO PUAK PAS DAH KELUARKAN PAK TUA ... UNDI DAP SAMA DENGAN UNDI PAS ... MAKNANYA UNDI PAS MASUK SURGA ... UNDI DAP PUN MASUK SURGA ... DAN LANTIK PENGAMAL AMALAN SONSANG JADI PERNANA MENTERI PUN BULEH MASUK SURGA ... SIAP ADA ULAMAK BERMIMPI LAGI YANG PENGAMAL AJARAN SONSANG TU ADALAH PENYELAMAT UMAH ... IAITU PENGAMAL AMALAN UMAT NABI LUT PUN MASUK SURGA ... UNDI UMNO ... HUH JANGAN HARAP MASUK SURGA KERANA UMNO ADALAH ASOBIYAH ... YAH YAH YAH ...

....................
Reply To This Comment ...................
October 1, 2012 at 1:26 PM

anon 11:35 - Pertandingan masih boleh 1-1 tanpa kerjasama dengan Dap melalui persefahaman tidak resmi.

....................
Reply To This Comment ...................
October 1, 2012 at 2:24 PM

Kan sy dh ckp bro Din,

Soal prinsip perjuangan,soal matlamat semua masuk BAKUL SAMPAH..Yg pntg UMNO BUNGKUS...Kerjasama bukan sebab HUDUD,NEGARA ISLAM,PERLEMBAGAAN KAFIR dll tp sebab KUASA.Tak lebih dn tak kurang pon bro.

....................
Reply To This Comment ...................
October 1, 2012 at 2:26 PM

Woi anon 11.35,cakap byk tak guna.Sila DAFTAR nama pakatan rakyat 2 dulu..Buta perlembagaan dan undang2 pertubuhan yg SAH.Rakyat nk tgk SIAPA presiden parti,Timb.Presiden,Setiausah dll..Yg pntg rakyat nak tahu apa MATLAMAT pr ni.Apa takut ker??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2012 at 2:42 PM

woi anon 11:35

byk kubu umno bungkus dgn pas? masih tidak mahu terima hakikat dulu orang umno dan atas pagar undi protes ka? haiya...buktinya, beberapa prk terakhir itu umno masih bungkus lawan pas? terbaru sekali di sarawak...berapa pas dapat? telur tembelang beb..Insya Allah, selepas ini tiada lagi undi protes terhadap BN..lagipun umno tetap ok..yg tak ok parti2 komponen BN dlm pru12 lalu..masih tak boleh terima hakikat ke?

jadi persoalannya skrg, siapa yg tolak, siapa yg ansur? jawab persoalan itu la..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2012 at 3:31 PM

salam,

dalam bahasa kotor dan mencarut, pas ibarat pompuan yang bunting tanpa bersuami akibat ditoron oleh lelaki dap yg tak bertanggungjawab. ataupun pas adalah lelaki yg mengidap penyakit kelamin yg asyik toron pompuan dap yg membawa penyakit kelamin. yg tak sakit dan bertanggungjawab depa tak mau pasal tak best dalam adengan ranjang. kira nak carut kat pas la ...

....................
Reply To This Comment ...................
October 1, 2012 at 10:34 PM

dari petang tadi saya duk bayangkan analogi ni ....... masih tak terbayang ! hehehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2012 at 11:10 PM

hahaha..bila ada suara pembangkang kat sini baru la best sikit..mengikut akta pertubuhan untuk menubuhkan gabungan parti politik memerlukan sekurangnya 7 parti komponen.itu sebab pr tidak diterima ros..pr hanya ada 3 je bro..
unt anon..kalu umno kuat xkan la najib tunda pru.kalu baca dr utusan n blog bn mmg la mcm tu..situasi sama mcm 2008, semua membodek n lastly umno bungkus..cuba analisis ramalan2 pakar2 politik spt tun m n tun daim.jgn dengar ulasan perkasa penang..skng pun nmpak ketakutan dlm umno bila tun m dilantik sbg ketua pru umno.skng sapa yg pm? najib@rosmah@ tun m@muhyiden...najin tidak sesuai unt pm ketika umno lemah..beliau sesuai unt zaman umno kuat..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2012 at 11:31 PM

Superb. Tapi berilah seribu satu "sebab" sekali pun untuk bergabung, PAS akan memberikan seribu satu "alasan" untuk menidakkannya. Hehehe... peace.

anakbochek.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2012 at 8:50 AM

eh betul ke ada 3 je? ko tak check fakta ke? tu parti pembangkang kat sabah sarawak ada..errr parti zaid tu entah la...errr..hindraf korang tak push jadi parti ke? hehehe...nampak sangat dalam Perosak Rakyat takde persefahaman..nak daftar pun TAK SEFAHAMAN! camtu nak bentuk kerajaan? buat malu je..

najib tunda pru? ko ni bangang ke apa? mandat masih ada. suka hati dia la. puak2 korang lagi pelik..tak nak pilihanraya serentak. TAKUT BEB! ye laa..tak nak terima hakikat akan kalah pilihanraya. dulu kemain lagi kata berjimat cermat, tapi takut hilang kuasa punya pasal, membazir pun membazir laa..hahahaha..terimalah hakikat undi protes terhadap bn tiada lagi dalam PRU13..korang pencacai2 pr cepat2 push korang punya pemimpin kasi langsai itu manifesto...alamak...manifesto bukan janji laaa...adoyai...hahahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2012 at 9:07 AM

AKU DAH MENGUNDI 4KALI.. 3 KALI BN, 2008 LALU KAMI SEKELUARGA UNDI PKR SEBAB KAMI AMAT MELUAT DGN TINDAKAN2 TAK MASUK AKAL KERAJAAN WAKTU ITU. DAN KAMI INI PENGUNDI ATAS PAGAR. BUKAN AHLI MANA2 PARTI PUN.

INSYA ALLAH PRU13 NANTI, KAMI SEKELUARGA AKAN UNDI BN SEMULA. KERAJAAN NAMPAKNYA SEDAR KESILAPAN DORANG YANG LALU. KIRA OK LAH..
PAKATAN RAKYAT? KAMI MELUAT DENGAN TINDAKAN2 DORANG DAN MENYESAL UNDI DORANG SEBELUM INI. TIADA APA2 YANG ISTIMEWA DALAM PR BERBANDING BN. BIKIN SAKIT HATI ADALAH..SO BYE BYE PR! SEKIAN

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2012 at 2:40 PM

aku rasa la, bukan najib takut nak bubar parlimen untuk adakan pru pun. cuma tak nak bagi chance kat pembangkang adakan pilihanraya berasingan. jika tunggu hingga mandat tamat, maka secara otomatik mandat dun negeri2 (kecuali sarawak) turut tamat.. so takde chance la pembangkang nak buat pilihanraya berasingan..hehe

Post a Comment