........... Kenapa Pemimpin2 Pas Fobia Dengan Nasha ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kenapa Pemimpin2 Pas Fobia Dengan Nasha ?

Thursday, October 11, 20121comments

Kenyataan Nasha semalam masih lagi menghangatkan bontot pemimpin2 Pas, ramai yang terlompat2 dek kepanasan. Hairan lah .... Apa yang salahnya kenyataan berbentuk peringatan dari bekas no.2 Pas itu ?

Beliau hanya mengingatkan pemimpin Pas supaya mengutamakan perpaduan Ummah dalam mereka mengejar kuasa politik. Jangan sampai ummah berpecah belah dek kerana politik. Beliau juga menyebut tentang kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam.

Akhir sekali Nasha mendakwa satu majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian" tapi yang ini saya komen lain kali, bergantung kepada keadaan.

Yang saya hairankan, kenapa pemimpin2 Pas melenting ? Orang2 yang sama juga melenting baru2 ni bila Nasha menempelak Karpal dalam soal Hudud.

Bagus komen Tuan Ibrahim ini -

"Saya tidak melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau (Nasharudin) sebagai sesuatu perkara yang pelik... apa yang diperkatakan adalah sebagai memperingati dasar perjuangan kita," SINAR

Tapi kemudin disusuli dengan komen di FB beliau -

“Halakan peluru kepada musuhmu, dan jangan kamu halakan muncung senapangmu kepada kawanmu. Walau tiada peluru di dalamnya sekalipun,” 

Bagaimana sesuatu yang NORMAL / PERINGATAN boleh bertukar menjadi SENJATA ? Lainlah kalau mereka terasa bersalah ..... maka peringatan itu bertukar menjadi satu penampar sulung !

Bagi saya, masalah utama Pas sekarang adalah GILA KUASA. Pas gilakan kuasa yang ada pada Umno. Kegilaan itu telah menutup pintu hati mereka untuk berfikir dengan waras. Cemburu mereka kepada kuasa yang dimiliki oleh Umno telah bertukar kepada satu bentuk KEBENCIAN MELAMPAUI TAHAP NORMAL.

Segalanya yang bernama Umno dibenci sepenuh hati ! Seperti komen seorang pembaca tetap dalam artikel berkaitan sebelum ini - Melayu hampa -


hasad dengki dan kebencian org2 pas pada umno seolah2 mcm kedengkian dan kebencian syaitan pada nabi Adam a.s.

time tu syaitan pn mengaku dia lebih baik dr nabi Adam, sama mcm pas kini mengaku lebih islam dr org2 islam lain.


kelakar yg mendabik dada mengaku memperjuangkan islam rupanya lebih serupa dgn syaitan. sudah byk penyelewengan dlm islam yg pas lakukan. sepatutnya sejak dulu lagi dibanteras sebelum menjadi cancer seperti kini.


tp mmg kita ni terlebih baik. terlebih baik pada pendtg, pada cauvinist pada org2 bersih, suaram dan barua george soros sehingga memudaratkan diri.

dipentas dunia pas hanya watak picisan, malah langsung tidak dikenali. begitulah lumrah org yg hanya tau menimbulkan pepecahan daripada memperjuangkan agama seperti tun.


Anda pasti masih teringat2 segala ungkapan2 makian, cercaan, hinaan yang orang Pas lemparkan pada Umno ..... ok, sekarang cuba baca yang ini -

Tujuan PAS ialah : dicopy dari Laman resmi Pas
  • Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.
  • Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.



Usaha-usaha PAS : ( ada 11...dan 3 yang teratas adalah - )
  1. Menyeru umat manusia kepada Syari'at Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.
  2. Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari'ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke Islaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.
  3. Memupuk dan memperkukuhkan dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.
Kemudian baca balik kenyataan Nasha -

"Jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi? Adakah umat Islam tergelincir?

"Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?"


Tang mana yang salahnya kenyataan Nasha diatas  sehingga disifatkan sebagai menyentuh dan mencabar Majlis Syura ? Atau Pas punya satu set Perlembagaan yang berlainan dimana disebut disitu musuh utama yang perlu ditentang adalah Umno ?

Balik kepada kenyataan Tuan Ibrahim yang mahukan senapang ditujukan kepada MUSUH dan jangan sekali2 dihalakan kepada rakan - Siapakah Musuh Sebenar Pas ? Apakah Musuh Pas sama dengan Musuh Islam ?

Mungkin kenyataan Tuan Ibrahim seterusnya ada tersirat jawapannya -

"Bagi pendapat saya, kuasa yang ada akan memberi kita jalan untuk memerintah,"

.

Share this article :

+ comments + 1 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2012 at 3:42 AM

Pada pendapat saya, perjuangan PAS bukan perjuangan seperti Nabi Muhammad s.a.w dan juga bukan perjuangan seperti 4 orang Khalifah Ar-Rasyidin.. Perjuangan PAS adalah perjuangan sempit dan telah menyimpang dari ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Apakah sebenarnya perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya ra.hum?

Jika kita berbantah-bantah dan berselisihan dalam sesuatu perkara maka Allah perintahkan kita untuk kembali kepada Allah dan Rasul atau rujuk kembali kepada Quran dan Hadith serta Sunnah Nabi s.a.w. dan setelah kita kembali merujuk pada tempat yang benar hendaklah kita bukan hanya merujuk tetapi kita mengamalkan apa sebenarnya yang telah di perintahkan oleh Allah dengan berpandukan Nabi s.a.w.

Allah perintahkan semua manusia yang ada di muka bumi ini untuk beriman kepada Allah dengan berlandaskan Rasul yang di hantar. Usaha yang di buat oleh parti yang namanya Islam seperti PAS tidak akan menyebabkan manusia ini beriman tetapi akan membuatkan manusia ini mencintai kuasa dan harta. Ini di sebabkan ialah PAS dengan nama Islam maka mereka telah di tipu oleh Iblis dengan menggunakan agama untuk menyesatkan kepada sesiapa sahaja yang ingin mencari kebenaran. Kebenaran yang PAS bawa telah di sesatkan oleh Iblis dengan memberi racun ke dalam hati pemimpin-peminpin PAS. Apabila pemimpin-pemimpin PAS yang kelihatan berpakaian seperti Nabi Muhammad s.a.w maka ramai terutama artis2 yang ingin mencari kebenaran telah tertipu dengan rupa dan perkataan yang keluar dari mulut pemimpin-pemimpin PAS. Mereka pemimpin-pemimpin PAS telah di kuasai oleh Iblis kerana mereka tidak di pandu oleh Allah di sebabkan mereka pemimpin-pemimpin PAS sendiri mempunyai iman yang belum mencapai tahap yang Allah sebut dalam Quran sebagai orang beriman dan beramal soleh.

Apabila iman ketua2 tidak mencapai tahap sampai mereka di pelihara oleh Allah maka mereka sebenarnya telah di ajar oleh Iblis untuk memandu pergerakan mereka dan akhirnya mereka sangka mereka adalah orang yang benar tetapi sebenarnya mereka juga akan bersama-sama Iblis untuk terjun ke lembah neraka jahanama. Iblis adalah musuh yang nyata tetapi nyatanya Iblis tidak dapat di lihat oleh mata kasar manusia tetapi dapat di lihat oleh mata hati orang yang hampir ada Allah.

Orang yang hampir pada Allah adalah orang yang tidak bersama-sama orang politik untuk merebut kuasa samaada dari UMNO atau PAS atau pun Keadilan. Orang yang beriman adalah orang yang dipimpin oleh Allah dan bukan orang yang boleh di sesatkan oleh Iblis. Orang yang beriman merupakan panduan umat Islam untuk umat Islam seluruh dunia berada di jalan yang lurus untuk sampai kepada Allah.

Post a Comment