........... Jazeman Naib JUARA Kejohanan British F3 2012 ! TAHNIAH ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Jazeman Naib JUARA Kejohanan British F3 2012 ! TAHNIAH !

Thursday, October 4, 20121comments


Hasrat pelumba muda negara untuk menggapai kejayaan sulung dalam British F3 Drivers' Championship tidak kesampaian  bila beliau secara keseluruhannya dalam siri Kejohanan tersebut pada tahun ini mencapai tempat KEDUA/ NAIB JUARA.

Dalam perlumbaan hujung minggu terakhir siri Kejohanan F3, Jazeman berjaya menaiki podium dua kali, tempat Kedua di Race pertama dan tempat Ketiga diRace ketiga.

Kejuaraan yang hampir dalam genggaman terlepas bila kereta lumba beliau terlibat dalam kemalangan dalam Race kedua akibat dilanggar oleh pelumba lain yang mengalami kebocoran tayar,dan beliau gagal menamatkan perlumbaan.


Namun Jazeman tetap menjadi kebanggaan negara dengan pencapaian terbaiknya selepas tiga Kejuaraan F3 yang disertainya. Tahun pertama Jazeman menduduki tempat ke 12, tahun lepas ditempat ke 6 dan tahun ini menjadi Naib Juara dimana kedudukan hanya ditentukan dalam perlumbaan terakhir.

Jazeman berjaya mempamerkan KONSISTENSI dalam prestasi sepanjang Kejohanan dan pastinya menjadi pencabar utama untuk kejohanan tahun hadapan.

Persembahan Jazeman telah mendapat perhatian ( KLiK ) kelab permotoran terkemuka BRDC untuk dipilih menyertai program RISING STAR BRDC. Beliau merupakan pelumba pertama dari Asia dipilih menyertai kelab yang pernah melahirkan pelumba F1 terkemuka seperi Lewis Hamilton, Alonso dan Webber.

Jika Jazeman mampu kekalkan prestasinya, tidak mustahil beliau akan menyertai peringkat seterusnya dalam karier lumbamotor , iaitu F1. Dan paling membangga kita jika beliau terpilih atas dasar PRESTASI dan PENCAPAIAN dan bukan atas tiket sebagai mewakili penaja.

TAHNIAH JAZEMAN JAAFAR ! !  MALAYSIA  BOLEH  !

Berdasarkan sumber Jazeman.com

Share this article :

+ comments + 1 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 5, 2012 at 10:15 PM

belum ada rezki lagi tu. walau bagaimana pun tahniah kepada beliau dan seluruh rakyat Malaysia pastinya gembira. (betul ker apa yang saya cakap ni, BERGEMBIRA).

rakyat Malaysia nampaknya tak berminat nak berGEMBIRA kerana masing masing sebok berpolitik atau bercerita politik agaknya.

hai lah. bila agaknya PRU biar kendur sedikit ketegangan.

Post a Comment