........... Isu Nasha - Pandangan Orang Pas @ KUASA ! KUASA ! KUASA ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Nasha - Pandangan Orang Pas @ KUASA ! KUASA ! KUASA !

Thursday, October 11, 201217comments

"Dari dahulu kita hendakkan kuasa, dan sekarang kita hendak kuasa yang lebih meluas untuk menggantikan Umno, bagi menegakkan Islam, Umno telah gagal dalam peranannya," - Mahfuz.

"Bagi pendapat saya, kuasa yang ada akan memberi kita jalan untuk memerintah," - Tuan Ibrahim


KOMEN Blogger Greenboc  tentang kenyataan Nasharuddin -


Persis bukan ahli PAS lagi layaknya, sehingga memisahkan agama dengan politik, memisahkan Islam dari kekuasaan, sedangkan perjuangan Rasulullah saw ialah menegakkan "kekuasaan" Islam dengan sehingga berlaku beberapa siri peperangan.

Islam bukan sekadar mengucap dua kalimah syahadah, solat, puasa, zakat dan naik haji ke Mekah.

Jikalah Islam hanya sekadar itu, Rasulullah saw tidak perlu nak berperang. Orang Quraisy sudah lama memberi ruang kepada Rasulullah saw untuk melaksanakan kelima-lima perkara tersebut tanpa ganggu gugat, malah sanggup melantik Rasulullah sebagai "Raja". Tetapi Rasulullah tolak semua itu. Kerana apa?

Kerana Islam itu perlu ada daulahnya, perlu menegakkan sistem pemerintahannya agar hukum-hukum Islam itu dapat dijalankan dan berkembang serta risalah Islam itu dapat disampaikan kepada seluruh umat manusia.

"Kekuasaan" itu juga penting di dalam Islam supaya kebenaran dan keadilan dapat diletakkan ke tempatnya yang sebenar.

Kerana tanpa kekuasaan, Islam itu lemah, Islam itu hamba, Islam itu diperdayakan musuhnya. Di dalam kaedah usul-fiqh telah dinyatakan :

ma laa ya'timul wajibu illa bihi fahuwa wajib.

tidak dapat ditegakkan sesuatu yang wajib melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib.

Iaitu jika tidak dapat ditegakkan kesempurnaan Islam itu seluruhnya kecuali dengan kekuasaan, maka memiliki (memperjuangkan) kekuasaan itu adalah menjadi wajib pula.

Justeru itu GB melihat, saranan Nasya itu sudah jauh kesasar. Seolah-olah menyuruh kita berjabat tangan dengan UMNO dan kemudian membiarkan kuasa itu diboloti UMNO untuk terus memperkosa Islam. Saranannya itu sungguh merbahaya untuk Islam dan umat Islam!



Komen menarik seorang pembaca diartikel saya sebelum ini -


Pada pendapat saya, perjuangan PAS bukan perjuangan seperti Nabi Muhammad s.a.w dan juga bukan perjuangan seperti 4 orang Khalifah Ar-Rasyidin.. Perjuangan PAS adalah perjuangan sempit dan telah menyimpang dari ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Apakah sebenarnya perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya ra.hum?

Jika kita berbantah-bantah dan berselisihan dalam sesuatu perkara maka Allah perintahkan kita untuk kembali kepada Allah dan Rasul atau rujuk kembali kepada Quran dan Hadith serta Sunnah Nabi s.a.w. dan setelah kita kembali merujuk pada tempat yang benar hendaklah kita bukan hanya merujuk tetapi kita mengamalkan apa sebenarnya yang telah di perintahkan oleh Allah dengan berpandukan Nabi s.a.w.

Allah perintahkan semua manusia yang ada di muka bumi ini untuk beriman kepada Allah dengan berlandaskan Rasul yang di hantar. Usaha yang di buat oleh parti yang namanya Islam seperti PAS tidak akan menyebabkan manusia ini beriman tetapi akan membuatkan manusia ini mencintai kuasa dan harta. Ini di sebabkan ialah PAS dengan nama Islam maka mereka telah di tipu oleh Iblis dengan menggunakan agama untuk menyesatkan kepada sesiapa sahaja yang ingin mencari kebenaran. 

Kebenaran yang PAS bawa telah di sesatkan oleh Iblis dengan memberi racun ke dalam hati pemimpin-peminpin PAS. Apabila pemimpin-pemimpin PAS yang kelihatan berpakaian seperti Nabi Muhammad s.a.w maka ramai terutama artis2 yang ingin mencari kebenaran telah tertipu dengan rupa dan perkataan yang keluar dari mulut pemimpin-pemimpin PAS. Mereka pemimpin-pemimpin PAS telah di kuasai oleh Iblis kerana mereka tidak di pandu oleh Allah di sebabkan mereka pemimpin-pemimpin PAS sendiri mempunyai iman yang belum mencapai tahap yang Allah sebut dalam Quran sebagai orang beriman dan beramal soleh.

Apabila iman ketua2 tidak mencapai tahap sampai mereka di pelihara oleh Allah maka mereka sebenarnya telah di ajar oleh Iblis untuk memandu pergerakan mereka dan akhirnya mereka sangka mereka adalah orang yang benar tetapi sebenarnya mereka juga akan bersama-sama Iblis untuk terjun ke lembah neraka jahanama. Iblis adalah musuh yang nyata tetapi nyatanya Iblis tidak dapat di lihat oleh mata kasar manusia tetapi dapat di lihat oleh mata hati orang yang hampir ada Allah.

Orang yang hampir pada Allah adalah orang yang tidak bersama-sama orang politik untuk merebut kuasa samaada dari UMNO atau PAS atau pun Keadilan. Orang yang beriman adalah orang yang dipimpin oleh Allah dan bukan orang yang boleh di sesatkan oleh Iblis. Orang yang beriman merupakan panduan umat Islam untuk umat Islam seluruh dunia berada di jalan yang lurus untuk sampai kepada Allah.

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2012 at 8:21 AM

Saya perasan orang PAS ni rata-rata tahu apa yang DAP buat tu bertentangan dengan "aspirasi" mereka konon-kononnya, tapi dek nak tunjuk kat UMNO diaorang mampu ke putrajaya, telan jelah semua tu. Walaupun di mata orang luar (bukan PAS) berasa kesian & jelik melihat sikap mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2012 at 9:04 AM

salam,

mengapa pas sekarang lari jauh daripada perjuangan mereka. ini semua kerana kuasa! kuasa! kuasa! mereka lebih utamakan kuasa daripada Islam. Dengan kuasa dapat la mereka memperjuangkan Islam. boleh caya ke ? banding pulak ( ehhh samakan) dengan perjuangan nabi tu. kira bagusssss sangat. nanti ada la pulak yang pi gantung bendera dan nama tok guru sebaris dengan Allah swt, Nabi saw kat dinding masjid, rumah dan sebagainya.

pas ada ikut quran dan hadis ke ? mana ada. mereka hanya ikut cakap ulamak, ustaz dan tok guru yang menjadi ahli pas ajer. kalu bukan pas, maknanya tak betul la sumber tu. tu pasal pemimpin pas bercakap ikut sedap mulut jer. bukannya bersumberkan quran dan hadis pun. semua pengikut percaya pulak tu. kita bagi sumber sahih dan berfakta pun mereka tak percaya walaupun ada ayat quran dan hadis. tapi kalu ustaz ngeh dan mutusami dap guna ayat quran dan hadis, terus bertakbir kata mereka dah terima islam.

pening nak berdebat dengan pas ni. nasha dan haron din tu, mungkin berada dalam mimpi bila mereka mengkritik pas. hassan pun macam tu juga la. susah nak bawa pengikut pas ni. mereka sanggup buang pemimpin daripada buang dap.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2012 at 9:13 AM

ITULAH TANDANYA MUNAFIK YANG NYATA..DALAM HATI TAHU APA YANG BERLAKU ITU TAK BETUL TAPI SEBAB TAKBUR DAN UJUB ADA DALAM DIRI, KONONNYA MEREKA LEBIH BAIK, MAKA SANGGUP REDAH SAJA. ORANG ATAS PAGAR MACAM AKU NI MEMANG MELUAT DENGAN TINDAKTANDUK PAS. KENA PULAK PEMIMPIN2 YANG DIPILIH ADALAH PAK LAWAK BELAKA..ADUHAI

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2012 at 9:15 AM

ADAKAH BERTAHALUF SIYASI DENGAN DAP ITU MENJADIKAN PAS LEBIH BERKUASA? CUKUP JELAS DAN TERANG MEREKA LANGSUNG TIADA KUASA. JADI MANA YANG RELEVANNYA KATA2 PEMIMPIN PAS DAN BLOGGER GB TU? JANGAN JADI MUAFIK LA..TERIMALAH HAKIKAT PAS MEMANG HANYA ANJING DALAM PR.

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2012 at 9:22 AM

Memang target saya mereka yg atas pagar spt saya :-) tak tercapai akal untuk melawan ketaksuban orang Pas.

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2012 at 9:24 AM

Pecah kepala otak kalau cuba memahami psikik orang Pas kerana TAKSUB tidak mengambilkira logik

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2012 at 9:30 AM

Saya menunggu orang sebut :-) Hakikat yang pemimpin Pas buat2 tak nampak dan sengaja tidak mahu jelaskan adalah MUSTAHIL Pas dapat berkuasa sepertimana Umno dengan cara perkongsian ala PR spt sekarang.

Lainla kalau Pas bertanding melebihi 2/3, bolehlah juga nak jual minyak. Apa yang dilakukan Pas sekarang adalah satu usaha untuk meruntuhkan kerajaan yang dikuasai orang Islam untuk digantikan dengan kerajaan yang orang Islam tidak lagi berkuasa penuh. INI HAKIKAT!

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2012 at 10:10 AM

Apa yg si greenboc ni ckp din??

1)Dia melalut pasal PEMISAHAN AGAMA&POLITIK yg kononnya Ustaz Nasha ckp??Bila ustaz nasha ckp mcm 2?Bukan ker PAS yg selalu marah2 kalau ada mana2 ustaz yg tegur mereka maka disergah untuk UNTUK LETAK JAWATAN DAN MASUK UMNO.Bukan ker itu PENGASINGAN POLITIK & AGAMA??

2)Dia beckp tentang pentingnya KUASA untuk MENEGAKKAN ISLAM.Ya! 110% sy bersetuju dgn apa yg dia ckp ckp Islam memerlukan kuasa untuk menegakkan kalimah Allah.Tapi kuasa yg bagaimana? Bagaimana pulak cara mendapatkan kuasa? Adakah dgn BERKONGSI KUASA dgn kafir yg ternag lagi bersuluh menentang Islam maka PAS akan mendapat KUASA dn Islam dpt ditegakkan.

3)Tuduhan BODOH & BANGANG kononnya menghu;ur tangan kpd umno beerti bekerjasam untuk MEMPERKOSA UMAT ISLAM.Sesungguhnya ini adalah FITNAH YG NYATA.Adakah Islam tidak DIPERKOSA oleh DAP yg mana PAS menjadi IBU BAPA kepada aktiviti PEMERKOSAAN berikut??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2012 at 10:25 AM

Bro DT

Dulu aku pernah jd pengikut setia PAS...tapi demi Islam dan Bangsa Melayu terpaksa aku tinggalkan perjuangan yang sia-sia itu...sebab mana ada lagi manusia di zaman ini yang betul2 berjuang demi Islam...semuanya demi tembolok dan harta saja...tak kira tok guru ker tok garu ker...sama saja...main politik guna agama tapi pemikiran macam cibai jer...tahu sondol aje tanpa memikirkan akibat...akhir2 ini lg terang tanpa perlu suluh-suluh... pemimpin2 PAS yang semua nya bangan telah membawa parti mereka betul2 menjadi ANJING dalam PR...hanya untuk KUASA...kuasa menjadi ANJING menyalak dan berguling bagi pihak DAP dan PKR untuk menentang parti orang MELAU dan ISLAM (UMNO)... aku tak nak bersumpah...tapi aku serta ramai lagi pemerhati dari luar parti politik pasti tidak akan merestui perjuangan puak-puak b*** dalam PR ini....sampai bila2...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2012 at 10:52 AM

Betul tuh Din, yg Melayu PKR pun sama taksub, dan dan mengaku alim dan tahu banyak benda pasal Islam..

Bila menjawap mereka lah orangnya tetapi apa yg dijawap hanyalah muntahan jijik dari website2 yg busuk lagi membusukkan.. bosan melayan..

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2012 at 11:08 AM

saya agak daaaaah ... orang pakai topi koboi, semangat dia lain sikit ...

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2012 at 11:15 AM

Nasha Ada Tanya satu saolan, elok kupas Dan jawab dulu sebelum ke perkara lain, dalam sejarah, pernahkah Islam menang Dan berkuasa dengan bantuan orang bukan Islam?

Sewajarnya pas perlu menang atas dirinya pas walaupun dengan menang yg sikit, minoriti Dan tidak jadi pemerintah.

Kalau pas menang atas kerjasama dng dap Dan pkr, itu hanya menang kerusi, menang terhutang budi, menang yg Kena tunduk dan akur - adakah itu yg dimaksudkan 'Islam' yg menang Dan dapat kuasa? Itu menang atas tubuh badan pas untuk kuasa kepuasan nafsu individu at as jawatan Dan Wang.

Umno sendiri menang bukan atas kepentingan Islam 100% tetapi lebih kepada kepentingan melayu Dan bumipuera Dan setakat ini memelihara ugama dengan agak baik, menjaga bukan setakat bercakap Dan berceramah tetapi melaksanakannya dng cukup berkesan seperti takaful, perbankan Islam, luth dll, bukan sahaja ditrima baik malah dihormati oleh bukan Islam, contoh kpd dunia.

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2012 at 11:30 AM

Ya, cadang nak buat satu artikel berkaitan komen saudara TerimaKasih :)

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2012 at 3:16 PM

Hhahaha kelakar la mu deng..BTW tima kasih byk2 kerana selalu bagi ruang utk sy komen di sini bro.

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2012 at 3:18 PM

Betul 2 sedara kluangman...Kesimpulannya UMNO MENGGUNAKAN POLITIK DEMI KEPENTINGAN AGAMA tetapi PAS MENGGUNAKAN AGAMA UNTUK KEPENTINGAN POLITIK.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2012 at 7:45 PM

sedangkan tunggak utama islam iaitu perpaduan sesama islam pn pas pandang enteng, jgn mimpi nk memperjuangkan isu2 islam yg lebih besar.

mereka hanya nk tgk umno kalah itu saja. segala2nya atas kebencian. lepas dh menang mesti hilang punca. mereka bukan ade hala tuju lain selain nk membenci umno saja. lepas menang nnt mereka akan luagnkan sebanyak masa utk bubuh garam dekat luka umno dan bukannya utk agenda pembangunan dll. akan kritik umno sehabis2nya. almaklum dendam dh lama nk jatuhkan umno. busuk hati sebusuk2nya.

masa itu nnt pembangkang lain akan ambil kesempatan. unlike pas, dap sgt strategik, sgt licik dan berpandangan jauh utk kepentingan cauvinist mereka. melayu dan islam akan rugi. maka lengkaplah lepas tu peranan pas sebagai pengkhianat agama bangsa dan negara sebagai agen pemecah org2 melayu dan islam dek kerana nafsu membenci umno.

melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2012 at 9:39 PM

aku telah nampak tentera Ahzab sedang menyerang puak yang batil ini ... satu demi satu tentera Ahzab akan muncul dan akan berjuang memusnahkan kebatilan ... Alhamdullilah berkat doa pemimpin yang adil yang ada di dalam pas yang dengan teriak dan tangis memohon Allah menghantar tentera Ahzab memusnahkan kebatilan ... maka Allah pun menghantar tentera Ahzab dan menyerang mereka. Pun begitu mereka akan menyerang dan memusnahkan tentera Ahzab ini dan pastinya tentera Ahzab ini akan bergabung di luar kepompong agama pas dan sumpah baiah terbatal apabila mereka ditendang keluar dari agama pas ... dan bebaslah tentera Ahzab itu berjuang memusnahkan kebatilan ... ya Allah percepatkan musnahnya kebatilan itu ... amin ya Allah ...

Post a Comment