........... Isu AES | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu AES

Thursday, October 11, 201230comments

Transformers ?
Serabut ngan politik, saya nak tulis hal saman AES la kali ni. Apa hal yang kecoh dengan AES ni sampai masuk Parlimen ? Adakah sebab jumlah saman melalui AES selama seminggu lebih sikit adalah 63, 558 ? Rbf ada menulis tentang isu ini.

Ramai yang komen dengan membandingkan saman RM300 dengan BR1M RM500. BR1M dapat sekali jer setahun tapi saman JPJ mungkin berkali2 ! hmmmm ... macamlah SEMUA orang akan disaman JPJ.

Kelakar pun ada .... benda AES ni saya dah bunyi hampir DUA TAHUN LALU ! KLiK. Waktu itu rakyat mula diperkenalkan dengan perkataan AES.

Berapa kali dah sidang Parlimen berlangsung baru wakil2 rakyat kita nak beri perhatian ? Kenapa sebelum ini takde siapa yang nak berbunyi ? Kenapa nak tunggu bendanya dah start baru nak bising ? Selepas jutaan RM dibelanjakan oleh syarikat terbabit untuk membeli dan memasang kamera2 .... ?

Point2 yang ditimbulkan untuk mengkritik AES bukannya tidak boleh difikirkan DUA TAHUN LALU ?

Dari awal lagi bunyinya dah tak betul - Urusan Saman diSwastakan ? Swasta pula mengutamakan Untung. HASILNYA ? MASYUUUUUUUUUK ............

Dua puluh persen !?  hehehehe ...

Saya pasti waktu sama ramai juga yang tak kisah dan bersetuju dengan AES. Masing2 ada hujah sendiri. Dua-dua pun saya setuju ! Antara point yang saya nak sebut -

1 - Had laju jalanraya dinegara kita kena dikaji semula sebelum AES dimulakan sebab banyak jalan punya hadlaju yang merepek ! Kenderaan makin canggih, hiway makin cantik tapi hadlaju tak naik2 juga . Masyuuuuuuuuuk .....

2 - Berapa banyakkah kemalangan disebabkan kelajuan ? Tumpuan AES hanyalah pada kelajuan dan langar lampu merah jadi benarkah niat disebalik AES adalah untuk kurangkan kemalangan ?

3 - Iklan2 kereta dan motor baru diTV pastinya menunjukkan betapa LAJUNYA produk mereka dijalanraya ! JPJ tak kisah ke ?

4 - Jika kelajuan adalah faktor utama kemalangan dan kerajaan serius giler mahu memastikan pemandu mematuhi hadlaju, bukankah lebih senang kalau HAD KAN saja kelajuan maksimum setiap kenderaan di Malaysia pada 120km/jam ? Pandailah mereka dibidang otomatif mereka alatnya. Baik Mercedes ke, Ferrari ke, Kancil ke .... TIDAK ADA satu pun boleh dipandu melebihi 120km/jam.

Jadi hiway tak perlu buat speedtrap atau pasang kamera dah dan tumpuan lebih pada jalan lain. Memang akan ada mamat yang godek2 alat tersebut tapi wujudkan undang2 yang membawa hukuman 10x lebih berat dari kesalahan memandu laju jika didapati alat tersebut diubahsuai. Siapa berani nak bawa laju ?

5 - IKUT JE UNDANG2, TAK ADA LAH SAMAN !

Oya, kalau tak silap pembangkang dah bising beberapa kali hal AES sebelum ni tapi kenapa baru sekarang nak dilayan ? Bukan SEMUANYA yang dibantah pembangkang harus ditolak tepi, KADANG-KADANG tu ada juga yang boleh dipakai.


Bagi sayalah, kalau dah setengah jalan tu.... TERUSKAN SAJA ! Mungkin diberi pertimbangan lebih untuk tahun pertama bagi rayuan supaya pemandu diberi tempoh untuk menyesuaikan diri dengan penguatkuasaan tak pilih bulu ini. ( lepas setahun PRU13 pun dah lepas hehehehe )

Kalau ditarik balik AES, PASTINYA akan dijadikan bahan gelak oleh pembangkang dan rakyat.

Untuk mengubah sikap dan cara pemanduan bukannya sesuatu yang mudah. Waktu sama bolehlah dikaji semula hadlaju sesetengah jalanraya kita. Tapi saya suka dengan point no4 diatas iaitu SPEED LIMITER. Yalah, kalau dah limit maksimum jalanraya kita adalah 110km/jam, APA PERLUNYA kenderaan yang boleh dipandu lebih laju dari itu kecuali ......... masyuuuuuuuuuk !

Kelajuan Maksimum 120km/jam
Kelajuan Maksimum 120km/jam

Ramai lebih suka jika pilihan memandu melebihi 110km/jam itu ditiadakan. Ramai pemandu yang tidak dapat mengawal perasaan ketika dibelakang stereng, dan ramai juga yang tak sengaja..... Dari ambil risiko disaman laju, lebih baik kereta di KASI kan.hehehehe...

Mungkin langkah ini dapat menyelesaikan masalah AP dan harga kereta yang mahal ! Pasti tak ramai akan import kereta mahal2 yang berprestasi tinggi lagi dan tumpuan lebih kepada aspek selain dari kelajuan. Lebih banyak Proton akan dijual dan harganya boleh diturunkan..... I mean, think positive la...

Share this article :

+ comments + 30 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2012 at 6:57 PM

AES patut diteruskan tapi cuma utk:

1. lori2 & bas yg selalu drive laju, especially kat jalan biasa.
2. Kenderaan yang potong Q ikut suka ati dia orang.
3. Potong Double line, langgar lampu merah.
4. Untuk speed patut ade tolerance +15km/h sebab speed limit pun ade safety factor (human factor)

Start control punca2 kemalangan sikit2 & yg penting2 dulu.
Tapi kalau tujuan AES ni nak kaut untung, baik cabut balik je semua kamera tu, pasang kat town area buat surveillance camera.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2012 at 7:00 PM

salam,

betul tu, masa nak mula swastakan saman, ramai yg tak nampak kebaikan aes ni. bila dah nak diwajibkan, org mula takut atau tak dapat projek 20%.

saya pun tak suka juga bila swasta dapat persen hasil saman. macam mudah jer buat bisness kan. tak rugi punya. bila nak masuk bskl? mungkin dapat untung banyak pasal bisness tak mungkin rugi. kalu dalam seminggu dah amik gambar sampai 60000, berapa agaknya yg syarikat dapat komisen dan pengarah dapat gaji.tu baru beberapa kamera jer, kalu pasang seluruh negara, wow, mungkin hussin unta mau jual syarikat unta dia. syarikat guam pun boleh buat bisness juga pasal ramai rakyat mesia tak suka bayar saman. komisen untuk peguam cari makan dengan hantar surat saman kepada model aes untuk bayar saman.

takut ke dengan had laju ? tak takut pun. tapi kalu bawa lebih sikit pun kena bergambar juga dan harga saman pun macam kaki rempit, tu tak boleh tahan. kita bawa lebih 11 dan 12 km (masa turun bukit dan motong masa naik bukit), sakit kaki dok kontrol minyak, org yg main tekan sampai lesap dari pandangan mata pun serupa juga harga saman. tak boleh tahan. bayar juga pasal kita warga baik.

data aes ni boleh delete tak ? ada yg jaga ? sapa yg jaga ? sapa yg jaga org jaga aes? sapa yg jaga org jaga orang jaga aes ? ada salah guna kuasa tak ? kalu setakat pengarah, ramai la yg kena kencing. kita tonton wayang pun dah tahu ramai yg amik kesempatan atas kelemahan sistem ni.

harapnya, biarla ada signboard besar yg bagi tau ada aes. biar org mudah nampak dan dapat perlahankan keta. bukannya papan tanda setakat ada sahaja. dah laju, mana sempat baca tulisan halus.

bab kelajuan keta ni, patutnya keta laju hanya untuk orang kaya ajer. diorang tak bising bila kena saman. org kurang duit, pakai ajer keta yg maksimun laju 120km. ah jib gor tak mau kasi pengarah jpj pikir ke apa yg bro DT cadangkan ? ambil la idea ni. jgn malu-malu. bro DT tak buat hak cipta kan ?

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2012 at 7:06 PM

surveillance camera ? menarik tuh .... semua pun bergantung kepada niat :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2012 at 7:14 PM

Bagus jgak kalau semua kereta 'disunatkan' sebelum dikeluarkan ke pasaran.Nanti kita boleh lihat deretan kura2 kat highway yang berjalan macam siput.

Hehehe, aku tak boleh bayangkan jika ferrari 'dimandulkan', apa akan jadi agaknya kpd sprinter2 drift tegar.

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2012 at 7:20 PM

Gila kau diorang nak pasang speed limiter ! Mana nak masyuuuuuuuuk ? ?

Ya, patut ada saman berperingkat mengikut lebihan kelajuan, tak lah terkilan sangat. Dah alang2 laju, biar berasap tayar .. saman kalau kena sama jer lebih 10 ke, atau 100km/jam.

Ada sesetengah speedtrap tu macam SENGAJA nak cukup kuota ! Jalan lurus 3 lorong, turun bukit lagi, kereta tak banyak .... mana aci buat speedtrap ! hehehe..saya kena dah sekali lepas terowong karak hala ke pantai timur.

Kalau dipaksa pakai speedlimiter, polis pun senang nak kejar pencuri ! hmmmmmm .... banyak kelebihannya kan ?

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2012 at 7:22 PM

Tapi bukankah itu yang JPJ mahukan - SEMUA KERETA mematuhi undang2 jalanraya ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2012 at 7:38 PM

ckp pasal undang2 jalan raya kita... masalahnya saya rasa hanya pada kesedaran sivik kita.

selama ini saya bawa ikut had limit. keta besar kecik x menjadi masalah. tp utk bawak 110km/h di jalan raya cukup susah. sebab keta bawa either slow sgt atau laju sgt. org mcm saya kene switch kejap kanan kejap tgh. nk bawak ikut limit pn susah kt jalan raya. sepatutnya lagi senang. tp org yg bawak laju pula seolah2 selesa bawak kt highway.

saya rasa dh kira baik kt msia boleh bawak laju mcm jalan mak bapak punya. walaupn undang2 x benarkan. kt german mmg xde had laju. tp kalau org msia kita ni diberi kepercayaan bawak tanpa limit, rasanya kita org msia semua tau apa akan jadi. saya jamin lagi byk kemalangan maut.

masalahnya bukan undang2 tp kesedaran sivik kita. bawak dgn merbahaya kadang2 ade yg cuai ade yg ikut suka.

tp mmg kelakar beli mahal2 tp laju 110 saja. tp itu hak masing2 nk beli kereta mcm mana tp bare in mind had laju kita 110 je. kalau dh tau tp still beli keta powerful then sendiri mau ingat. tp bukan setakat laju je, kadang2 beli keta besar pn atas sebab keselesaan.

formulanya senang. saman mengikut kadar pendapatan. biar miskin kene saman sikit ikut kemampuan biar yg kaya x boleh bawak mcm mak bapak derang punya sbb saman setakat 300 bagi derang mcm habis minum petang je. biar saman berkadar ikut sweeden.

kuatkuasakan undang2 sampai xde sape berani langgar. selagi saya nampak kt highway org rilek je bawak lebih 110 selagi tu la akan ade kemalangan maut.

melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2012 at 7:44 PM

yang merepeknya keuntungan syarikat swasta dihadkan 200+ juta, kaya3, kalau dihadkan 20 juta kira ok gak setahun, lepas pancen dapat jawatan director kat syarikat tersebut. kaya3.

takkan le 1 camera 1 juta kot, rasa paling tinggi pun 50 ribu x 800 = 40 juta
270 - 40 = 230 juta x 10 = 2.3 billion.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2012 at 9:26 PM

bro,
apa barang kalau pakai kereta RM300 ribu tapi kena saman RM300 pun dah meroyan..klu tak nak laju tukar skyline kepada sunny jer la...hehehe..
seriously, aku sokong utk apa apa tindakkan saman pada driver yg macam di rasuk syaitan bila pegang stereng tu. tak kira la over speed limit atau langgar lampu merah. Pada sesiapa yg masih nak had laju kebangsaan tu di naikkan, tolong tengok crash test kat you tube tu. bawak 80km per hour pun boleh pecah kepala. nak bagi real hantok kepala sendiri kat stereng kereta. kalau tak pening lalat tak tau lah nkorang..
btw, utk bulan August & sept ni aku dah kena RM1350.00. since dah birah sangat bawak laju, aku bayar je lah..no komplen :-). Tapi kalau nak bawak laju jangan pakai kancil putih macam yg kat atas tu.. comfirm hancur kepala bila langgar treller..

zack
air putih kuantan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2012 at 9:38 PM

satu artikel yang kelakar bunyi hujahnya, tapi saya suka kerana ianya sangat munasabah. saya suka pada 'speed limiter' tu. bayangkan kereta berjenama dan mewah beracing ngan kancil. aduhhhhhhh! kena tukar kereta kancil nampaknya sebab boleh eksyen sikit. saya menyokong pendapat sdr penulis sekiranya itu dapat mengatasi kesalahan kelajuan dan mengurangkan kemalangan. bagaimana pulak kereta yang dipandu terlalu lambat dilebuh raya, ada kah juga akan disaman atau saman hanya dikeluarkan kepada kelajuan?

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2012 at 9:46 PM

saya percaya RAMAI yang kena saman ekor lebihan speed mereka max 20km/jam. Maknanya tak sengaja dan mereka bukannya jenis suka bawa laju pun cuma kadang2 keadaan 'memaksa'. Mereka ni selalunya tak puashati bila kena saman maksimum rm300.

Yang tak kisah bayar saman selalunya yang TAHU MEREKA MEMANG SENGAJA BAWA LAJU hehehehe

Bukan semua orang mampu bayar rm300 beb macam tu saja...

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2012 at 9:47 PM

sebenarnya bagus aes ni untuk ajar disiplin. Cuma kita jer yang perlu MASA LAGI untuk sesuaikan diri

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2012 at 9:49 PM

Terlalu perlahan pun masalah juga tuh ! Kena reka satu alat SPEED INCREASER ! Kalau lama sangat bawa perlahan, kereta dengan sendiri jadi laju ! hahahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2012 at 10:26 PM

masalahnya orang memandu 110 kat laluan memotong, kadang2 100 je, macam mana le orang tak memotong belah kiri, laluan kanan untuk memotong.... memotong ok.... tapi telah dibebalkan oleh orang yang bangang..

kalau drive 120 pun ok lagi tak kena saman pun, masalahnya orang dok tukar rim dan tayar besar dari biasa jadi kelajuan dah tak sama, kalau bawa 120 mungkin sebenarnya 130 dah tu lah yang banyak saman....


kalau kete besar mana ada yang heran nak bawa laju, 300 tu celah gigi je sebab makan tengah hari je pun 500, kalau tak percaya 140 - 160 biasa je, kalau naik waja pun rasa macam perlahan je

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2012 at 10:39 PM

Autobahn di Jerman tetapkan kelajuan 130 kmsj. Ada yang menetapkan di lorong kanan mesti memandu pada kelajuan tidak kurang 130 kmsj. Kalau kurang kena saman. Berilah pertimbangan pada perkara ini. Kereta kancil pun boleh dipandu pada kelajuan 150 kmsj. Apatah lagi kenderaan lain.

Tapi yang paling saya tak berkenaan ialah menswastakan penguatkuasaan. Syarikat swasta bukan kira nak mendidik atau ada moral obligation tapi hanya minat pada produktiviti iaitu berapa banyak saman boleh dikeluarkan. Sebagai contoh lihat saja syarikat tunda yang digunakan PBT. Salah letak sikit kena tunda. Nak claim balik kereta bayar RM300. PBT dapat separuh dan syarikat tunda dapta separuh. Mamposlah macam ni. Kalau tempat letak kereta mencukupi tak apa tapi tak mencukupi. Ini seolah2 merompak rakyat.

Samalah juga dengan highway. Kalau lane banyak dan tak jam bolehlah diterima tapi kalau bayar tol, jalan sesak, pergerakan lambat, lepas tu pandu laju sikit kena saman, ni apa ni? Kamera statik apabila kenderaan banyak sikit akan menyebabkan kesesakan. Mana taknya lane sikit, kelajuan 90 kmsj . . . mestilah jam. Polisi PLUS adalah untuk melancarkan pergerakan kenderaan bukan melambatkan. Jadi wajar ke pasang kamera lagi.

Lepas tu banyak pulak agensi yang kuatkuasakan undang2. Polis, JPJ, PBT, SPAD. Kalau kena saman dengan Polis boleh gak tunjuk muka welfare nak minta diskaun. Kadang2 Polis buat kempen mesra rakyat bagi diskaun 50%. Masa tulah suka sangat kat Polis tapi JPJ ada diskaun ke?

Sebenarnya banyak pro dan cons pasal trafik ni tapi ini semua berpunca dari attitude, ego dan kadangkala pengguna yang nak tunjuk gengster di jalanraya. Masalah trafik kat Malaysia ni complex sebab taraf ekonomi, status, perkauman dsbnya.

Kot mana pun cari kaedah dan fikirkanlah yang terbaik untuk rakyat dengan tidak membebankan mereka lagi.

Sekadar cadangan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2012 at 10:50 PM

Salam dinpenyu,
Dua bulan ni,4kali aku pegi trengganu,keempat2 kali aku kena saman din. Surut akaun aku. Tp dh ada praturan,gatai kaki nk pijak padel minyak dalam2 brani la ambil risiko. Org yg naluri mbangkang din,buat apa pun dia bangkang. Buat baik pun dia kata gula2. Kena saman mrh polis,dia hulur rasuah mrh polis trima duit tu,agaknya klw anak dia kena langgar dgn dia sniri pun dia mrh polis,asal dia bw laju polis xsaman. Stuju gak,speedlimit hway naik. 130km/j ok la. Brek kreta dh canggeh,abs la,mcm2 jenis lg. Tp harap,ada la kajian yg tkini soal kelajuan selamat ni.
:)

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2012 at 10:59 PM

Untuk saman atau jump a di mahkamah adalah cara yg terbaik
Tetapi black list Dan halang baharui cukai Japan atau lesen sebelum keputusan mahkamah adalah satu perlacuran undang2

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2012 at 11:10 PM

SALAH UMNO la ni pergi buat hiway sana sini, jalan pun besar dan rata .... memang Umno dah rancang dari dulu lagi ! Jalan cantik, kereta banyak speeding jadi banyaklah saman hehehehe

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2012 at 11:15 PM

ya sikap dan mentaliti kita yang bermasalah sebenarnya.Kita puji cara kerajaan Singapore yang tegas tapi bila kerajaan mahu bertegas, kita bising pulak ...

Boleh dipupuk dan diajar pelan2 tapi kenalah ada titik permulaannya.

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2012 at 11:18 PM

4 kali ! ? Kat mana kena tuh, pasti ramai yang nak tahu :)

....................
Reply To This Comment ...................
October 12, 2012 at 12:00 AM

Salam Din,

Baru ni ke utara tengok Inspira depan kena flash kamera sebelum exit Trolak. Kawasan tu menurun bukit. Inspira tu asalnya di lorong tengah memotong Produa Kembara yang slow gila tapi duduk lorong tengah yg sepatutnya dia dok lorong kiri skali. Malang la pemandu Inspira tu yang rasanya bawak 130km/j masa memotong tu. Kawasan menurun bukit yang landai, diletakkan pula kamera AES dengan had laju 110. Sah2 la akan tau yg kereta akan laju skit di situ. Memang sengaja tu. Syok btul company tu kaut duit. Adil sungguh.

Setuju dengan kluangman.

Camno tu Din?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2012 at 1:19 AM

Kalau nak diikutkan, ambulan pun ada had laju jugak. Jika speed ambulan dah over limit, ia boleh membahayakan nyawa penumpang dan pesakit yang dibawanya.

Tapi yang lebih membahayakan pengguna kenderaan di jalan raya ialah si optimus prime yang digelar sebagai raja jalan. Ahli geng2 mereka terdiri daripada lori kontena dan treler panjang. Kenderaan lain berada dalam keadaan bahaya jika mereka bergerak laju. Saya rasa elok dicadangkan agar kenderaan mega ni diberi lorong khas kat highway supaya tak kaco kenderaan lain. Lagi baik jika diharamkan terus daripada memasuki jalan-jalan biasa yang hanya muat untuk kereta sahaja. Sebab jalan kecik, kadang2 diaorang boleh termakan jalan sebelah kanan kerana saiz kenderaan yang besar.

Lagi satu, sediakanlah lorong motosikal yang mencukupi. Kesian tengok motor yang terpaksa berhimpit2 dengan kereta, lori dan bas. Kat highway pulak, diaorang terpaksa pinjam lorong kecemasan kerana tiada laluan khusus untuk diaorang. Kat lorong kecemasan ni membahayakan motor sebab macam2 kenderaan yang berhenti kat situ.

....................
Reply To This Comment ...................
October 12, 2012 at 2:19 AM

Nak buek camano lagi jang , bayor ajolah ! Kalau tidak dibayor, alamat tak tubeklah kereto bila roadtax dah mampus.

Tapi den rasolah, ado baiknya kalau ado NGO atau persatuan yang sanggup memperjuangkan nasib pemandu2 yang ternyato dianiayo, sobab bukan mudah dan bukan murah kalau kito nak lawan kes dimahkamah. Ramai yang TERPAKSO bayor .... makno nya, duit saman yang dikutip oleh kerajaan itu diberi secaro TIDAK IKHLAS ! hehehehe.....

....................
Reply To This Comment ...................
October 12, 2012 at 2:21 AM

Kalau tak silap, saya pernah terbaca yang ambulan juga mesti berhenti dilampu merah !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2012 at 9:17 AM

Jangan sampai ada yang mengambil tindakan sendiri simbah cat hitam kat kamera-kamera AES!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2012 at 9:45 AM

memang benar DT tapi kalau dibunyikan siren, pas besarlah. kadangkala pemandunya saja bunyikan siren walaupun Xder pesakit tenat. nak buat macamana lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2012 at 10:31 AM

SETUJU AGAR HAD KELAJUAN DIKAJI SEMULA..NI TUGAS AHLI PARLIMEN UNTUK KEMUKAKAN.BUATLAH KAJIAN,KERETA DAH SEMAKIN CANGGIH,SISTEM BREK PUN SAMA,JALAN MAKIN CANTIK,CC KERETA SEMAKIN TINGGI...SISTEM AES NI MASIH BARU DAN PASTINYA BERBAGAI MASALAH AKAN TIMBUL...KEMENTERIAN PENGANGKUTAN HARUS MENDAPATKAN RESPON SEGERA DARI RAKYAT...

....................
Reply To This Comment ...................
October 18, 2012 at 11:25 AM

ade dua syarikat yg mngendalikan AES..mana dtg income n utk maintance operasinya..melainkan dua syarikat tu buat amal jariah..perkerja perlu d upah bro....klau d kajikan dg teknologi boleh buat duit...sapa mau pantau ni bro...byk pmbaziran..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2012 at 12:25 PM

setuju sgt...pdn muka umnok

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2012 at 9:36 PM

Lokasi 50km/h pun ada speed trap!!??? JALAN GERTAK SANGGOL satu contoh tempat. Tempat saman yg banyak 60 hingga 90 km/h.

DUit sekarang dah la makin kecik nilai. Nak idup bagi anak bini makan pun cam nyawa2 ikan. Dh nak tambah saman speed trap pulak. Orang kaya leh la bawak laju sampai 50000km/h pun. Sbb klu setakat saman2 ni celah gigi leh setel. Org miskin bawak kapcai bawak 70km/h (katalah ada hal atau emergency)dah kena buang 3 atau 4 hari punya gaji untuk saman. 70km/h punya pasal hilang gaji 3 hari? Besar sangat ke JENAYAH 70km/h tu. Dah la bagi kat syarikat swasta RM16 pulak drpd jumlah setiap saman tu satu hal lah. Orang atas semua sama baik pembangkang baik kerajaan!!! Patutnya untuk orang2 susah ni bagi la pilihan lain untuk saman tu!!! denda buat kerja2 kebajikan ke atau apa2 jelah yg tak libat duit tapi masih boleh dijadikan sebagai pengajaran!!! pengajaran tak kanlah dalam bentuk duit aja yg ada?? asyik asyik duit duit duit!! ingat senang ke nak cari duit hah!!!! RM300 orang kaya mmg la ciput!!! RM300 untuk orang miskin, boleh cover 2 bulan susu budak yg paling murah untuk bagi anak2 minum!!!! Kalau gaji tinggi RM1500 pun, dah 20% drpd jumlah pendapatan. Belum nak pikir hutang yg keliling pinggang! klu tak hutang nak idup mcm mana? barang semua mahal mahal. Pada yang baru nak keje nak pikir hutang ptptn lagi. belum pikir lagi tarif air yg akan naik sbb bila BN menang kat Selangor diorang nak teruskan buat empangan yg berbillion harganya tu!!! apa benda semua ni hah!!!!!

Sorilah kpd pembaca2 kalau ayat saya ni kasar. Nak ikutkan saya ni bukan orang yg jenis pemarah pun. Mak bapak tak ajar pun budaya yang macam ni. Tapi bila dari hari ke hari asyik keluar berita kerajaan asyik pasal DUIIIIIIIIIIIIITTTTTTTTTTTT aje, perasaan marah ni dah tak boleh nak di kawal dah. Melampau sangat dah. Ambiklah tenaga kami ni klu nak denda pun. tapi janganlah duit kami... cukuplah....merayu sangat kat kerajaan...banyak sangat pancaroba kat luar ni untuk teruskan kehidupan.

Perasaan marah mcm ni mmg buat aku tak sabar2 nak gi ngundi. Dengar sini parti PEMBANGKANG, kalau korang tak sebut tentang perkara AES ni dlm kempen korang, bermaksud memang korang nak take over project ni juga mungkin project2 lain yg ada, dan dengan nama ALLAH TAKKAN AKU UNDI korang dan ialah LEBIH BAIK AKU TAK PAYAH KELUAR MENGUNDI LANGSUNG!!! LANTAKLAH DAP YANG MENANG KE SAPA KE AKU MALAS NAK AMBIK TAHU DAH. ORANG2 MELAYU KAT ATAS YG PATUTNYA JADI TEMPAT AKU BERTEDUH TAK PERNAH AMBIK TAHU APA PERIT JERIH ORANG KAT BAWAH NI BERTARUNG SIANG MALAM CARI DUIT UNTUK HIDUP. BUKAN UNTUK KAYA, UNTUK HIDUP!!! AKU NI NAK JAGA BAPAK AKU YG DAH TUA TAKDE EPF DAN PENCEN, SAKIT CANCER DAN ADA KOS UBAT YANG AKU KENA PIKIRKAN. BUANG MASA AJE KALAU PIKIR PASAL MENGUNDI. Paling teruk pun jadi mcm singapore tapi orang melayu tetap boleh hidup jugak. Biarlah sesapa nak perintah pun kalau sama je kena tindas!!!

Post a Comment