........... Husam - Sebab Itulah Pas Sayang Sangat Kat Dap ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Husam - Sebab Itulah Pas Sayang Sangat Kat Dap !

Thursday, October 18, 20126comments



KOTA BHARU - Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa semalam dengan beraninya mengeluarkan kenyataan bahawa DAP lebih baik daripada Umno.

Husam pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan di sini, semasa penggulungan mengungkit penentangan terhadap Akta Darurat 1978 kepada Kelantan yang dibawa oleh seorang menteri kemudiannya disokong MCA.

"DAP dengan MCA ini, 100 kali lebih baik... pada 1978, dibentangkan Akta Darurat, dibawa menteri Umno dan kemudiannya disokong oleh MCA.

"Siapa yang menentang akta ini dan ada dalam rekod hansard. Satu-satunya yang menentang akta ini ialah Lim Kit Siang, padahal ketika itu Pas dan DAP tidak ada hubungan," katanya.

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor menegaskan, itu bermakna mereka memegang prinsip demokrasi, tetapi Umno yang kata parti tersebut satu bangsa dengan Pas, padahal Umno yang ‘makan’ Pas dulu.

"Lepas itu dia (Umno) kata kenapa Pas boleh baik dengan DAP, sebab DAP perangai lebih baik daripada kamu," katanya. SINAR

Tu yang sayang ngat ke mu tuh ...

Sebab Lim Kit Siang menentang Akta Darurat pada tahun 1978, sampai sekarang selepas 34 tahun, Husam menyanjung tinggi Dap ? Sebab itulah Pas asyik mempertahankan segala kebiadapan pemimpin2 Dap terhadap agama, bangsa dan negara ? Sebab itulah Pas merasa terhutang budi sampai mati ?

Padahal Lim Kit Siang menentang dulu sebab dah memang Dap itu pembangkang ! Usul lah apapun, mereka akan menentang. Dan Pas yang terkebil2 disebelah boleh merasa perasan konon Dap mempertahankan Pas...... lalu dari situ timbul bibit-bibit percintaan tak berbelah bagi Pas kepada Dap ? MURAHnya maruah Pas ! Hahahaha ... 


Kerana bantahan itu maka Dap dijulang sebagai pejuang demokrasi ? Apakah maksud Husam, MENENTANG itu adalah bukti demokrasi sementara tindakan MENYOKONG pula BUKAN demokrasi ?  Husam faham atau tidak makna demokrasi dalam konteks itu ?


Ini juga bermakna Husam turut sama menyanjung kerajaan BN yang mengamalkan proses demokrasi kerana mengizinkan bantahan dari pihak pembangkang ! Lim Kit Siang tidak mungkin menentang usul tersebut jika sistem yang digunapakai kerajaan tidak mengizinkannya berbuat demikian.

Jadi dimana yang dikatakan kerajaan BN KEJAM ? Tidakkah proses demokrasi yang disanjung oleh Husam itu mengiktiraf kuasa majoriti ? Pilihan majoriti rakyat ? 

Suka atau tidak, semua orang terpaksalah menerima keputusan majoriti rakyat.





Bercakap soal  pujian melambung Pas terhadap rakan pembangkang Dap, cuba imbas kembali apakata Nik Aziz -


Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan Pas asalkan tidak mendirikan negara Islam - Nik Aziz Nik Mat - Berita Harian 12 Mei 1999

Dua bulan kemudian Nik Aziz dilaporkan berkata pula -

" Terdapat unsur KAFIR dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri KAFIR. "

( Ceramah NIK AZIZ NIK MAT di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999 )


 DAP  ITU  APA ?

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2012 at 1:00 PM

ternyata gabungan dap n pas mmg mengancam umno.gabungan ini mesti diruntuhkan dgn segala cara.jika tidak umno akan terjun longkang next pru.bila pas sudah kuat barulah umno sedar tiada apa lagi yg boleh diharapkan melainkan pas yg selama ini ditindas oleh umno.nak harap mca?mic?..semua dh tinggal tiang..xkan dgn penguasaan media n kerajaan umno masih lagi mengemis undi cina dan mengharap pas masuk umno...
hahaha...umno benar2 tersepit..thanks anwar krn berjaya meruntuhkan umno..

....................
Reply To This Comment ...................
October 18, 2012 at 1:20 PM

Lawakla saudara ni, mesti bukan Melayu kan? Dah adat berkempen. .. Nak komen tentang dasar2 PR, nakkena tunggu dah menang baru nak buktikan, habis nak komen apalagi?

Lagi pun kita kesian pada Pas, orang atas pagar yang nengok Pas diperkudakan Dap hanya mampu gelengkan kepala. Biarlah ada maruah sikit kalau kalah pun...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2012 at 1:38 PM

salam,

kalu pemimpin pas yg bercakap, hanya ahli pas sahaja yg faham akan maksudnya iaitu teruskan agenda hanya pas sahaja yg betul dan semua ini salah umno. buat la macam mana pun, pas juga yg betul. tu hanya nak mengukuhkan dalam minda pengikut, teruskan salah kepada umno

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2012 at 1:44 PM

Bro,
Mungkin ahli DAP ramai yg kuat sex kot? Cuba lu ceck majalah roket. Mana lah tau ada iklan iklan yg sama dlm harakah...:-)

Zack
Airputih kuantan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2012 at 2:13 PM

biarlah beratus kalipun dia memmbuat kenyataan seperti itu agar semakin ramai org islam lari drp perjuangan setan pas

....................
Reply To This Comment ...................
October 18, 2012 at 10:14 PM

Hallo brader anon..Tak dgr ker Prof.Shanon dh ckp sepanjang PERKAHWINAN MUTA'AH PAS-DAP ni,PAS tetap mcm dulu.Kekuatan cuma 20-30 kerusi.Tapi yg MARA KE DEPAN adalah DAP.Yg makin berkuasa DAP.Makin bertambah kerusi DAP.Segalanya DAP.Esok ko masuk kubur pon dgn DAP.

Post a Comment